Video Of The Month

Wednesday 13 February 2013

Fashion Chapter 4 : Fashion Muslimah in Boho, Tribal Prints, and Guide to Mix and Match Style

Assalammualaikum...


Ok, kita lupakan pasal kes orang giler tu jap.  Jom kita sambung topik fashion yang sekarang tengah hangat di pasaran, tengah intrend untuk permulaan tahun 2013 ini.  Fashion tribal prints, yeah!!  Err...actually aku tak berapa minat sebenarnya corak tribal prints ni.  Tapi yelar, tak kenal maka tak cinta, ye tak??  So, bila dah lepas google and google contoh2 fashion tribal prints ni, adalah rasa tertarik sket untuk mencubanya.

Tengok lar kalo aku berani ke tak untuk memakainya bila nak kuar rumah nanti.  Yelar, tak kan ler ko nak gi kedai mini market kt depan umah ko tu pun nak berfesyen gak!  Nak mamps!!  Agak2 lar woii...Kgkadang aku dress pun ala kadar jer bila ikut laki aku gi tempat supplier komputer.  Alah, lagipun duduk dalam kereta kan, malas ar nak kuar skali.  Walaupun ala kadar, tapi aku still bertudung rapat lar, takde lar nak pakai selendang, selenpang sana sini.  Kalo nak bertudung, better ikut cara bertudung yang betul lar. Jangan terlampau sangat ikut fesyen tudung yang terkini.  Main belasah jer...

Sometimes aku suka COMPARE kan contoh2 outfits mix and match kat bawah ni dengan outfits kat dlm wardrobe aku.  Iye, aku mmg suka wat fashion research based on apa yang aku ada.  Sometimes ada yang tak perlu nak beli, sometimes ada yang rase mcm nak beli jer.  Tapi tu pun aku tgk dari segi keperluan gak.  Kalo tak perlu, tak payah lar nak rush sgt pegi beli.

" Eh, aku ada baju ni!  Ooo...camni ek cara nyer kalo nak pakai!  Boleh match kan dgn yang ini...dgn yang itu.  Ok...ok...I got it! "

" Ooo...aku rasa aku ada outfit ni.  Tinggal nak beli jaket ni jer lar.  Woohoo...I like it! "



Tribal
Cardigan yang bercorak tribal prints - black sleeveless - skinny jeans - riding boots
Oh, gosh!  I love boots...



Navy and Yellow
Sleeveless maxi dress tribal prints - cardigan senteng - sandal


Mauve, Grey and Beige
Gaya bohemian.  Sleeveless dress - white jacket - jeans - heels
OMG...!!  Aku pernah pakai outfits mcm ni!  Cuma aku tak pakai jacket mcm di atas, but I paired with cardigan.  Ok lar tu kan...xde lar aku dress makcik2 kan??

Lavender and Brown
Aku belum lagi nak beli sleeveless maxi dress mcm ni.  Tapi kebanyakkan maxi dress yg jual sumo yg ketat2 belaka.  Takpe erin, teruskan pencarian anda...


Blue and Grey
I love this style...


Shades of Gray
Red and grey.  Nice combination color...



Whoaaa...kasut pn nak corak tribal gak!



Bohemian style.  Long dress dgn beg rambu ramba.  Tapi korang jgn tak pakai kasut plak!



Lawanyer omputih ni bila dia pakai tudung ekk!  Cantik lar style dia!  Dgn cardigan hoodie, maxi skirt, tudung ala2 syria, rantai vintage besar gedabak.  Tak perlu pakai tudung yg beratus2 utk kelihatan stylo.  Fatin liyana sendiri pun pkai tudung RM10 jer...


Red and Yellow Rose
Urban chic in tribal prints



Gray and Red
Urban Classical




Studded Up
Urban trendy...

Bohemian Neutrals
Bohemian Chic


Victorian Glamour
Victorian Glamorous

Black Boho
Black Bohemian

Boho Orange Tunic
Bohemian Orange Tunic

Colorful Tribal
Gorgeous tribal in colors

Skirt Over Jeans..Why not?
Shirt over jeans...why not?  Cipta suatu kelainan lar...


Urban look chic.  Aku suka baju blouse yg butang depan ni sbb senang nak unbutton kasi susu badan kt Maira tanpa menjejaskan belt yg dipakai kt tengah2 tu...


