Video Of The Month

Monday 17 March 2014

Berhati-hati bila buat projek....

Assalammualaikum....


" Assalammulaikumm....!!  Erin ko maner?  Eh, Erin kat maner? "

Menggelupur sungguh budak sorang ni!  Masuk dorm aku jer dah terjerit-jerit panggil nama aku.  Padahal katil aku sebelah pintu dorm jer.

" Woi, Erin!  Ko boleh tido lagi time-time macam ni? "

Aku terpisat-pisat.  Mengeliat seketika.  Terkeruk-keruk jap.  Kesat taik mata.  Baju kurung pergi kuliah pagi tadi pun masih belum tertanggal lagi.

" Ko dah kenapa? "

" Kenapa ko tanya ekk.  Ko tau tak, Lecturer 'X' dah tampal markah keseluruhan 80% untuk subjek 'XX'.  Lagi 20% markah untuk final exam.  Ko dan aku dapat markah kosong untuk group projek yang kita buat baru-baru ni! "

Mata aku terbeliak.

" What? Kosong? "

" Ye, kosong..." Liza dah mula nak nangis.  Seboleh-boleh dia tak nak gagal dalam subjek tersebut.  Dia tak nak 'repeat' lagi subjek tu next semester nanti.





" Bukan ke kita buat projek tu sama-sama dengan diaorang?  Macam mana plak boleh dapat markah kosong? " aku menggaru kepala.  Cuba mengimbas kembali saat-saat buat group projek dengan kawan-kawan sekelas denganku.  Ada lima orang kesemua sekali.  Termasuk aku dan Liza.

" Tu lar pasal.  Aku nak ajak ko sesama pegi jumpa Lecturer X tu.  Nak tanya lar, apa pasal ko dan aku boleh dapat markah kosong, sedangkan ahli kumpulan yang lain boleh dapat markah tinggi-tinggi dalam projek berkumpulan tu..." ujar Liza panjang lebar.

" Tunggu ar jap.  Aku pakai tudung dulu. "

Aku bingkas bangun.  Tengok muka kat cermin.  Ok, set!  Masih comel lagi.  Takde taik mata.  Tacap sikit dengan bedak compact.  Pakai tudung bawal seeloknya.  Masa tu belum wujud lagi tudung instant.  Tentu dah lama aku main sarung jer!

Pukul 3 petang.  Cuaca panas.  Fakulti aku terletak di atas bukit.  Untuk pergi ke sana, kitaorang memang kena tertonggek-tonggek berjalan kaki memanjat bukit.  Memang azab!  Muka comel tapi ketiak lencun.  Bikin malu saja!  Itu pun lecturers sudah banyak kali bilang suruh pakai high heel.  Dah nama pun course secretary kan.  High heel celah mana kalo dah hari-hari terpaksa tertonggek-tonggek jalan kaki panjat bukit bertuah tu!  Lecturers cakap setakat ikut nafsu saja.  Cuba hangpa try buat sendiri!

Termengah-mengah aku bila dah sampai kat bangunan fakulti.  Walaupun dulu badan aku tak semontok mana pun.  Just a normal size.  Tapi tinggi tetap macam model.  Hok tuihh...!!

Aku dan Liza bergegas menuju ke bilik Lecturer X.  Untuk pengetahuan korang, Lecturer X adalah seorang perempuan bujang yang belum berkahwin lagi.  Bukan lelaki ekk.  Nasib menyebelahi kitaorang.  Lecturer X belum balik lagi.  Masih lagi berada di dalam bilik office dia.  Sedang menanda assignment kelas lain agaknya.

Kitaorang ketuk pintu.  Tunjuk tanda hormat.

" Assalammualaikum, Lecturer X. "  Walaupun kitaorang gugup, tapi kitaorang nekad mahu tahu.

" Yer, saya.  Ada apa? " jawab Lecturer X dengan lembut.

" Lecturer, kitaorang mahu tau kenapa saya dan dia boleh dapat markah kosong dalam group projek tu? "  Liza memulakan perbualan.

