Video Of The Month

Friday 31 January 2014

Behind The Scene of My Wedding : " Mana Pengantinnya? "

Assalammualaikum....


Klik link di sini kalo anda terlepas entry sebelumnya.

Selepas aku selamat diijabkabulkan, tak bermakna malam tu kami suami isteri dapat tido bersama tau.  Laki aku balik semula ke Rengit, rumah atok dia.  Besok pagi nanti baru dia datang ke rumah persinggahan untuk salin baju pengantin.  So, aku dah lega ar sebab sudah bergelar isteri dengan hanya sekali lafaz jer.  Then, malam tu memang sibuk giler sebab kitaorang rewang dan masak-masak untuk kenduri keesokkan harinya.  Ada yang sibuk packing goodies bag, ada yang sibuk buat bunga telur, ada yang sibuk potong-memotong bahan rencah.  Pendek kata, semuanya lar sibuk belaka.  Anak-anak sedara aku toksah nak cakap lar, sibuk main dengan sepupu diaorang.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi mak aku dah bangun.  Sibuk menyiapkan kerja-kerja memasak.  Entah pukul berapa agaknya diaorang tido untuk siap masak lauk pauk kenduri ini.  Semalam mak suh aku tido awal.  Katanya, pengantin tak baik tido lewat, nanti mata sembap, dah tak naik seri pengantin.  Ok, ikut jer lar cakap orang tua kan.

Menjelang pukul 10 pagi, awan mendung mula kelihatan.

' Alamak, macam nak hujan jer nih.  Macam mana orang nak datang kenduri nanti? '  Aku dah mula risau.  Tiba-tiba aku terdengar jeritan mak dari bawah.  Actually rumah aku dua tingkat.

" Erin...!!  Mana baju tido semalam ko pakai? "
" Haah?  Nak buat apa? "
" Campak kat luar tingkap sekarang juga! "
" Nak buat apa mak? "
" Campak jer lar!  Jangan banyak tanya, boleh tak? "

Aku turutkan jer arahan mak.  Adakah begitu petuanya untuk mengelakkan hari hujan waktu kenduri kahwin?  Aishh...macam-macam petua orang tua ni kan!

Tak lama kemudian, hari yang mendung kembali cerah semula.  Matahari naik setinggi galah.  Alhamdullilah.  Tak sangka mak aku ni 'bomoh tolak hujan' rupanya!  Hahahaha....!!!

Nak ikutkan jadual kenduri hari persandingan aku hari itu, pukul 11 pagi sudah tersiap sedia dengan jemputan yang hadir.  Mak andam aku janji nak datang tengahari dalam pukul 12 atau pukul 1.  Nak dijadikan cerita sadis kan, mak andam aku ni tamak orangnya.  Sepatutnya dia kena lar berjanji nak andamkan satu pasangan pengantin untuk satu tempat.  Tapi hari itu, disebabkan tamak punye pasal, mak andam aku ni boleh berjanji sampai 3 pasangan pengantin untuk 3 tempat termasuk aku sekali.  Mak andam aku ni jenis makcik-makcik.  Kalo aku tau, aku amik mak andam yang bapok style ke tak pun yang mak andam yang muda-muda lagi.  Aku mulanya tak berapa setuju nak amik khidmat mak andam yang mak aku suggestkan.  Ni gara-gara kes kengkononnya mak andam aku tu saudara jauh mak aku lar.  Hampeh tul!