Ok, enough Erin enough!  Kepala aku dah sarat dgn mcm2 fashion yg bleh diserap kepada fesyen muslimah.  Ada byk lagi sebenarnya aku nak share kt korg tp ckup lar setakat ni jer dulu.  Yg penting fashion2 di atas sumo, tidak seksi, tidak jarang, labuh ke punggung, menutupi aurat dgn betul.  Korang bleh take noted or share gambar2 di atas utk rujukan korang.  Takpe, benda yg baik mmg ptut disebarkan agar kita semua bleh mengubah cara pemakaian kita mengikut syariat Islam.  Islam tidak melarang kita berfesyen tapi biarlah menetapi ciri2 muslimah.  

Let's be muslimah in style...!!

Thanks for reading yeah...

p/s:  lps ni aku kena bykkan outfit cardigan and jacket berlengan panjang.  senang nak pairkan dgn outfit yg sleeveless nyer.  hoyee...!!!








Sunday 10 February 2013

Like Hingga Ke Hujung Nyawa...

Assalammualaikum...


Daebak...!!










Thanks for reading yeah...




8 Sifat Pakaian Wanita Islam

Assalammualaikum...




1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah r.a 
“ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”
2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”
4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)
5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niruatau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)
7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik
8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.



Hukum Meniup Lilin Hari Lahir

Assalammualaikum...


Soalan:
Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi….setengah orang cakap tak boleh…kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu “Allah selamatkan kamu”?
Jawapannya:
Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.
Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”
Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.
Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.



“Alah, Small Matter Lah !”

Assalammualaikum...


By: Mohd Asri Hj Zainal
“Demi masa, maka sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. (Surah Al-Asr)