Aku hanya berdiam diri.  Tapi aku sudah siap sedia dengan bukti kukuh yang aku ada.  Siaplah korang yang telah menganiaya aku.  Mentang- mentang aku pendiam, maka korang boleh pijak kepala aku.  You picked a wrong person!

" Oh, ahli kumpulan awak cakap yang awak berdua tak buat kerja. " Lecturer X cakap direct.  Takde belok-belok.

Pergh, menyirap darah aku bila mendengarkannya.  Aku tak buat kerja?  Aku yang banyak sumbangkan idea, tulis isi-isi penting, buat pendahuluan dan macam-macam lagi, sewenang-wenangnya korang cakap aku tak buat kerja pulak!

Lecturer X amik assignment group projek kelas kitaorang yang telah dihantar minggu yang lepas di atas mejanya.  Kat assignment group projek tu  hanya tertera nama 3 orang saja.  Kenapa diaorang tak tulis nama aku dan Liza?  Adakah sebab kitaorang tak terlibat dalam penghasilan assignment group projek tersebut?  Itu bukan salah aku dan LIza.

" Ok, boleh awak terangkan apa yang berlaku? "  tanya Lecturer X.

Aku menyemak isi assignment group projek 'bangsat' bertiga tu.  Dari situ aku dah nampak kesilapan diaorang kat mana.  So stupid!  Kalo yer pun nak 'makan sorang', buat lar idea sendiri!  Dengan tenang, aku menjawab.

" Diaorang tiru bulat-bulat isi-isi penting dan pendahuluan yang saya karang.  Ini buktinya."

Aku menunjukkan salinan lampiran yang aku karang.  Walaupun cincai boncai, tapi Lecturer X seperti sudah dapat mengagak apa yang berlaku.  Aku dan Liza telah dianiaya oleh tiga orang bangsat tu.  Aku tak boleh nak gelarkan diaorang sebagai ahli kumpulan or kawan sekelas.  Hanya 'bangsat' jer gelaran yang sesuai untuk mereka bertiga.  Seorang perempuan dan dua orang lelaki.  Seorang perempuan dan seorang lelaki dari kalangan bangsat tu kononnya pernah digelar "couple of faculty".  Satu fakulti tahu yang depa ni couple naik motor besar, hanyak ke sana ke sini.  At last, abis belajar, kawin orang lain gak!  Bikin malu saja!

" Memang saya dan Liza tak terlibat dalam penghasilan assignment group projek ni tapi kitaorang tiap-tiap hari tanya pasal assignment ni.  Bila nak buat?  Kalo nak buat, bagitau lar kat kitaorang.  Tapi bila ditanya, diaorang macam nak tak nak jer jawab.  Tau-tau jer dah siap! "

Lecturer X mengangguk.

" Diaorang duduk kat luar hostel, kitaorang ni still duduk kat hostel lagi.  Memang lar susah budak hostel nak ada masa untuk siapkan assignment sebab kitaorang pun ada terlibat aktiviti kolej lagi.  Tapi tak salah rasanya kalo diaorang bagi tau bila nak buat assignment tu sebab kitaorang boleh stay up buat kerja lepas abis kuliah kan.  Kena pandai lar nak curi-curi masa.  Tapi setiap kali saya dan Liza tanya pasal group projek tu, diaorang macam acuh tak acuh.  Yang paling saya geram, diaorang tiru bulat-bulat isi-isi penting yang saya buat dan saya bagi masa di awal perbincangan group projek ni. "

" Saya faham.  Nanti saya akan berjumpa dengan mereka bertiga ni untuk dapatkan keterangan mereka. "

Aku tarik nafas lega.  Padan muka korang!  Curi idea aku lagi!  Tau nyer nak makan sorang jer kan.  Orang spesis macam ni pun masih hidup lagi di muka bumi.