Disebabkan mak andam aku datang lambat, maka aku boleh berpoya-poya, berlegar-legar dalam rumah dengan baju tido ala-ala bibik, dengan zip belakangnya tutup tak sampai abis, dengan rambut basah tak tersikat (bajet konon nak keringkan rambut dulu lar).  Pendapat aku, dalam rumah tu cuma ada kaum keluarga aku saja, maka diaorang tak heran lar tengok pengantin macam serabai sebab mak andam tak sampai lagi kan.  Kaum sanak saudara aku semua lepas makan, duduk lepak kat luar jer.  Dalam rumah aku masa tu, terlampau sendat dengan barang-barang goodies, bungkusan lauk-pauk yang nak kasi kat jemputan, lepas tu dengan anak sedara nak tido dalam buai lar.  So, dah tentu takde tetamu yang nak masuk ke rumah time tu kan...kan...kan...(ayat confident!)  Oh, lupa nak bagitau!  Masa tu pelamin aku buat kat luar di halaman rumah.  Halaman rumah aku sangat luas, siap ada awning dan bersimen.  So, tak heran lar kalo cuaca nak hujan sekalipun still tak kena tempias.  Jemputan yang hadir boleh melihat pengantin secara live dan bergambar bersama-sama.  Chewaah!!  Oh, kitaorang tak buat acara bersanding, adat merenjis dan melempar batu.  Eh, bukan melempar batu, tapi bunga rampai.  Pelamin tu dibuat just untuk bergambar dengan sanak sedara pihak laki dan pompuan dan juga kawan-kawan yang turut meraikan hari perkahwinan kami.

Aku pun turun ke bawah.  Perut terasa lapar.  Pengantin kena makan dulu kang tak pasal-pasal kan pengsan pulak masa tengah bersanding.  Berbekalkan gambaran imej yang aku berikan seperti di atas, maka aku makan di atas meja sambil goyang-goyang kaki.  Padahal kat luar rumah, jemputan dah mula berpusu-pusu datang.  Adik-beradik aku dan jiran tertangga semua sibuk rewang bersama.



Anggap lar aku messy macam ni ekk!  Please lar...please lar...please!!


Tiba-tiba, saudara kitaorang dari Seremban jengah masuk ke rumah.  Hajatnya nak jumpa pengantin.

" Mana pengantinnya? "  soal makcik ku kepada kakak ku yang sulung.  Kakak aku ketika itu sedang tidurkan anaknya dalam buai.

" Tu hah dia!  Tengah melantak kat atas meja tu hah! "

Makcik ku terus berubah wajah.  Mungkin terkejut tengok pengantin buruk macam gorilla.  Serabai giler!

" Ya Allah, ni ke pengantinnya?  Mak andam ko blum sampai lagi ker? "
" Belum, auntie. Dia sampai lambat sikit. "
" Laaa...kot ye pun pengantin jangan lar pakai baju tido.  Buruk rupanya!  Sarung jer baju pengantin terus, solek simple-simple sementara tunggu mak andam ko sampai! Bla...bla...bla...bla...dan bla..."

Tak pasal-pasal aku kena bebel dengan makcik aku on the spot.  Demmit!  Terus aku bergegas naik tangga, sarung baju pengantin.  Salah satu sebab kenapa aku tak nak sarung baju pengantin awal-awal ialah PANAS!!  Grrr...ni semua gara-gara mak andam aku ni lar, sampai lewat sangat!  Kawan-kawan aku semua dah datang, dah selesai makan pun, depa semua tengah tunggu, nak tengok aku jadi raja sehari.  

Jam dah mencecah pukul tiga petang, baru mak andam aku terkedek-kedek nak sampai ke rumah aku.  Tercungap-cungap dia bila nak makeup kan aku.  Tu lar, tamak sangat amik banyak upah untuk make up kan orang dalam sehari. 

Dah lar cuaca dah mencecah ke suhu tengahari-petang, pakai pula baju pengantin satin berkerawang, aku rasa aku turun tangga dah macam ROBOCOP, keras kejung, hangpa tau tak!  Tapi aku pandai cover...tetap gak nak catwalk, nak posing bajet America Next Top Model.  Kelas ko jah...!!!

Alhamdullilah...walaupun agak kelam kabut sikit part mak andam jer yang lambat sampai tetapi tetamu jemputan yang hadir pada kenduri aku semuanya terurus dan berjalan lancar.  Lauk pauk kenduri semuanya cukup untuk tetamu yang datang.  Biasalah kalau dah nama kenduri kan, buat kat rumah ker, kat hotel ker, kat balai ker, kat dewan ker, kat padang ker, mesti ada part yang kelam kabut nyer.  Adat lar kan!  