Pernah seketika saya dan seorang rakan menghadiri sebuah program anjuran persatuan disini. Memang meriah. Sambutan terhadap program tersebut menggalakkan. Barangkali ramai yang ingin tahu dengan mendalam tentang isi program tersebut.
Lalu, ketika sedang menghayati semua pamera yang disediakan oleh pihak penganjur. Suara rakan ini memberhentikan fokus saya terhadap ‘Lauhah Al-I’lan’.
“Hurm, pakai tudung labuh tapi nampak juga lengan”. Komen rakan saya terhadap seorang ‘ukht’ disitu.
Jujurnya, ketika itu saya sangatlah tidak berminat untuk berbicara Small Matter ini. Dan jujur sekali lagi saya katakan bahawa ketika itu anggapan saya terhadap isu lengan ini adalah perkara yang amat kecil. Bermakna anggapan saya terhadap seseorang itu tentang auratnya sudah sempurna.
“Alaah, small matter lah”. Respon saya secara automatik.
“Kira ok lah tu, at least dia try untuk tutup”. Respon saya lagi.
Rakan saya itu mengangguk mungkin mengerti bukan masa yang sesuai untuk bincang akan isu lengan ini.
Sedar dari lamunan
Minggu dan hari berlalu pergi meninggalkan saya dan rakan. Sedar tidak sedar ketika nota kecil lagi hina ini ditulis hanya berbaki 2 bulan sahaja untuk saya kembali ketanah air. Dan kami terus melupakan isu penutupan lengan.
Sehinggalah saya terjumpa nota kecil saya tentang amaran Baginda Nabi s.a.w tentang sikap meremehkan perkara kecil. Baginda s.a.w bersabda ” …إياكم Ùˆ محقرات الأعمال”. Hadith yang bermaksud ” Janganlah kamu memperkecilkan perkara kecil”. Hadith ini direkodkan oleh Imam Baihaqi.
Baginda s.a.w mengingati dengan sepenuh peringatan bahawa perkara kecil jangan ditinggalkan kerana dari perkara yang kecil ini lah jadinya perkara besar.
Oleh kerana itu, isu penutupan aurat lelaki dan wanita ini bukannya perkara kecil yang boleh diremeh temehkan ! Bahkan ianya isu yang sangat berat lagi-lagi kita merupakan cermin kepada agama ini. Baik buruk Agama ini semuanya kita yang cerminkan pada golongan non muslim.
Oleh itu, izinkan saya untuk berbicara tentang isu aurat ini agar kita tidak tergolong dari golongan yang sesat dan menyesatkan.
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain”. (Hadith ini direkodkan oleh Imam Muslim)
Aurat dari kacamata Imam Mazhab yang 4.
Saya bawakan kepada teman-teman semua ringkasan Bab Aurat ini dari pembacaan saya melalui Kitab Fiqh Al-Islami Wa Adillatahu(Fikh Islami dan Dalil-Dalilnya) yang ditulis oleh Dr. Wahbah Az-Zuhayli.
Rata-rata apabila diselak pandangan ke empat-empat Imam Mazhab Muktabar ini mereka berpendapat dengan tegas bahawa Aurat itu menjadi kewajipan untuk menutupnya. Dan mereka hanya berselisih pendapat ketika menyatakan isu aurat dihadapan mahram, dihadapan muslimah dan juga ketika berada dihadapan wanita non muslim.
Tidak kurang juga dengan pendapat penutupan aurat bagi kaum lelaki.
Imam Hanafi dan Ulama-Ulama alirannya :
1. Aurat Lelaki bermula dari bawah Pusatnya hingga dari bawah lututnya.
2. Aurat perempuan yang merdeka adalah keseluruhan tubuhnya kecuali Wajah, Kedua belah tangan (tapak depan dan belakang) dan juga Kedua belah kaki.
Imam Malik dan Ulama-Ulama alirannya :
1. Aurat Lelaki terbahagi kepada 2. Iaitu Mukhaffah(Antara Pusat dan Lutut) dan Mughallazah ( iaitu kemaluan hadapan, zakar berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang terletak antara kedua-dua papan punggung) . Jesteru, mereka dengan berpandangan bahawa aurat-aurat ini Wajib ditutup. Mazhab maliki juga berpendapat bahawa aurat lelaki kita bersolat hanya perlu menutup Aurat Mughallazah sahaja. Oleh itu, diwajibkan mengulangi sembahyang dengan segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun terdedah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka, hanya zakar dan buah zakar sahaja.
2. Manakala untuk aurat perempuan pula. Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi, tetapi sengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup.
Imam Syafie dan Ulama-Ulama alirannya :
1. Aurat lelaki bermula dari Pusat hingga lah ke Lutut.
2. Manakala untuk aurat perempun Imam Syafie dan Ulama sealiran dengannya tidak memberikan pengecualianya kepada tangan dan juga wajah.
2.2 Namun, ada juga Ulama-Ulama Syafi’iyah memberikan pengecualian. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
Imam Ahmad bin Hanbali dan Ulama-Ulama alirannya :
1. Aurat orang lelaki ialah apa yang ada antara pusat dengan lututnya.
2. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.
Begitulah pandangan-pandangan Imam Mazhab yang 4 berkenaan aurat. Saya tidak bawakan kepada teman tentang perbahasan lanjut tentang isu aurat ini. Cukuplah sekadar isu fundamental tentang aurat.
Adapun, perbahasan tentang aurat bersama wanita islam , bersama mahram dan bersama wanita non-muslim saya rasa teman-teman semua mampu mengkajinya. Begitu juga dengan ikhwah muslimin.
Small Matter Is Not More Small but Is A Important Matter.
Subhanallah !
Baru kita sedarkan, bahawa selama ini yang kita ingat perkara kecil itu boleh diremehtemehkan. Sekarang, jelaslah bahawa lengan itu perlu ditutup dengan sempurna seperti mana ditutup aurat yang lain dengan.
Kadang-kadang kita terlupa. Tidak mengapa, sebab itu perlunya ada teman-teman untuk mengingatkan kita. Tidak terlepas juga kepada kaum Adam yang selalu meremehkan soal aurat ketika bermandi bersama rakan-rakan.
Pusat yang berdaki tidak dihiraukannya. Lutut yang serabai langsung ditirikannya.
Kadang-kadang orang lain terpaksa menyakitkan mata mereka dengan melihat semua itu.
Moga kita lebih sedar selepas ini.
Kita Ajen Dakwah Ummah.
“Aku bukannya Ustazah, so tak pe lah kalau tak tutup aurat !”
“Aku amik Banking weyh, tak payah lah nak tutup-tutup bagai ni”.
“Jumudnyaaaa”.
Agak-agaknya kan pernah tidak teman-teman dengar ayat -ayat tersebut? Mesti pernah dengarkan. Tidak kita yang cakap, mesti kawan-kawan kita yang lain cakap.
Sebenarnya, tujuan pensyariatan untuk menutup aurat ini sangat indah. Apa dia? Antara tujuan (Maqasid Syariah) ianya adalah untuk memelihara maruah dan harga diri seseorang.
Islam ini agama yang sangat-sangat memelihara penganutnya dari ancaman duniawi dan ancaman ukhrawi. Kerana itu, pensyariatan menutup aurat ini tidak memilih bulu. Semua yang mengucap 2 kalimah syahadah sudah tertaklif kepadanya syariat ini.
Tambahan, hampir kesemua yang berada didalam kita ini adalah berlatar belakangkan pendidikan agama sejak sekolah rendah lagi. Adapun yang tidak berpendidikan agama secara khusus tetapi masih didedahkan isu ini sejak kecil lagi. Latar belakang agama !
Jesteru, tidak timbul isu meremehkan tanggungjawab menutup aurat ini. Lagi teruk, apabila gambar-gambar yang tidak sempurna aurat itu kita kongsikan untuk tatapan ramai diruangan laman sosial. Baik lelaki mahupun perempuan, keadaan kita semuanya sama.
Kita adalah ejen penyebar dakwah islamiah. Kita selalu mimpikan agar Islam di Malaysia ini kembali kuat dan kembali hebat. Hatta, kita selalu mimpikan agar Islam kembali berkuasa didunia ini. Tapiiiii….kita selalu mencemarkan impian itu dengan masalah kita golongan agama.
Masalah paling besar ialah masalah krisis identiti !
Jom Kita Ubah !
Akhir kata, semoga nota kecil dan hina ini mampu menggembalikan sinar hidayah yang kian malap dalam hati. Masa untuk berubah masih banyak.
Sama-samalah kita saling nasihat menasihati agar ukhwah yang dibina atas nama Allah ini kekal hingga ke syurga.
Sahabat dan teman sejati akan sentiasa memimpin teman dan sahabatnya yang lain kejalan Syurga Allah.
Mohon doa dan teguran jika saya juga melalukan kesilapan.
Memang benar, bukan semua kita ini sempurna. Namun, kesempurnaan itu dicari agar selamat didunia dan juga di akhirat. Dan kesempurnaan itu lah mengikut 100% ajaran agama Islam yang Suci ini.



