Video Of The Month

Friday 11 May 2012

Muslimah...Jagalah 13 perkara ini

Salam...



Bulu kening...

Menurut Bukhari:
Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening..
atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
~Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari~




Kaki memakai gelang berloceng..

"...Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..."
~Surah An-Nur:Ayat 31~

Keterangan:

Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan..
Mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng..


Sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah..





Wangian..

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian

Kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium 
baunya..

Maka wanita itu telah dianggap melakukan zina..
~Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban~



Dada..

"..Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.."
~Surah An-Nur:Ayat 31~



Gigi...

"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."
~Hadis Riwayat At-Thabrani~

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yangmerubah ciptaan Allah."
~Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim~



Muka dan leher...

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta dan janganlah kamumendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah zaman dahulu..."
~Surah Al -Ahzab: Ayat 33~

Keterangan:
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah..



Muka dan Tangan...

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis..
Sabda Rasullulah:
"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginyamenzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
~Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari~



Tangan...

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripadamenyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."
~Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi~





Mata...

"..Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkansebahagian dari pemandangannya.."
~Surah An Nur: Ayat 31~

Sabda Nabi Muhamad SAW:
"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya bolehpandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram."
~Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi~



Mulut (suara)...

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehinggaberkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapiucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
~Surah Al Ahzab: Ayat 32~

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) danpenyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."
~Hadis Riwayat Ibn Majah~



Kemaluan...

"..Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka..."
~Surah An Nur:Ayat 31~

"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
~Hadis Riwayat Al Bazzar~

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."
~Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah~




Pakaian..
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."
~Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah~

Firman Allah yang bermaksud:
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali, lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
~Surah Al Ahzab Ayat 59~

"Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaiantetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya."
~Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim~

Keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membukabahagian-bahagian tertentu.





Rambut...
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantungrambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di duniatidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
~Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim~




Jagalah 13 perkara ini..
Insya Allah.. Anda akan di janjikan syurga yang hakiki..
Barakallahufik.. =)
Selamat beramal..