Video Of The Month

Thursday 22 November 2012

Duhai penduduk Gaza, bersabarlah...

Assalammualaikum...

Sudah beberapa hari entry ni dibiarkan.  Sudah ada tajuk, sudah ada gambar.  Tapi aku tak dpt nak mencoretkan kata2 utk menggambarkan...

betapa geram nyer...
betapa sedih nyer...
betapa marah nyer...
betapa terharu nyer...
betapa menangis nyer...

dan mcm2 lagi perasaan yg berkecamuk di hati ni.  Saban hari, bkn di dlm berita kt tv jer, malah di internet pn kita sudah dijamu dgn pelbagai info terkini tentang perkembangan percerobohan Israel laknatullah ke tanah jajahan Gaza, Palestin.  

Kalo korg nk boikot facebook, yer silakan.  Takde saper yg menghalang.  Selain dari korg postkn gmbar korg yg kgkonon nyer prasan lawa tu kn kt facebook tu, korg juga akn dpt pelbagai info terkini tentang keadaan Palestin dari semasa ke semasa.  Tu pn kalo korg like page diaorg lar.  Kalo korg like page shopping jer memanjang mmg tak ler kn.  

Oppss, nnti ada org terasa.  Trus blok aku dari friendlist.  Tau2 jer dh 2 bln aku kena blok.  Tu menunjukkan aku tidak mahir lg dlm bidang facebook ni.  Bykan lar ada org lagi mahir dari aku, bkn saja dlm facebook, malah dlm blogging, instagram, dan mcm2 lagi ler laman web yg bleh share gmbar sumo tu.  Korg dah kemaruk sgt bergambar ker per??  Xper lar, kita perlu bersangka baik.  Maybe itu entertainment diaorg kot.  

Ok, dah lari tajuk.

Oh, tak...tak!  Sbnrnya ada kena mengena gak dgn tajuk di atas.  Ini menunjukkn betapa syukurnya korg dok kt Malaysia ni sbb masih bleh berpoya2 dgn aktiviti2 seperti bershopping, mkn2, jnjalan, berkaraoke, promote tmpt makan sana cni, mengelinjang di tempat kerja.  Cuba berada di tanah Palestin?  Dapatkan mereka berbuat demikian seperti anda?  Kanak2 yg sedang bermain di halaman umah mereka pn di bom gak oleh Israel.  Tidak berperikemanusiaan lgsg...

Pada masa ini, negara2 Arab sedang bersidang.  Lama nyer korg bersidang...korg berbual pasal apa hah?  Jumlah org yg mati syahid kt Palestin tu makin hari makin meningkat lar woii...!!  Byk sgt cakap, trus hantar ar keta kebal 10 bijik dgn roket nuklear trus kt Palestin tu.  Dah tentu Israel tu byk supporter dari negara luar.  Palestin tu saper yg nak support?  Setakat derma dan doa rasenya tak ckup...paling tidak pn kita kena turun ke padang untuk berjihad bersama2 menegakkan syiar Islam.  

Kalo Rasullah saw masih hidup, tentu dia akan mengumpulkn bala2 tenteranya dan berjihad bersama2 dgn penduduk Palestin walaupn...walaupn...kekurangan teknologi, tapi mereka tak kekurangan semangat utk berperang demi menegakkan agama yg tercinta.

I was wondering...

Di manakah Iran?  Yang dikatakan mempunyai teknologi nuklear yg canggih.  Tak bolehkah mereka membuat bom nuklear utk Palestin?  Biar satu Israel lenyap di peta dunia...

Di manakah Brunei?  Knonnya negara terkaya skali di dunia.  Tak bolehkah mereka belikan keta kebal 2-3 bijik dgn jet pejuang 4-5 bijik utk Palestin?  Biar Israel tau yg ada gak negara yg nk support Palestin...

Setakat ini, negara2 Arab bertungkus lumus memberi bantuan dari segi perubatan, makanan, pakaian dan mcm2 lg untuk Palestin.  Ok...satu dua negara berilah bantuan kemanusiaan, then satu dua negara lagi beri lah bantuan dari segi ketenteraan plak.  Kalo Amerika dgn London bantah, ckp ar...

"Abis yg ko support Israel secara senyap2 tu xnk ngaku plak!"