Kepada makcik mak andam, 'jasamu' tetap dikenang sampai bila-bila.  Grrrr.....


Thanks for reading this entry!







Saturday 11 January 2014

Aku Dan Misteri : Tidur Bersama Harimau Bunian

Assalammualaikum...


Kali ini kita citer out of topic sket.  It's not about fashion, housekeeping, and diy.  But this story is a reality, you know!  My experience! (sambil buat muka serius, mata ke atas, kening berkerut seribu, tangan bersilang rapat ke dada)

Ok...ok...aku bukan nak buat citer pasal ghost caught on tape lar kan (this is ghost caught on my bed!) tapi ini sememangnya citer sebenar dan pengalaman aku sendiri mengalaminya dan sekaligus membuka mata aku untuk mempercayainya bahawa sebenarnya ada makhluk lain selain dari manusia yang menghuni di dunia ini.

Bunian adalah makhluk yang juga dicipta oleh Allah swt cuma bezanya alam mereka lain daripada kita.  Jarang sekali antara kita sebagai manusia boleh melihat makhluk bunian ini tetapi kita boleh merasai kehadiran mereka jika diizinkan.

Aku pernah merasainya.

Tetapi bukan orang bunian.  Ianya adalah harimau bunian!

Peristiwa ini dah lama berlaku.  Since aku masih bersekolah menengah lagi.  Arwah abah masa tu bekerja sebagai pemandu kereta limosin Airport Limo kat Sepang.  Arwah abah duduk menyewa rumah flat kat Nilai bersama-sama dengan kawan-kawannya dan juga adik tirinya, yang juga pakcik aku yang dikenali sebagai Pakcik Aris.  Tiap-tiap bulan arwah abah akan mengirimkan wang melalui akaun ATM mak.  Dan tiap-tiap bulan gak, aku dan mak akan pergi ke bandar untuk cucuk duit kat mesin ATM.  Selalunya aku yang tolong cucukkan duit sebab mak aku tak reti nak tekan-tekan kan.  Kadang-kadang sebulan sekali arwah abah pulang ke rumah untuk melepaskan rindu bersama keluarga dengan membawa balik kereta Airport Limo selambanya...

Nak dijadikan cerita, satu hari, pada musim cuti sekolah, aku dan mak berpeluang pergi melawat ke rumah flat bujang arwah abah kat Nilai tu.  Memang sadis sangat tengok keadaan dalam rumah tu, almaklum lar rumah bujang kan.  Tido berbantalkan tikar nipis dan bantal pula dari surat khabar tebal-tebal yang dilipat dua.  Nasib baik lar arwah abah cuma bekerja di Airport Limo hanya beberapa bulan saja.  Company management tak betul, lambat bayar gaji pekerja, siapa yang tak tahan kan kalo kerja dengan company macam tu?  Siap buat demostrasi lagi!  Pekerja mogok tak nak amik penumpang.  Tak pasal-pasal muka arwah abah terpampang di dada akhbar.  Cinonet jer gambar muka abah dalam suratkhabar tu.  Lepas arwah abah berhenti kerja sebagap pemandu airport limo, terus arwah abah balik ke pangkuan kami sekeluarga dan mendapat tawaran pekerjaan yang lain pula.

Ok, back to the story!

Masa aku dan mak datang ke rumah flat bujang arwah abah, mak ada berkias kat arwah abah.

" Long, ada bela binatang ker? "

Mak memang membahasakan arwah abah sebagai Long.  Mungkin nama manja agaknya ataupun sebab arwah abah adalah anak yang sulung.  Mak aku memang ada kebolehan untuk melihat.  Omputih kata third eyes.  Orang Islam kata, hijabnya terbuka atas izin Allah.  Arwah mak aku boleh melihat benda-benda yang halus kecuali jin dan syaitan.