Kerana Menutup Auratlah Yang Membezakan Kita Dengan Mereka

Assalammualaikum...



ByIrna Syafiqah Zaabar
Bismillahhirrahmanirrahim
Bersyukur aku kepada Ilahi kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bernafas, meni’mati segala kurniaanNya yang tidak mampu untuk aku beli. Dari kita celik mata hinggalah kita menutup mata, terlalu banyak ni’mat kurniaan Dia kepada kita kan? Selepas bangun dari subuh, aku tidak terus tidur. Sudah menjadi kebiasaan aku tidak akan tidur selepas subuh melainkan mata dan badan ini terlalu letih kerana berjaga untuk membuat tugasan dan assignment di malam hari, barulah aku akan tidur sebentar. Rutin harianku sekiranya tidak kuliah, aku akan mula mengakses internet untuk membaca artikel-artikel yang boleh memberi manfaat. Ketika aku melayari sebuah blog, aku terbaca sebuah entry mengenai penghijarahan seorang wanita yang dari tidak menutup aurat dengan sempurna kepada bertudung labuh. Terkesima aku membacanya. Alhamdulillah.. Hidayah Allah itu datang kepada siapa yang cuba untuk mencarinya. Lalu aku juga teringin untuk berkongsi kisahku kepada kalian.
Sejak aku dibangku sekolah, aku sudah mengetahui tentang aurat wanita itu, bahkan apabila sedang belajar di kelas Pendidikan Islam sekiranya ditanya tentang aurat wanita aku adalah orang yang seringkali memberi jawapan. Tetapi tetap aku tidak menutup aurat dengan sempurna. Aneh sungguh! Aku masih lagi mengenakan pakaian yang tidak mengikut kehendakNya, masih lagi tidak berstokin dan sebagainya. Pernah juga terdetik di hati ini untuk berubah pada ketika itu apabila melihat kawan yang tertutup rapi menjaga auratnya. Tetapi setiap kali aku cuba berubah, pasti pelbagai persoalan aku fikirkan. Nanti orang kata aku hipokrit lah, nanti kalau bertudung labuh tapi perangai tetap sama macam mana, nanti kalau bertudung labuh dah tak boleh nak “gila-gila” macam dulu, terlalu banyak yang aku fikir. Maka, akhirnya aku tetap begitu.