Org baru bom kt stesen bas Tel Aviv, Amerika dh kutuk sekeras2nya...

Yg Israel gi bom kt kawasan perumahan org awam, kt sekolah, kt pejabat, taman permainan kanak2 kt Gaza tu Amerika taknak kutuk plak kn?  Diam jer seribu bahasa...

Nmpak sgt sekutu dgn Israel kn...

Aku emo.  Geram pn ada.

Tak tau nk luahkan apa lg.  Tkut meleret2 kang.  Sbb sumo yg dicoretkan di atas adalah luahan rasa aku.  Luahan pendapat.  

Apa kata kita hayati rintihan dari warga Palestin yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu...

RINTIHAN ANAK MUDA PALESTIN (Bahasa Melayu)
Oleh: Raneen Haddad, 19 tahun.

Tentera israel telah menjatuhkan bom di sebuah tanah lapang bersebelahan dengan tingkap ruang tamu malam tadi. Ia telah menyebabkan seluruh rumah terbakar. Bunyi yang terhasil sangat kuat seperti bom tersebut jatuh di atas kami. Saya terdengar bunyi tingkap yang berderai dan semua benda jatuh ke lantai. Tetapi saya tidak mampu membuat apa-apa. Hendak meninggalkan bilik tempat kami bersembunyi juga tidak mampu.



"Bukan kami sahaja (yang menjadi mangsa). Setiap yang tinggal di Gaza sedang menderita dengan nasib yang sama. Pada hemat saya, perbuatan seperti ini adalah jenayah yang sangat besar, penuh dengan kebencian yang pernah di lakukan sesama manusia. Dalam tempoh 3 hari, lebih dari 900 serangan udara. Jumlah kematian rakyat Palestin seratus kali lebih ramai dari penduduk Israel. Adakah saya perlu luahkan apa yang kami (Gaza) rasa setiap kali terdengar bunyi roket Israel? Ketakutan yang ada di dalam hati kanak-kanak ? Dan juga ketidakmampuan ibu bapa kami untuk melindungi kami?

"Kami rakyat Palestin bukan pengganas, kami menentang penjajahan Israel. Jika seseorang mengambil tanah anda secara paksa, dan secara sistematik mengawal keseluruhan komuniti dengan tembok, pos pemeriksaan, memusnahkn universiti, sistem kumbahan dan ekonomi, apa yg bakal kamu lakukan ?




Kanak2 yg mati syahid setelah terkena serpihan bom Israel



Sama ada Korea atau Jepun, mereka juga menentang kekejaman Israel terhadap Palestin


Anak ni yg tidak tau apa2 setia menunggu di sebelah ibunya yg sudah tiada...


Menangisi kematian ahli keluarganya....tu pun masih ada org lg bergembira sbb dapat beger free dari mc donald.


Bayi berusia 2 tahun yg mati syahid...


Walaupn sebahagian tempat telah dibom oleh Israel, tetapi kanak2 Palestin masih bleh gigih utk mengukir senyuman di wajah mereka.  Pendek kata, mereka tidak takut mati.  Mati mereka adalah mati syahid.  Sbb mereka ditindas.  Tak sama dgn sesetengah org kita, bleh mati tau kalo tak dpt beli tudung Fareeda tu.  Bleh mati tau kalo tak dpt beli henpon yang latest in market.  Bleh mati tau kalo tak dpt minum ice blended kt Starbucks tu.  Ok, dah lari tajuk...



Duhai penduduk di Gaza, Palestin....

Bersabarlah....Allah sentiasa bersamamu, saudaraku.


Wassalam...


quick update :  semlm tepat pukul 9 mlm waktu palestin bersamaan pukul 3 pagi waktu malaysia, satu rundingan gencatan senjata telah berjaya diselesaikan antara Israel dgn Palestin mengikut syarat2 yg telah ditentukn.  Mesir akan menjadi penjamin antara rundingan tersebut.  Walau Israel telah memberhentikan operasi pengeboman tanah jajahan palestin sama ada di darat ataupn di udara, mereka tetap mengganas dgn menahan pula beberapa penduduk palestin di tebing sempadan negeri tersebut.  Nampak nyer mereka tidak serik dan tidak puas hati dengan rundingan gencatan senjata tersebut.  Dikatakan kejayaan gencatan senjata ni berpihak pd kejayaan pihak Hamas yg tidak sekali2 berundur dgn teknologi senjata Israel.  Jangan putus doa kengkawan...kerana kita tidak tau lg sbb Israel bleh mengganas pd bila2 mase. 