" Eh, takde lar! "

Kemudian, mak menerangkan pada arwah abah, kat hujung sudut dinding rumah flat tu ada seekor harimau bunian menghuni di situ.  Harimau tu memang dah lama berpenghuni di situ sejak sebelum kawasan rumah flat itu didirikan.  Pendek kata, itu memang kawasan dia lar.  Harimau tu tak kacau orang, dia cuma dok kat sudut tu jer, then tengok orang kuar masuk dari rumah jer lar.

Mendengar saja cerita itu kuar dari mulut mak, aku mula terasa seram.  Bulu roma tiba-tiba meremang naik.  Mata aku melilau mencari sudut-sudut dinding yang dimaksudkan oleh mak dalam rumah flat tu.  Tapi yang bestnya, arwah abah relaks jer, mungkin sebab dah biasa dengan 'anugerah' yang dimiliki oleh mak.

" Oooo...kalo macam tu, bleh lar buat kawan! " tempik arwah abah.

Sejak kejadian itu, atau mungkin sejak kali pertama harimau bunian tu bertentang mata dan 'berkenalan' dengan mak, sejak itu lar harimau bunian itu selalu mengekori arwah abah ke mana saja.  Pendek kata, harimau bunian tu jadi 'bodyguard' untuk arwah abah.  Selalu setia duduk kat sebelah abah bila abah tengah drive kereta airport limosin tu.  Mak kata, harimau bunian itu harimau jantan, dan saiz badan dia sangat besar dari saiz biasa harimau yang kita lihat kat zoo or kat tv tu.

Ok, macam percaya atau tak kan?  Ikutkan, aku pun ingat mak aku cuma mereka-reka cerita saja.

Teruskan pembacaan anda ke akhir cerita ini untuk mengetahui kisah selanjutnya...

Satu hari arwah abah telefon mak.  Dia kata malam tu nak balik rumah tapi lewat sikit.  Ala...Seremban - Batu Pahat, arwah abah aku boleh bantai bawak laju sampai 140km/jam.  Lebih kurang 2 jam jer perjalanan.  Selalunya arwah abah cuma balik semalaman jer.  Esoknya pagi-pagi dia dah gerak ke Airport Sepang semula, tempat dia bekerja.  

Mak setia menunggu.  Tido-tido ayam kat hall rumah.

Masa tu aku baru abis study (nerd giler kan!).  Jam menunjukkan sudah pukul 1 pagi.  Aku tidur sengsorang kat bilik depan.  Adik-adik aku semua tidur kat hall rumah.  Mata baru nak terlelap, tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu kat luar rumah.  Rupa-rupanya arwah abah baru sampai ke rumah.  Arwah abah dengan 'bodyguard' nya.

" Oh, Long bawak sekali ker bodyguard Long tu? " 

Tiba-tiba mak bertanya sebaik saja arwah abah masuk ke dalam rumah.

" Kenapa, dia ada sekali ker? "

" Haah, dia ikut sekali masuk dalam kereta, ikut Long balik ke rumah lar. "

Masa tu aku tidur-tidur ayam sambil cuba menangkap butir-butir perbualan antara mak dan arwah abah.

" Dia kat mana sekarang? " tanya arwah abah.

" Kat depan rumah.  Yah suruh dia masuk ekk! "

Yah, nama singkatan dan panggilan manja daripada Rukiah.  Nama arwah mak aku.  

" Rin, harimau ni tidur dengan ko kat dalam bilik ekk! "

Whatt the hell..!!!  Pergh...berderau darah kejap bila mendengarkan mak aku cakap macam tu.  Why me???  Why??  Apsal nak tidur dengan aku plak!  