Kehidupanku diteruskan lagi apabila aku berjaya menempatkan diri di sebuah IPTA di selatan negara. Di sinilah kisah penghijrahanku bermula. Seperti pelajar-pelajar wanita yang lain, apabila ke kuliah aku akan mengenakan pakaian yang “biasa” aku pakai. Jeans, blouse dan tudung. Suatu hari ketika menunggu bas, mataku teralih untuk melihat dua orang mahasiswa di hadapanku. Seorangnya bukan islam dan seorangnya Islam. Lalu, aku mula memerhati. Aku terus menunduk dan melihat apa yang aku pakai dan aku terus mengalihkan pandangan kepada wanita Islam itu. Bertudung labuh, berbaju longgar dan juga labuh, seluarnya juga begitu dan berstokin. Maka timbul satu soalan dalam fikiranku. Sekiranya aku berpakaian seperti mereka yang bukan Islam itu, apakah beza antara aku dengan mereka? Di sepanjang perjalanan, aku hanya diam. Tidak kecoh seperti biasa. Aku mula berfikir. Tiba-tiba teringat kata-kata pensyarahku tempoh hari. Aku berjumpa dengannya untuk bertanya soalan, tapi dia pula yang menanyaku kembali. Sejurus aku memasuki biliknya, soalan pertama dia kepadaku, “You tahu tak kenapa baju yang you pakai ni tak boleh buat solat?”. Aku menjawab dengan nada yang endah tak endah. “Sebab ketat kot”. Betul, jawapan tu katanya. Tapi jawapan yang lebih tepat “sebab pakaian you tu tak boleh buat solat”, katanya lagi.
Aku mula teringat kembali kata-kata ayahku suatu ketika dahulu. “Anak babah cantik tau kalau pakai jubah, pakai longgar-longgar, taknak try ke?” “Kakak tak kesian ke kat babah kalau babah masuk neraka? Kakak pakai macam ni?” Aku mula tersentak! Jiwaku seperti disentap –sentap. Kepalaku masih ligat lagi memikirkan tentang hal ini. Aku seperti orang yang sedang tidur lalu dibangunkan dari lena yang panjang! Aku tidak terus makan pada hari itu, aku terus pulang ke bilik. Aku mula termangu, termenung memikirkan apa yang telah aku lakukan, apa yang telah aku kenakan di sepanjang hidup aku hingga saat ini. Bukan aku tidak tahu tentang aurat wanita itu, tetapi mengapa aku tidak mahu memahaminya? Bukan ayah tidak pernah menasihati aku, tetapi mengapa aku tetap berdegil? Bukan ayah tidak mendidik, mengapa aku tidak menerima untuk dididik? Bukan tiada sahabat yang menegur, mengapa aku tidak mengambil teguran mereka? Aku bukan tiada ilmu tentang ini, tetapi mengapa aku tidak pernah ambil tahu. Aku solat, tapi mengapa aku tidak mengikut pakaian yang disyariatNya? Islam kah aku sekiranya pakaian yang aku kenakan menerupai mereka yang bukan Islam? Air mataku mula mengalir tanpa sedar, memikirkan apa yang aku lakukan disepanjang aku hidup. Apa yang aku kenakan sebelum ini ketika aku melangkah keluar.


Hari demi hari, aku mula untuk memahami dengan lebih mendalam apakah itu aurat wanita dan cuba mempraktikkan. Perlahan-lahan aku mengenakan baju yang longgar dan labuh, bertudung menutupi dada, dan berstokin. Pencarian itu aku teruskan lagi. Aku memerhati mereka yang menjaga auratnya, aku mula membaca artikel-artikel tentang aurat wanita. Al-Quran yang jarang dibuka, aku mula buka. Jika sebelum ini aku membaca tanpa memahami maksud, aku mula mencari terjemahan quran itu. Sehingga lah aku menemukan ayat ini.
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA (AURATNYA), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE DADANYA..” - (Surah An Nur, 24: 31)
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, HENDAKLAH MEREKA MENUTUPKAN JILBABNYA KE SELURUH TUBUH MEREKA”. Yang demikian itu agar mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”. - (Surah Al Ahzab, 33: 59)

Nah! Peringatan Allah tentang kewajiban menutup dan memelihara aurat ini telah terwujud sebelum kita dilahirkan lagi. Aku mula memahami betapa berharganya diri kita ini wahai wanita. Aku dapat merasakan sesuatu yang sangat berbeza apabila aku berpakaian begini. Sekiranya sebelum ini aku sering diganggu oleh lelaki, selepas aku berpakaian begini, aku tidak kerap diganggu terutamanya apabila berjalan seorang diri. Aku sudah merasakan selamat apabila berpakaian begini. Alhamdulillah, inilah ni’mat yang paling berharga dalam hidup selain ni’mat Islam dan Iman iaitu ni’mat hidayah. Hidayah takkan datang tanpa kita cari, Allah juga akan memberi hidayah kepada orang yang mencarinya. Bukankah Allah telah berkata Dia akan membantu kita sekiranya kita ingin mencari ilmuNya? Mana mungkin Dia memungkiri janji! Aku mula sedar, kehidupan dunia ini hanya satu persinggahan, hanya sementara. Jangan tertipu dengan fashion akhir zaman. Diri kita ini sangat berharga, lebih berharga dari segala-galanya. Apakah kita suka maruah kita dipermainkan, dipertontonkan pada yang tidak sepatutnya? Setiap yang BERHARGA di muka bumi ini selalu sulit untuk didapatkan, tidak ditemukan berselerakan. Cuba kita perhati, emas dan perak ditemukan di dalam perut bumi, dilindungi berlapis-lapiss dalam tanah. Berlian ditemukan terlindung dan tertutup oleh batuan yang keras. Mutiara ditemukan di dasar laut terlindung oleh cengkerang yang keras. Muslimah, kita ini lebih berharga dari emas, perak, berlian dan mutiara. Kita seharusnya TERLINDUNG. Pakailah jilbab/kerudung/hijab dengan BENAR, bukan untuk membungkus rapat tubuh melainkan untuk menutupi keindahannya hanya untuk yang pantas melihat kita.
Akhir kata dari saya, jangan sesekali malu untuk berubah ke arah kebaikan. Pedulikan saja kata-kata sinis orang. Nanti di akhirat sana, kita yang akan menjawab di depan Tuhan bukan? Ayuh bersama menutup aurat dengan sempurna. Kita mampu mengubahnya! 


Apabila Segalanya Di Pertontonkan Di Facebook

Assalammualaikum...





