Video Of The Month

Saturday, 7 July 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN....

Salam...

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi kerana Allah masih panjangkn usia kita utk bertemu kembali bulan yg penuh keberkatan, bulan Ramadan.  Bulan yg dilipatgandakn pahalanya brpuluh2 ribu kali dan ni lah masanya utk kita merebut utk membuat amal ibadat.

Tahun ni adalah tahun pertama aku berpuasa tanpa ketiadaan arwah bapaku.  Tentunya raya nnti adalah raya pertama bagiku tanpa arwah di sisi.  Syahdunya...

Tapi sayangnya, terdapat juga segelintir manusia yg tidak mahu mengingati Ramadan sebgai bulan utk memperbykkn amal ibadat, bln utk menginsafi dosa2 yg lalu.  Malah, Syawal blum tiba, Ramadan blum menjelma lg, sesetgh manusia sudah sibuk nk menyiapkn persiapan utk berhari raya.  Apakah mereka pikir kegembiraan di hari raya adalah lebih penting daripada menghayati bln Ramadan?  Ni lar perangai umat manusia di akhir zaman.  Di penghujungnya, mereka telah membuat satu pembaziran yg sia2 saja.  Bukankah bersederhana tu adalah lg baik?  

Sempena ketibaan bln Ramadan yg hampir mnjelma, saya sbgai penulis blogger ini ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BLN RAMADAN AL MUBARAK.  Semoga dikesempatan usia yg ada ini, sama2 lar kita merebut amal ibadat di bulan yg mulia ni.  Bkn merebut potongan diskaun sempena jualan Ramadan yerk!  

Bersederhana lar dlm bln Ramadan, selebihnya memperbanyakkan lar amalan ibadat...(simple jer kan org2 ni brbuka puasa. )

Menginsafi dosa2 yg lalu...






Wassalam....


No comments: