Video Of The Month

Sunday 16 November 2014

Fashion Chapter 26 : Hijab in Cape and The Styles

Assalammuaalaikum...


Rain...rain...go away.
Come again another day...

Oh, wait?
Why rain should go away?
I love rainny days!

Hujan itu rezeki dari Allah.
Doa makbul bila waktu hujan.  Insya Allah...

Before that...
Entry ni publish 16 November kan?
Nak tau tak?  It's a special day to me.

It's my birthday!

Happy birthday to me!  Happy birthday to me!  Allah selamatkan kamu!  Allah selamatkan kamu!  Saegil chukka hamnida!  Saegil chukka hamnida!  Abis bahasa korea semua dah terkeluar...

Pagi-pagi buta dah dapat message dari mak mertua wish selamat hari jadi.  Oh, terharunya!  Menampakkan lagi yang aku ni menantu sulung comel kesayangan mak mertua aku.  Hahaha...perasan!  Tapi yang paling best, tepat pukul 12.00 tengah malam semalam, jejak masuk 16 Nov, tiba-tiba my laki meluru datang, cium kat pipi, wish birthday.  Omaigadd...!!



Syukur alhamdullilah...diberi peluang untuk hidup sehingga 33 tahun.  Semoga Allah memanjangkan umurku untuk menjaga keluarga dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang setia disisi suamiku.  


Hari ni kita nak bercerita pasal hijab in cape.  Cape tu menatang apa?  Ceper ker?  Cendawan butang ker?

Oh, tidak sama sekali...!!

Cape in fashion is any sleeveless outer garment such as a poncho, but usually it is a long piece of clothing that covers only the back half of the wearer, fastening aroung the neck.

Cape ni sesuai dipakai pada musim winter.  Tapi disebabkan sekarang ni pun dah musim hujan, musim sejuk, agak-agak kalo nak berfashion in cape pun boleh gak.  Tak salah sebenarnya, as long as ianya boleh menutup aurat.  Kebiasaannya cape diperbuat dari material fabrik yang tebal untuk menahan cuaca sejuk.  Berdasarkan arus permodenan, maka arus fashion in cape turut diberi nafas yang baru.  Ianya bukan lagi dipakai waktu musim sejuk jer, malah design in cape ini turut diserapkan dalam fashion untuk musim yang lain.

Jom kita tengok hijab in cape and how to style with it.





Pelbagai jenis capes yang boleh dipakai.  Cape ni umpama macam ko selubung ala-ala witch ker or ala-ala Harry Potter ker kan.  Lebih kurang macam gitu lar!


Are you Cape - able of looking this?



Hijab in cape.  It's cute!



I like this!  Stylo!  Kat tempat aku ni selalu hujan gak, so kalo aku outing pakai macam ni, agak-agak my laki terkejut tak?  Mesti dia akan cakap, " Omak ko dah kenapa?  Nak pergi beli barang dapur ker nak pergi fashion show? "



You are my inspiration!  



Perfect!  Longgar, menutup aurat, apa lagi ko nak?



Cape in military.  Whoaa...daebak!  



Ada macam-macam fashion in capes.  So korang refer jer lar kat atas tu yerk!



Musim sejuk, musim salji bleh lar pakai macam ni.  Kat Malaysia ni cuma musim hujan jer.  Tapi takper lar kan kalo nak rasa poyo pakai jer lar cape ni.  Bukannya polis nak tangkap pun!



So cute!



Fashion cape dalam busana muslimah.  Kreatif betul kepala otak diaorang ni kan?



Fashion cape in blouse.



Atas dah ok, tapi kalo boleh tak yah lar pakai stoking ketat tu.  Pakai jeans jer pun boleh.



Fashion cape in jubah.  Cantik kan?



Ok, ni bukan fashion cape.  Tapi aku suka rona-rona color pastel baju ni.


Inayah - lawa tapi harga mahal rabak.



Lawa blouse ni.  Inspirasi dari fashion cape.


See?  Macam Harry Potter kan?


But I think it's fabulous!



Gaya Kim Kardashion pakai cape.  Ok ke per style macam gini?  Tak yah lar ko nak dedah sana sini kan?



Umpama ko bungkus badan ko dengan selimut.  Tapi biarlah selimut yang lawa sket, jangan lar selimut yang berpeta plak!


Black Cropped Cape Jacket



Ni bukan fashion cape tapi aku suka fashion style dia ni.  Perfect untuk gaya muslimah.



I love this!



Awesome!


Fashion cape in dress.


See?  Tak semestinya musim sejuk jer ada cape ni.  Sekarang orang dah design cape ni pada dress, blouse, jubah, baju kurung moden pun ada tau!


That blouse is so cute.  Kalo padankan dengan maxi skirt, lagi super duper cute!


Cape in mini dress.


Celebrity styles.  Style Victoria memang tak pernah mengecewakan.


Nasib baik lar Malaysia takde musim salji kan?


Abaikan gambar ni.  



Korean style.


Whoaa...aku suka betul kalo blouse yang ditiup-tiup angin macam ni.  Motif??


Smart seyh...


Tak yah tunggu musim sejuk lagi dah.  Design in cape dah sesuai dipakai untuk semua cuaca.



Inspiration.  Military cape.



Lawa giler jacket ko Victoria oii...!!  Siap ada belt kat pengelangan tangan.  Ni dah super duper awesome!


Ok, ni smart.  Kalo labuh lagi smart giler!


Fashion in cape.  I want to go to library.  Wanna follow me?



Give your best style to the haters...



I love this...I love this...I love this!  Cape in dress.  Boleh lar copy design ni untuk baju raya tahun akan datang.


ELIE SAAB Long Cap Detail Gown
Long dress in cape.


Purple coat and black boots | coordinated mum and daughter outfit | hijab muslimah fashion
Comel gila fashion cape anak beranak!


Classic Black Cape  Stylish winter cape for maximum comfort and and practicality. www.inayahcollection.com  #inayah#winterfashion#modestfashion
Classic Black Cape Stylish from Inayah Collection.  Aku suka semua koleksi dari Inayah.  Tapi harga dia...ummaakkkaiii!!  Pandang sebelah mata jer lar!


Sheikha Mozah
Contoh cape yang sangat labuh!  But it is still stylish!



Fuhh...my heads right now is full of inspiration.  Rasanya nak design dan nak jahit sekarang jer cape tu kan.  Bukannya susah pun nak buat.  Kat youtube tu berlambak tutorial.  Bagus diaorang ni kan.  Tak kedekut ilmu.  Orang kita ni, nak share ilmu pun suruh bayar untuk dapatkan ebook.  Ppuiihh...!!

Sebab apa aku suka fashion in cape ini?

Sebab ianya sesuai digayakan untuk fashion muslimah.  Longgar, menutup aurat dan tidak ketat.  Cape ada yang labuh dan ada yang tak labuh.  So kita amik yang labuh jer lar.  Kalo nak menggayakan untuk fashion dinner pun ok gak tapi kena design dan tempah lar sebab takde orang jual ready stock kan.  

Tak kisah lar kalo orang cakap poyo lar pakai cape ni, yang penting matlamat aku untuk menutup aurat tercapai dan yang penting aku tak guna duit ko untuk beli baju aku.  Hahaha....!!  

Aku jumpa ada satu kedai ni jual military blazer yang sangat awesome.  Brown color. Design nya memang cantik giler.  Bila rasa material fabriknya memang not bad lar, kain tebal, memang sangat sesuai untuk dipakai bila musim hujan ni.  Cuaca sejuk kan?  Aku memang tak tahan dengan cuaca sejuk.  Ppuiihh!  Alasan konon nak beli blazer tu.  Tapi demi untuk collection diri sendiri kan, tak salah rasanya.  Blazer tu sangat labuh hingga boleh menutupi punggung ko.  So sangat rugi kalo tak grab dari sekarang.  Brown color tinggal satu jer, yang lelain semua black color.  Kalo beli online, mau nyer nak cecah RM100 lebih.  Tapi yang ini harganya cuma RM80-90 jer.  Nak grab ke tak nak...nak grab ke tak nak?  

Grab jer lar.  Buat private collection.  Ko kata nak style ala-ala Victoria Beckham kan.

Poyos...

Nanti aku update lar yerk bila aku dah berjaya grab military blazer tu.



Thanks for reading this entry!  




Tuesday 4 November 2014

Wahai ibu bapa, terima lar....

Assalammualaikum....


Musim exam akhir tahun sudah pun berakhir.  Cikgu-cikgu sudah mula mengedarkan result markah paper exam pulak.  Jika dapat markah rendah, jangan putus asa, cuba lagi yerk!  Learn from the mistakes. 


Tapi kekadang, kita sebagai ibu bapa memang sentiasa mahukan terbaik untuk anak-anak.  Kita selalu mengharapkan keputusan yang terbaik dari anak-anak hasil susah payah kita menghantar mereka ke sekolah dan mendidik mereka di rumah.


Kadang-kadang, anak tu baru jer masuk sekolah tadika pun, baru jer masuk darjah 1 pun, kita dah push dia macam-macam suruh buat latihan ulangkaji.  Untuk apa?  Untuk mengharapkan anak itu mendapat keputusan cemerlang dan kemudian boleh lar nanti post kat facebook dan gebang kat semua orang, dengan membawa maksud....


Tersirat.

" Terror tak anak aku.  Dapat cemerlang seyh.  Anak ko hade? "

Tersurat.

" Alhamdullillah, anak saya dapat keputusan cemerlang hasil dari ulangkaji sama-sama. "

Come on lar...!  Kita tak perlu nak menunjukkan dan membandingkan anak kita dengan anak orang lain.  Anak ko pandai, anak aku tak pandai, anak dia lagi lar tak pandai.  Buat apa nak membandingkan tahap kepandaian seseorang anak itu walaupun anak itu masih lagi di tahap tadika ataupun tahap sekolah rendah.  Learning process should be fun.  Not to push harder.  Cuma ada sesetengah dari kita ni terlalu dahagakan sangat dengan puji-pujian. Takde orang puji anak kita pandai maka tak best lar kan?  Cuba kalo anak ko dapat markah B or C, ada ker ko nak post kat facebook?  Takde kan?  Mesti ar malu anak kita dapat markah rendah.  So, budaya menunjuk-nunjuk markah anak kita kat facebook ataupun dikatakan riak tersembunyi ni, memang dari dulu aku kurang gemor sikit.  Of course ler niat kita nak berkongsi dengan kawan-kawan kita, nak tunjuk juga yang anak kita pun pandai, tapi aku fikir ianya tak perlu.  Macam nak berlawanan plak.  Ko nak tunjuk markah anak ko, aku pun nak tunjuk gak markah anak aku.  Ayoyo mat yo...anak ko baru jer tadika, baru jer sekolah rendah, nak bangga kan apa?  Lain ler anak ko terus jadi doktor, jadi engineer kan.  Masa tu ko nak bangga tahap gaban pun, orang tak kisah.  Wahai ibu bapa, perjalanan anak kita untuk menempuh hidup sebagai seorang pelajar masih lagi jauh dan berliku-liku.






Habis, kalau result anak kita tak menepati ramalan kita, bagaimana?  Kita harapkan dia dapat skor A dalam subjek tu tapi sebaliknya dia dapat skor C plak?  Perlukah kita memarahinya dan mengherdiknya?  Bila kita semak balik kertas exam tu, semua soalan dah pernah buat masa ulangkaji bersama.  Tapi kenapa anak itu boleh dapat markah yang teruk plak?  


Begini lar Tuhan nak menguji kita.  

Belum ada rezeki.  Sebaliknya, berilah mereka kata-kata semangat untuk jadikan kesilapan itu sebagai pengajaran.  Dan bukannya dengan memarahi mereka.



 
Good job, Hanie!  Walaupun jawapannya kubus, at least ko tau perkataan kubur.  Ini sangat sesuai bagi peringatan kepada orang yang suka riak sembunyi ni. (mak ko tak dapat nak tahan gelak bila tanda buku latihan ulangkaji ko ni, Hanie oii...!)


Aku dulu pun masa sekolah rendah boleh dikatakan tahap bebal separa mampos.  Aku bukan lar di kalangan budak yang pandai masa sekolah rendah dulu.  Duduk pun di barisan belakang untuk mengelakkan dari terkena soal oleh cikgu.  Markah exam hanya cukup-cukup makan jer.  Janji aku tak dapat "E".  Tapi bila masuk sekolah menengah, aku tak tau kenapa tiba-tiba aku boleh jadi orang pandai dan berjaya menempatkan diri di dalam kelas pertama.   Aku berjaya mendapat pangkat 1 dalam SPM dan dapat panggilan ke UiTM Shah Alam, first batch.  


Begini lar Tuhan mahu menguji kita.  


Diberikan kegagalan agar kita belajar dari kesilapan itu sendiri.  Di dorong dengan usaha dan tawakal kepadaNya, maka sebuah kejayaan itu akan menjadi lebih manis.  

Kita tak tau sejauh mana kemahiran dan potensi anak kita.  Jika anak kita gagal dalam satu subjek, tak semestinya dia gagal dalam kehidupannya.  Mungkin dia ada kemahiran yang tersirat di dalam bidang yang lain.  Yang penting, jangan mencemuh mereka.  Jangan pernah jemu mendidik mereka.  Mereka masih lagi memerlukan sokongan dan dorongan kita sebagai ibu bapa untuk menaikkan semangat mereka untuk lebih berjaya lagi di masa hadapan.  


Peperiksaan ialah satu tahap yang diukur mengikut permarkahan.  Sebaliknya, kita tidak tahu tahap keupayaan anak-anak kita berfikir.  Sejauh mana imaginasi mereka, logikal, ideologi dan pemahaman mereka tentang persekitaran mereka.  Semua itu adalah learning process.  Dan kita sebagai ibu bapa harus berhati-hati dan mengawal tindak tanduk mereka.


Aku mahu berkongsi cerita.  Yang mana mungkin boleh menaikkan semangat para ibu bapa bila menghadapi situasi anak mereka tidak mendapat keputusan cemerlang seperti yang diharapkan.


Aku ada seorang kawan.  Kawan satu sekolah menengah.  Aku tak rapat dengan dia tapi aku kenal dengan dia.  Dia bukan lar pelajar yang pandai.  Duduk pun di kelas sains tambahan.  Tapi sekarang ni dia sudah jadi pengusaha dan pengeluar produk kopi herba.  Dia ada kilang dia sendiri.  Aku bangga dan yakin kerana SPM bukan penentu ukuran kejayaan hidup kita.  Sebaliknya pilihan kerjaya apakah yang sesuai untuk kita.  Adakah kita mahu makan gaji atau mahu menjadi pemberi gaji?


Ada lagi seorang kawan aku satu sekolah menengah.  Dia ni lagi lar duduk di kelas yang paling last sekali.  Aku tak berapa kenal dia tapi aku ada add dia kat facebook.  Hobinya memang tiap-tiap hari kat sekolah dok melepak jer.  Dapat result SPM gagal pun boleh tersenyum girang.  Lepas abis SPM, dia amik kursus kat Giatmara.  Bermula dengan business kecil-kecilan, sekarang ni dia sudah jadi seorang businessman yang berjaya.  Oh, dia buka business repair aircond and engineering.  Sekarang sudah pakai kereta besar, jenis frontier tu.  Sesuai lar dengan kerja-kerja dia bawa peralatan berat.  Dulu masa sekolah, bukan main malas lagi.  Dapat fail pun boleh huhahuha lagi.  Tapi siapa sangka rezeki dia sudah ditakdirkan menjadi seorang businessman yang berjaya.  Yang penting dia tak makan gaji, malah dia beri gaji lagi pada pekerja dia.  






Moral of story, jangan terlalu push anak-anak kita dan mengharapkan result mereka sentiasa baik.  Kadang-kadang, kita kena bersedia untuk menerima segala kemungkinan.  Belum ada rezeki.  Tuhan sentiasa mahu menguji kita.  Yang penting, sentiasa berikan mereka sokongan dan dorongan.  


I am always said to Adam Izz and Hanie....


" Make a correction and learn from the mistakes. "


Takde lar nak herdik dan nak ugut kalau tak dapat result terbaik, maka tak dapat apa-apa pun.  Come on lar...it's a learning process.  It's a just a number!  Tak perlu nak taksub sangat.  Baru sekolah rendah lagi kan.  





I agree.  Words and ideas can change your life, change the world.



Thanks for reading this entry!