" Terima kasih, Cik X. "

" Ye, sama-sama. "

Dua tiga hari kemudian, Lecturer X telah menampal purata markah keseluruhan yang baru untuk kelas aku.  Alhamdullilah, aku berjaya menduduki tempat ke - 10 teratas antara yang tertinggi.  Apa tak nyer, markah exam aku semua high score tapi bila tiba jer markah untuk group projek yang sebelum ni aku mendapat markah kosong, menyebabkan kedudukan aku dalam kelas tercorot sedikit.  Tapi selepas perjumpaan dengan Lecturer X, maka dengan baik hatinya, lecturer tersebut telah memberikan aku high score dalam markah group projek.  Lecturer X faham yang aku telah menjadi mangsa keadaan.  Budak yang selalu mendapat high score dalam exam, tertiba diberitahu yang aku tak sumbang apa-apa dalam group projek tersebut.  So, nampak macam tak logik kan?  

So, aku pun tak tau bagaimanakah perjumpaan Lecturer X dengan si bangsat bertiga tu.  Aku malas nak amik tau.  Yang aku tau, kedudukan markah diaorang pun turut berubah.  Baik-baik dok tempat ke atas, dah tercorot ke bawah.  Aku nak marah pun tak guna, yang pasti aku akan ingat peristiwa ni sampai bila-bila.  

Sebab?

Diaorang still tak minta maaf dari aku sampai sekarang.  Malah si bangsat bertiga tu, tiap kali berjumpa kat fakulti, buat muka derk jer.  Sikit pun tak rasa bersalah atas apa yang diaorang dah buat kat aku.  Itu dulu, tapi sekarang, meeting dalam facebook pun still buat derk gak!  Perghh...ni memang nak makan sumpah aku ler tu!  Nasib lar kitaorang tak rapat sangat kat dalam facebook tu kan.  Just baca status si bangsat tu yang ntah hapa hapa ntah.  Aku pun tak join group fakulti aku kat facebook tu.  Arghh...nak buat apa?  Sudah dibilang, akuk tidak suka amik tau hal diaorang.  Most of them are hypocrite.  Mula-mula like gambar aku kat facebook, then bagi komen lar, tak cukup dengan itu siap depa private message kat aku lagi pasal nak promote produk yang depa jual, tapi aku tak layan sebab tak minat kan.  Then another day, aku sengaja post gambar lagi kat facebook, takde plak nampak nick name dia yang selalu like dan komen gambar aku.  What a such hypocrite!  Berbaik-baik dengan aku pasal nak suh beli produk dia?  Aku tau ler aku kaya ( aamin...) dan aku tak makan gaji macam korang.  Aku dah lama bergelumang dengan dunia business ni.  Tapi aku tak suka orang ngedeng aku semata-mata nak promote produk hang kat aku.  Kalo aku nak beli, aku tau lar nak beli kat mana. Tak payah nak bodek-bodek, hokey!

Untuk adik-adik sekalian yang masih belajar,

Carilah kawan yang betul-betul layak untuk berkongsi ilmu sama-sama.  Susah nak cari kawan macam tu.  Sebab sekarang ni pun sudah ada banyak yang seperti 'kawan makan kawan', 'kawan nak makan sorang.'

Ok tak tajuk kat atas dengan entry ni?  Apa ko hingat aku nak up entry 18SX ker?  Hahaha....meh sini masuk dalam washing machine!  Eeiii...you are so naughty tau!  Tak suka...tak suka...!!


Thanks for reading this entry!






Thursday 13 March 2014

Fashion Chapter 21 : Uneven Hemlines Tops and Dress

Assalammualaikum....


Tahukah anda apakah itu Uneven Hemlines?


Adakah ia sejenis chicken ham?


Oh, tidakkkk....!!!


Ini lagi gorgeous dari chicken ham, hangpa tau!


Mengikut pemahaman saya, uneven hem atau lebih dikenali asymmetrical hems bermaksud potongan kain yang pendek di depan tapi panjang di belakang untuk memberikan gaya simetri pada si pemakai.  Tidak diketahui bilakah dan siapakah yang menciptanya tapi gaya uneven hem ini telah wujud sejak zaman 80-an lagi.


Jenis gaya uneven hemlines ini bukan sahaja terdapat pada jersi, malah turut diberi impak baru selaras dengan fesyen terkini.  Kebiasaannya, uneven hemlines paling sesuai digayakan pada fabrik yang lembut and drapey like chiffon supaya they can collapse gracefully along the contour of the body.


Berdasarkan kepada kepanjangan uneven hem, ianya lebih sesuai dipadankan dengan jeans bootcut, ataupun wider cut trousers.  Asalkan bukan skinny jeans atau leggings, sekadar memakai jeans berpotongan longgar ataupun palazzo boleh dipadankan untuk tampil sebagai gaya muslimah. Selain daripada itu, maxi skirt juga amat sesuai untuk memberi imej sopan kepada gaya muslimah.


Ada macam-macam bentuk gaya uneven hemlines ini. Antaranya adalah seperti contoh di bawah.  Perbezaannya ialah kepanjangan dan kependekkan kain depan dan belakang.

How to draft your own asymmetrical hem dress pattern by thisblogisnotforyou.com
How to draft your own asymmetrical hem dress pattern by thisblogisnotforyou.com
How to draft your own asymmetrical hem dress pattern by thisblogisnotforyou.com
How to draft your own asymmetrical hem dress pattern by thisblogisnotforyou.com
How to draft your own asymmetrical hem dress pattern by thisblogisnotforyou.com
How to draft your own asymmetrical hem dress pattern by thisblogisnotforyou.com


Jom kita terjah pula gaya contoh-contoh penggayaan uneven hemlines tops dan dress yang boleh d'itransform'kan kepada gaya muslimah.



Kalo untuk dress ni kan, anda hanya perlu pakai seluar ( bukan legging yerk!) dan padankan dengan jacket or cardigan untuk gaya muslimah.




Whoa..comel kan?  Tapi ingat, jangan pakai legging yerk!  Pakai jeans pun boleh!  



Gaya muslimah uneven hem yang anggun sekali!  Tapi jangan pakai leggings yerk!  


Uneven hems pun ada dalam bentuk cardigan.



Contoh yang terbaik!


Contoh uneven hemlines dress.  Ikut kreativiti anda untuk 'transform' kan kepada gaya muslimah.  Yang penting, elakkan dari memakai legging dan juga skinny jeans.  Juga jangan dilupakan untuk memakai cardigan atau jacket.  Elakkan dari memakai uneven hemlines dress yang jarang yerk!



Inspiration.  Tinggal nak pakai tudung jer kan.  Ni adalah uneven hemlines tops.



Baju kurta kadang-kadang sengaja dipotong simentri panjang pendek di bahagian depan dan belakang.  Kalo jual kat Malaysia, dah lama aku beli nok!



Dia mix and match kan uneven hemlines tops dan cardigan dengan seluar palazzo.  Brilliant!



Ok, ni takde kena mengena.  Nampak macam ketat, yerk dok!  Elak-elakkan yerk!  Tapi aku berminat dengan ropol ala-ala mini skirt kat tengah-tengah tu.  Boleh tak include dalam design baju raya tahun ni?  Tapi tak moh ler ketat sendat macam ni.  Nampak macam comel jerk....


Whoaa...I love this chiffon uneven hemlines cardigan!  Dah macam matrix pun ada!  Stylo seyh!  Mana nak cari?  Mana nak cari?  Aahhh...jahit sendiri lar!



Inspirasi gaya muslimah tapi gaya tudung jangan ikut lar.  Kalo boleh dilabuhkan yerk!



Another inspiration.  Tapi jangan tiru seluar yang dia pakai.  Pakai jeans or slack ok ker per?



Mix and match uneven hemlines tops



Inspiration hijab style



Macam biasa, ko tak perlu nak pakai legging untuk padankan dengan baju ni.  Pakai jeans pun boleh.  Tak perlu nak tunjuk kat semua orang yang kaki ko tu jenis 'kayu ranting' atau 'kayu balak'.