" Haaa...mak ni!  Biar betul!  Kalo dia cekau Erin kang, camner? "

" Alaa...takde apa-apa lar!  Dia cuma nak tumpang tidur jer! "

Masa aku berbual dengan mak, keadaan bilik aku memang gelap gelita.  Tiada lampu tidur.  Aku suka tidur gelap-gelap.  Bilik aku hanya disurami dengan lampu jalan jer.  Itu pun still gelap lagi.  Tapi pintu bilik aku mesti terbuka sebab aku pun penakut gak.  Since aku pernah diganggu dengan lembaga hitam masa aku tertutup pintu bilik, terus aku tak berani nak tutup pintu lagi.  Itu nanti lar aku ceritakan kat entry lain yerk!

Mula-mula aku tidak merasakan apa-apa.  Aku terus 'back to the position' tidur aku.  Mengangkang seluas-luasnya.  Sebab katil queen tu aku yang kongker sengsorang!  Tiba-tiba, aku terasa ada sesuatu seperti...seperti ada pemberat sedang naik ke atas katil aku.  

Oh, harimau bunian tu nak tidur kat hujung kaki aku!  On my bed!!  Oh my god...!!!

Apsal lar ko tak tido kat bawah jer?  Ngada-ngada plak nak tidur atas katil aku ni!  Manja bebenor!

Aku ingatkan mak aku memain jer tau!  Just mereka-reka cerita jer tau!  Sekali rupa-rupanya memang benar-benar belaka tau!  

Sebab apa tau?

Sebab aku dapat merasakan bulu harimau bunian tu kat kaki aku!!!

Ok, masa tu feeling aku takde lar rasa macam penakut, gabrah dan terketar-ketar.  Masa tu aku rasa macam relaks jer.  Mungkin sebab aku merasakan yang harimau bunian tu tak kan mengapa-apakan aku (my imagination = melapah aku masa aku tengah tidur ker kan, hahaha..!!)  Dia cuma tumpang tidur jer.

Aku dapat merasakan seperti sesuatu pemberat kat hujung katil aku.  Maybe itu berat badan dia kot.  Then, tiba-tiba badan harimau tu telah menghempap sebahagian hujung kaki aku.  Aku cuba menarik kaki aku tapi tak boleh.  Pergh, berat betul harimau ni!  Saat tu lar kali pertama aku dapat merasakan bulu-bulu halusnya kat hujung kaki aku.  Tapi bila buka mata, tak nampak apa-apa sebab bilik aku gelap gelita.  Sebenarnya, aku tak buka mata pun.  Penakut giler!

Aku cuba menarik kaki aku untuk kali kedua.  Tapi kali ini dengan gerakan balas yang amat memeranjatkan!  Merasakan aku cuba menarik hujung kaki aku yang terhempap oleh badannya, harimau bunian itu telah menaikkan sedikit badannya untuk memberi ruang aku mengalihkan kakiku.  Oh, dear, very thoughtful!  

Pada masa tu, kakiku cuba merayap ke atas badannya untuk mengagak saiz badan harimau bunian tu.  Pergh...memang betul kata mak aku.  Tersangat lar besar.  Bak kata orang kan, kita mengusap badan kucing dengan menggunakan tangan.  Tapi aku, dengan kurang ajarnya, mengusap badan harimau bunian tu dengan kaki aku jer!

Malam tu.

Untuk kali pertama.

Aku tidur bersama dengan harimau bunian.  Macam tidur dengan kucing belaan korang gak!  Cuma bezanya saiz jer.

Nasib baik harimau tu tak mendengus atau tak mengaum masa tengah tidur.  Maunyer aku terselit kat celah tepi katil kang.  Aku pun takut-takut gak kalo tertiba tengah syok tidur, sekali tertendang badan harimau tu kang, terus dia terkamnya aku nanti.  Tapi Alhamdullilah, nasib baik takde.  I'm still alive!

Aku terjaga dari tidur bila merasakan harimau bunian itu bingkas bangun dan turun dari atas katil aku.  Oh, rupa-rupanya sudah pagi.  Aku terdengar bunyi dia mengasah kuku kat atas karpet dalam bilik aku.  Amboi...rosak ar karpet aku!  Yelah, lagaknya dah macam kucing yang biasa kita tengok.  Menggeliat sambil mengasah kuku kan.  Harimau bunian itu masih setia menemani dan berkhidmat jadi 'bodyguard' arwah abah.