Sunday 11 November 2012

Adakah Anda Layak Digelar Muslimah...?

Assalammualaikum....

Selamat bercuti korg sumo yerk! 

Ok...kt bwh ni kn aku ada copy and paste kn satu artikel yg amat menarik skali utk dikongsi bersama dgn korg sumo.  Bkn utk menunjukkan yg aku ni baik sgt...xde..xde...bkn mcm tu.  Aku pn bknnya baik sgt pn, ada gak kelemahannya.  Tp aku berniat utk menuju ke arah kebaikan.  Mana yg baik, kita jdkan sebagai panduan. Yg tak baik, kita jdkn as teladan.  Tak mau ckp byk, jom kita hayati artikel di bawah ni yerkk....

Muslimah yg berguna adalah...


1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tak gunakan kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tak gunakan rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tak gunakan minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alkohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.


4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tak gunakan kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tak gunakan masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tak gunakan tudung tiga segi, apabila memakainya di selempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tak gunakan lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tak gunakan alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan islam tak gunakan kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Info yg sgt berguna, bukan?  Marilah kita menuju ke arah muslimah yg berjaya...


Majulah sukan utk negara,


Wassalam...

Thursday 1 November 2012

Allah Maha Perancang Yang Terbaik...

Assalammualaikum...

Tak jawab...dosa, kalo korg jawab...murah rezeki korg!

Konsert akhir tahun tadika Hanie baru2 ni dah selesai beberapa minggu yg lps.  Mase kt konsert tu of course lar ada majlis penyampaian anugerah utk beberapa kanak2 yg cemerlang dlm subjek tertentu.  Kanak2 yg dpt percapaian best among the best akan dpt piala yg besar gedabak okey...!

Mase Adam tadika dulu (Hanie skolah tadika yg sama dgn Adam), lps dia wat persembahan pentas, sblm majlis penyampaian anugerah diberikn, aku dan laki aku dh blah awal2 dulu.  Aturcara majlis konsert tadika ni selalunya tiap2 thn, bdk2 akan mulakan dgn wat persembahan dulu.  Selepas selesai 7 persembahan pentas, baru ler majlis penyampaian anugerah, then sambung balik persembahan bdk2 yang seterusnya. So, aku dgn laki aku ni malas ar nk stay lelama kn.  Tapi kali ni nk tggu persembahan Hanie sket nyer lama tau.  Persembahan pentas yg ke 13 okey...!!  So nk tak nk, aku dan laki terpaksa ler lyn jap majlis penyampaian anugerah tu.  Bknnyer jeles pn sbb nama anak aku tak dipanggil.  Tapi kesian kt Maira sbb dia dh bosan asik dok kt kerusi, mkn, tido, mnyusu.  Bontot aku pn dh kematu dok lelama kt krusi plastik tu.  At last, Maira dh xleh nk handle lg.  Laki aku bgun ajak Maira gi supermarket kt ctu.  Aku dok sgsorg jap, tgk bdk2 yg amik hadiah kt atas pentas.  Tak lama kemudian, hp aku berbunyik. Laki aku tepon.  Dia suh aku gi tmpat dia dok lepak dgn Maira.  Rupe nyer diaorg dok kt tgga dkat dgn pintu masuk supermarket.  

Brbekalkn dgn vitagen sekampit, Maira trus jd bdk baik.  Maira mmg gilakn vitagen.  Dia sorg jer bleh abis minum sebotol tu.  Pastu dia gi ngecek kt abg dn kakak dia.  Sbb perisa lelain kn...

Aku pn dok lepak kt tgga sbb ekon dari pintu masuk supermarket kt ctu tempias rase sejuk kt kitaorg.  Bgus tul laki aku cari port.  Dari dok berhimpit2 dgn mak bapak bdk, pastu kerusi aku plak asik kena tendang dr blakang dgn bdk kecik yg xleh dok diam.  Bikin hati panas jer.  