Keadaan di kedai makan itu seperti malam-malam sebelumnya. Orang ramai berpusu-pusu keluar masuk. Menu char koey teow menjadi pilihan utama bagi sesiapa yang mengunjunginya. Azmi tidak terkecuali. Cuma kali ini lebih tenang, apabila dia bersama dengan sahabatnya yang belajar di Mesir. Ehsan namanya. Sudah lama mereka tidak ketemu.
“Ko perasan tak, yang Facebook dah banyak berubah?”. Ehsan memulakan perbualan. Char koey teow special telah habis dijamahnya.
“Aah, aku perasan juga. Dah ada ticker sekarang ni, yang mana segala perbuatan kita di Facebook, akan diketahui umum. Malah, kalau upload gambar pun, punyalah besar apabila ada dekat wall tu. Dahsyat Facebook sekarang ni.” Rungut Azmi. Dia meneguk teh ais, sambil mengetap bibir kerana kesejukan.
“Hmm, itu yang aku risaukan. Bukannya apa, aku selalu terfikir. Bagaimana ketika di akhirat kelak, yang mana segala perbuatan kita akan dipertontonkan semula, samada perbuatan baik atau buruk. Tengok sajalah, kat Facebook pun, segala apa yang kita lakukan, akan keluar dekat ticker tu, dari ‘like’, ‘comment’ dan macam-macam lagi. Tidaklah aku katakan salah untuk bersosial, cuma perlulah berpada-pada. Kita tidak akan berasa segan sekiranya kita melakukan perkara yang bermanfaat di Facebook. Tetapi, malu sebenarnya, jika kita melakukan perkara yang melalaikan, yang mampu menimbulkan fitnah, kemudian dipertontonkan pula di khalayak ramai.” Ehsan meleter panjang.
“Aku pula cuma kurang suka sekiranya kawan-kawan perempuan aku, begitu seronok upload gambar kat Facebook. Bukannya apa, tidak ada salahnya untuk upload, tetapi tidak perlulah sehingga mendedahkan aurat, malah membuat gaya yang menggoda. Mata-mata yang liar begitu banyak memerhatikan mereka. Saham dosa semakin bertambah tanpa sedar. Tidak terkecuali bagi kawan-kawan lelaki juga yang suka mendedahkan aurat. Seolah-olah di akhirat, segalanya dipertontonkan di Facebook. Segala dosa-dosa akan dituntut di akhirat kelak.” Azmi menambah.
“Hmm, maka disebabkan itulah, kita kena pandai ambil peluang.” Ehsan menimbulkan tanda tanya dalam diri Azmi.
“Maksud ko?” Azmi menggelengkan kepala, tanda tidak mengerti.
“Orang selalu fikir bahawa laman web sosial ni, hanyalah tempat untuk kita bersosial sahaja, yang mana ikhtilat lelaki dan perempuan sudah tidak ada batasan. Bukanlah bermaksud tidak boleh berkawan langsung dengan berlainan jantina di Facebook, namun, perlu menjaga batas pergaulan, sungguhpun hanya di alam maya. Janganlah sehingga menimbulkan fitnah dan syak wasangka, atas segala perbuatan kita yang dipertontonkan di Facebook tu.” Hujah Ehsan.
“Gunakan medium ini untuk berdakwah. Nak jadi da`ie mesti kreatif. Takkan nak tunggu kita belajar kat Mesir, amek jurusan Syariah, nak kena jadi ustaz, baru boleh berdakwah, kan? Dengan hanya menggunakan medium seperti Facebook sahaja, kita dapat menyebarkan Islam, memberi manfaat kepada orang lain. Contohnya, boleh sahaja kita post link-link agama yang bermanfaat, contohnya dari ILuvIslam. Kongsikan tafsir Al-quran dan juga Hadis. Kemudian boleh sahaja kita post link-link dari Youtube, video yang memberi pengajaran. Maka apabila dipertontonkan di Facebook, di khalayak ramai, sekurang-kurangnya kita melakukan perkara yang bermanfaat. Mungkin sahaja menjadi saham pahala bagi kita, bukannya menjadikan Facebook sebagai medium menambah dosa dan tempat meluahkan perasaan, kan?” Tambah Ehsan, panjang lebar.
“Hmm, aku setuju dengan pendapat ko. Tapi, bagaimana kalau sesetengah daripada kawan-kawan kita kurang bersetuju? Mungkin sahaja akan ada umpatan-umpatan liar mengatakan bahawa kita pun perangai tak seberapa, nak berdakwah kat orang lain pula.” Azmi cuba menguji Ehsan.
“Iya, tidak dinafikan memang ada sahaja yang tidak bersetuju dengan kita. Namun sedarlah, redha Allah lebih penting dari redha manusia, kan? Perlu menjadi sempurna dulu ke, untuk membuatkan kita berhak menasihati dan berdakwah kepada orang lain? Tanpa sedar, sebenarnya kita dapat memperbaiki diri kita, sedikit demi sedikit.” Hujah Ehsan, padat.
“Betul juga apa yang ko cakap tu. Hmm, haa ko perasan sesuatu tak?”
“Tak pun. Perasan apa?”
“Aku rasa, tokeh kedai ni asyik pandang kita ja, rasanya dia macam dah nak tutup kedai.”
“Haha, agak arh, dah lewat ni kan, ok la, jumpa lagi nanti. Semoga segala apa yang kita bincangkan, memberi manfaat. Semoga Allah mempertemukan kita lagi. Assalamualaikum.”
“Haa, waalaikumussalam.” Mereka berpisah, mengikut haluan masing-masing.









Hukum Memakai Bulu Mata Palsu

Assalammualaikum...


Soalan

Apakah hukum memakai bulu mata palsu dan maskara?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu:
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)
Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.
Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.
Wallahua’lam