Lawa kan fabrik print color dia?  So brightly!


Long, lightweight and sheer, this black-and-white shirt covers all the right angles.
Whoaaa...omputih pun pandai gak pakai baju bertutup macam gini!


mix and match

Hijab styles mix and match created by me!  Uneven hemlines dress dipadankan dengan seluar dan jacket.


hijab style 01

Hijab style created by me...me...me!  Love that uneven hemlines cardigan!  I'm sorry, I'm still learning.  Is this okay as hijab style?



Are you ready for style with it?  Tu ler...banyak sangat terpengaruh dengan fashion korea sampaikan terikut-ikut plak!  Tapi takpe...sebab fashion dalam Islam tu tak salah.  Asalkan kita tidak berpakaian mengikut agama orang lain, tidak berpakaian jarang, tidak ketat dan sendat, melabuhkan tudung hingga ke paras dada, jangan pakai tudung seperti bonggol unta, dan juga jangan bertabarujj.  

Sekian ceramah dari saya kali ini.  


Thanks for reading this entry!  



Saturday 8 March 2014

Tutorial 6 : DIY Kimono Cardigan ( So Easy! )

Assalammualaikum....


Kemarau!

Kat tempat aku ni, hari-hari dok dengar bunyi bomba jer.  Ada jer kawasan hutan atau pokok-pokok kering yang terbakar dek kerana musim kemarau.  Cuaca panas ni kadang-kadang kita pening kepala nak pakai outfit mana yang sesuai dan selesa agar tidak lar terlalu lencun berpeluh.

So.....

Ada orang cakap.  Kimono outfit is one of the best outfit to wear in summer!

Betul ker?

Ok, selalu kalo kita lihatkan, orang mat saleh ni suka pakai kimono cardigan with short jeans, and tank.  Nama pun cuaca panaskan.  Kimono cardigan ni dikira as penambah gaya lar.  Sama macam ajinomoto gak, penambah perisa kalo dah tambah garam.

So.....

I came up with idea.  Why not kita transform gaya kimono cardigan ni into muslimah style?  Padankan dengan inner berlengan panjang dan juga jeans.  Bukan short jeans yerk!  Pakai dengan seluar slack pun boleh gak!  Boleh transform kepada gaya office wear kan.  Selain daripada inner berlengan panjang, boleh padankan juga dengan t-shirt berlengan panjang.  Yang penting, boleh menutup aurat kan...

But....

Rata-rata kat butik mahupun online shop jual kimono cardigan ni sket nyer mahal kan?  Ada yang mencecah sehingga RM50-70 sehelai!  Gila ke per?  Padahal modal fabrik baru berapa ringgit jer!  Tak masuk dek akal!

Tahukah anda?

Korang pun boleh buat kimono cardigan sendiri berdasarkan panduan link video yang aku sertakan kat bawah ni.  See...jimat, bukan?

So excited nak buat kimono cardigan ni sendiri, tambahan pula tak perlu lar nak beli mahal-mahal kat luar sana tu.  Kita beli fabrik sendiri, then jahit lar elok-elok.  Bukannya susah pun.  Nak lagi cantik, tambah jer lar lining kat kimono tu kan.

If you want to be fashionista, you create your own fashion!

That's my motto.  Kalo dah minat fashion, tak perlu lar kita nak promote butik orang lain or online shop semata-mata nak suh kita semua beli kat tempat orang tu tanpa mengambil tahu harganya mahal kedabak ke tak.  Why not kita create our own design, then kita bagi tau kat orang...

" Hey, I made this! " 

Whoaa...mesti bangga kan sebab dapat menghasilkan design dengan hasil jahitan tangan sendiri!  Dan bukannya hasil jahitan tangan orang lain.  Oh, rata-rata...semua fashion designer buat macam tu kan?  So, orang yang minat fashion ni terbahagi kepada dua iaitu fashion designer dan orang yang just menunjukkan how to fashion, how to style with it...

Then...