Majlis penyampaian anugerah dh selesai.  Persembahan bdk2 yg lain bersambung semula.  Aku sabar menunggu giliran persembahan Hanie.  Kgkonon nk record video utk wat kenangan.  Paling tidak pn, nk tnjuk kat atuk dan nenek dia nnti.  

Aku memecahkn kesunyian kitaorg dgn menanyakan soalan kat laki aku.

" Abg, ank kita tak dpt anugerah ke...? "

" Yang, penting sgt ker anugerah tu? "

" Ntah lar, tgk ank org lain dpt hadiah, rase nyer nk gak ank kita dpt hadiah kn..."  Actually aku terkilan sbnrnya.

" Yang, kwn saya dari drjah 3 smpai drjah 6, straight result exam dpt no. 1, awk tau tak dia keja apa skrg? "

" Dia keja apa? "

" Dia skrg jd kuli jer, technician TNB jer, yang..."

" Ye ker? "

" Yelar, dulu dia satu kelas dgn saya.  Dia mmg bdk pandai.  Tapi rezeki sumo Allah yang tentukn. So, achievement tadika ni xde apa lar, yang. "

" Betul...betul...betul! "  

" Tgk kwn saya yg si Rajan tu.  Dia bknnyer pandai pn.  Nk ikutkn saya lg pandai dr dia.  Tapi tgk lar dia skrg jd apa.  Gaji berpuluh2 ribu tau!  Siap bleh belikan bapak dia keta mercedes lagi! "

Aku tercopong mendengarnya. Kagum.

Aku kenal bangat dgn si Rajan tu, kwn laki aku since high school lg.  Aku kenal dia since kitaorg dh bertunang lg.  Mase kitaorg baru2 kawin pn dia ada dtg jumpa laki aku.  Maklum ler big boss kn, of course ler busy jer memanjang.  Dulu dia pegang courts mammoth johor.  Skrg ni dia kena transfer ke sarawak plak.  Tp Rajan tak pernah lupa diri.  Bila cuti dia blk p.gdg jer, mesti nk ajak laki kuar minum smbil testing keta import yg dia baru beli.  

Sbnrnya perbualan ringkas tu telah memberikan aku kelegaan dlm hati.  Menghilangkan sedikit rase terkilan aku.   Aku dah tak kisah lagi jika Hanie x dpt apa2 hadiah or anugerah kecemerlangan tadika for next year.  Setiap org dikurniakn dgn kepandaian memasing.  Aku xnk ank2 aku study harder.  Aku nk ank2 aku study smart. Perjalanan mereka masih jauh lg.  Byk lg rintangan yg mereka perlu hadapi.  Pengaruh kwn2 adalah musuh utama.  So, aku perlu sentiasa memimpin mereka supaya mereka tidak terjebak dgn gejala negatif. Kengkadang bila anak cemerlang kt tadika, blum tentu lagi mereka akan cemerlang kt sekolah rendah.  Kgkdg bila cemerlang kt skolah rendah, blum tentu lg mereka akan cemerlang kt sekolah menengah pula.  Dan begitu lar setrusnya...

Kita hanya merancang, Allah yg Menentukan.  

So, aku tak kan kecewa mati jika ank aku x dpt nombor 1 dlm exam nnti.  Rezeki Allah yang tentukan.  Bknnyer nombor dlm kelas.  

Aku tak kan rendah diri dan malu jika anak aku tak dpt apa2 anugerah percapaian.  Lg sekali rezeki Allah yang tentukan.  Bknnyer piala ataupn anugerah...

Aku percaya Allah telah merancang sesuatu yg baik utk kita jika kita gagal hari ni.  Yang penting, jgn mudah untuk berputus asa.  Sentiasa berusaha dan berusaha utk memberikan education yg terbaik dunia dan akhirat utk ank2 kita.

Apa yang penting, aku dan laki aku dah planning awal2 utk study course yang sesuai utk ank2 aku lanjutkn pelajaran diaorg nnti.  Aku tak mau amik course yg pelik2.  Aku nk course yg seiring dgn keperluan pekerjaan masa akan datang.  

Wassalam...





Dun worry, kids, Ibu will always be here to guide you where ever you are....