Arwah abah pun sudah bersiap sedia untuk balik ke tempat kerja dia semula.  Selesai bersarapan, abah terus bertolak ke Seremban.  Dalam keadaan mamai, mak bertanya kat aku...

" Rin, macammana tidur dengan Si Kuning? "

" Emm...ok jer! "

Aku terus sambung tidur balik.

Oh, kitaorang gelarkan harimau bunian tu, Si Kuning.  Si Kuning banyak berjasa pada kitaorang.  Meskipun arwah abah dah berhenti kerja dari Airport Limosin tu, tapi Si Kuning terus setia tinggal bersama dengan kitaorang.  Tapi dia duduk depan rumah jer jadi penjaga.  Si Kuning juga lar yang jadi tukang tepis, tukang lawan apa-apa jua sihir buatan orang yang ingin dihantar pada mak.  Pernah ada satu bomoh ni, orang upah untuk hantar sihir kat arwah mak.  Bomoh ni tengok dalam air. Dia tak berani nak hantar sihir kat mak.  Orang tu tanya, kenapa pulak.  Bomoh ni cakap, kat depan rumah kitaorang ada penjaga, iaitu seekor harimau yang sangat sangat besar.  Bomoh tu tak pernah melihat harimau sebesar itu sebelum ini.  Makanya bomoh tu cakap, cari lar orang lain yang boleh buat kerja terkutuk tu.

Arwah mak pernah kata, sekarang Si Kuning dah kawin, dah beranak pinak, dah berusia, dan sudah pun kembali ke alamnya semula.  Oh Kuning, jasamu tetap dikenang sampai bila-bila!

Oh, rindu plak kat Si Kuning!  Kalo aku panggil, dia datang tak?  Ko ingat dia kucing biasa ker?  Ppuiihh...!!

Miaow...miaow...cheut! cheut! cheut!





Ini bukan cerita bohong, tau.  Tapi ini memang cerita betul.


p/s :  I miss you, abah and mak.  Semoga roh kalian tenang di sisi orang-orang yang soleh. Aamin...


Thanks for reading this entry!


Thursday 9 January 2014

Household Tips and Tricks

Assalammualaikum...


Menjadi seorang surirumah seperti saya haruslah tangkas, cepat dan kreatif.  Oleh itu, saya selalu mencari household tips and tricks kat google untuk memudahkan kerja-kerja harian saya di rumah.


Walaupun saya mempunyai kelulusan dari universiti tempatan, tapi saya berkorban demi kerjaya saya untuk menjaga sendiri anak-anak dan suami dan menguruskan rumahtangga sendiri tanpa memerlukan bantuan mak mertua saya sebab mak mertua saya duduk setempat dengan saya tetapi rumah berasingan.  Alhamdullilah, rezeki itu sentiasa Allah bagi dan sentiasa ada untuk anak-anak.  Seronok tengok anak-anak membesar di depan mata kita sendiri.


Oleh itu, saya ingin mengongsikan beberapa tips dan tricks kepada anda semua untuk memudahkan kerja-kerja harian anda di rumah.  Ada banyak lagi tips dan tricks sebenarnya, sebab tu saya buat part by part.  Perkara yang baik dan idea yang berguna, kita kongsi bersama-sama yerk!  Lagipun korang kan tau yang saya kan suka benda-benda yang kreatif dan DIY ni kan!


* awat guna bahasa 'saya' ni?  sopan bebenor!  tak hip hop lar wei..!!


credit to via from learni.st



Saya memang suka mengecat rumah.  So tips ni sangat berguna untuk saya kalo tidak mahu menggunakan tempat scroll cat tu.  