Why not you come up with the idea and create your own fashion?  Not need to buy mahal-mahal semata-mata untuk menjadi blogger fashionista.  Tak gitu?




DIY Kimono Cardigan menggunakan fabrik chiffon.



DIY Kimono Cardigan menggunakan fabrik printed.



DIY Kimono Cardigan menggunakan dua helai selendang shawl yang sama jenis dan sama panjang.


So, teruja tak nak buat sendiri kimono cardigan ni?  Lelebih lagi part video yang last sekali adalah yang paling senang.  Hanya menggunakan dua helai selendang shawl yang sama jenis jer!  Oh emm gee....!!!  Rasanya macam tak sabar jer nak buat kan?  Kita boleh pilih sendiri fabrik printed yang mana kita suka untuk dijadikan as kimono cardigan.  Let's do it right now!


Please pray for passengers of MH370.  Semoga semuanya dipermudahkan urusan menemui pesawat mereka.  Aamin...


Thanks for reading this entry!



Thursday 6 March 2014

Tutorial 5 : DIY Batwing Cardigan Scarf

Assalammualaikum...


Meh...jom duduk rapat-rapat.  Sesaper yang pandai menjahit tu, boleh lar buat tutorial ni.

First of all, mesti di antara kita mengeluh sebab terlampau banyak menyimpan tudung-tudung ataupun scarf yang tak digunakan lagi.  Puncanya ialah tudung-tudung atau scarf yang kita gunakan sering kali bertukar mengikut peredaran zaman.  Sekarang, kita semua dah pakai tudung instant.  Main sarung jer kan!  Tapi aku tetap setia dengan tudung bawal forever and ever.  So, apa nak buat dengan tudung-tudung lama kita tu?  Tak kan nak pre-loved kat orang lain plak!  Belum tentu ada orang nak tudung-tudung pattern yang lama tu.  Then, why not kita come up with the idea dengan buat batwing cardigan scarf menggunakan tudung terpakai.

Brilliant isn't it?



Kita perlukan tudung chiffon yang empat segi besar gedabak.



Pandangan dari sisi.




Pandangan dari sisi depan.  Gini ghupernya yang akan kita buat nanti.  Boleh dipadankan dengan inner berlengan panjang ataupun t-shirt berlengan panjang.  Sebab chiffon tak panas kan.  Boleh dijadikan sebagai penambah gaya.



Tarik 2 bucu tudung ke depan.



Amik satu bucu tudung yang lain.



Cantumkan tapi berlapis seperti gambar di atas.  Sesuaikan dengan saiz bukaan dengan lengan anda.  Kalo aku kan, tak suka besar-besar sangat.  Biarlah agak-agak fit sket dengan saiz lengan aku terus.



Cucukkan dengan peniti dulu.  Then jahitkan dengan kemas.



Do the same with the other one.



Dah siap!  Mudah kan!  Kalo takde tudung chiffon, pakai tudung jenis yang lain pun ok gak!  Tak kisah lar printed ker plain ker, sama jer! 


Let's be creative with our tudungs!


Thanks for reading this entry!


Monday 3 March 2014

Tutorial 4 - DIY Crafts

Assalammualaikum....


Sila klik di sini bagi sesiapa yang terlepas pandang entry DIY sebelumnya....

Pergi kat google dan search Tutorial+imerynz+DIY

Pasti akan keluar semua entry aku pasal tutorial DIY


Jom kita terjah segmen crafts kali ini.  Bagi yang berminat lar.  Yang tak berminat lepas tu nak kondem macam-macam, sila blah jauh-jauh.  Ni jiwa orang yang sukakan art.  Bila nak sebut perkataan 'art' tu, sengetkan sket mulut korang ke kanan.  Oh, tidakkk!!  Tu bukan cacat namanya.  Tu lar yang dinamakan seni.  Nak sebut perkataan 'art' pun kena ada seni gak....

