Video Of The Month

Thursday 17 July 2014

Clothing Tips that Every Girl Should Know

Assalammualaikum...


Dah lama tak jengah kat blog ni, rasa rindu nak update pulak!  Terima kasih kerana masih setia membaca entry-entry saya yang sebelum ini.  Leebih lagi entry mengenai baju raya 2014 saya telah mencatat view sehingga berbelas ribu!  Whoaa...daebak!!

Bercakap tentang baju raya, baru-baru ini saya telah terjah ke pasaraya kipmart masai untuk window shopping raya walaupun sebenarnya saya dah beli baju raya awal-awal tahun.  Aduss, kecewanya saya bila tengok pattern baju raya tahun ni.  Why...tell me why?!!  Why fashion baju raya looks like baju bertunang ni?  So much bling-bling, beads and kerawang sana sini?  Tak boleh ker nak simple-simple but at the same time it still have a sense of fabulous?

Ok, bulan posa...tak baik nak marah-marah.  Saya belum tergamak lagi nak keluarkan stereng lock kereta saya.  Better saya keluarkan senduk periuk saya.  Nak ketuk kepala siapa?  Tukang jahit ka tukang jual?

Haah...dah tengok baju raya Hatta Dolmat for Tesco tahun ni?  Saya dah pi tengok.  Dah rasa pun material fabriknya.  Tapi belum ada yang berkenan di hati.  Tunggu lar Tesco buat offer diskaun 50% ker 75% baru ada yang berkenan di hati kot.  Hahahaha....dasar!

Tahun ni iolls banyak beli jubah dress.  Suka tau sebab fefeeling rasa macam princess dengan kain kembang semangkuk.  Mentang-mentang anak dah stop menyusu badan kan.  Dah cukup 2 tahun 6 bulan Maira menempel.  Sekarang ni dia dah masuk 3 tahun lebih pun still nak menempel lagi tapi waktu malam jer lar.  Sekarang dah trend jubah dress ni, bukannya orang tua jer yang pakai, yang muda pun kalo pakai lagi nampak cantik dan sopan.  Oh, bajet nak jadi Felixia Yeap.  Nama Islam dia lupa plak ejaannya.

Ok, that's it...jom kita tengok clothing tips yang anda sendiri tak pernah fikirkan sebelum ini!


No more fat looking ankles!! ~ 31 Clothing Tips Every Girl Should Know
Agak-agak kalo teringin nak pakai boots tapi tak suka pakai skinny jeans, bleh lar ikut tips ni yerk!


Genius! 31 Clothing Tips Every Girl Should Know
Kalo zipper asik menurun jer, gunakan keychain untuk sangkutkan pada button.  Ada ker zipper terturun secara tiba-tiba?  


#7 Choosing necklaces for necklines ~ 31 Clothing Tips Every Girl Should Know
Bagus guidelines ni.  


31 Clothing Tips Every Girl Should Know
Untuk sesaper yang still pakai deodorant stick dan bukannya cecair, bila terkena kat baju, guna lar tips ni yerk!


31 Clothing Tips Everyone Should Know
Untuk spacing yang lebih luas, guna lar tips ni untuk melipat baju anda ke dalam almari laci.  Lagi luas dan mudah untuk memilih baju.


#12 How to prevent those nasty yellow sweat stains! ~ 31 Clothing Tips Every Girl Should Know
Sebenarnya lemon ni ada banyak kegunaannya.  Ini adalah salah satunya.


#13. So many ways to wear a belt! ~ 31 Clothing Tips Every Girl Should Know
Cara-cara mengikat belt dengan kreatif.  Tak semestinya kita perlu beli belt yang mahal untuk nampak cantik.  Beli belt kat kedai RM2.00, then ikat lar seperti gambar di atas.  Pastinya anda akan nampak fabulous di pagi raya!


31 Clothing Tips Every Girl Should Know
Let's try it!


31 Clothing Tips Every Girl Should Know
Agak-agak dah bosan dan jemu dengan kasut anda, why not turn up kan kasut anda dengan cara begini.  Mudah dan murah.  Tak perlu lagi beli kasut macam-macam jenis.


#17 How to waterproof shoes! ~ 31 Clothing Tips Every Girl Should Know
Ok, mana nak cari bees wax ni?  Aku nak buat lar untuk kasut sekolah anak aku nanti macam ni.  Bila ujan jer nanti mesti tak basah kena lecak.  Lepas dah sapu bees wax ni, cairkan dengan pengering rambut yerk!  Baru lar wax ni akan cair dan menyelaputi permukaan kasut tadi.  


31 Clothing Tips Every Girl Should Know
Kumpul jangan tak kumpul penutup tin ini.  


31 Clothing Tips Every Girl Should Know
Kalo jeans anda terkena chewing gum, sapukan dengan ice cube dan cungkilkan dengan pisau sikit demi sikit.


31 Clothing Tips Every Girl Should Know
Kalo pergi ke negara sejuk, bleh lar ikat scarf seperti ini.  


#31. How to hang your pants the right way! ~ 31 Clothing Tips Everyone Should Know
Oh, macam ni ker caranya nak gantung seluar?   Selalunya aku main sangkut jer kat cangkuk tali pinggang tu...hahahaha!!!


Ok, itu saja tips setakat ini.  Jika ada tips-tips yang lain, akan saya sharekan di sini.  Benda yang baik patut kita kongsikan bersama.  Dan bukannya menunjukkan apa yang kita ada, then gebang kat semua orang.  What's for?

Stay with me, please....
( fuhh...teringat suara namjoon bila dia sebut ayat tu)


Thanks for reading this entry!


Wednesday 2 July 2014

I will be back...

Assalammualaikum...

Beri lar saya ruang masa untuk menyambung semula wardah di dalam blog saya.

Maafkan saya jika membuatkan anda semua ternanti-nanti artikel terbaru saya. Saya akui terlalu banyak draf yang menarik untuk dipublish di dalam blog saya. Tapi disebabkan kekangan masa, maka saya tidak dapat berbuat demikian.

Terima kasih kerana masih setia membaca artikel yang terdahulu di blog ini.

Selamat berpuasa!