Kalo pergi vacation, wajip kena ada emergency money.  Lelebih lagi bila kita vacation kat luar negara.  Tapi dalam negara pun banyak gak penyangak, so berhati-hatilah!



Cara memotong epal dengan cepat.



clever household tips 0 A few clever household tips you should be trying (18 Photos)
Kalo kita periksa kepala shower kat bilik air mesti ada yang telah berkarat.  Boleh lar kita ikut tips ni untuk membersihkan kepala shower yang berkarat tu.  Kadang-kadang aku sembur jer dengan clorox kat kepala shower tu, lepas tu biarkan sekejap. Hilang gak!



clever household tips 1 A few clever household tips you should be trying (18 Photos)
Pastikan tempat penyodok sampah tu takde kekotoran sebelum nak buat cara macam ni.



clever household tips 2 A few clever household tips you should be trying (18 Photos)
Khas untuk mereka yang mempunyai perabot kayu.  Lepas tu jangan dimakan plak walnut tu kang!



clever household tips 3 A few clever household tips you should be trying (18 Photos)
Good idea.  Tapi sorry, bilik air aku takde pakai toilet paper.  Sendiri vera, sendiri kencin, sendiri cebok lar!  Hahaha...!!  



clever household tips 5 A few clever household tips you should be trying (18 Photos)
Bagi mereka yang suka pakai anting-anting.  Walaupun telinga aku ada lubang, tapi aku tak suka pakai anting-anting.  Tak selesa dok rasanya...



clever household tips 6 A few clever household tips you should be trying (18 Photos)
Kadang2 aku pun suka guna jari gak untuk selitkan kunci kat keychain.  Nak cepat katanya...



clever household tips 8 A few clever household tips you should be trying (18 Photos)
Oh, that's good idea!  Sebab anak2 sumo tido ganas!



clever household tips 10 A few clever household tips you should be trying (18 Photos)
Alah...pakai gunting pun bleh kan!  



clever household tips 11 A few clever household tips you should be trying (18 Photos)
Sila jangan buang klip roti tu yerk sebab benda alah tu pun berguna gak!  Aku pun baru tau kegunaan klip roti tu.



clever household tips 12 A few clever household tips you should be trying (18 Photos)
Whoaa...!!  Kena bagitau kat laki ni.



clever household tips 13 A few clever household tips you should be trying (18 Photos)
Oh, penutup tin ni pun berguna gak tau!  



clever household tips 15 A few clever household tips you should be trying (18 Photos)
Sangat menjimatkan.  Selaras dengan saranan kerajaan, amalkan budaya berjimat cermat.  Hahaha...!!



clever household tips 17 A few clever household tips you should be trying (18 Photos)
Kreatif seyh!  Saya suka...saya suka...saya suka!  Kicap ada?  


Setakat ni saja yang dapat dikongsikan bersama.  Kalo kesibukan tak melanda, bleh lar update yang part 2 nyer yerk!  Disebabkan budak dah naik sekolah, mana ler sempat nak update blog sepanjang masa kan.  Nak citer ker pasal pengalaman anak saya ke sekolah?  Aishh...tak payah lar!  Sama jer macam anak-anak orang lain pergi sekolah gak!  Balik sekolah ngadu penat lar, beg berat lar especially si Hanie.  Sebab dia masih lagi dalam proses perubahan masa dan situasi dari tadika ker sekolah rendah.  Macam Adam Izz gak.  Nanti lelama dah jadi kebiasaan ler.  Budak-budak ni pagi sekolah agama, petang sekolah rendah plak.  Diaorang cuma transit kat rumah jer sebab sekolah depan mata kan.  So sempat lar makan tengahari kat rumah sekali.  Kadang-kadang Hanie cuma nak bungkus kuih jer untuk bekal sekolah petang sebab dah makan berat kat rumah kan.  So, aku pun bungkus lar kuih muih sket kat kopitiam pak mertua aku hari-hari.  Eh, kitaorang bayar tau, bukannyer cha alif ba wau ta...



Thanks for reading this entry!