Kebanyakkan entry aku telah mencatat viewer beribu-ribu lemon melebihi daripada follower aku sebenarnya.  Takpe, aku tak kisah.  Maybe aku ada banyak silent readers yang suka baca blog ni.  Lagipun, blog ni masih muda lagi, baru berumur 4 tahun.  Entry aku tentang muslimah in color block telah mencatat viewer sebanyak 9 ribu lebih.  Yang paling kagum ialah bila ada blog dari luar negara telah menjadikan entry aku sebagai rujukan mereka dengan memberikan aku kredit sumber.  Whoaa...daebak!!  Entry tentang list of menu bekal juga telah mencatat viewer sebanyak 5 ribu lebih.  Apa yang penting aku dapat menghasilkan beberapa karya yang bermutu tinggi untuk rujukan aku dan korang semua kan.  Tak lama lagi rasanya macam nak menghasilkan sebuah entry novel bersiri dalam blog ini.  Tapi tengah tunggu mood jiwang dulu.  Mungkin tajuk novel  aku tersebut akan berbunyi...

' Penjual Roti Canai itu Laki Aku Tau! '

ataupun

' Mr. Arumugam ' (kesinambungan dari citer mr. arrogant)

ataupun

' Opss...Dia Laki Orang Rupanya!'


Cheewahh...!!  Hok nak kena lempang, macam tu ler!  

Tunggu lar lagi 10 tahun akan datang, maybe aku dah jadi penulis untuk Elle Magazines plak!  Tak pun jadi penasihat fashion untuk Karl Lagerfeld pun dah cukup baguih, yerk dok?  Hahaha...hoktuih!  Harapan tinggi bebenor.  Sedarlah diri tu sket!

Ok, dah..dah..jom kita terjah segmen DIY kali ini.  




Isn't it cute and lovely?  Uwaaa...nanti nak buat untuk Maira dengan Hanie lar!





Dah siap!



DIY how to make curly ribbons bows

we need more fancy ribbons

Balutkan ribbons pada chopstick, cucukkan peniti pada kedua-dua penghujung ribbons tersebut dan masukkan ke dalam mikrowave selama 15 minit.

Sejukkan ribbons.  Keluarkan kayu chopstick tadi.

Potong dua bahagian.

Jahitkan seperti begini.

Jahitkan reben besar pula seperti begini.  

Tampalkan klip di belakang reben besar tadi.

Tampalkan dengan glue gun ribbons di atas reben besar.  Dah siap!  So fancy and colorful, right?



DIY lets make a bow ribbons!


So easy, isn't it?  Boleh tampal kat baju, serkap, topi kelendar, peti sejuk, dinding rumah, mesin basuh...ok, itu dah melampau!


felt_flower_corsages
Simple flower felt.  Lukis bentuk air mata, then jahitkan bahagian hujung yang tajam tu.  Buat dalam 5-6 kelopak, cantumkan kesemua sekali.  Senang, bukan?



DIY hair bows


Klipkan kat bahagian tengah reben.  Jahitkan.


Bahagian belakang reben.  Lepas dah jahit, bukakan klip tadi.  Tarik benang dan matikan seeloknya.


DIY lotus flower
超简单花样发夹,卷一卷粘一粘就可以了,非常漂亮
Auww...comelnyer!!




I'm the biggest fan of ribbons.  Pantang nampak ribbons comel dan vintage jer, cepat-cepat sauk semacam padahal sebenarnya tak tau nak buat apa dengan ribbons tu.  Takpe, simpan dulu.  Tapi bila dah dapat idea DIY buat ribbons macam kat atas tu, apa lagi berkobar-kobar lar nak buat sendiri kan.  Lelebih lagi boleh ditampal kat baju, serkap, sepit rambut dan anything yang melibatkan deco art.  

Ok, dah cukup...cukup!  Enough already!  Kang aku sharekan entry DIY ni, 7 hari 7 malam belum tentu korang abis baca tau!  Banyak lagi nak share kat korang ni.  Cukup lar setakat ini saja yerk.  Macam biasa, kita bersambung ler ke Part 4 nanti ekk...Jangan marah!


Thanks for reading this entry!