Video Of The Month

Thursday 28 May 2015

Happy Holidays, Guys!

Assalammualaikum....


Setelah sekian lama blog ni dikepam.

Hingga boleh menjadi jeruk walaupun aku tak minat makan jeruk.

Demi memperuntukkan masa berminggu-minggu bersama anak-anak untuk exam setengah tahun, akhirnya tiba lar masa yang dinanti-nanti.

Cuti...!!!

Apa yang penting, cuti 2 minggu ini akan ku isikan dengan menjahit baju raya untuk anak-anak, ganti puasa, aktiviti beriadah bersama family, midnight movies with family, tuition extra bersama mak ko, makan-makan dan shopping pra raya.

Berderet list movie suruh bapak ko download kat tab nanti.  Ngadap lar korang nanti tengok citer kartun kat tab.  Mak ko nak tengok korean drama kat tv.

Sabtu, 30hb Mei ni pun ada jemputan kahwin kat Kota Tinggi.  Jauh tu...kat tengah-tengah felda.  Mak sedara belah laki aku.  Tiap-tiap tahun memang kitaorang selalu raya kat umah depa.  So, memang wajip kena pergi lar jemputan kahwin tu.

Boleh lar cuti sekolah 2 minggu ni aku relaks kejap, tenangkan minda, tegangkan apa-apa yang patut.  Hampir sebulan aku mengawasi anak-anak mengulangkaji pelajaran mereka sama ada sekolah agama ataupun sekolah rendah.  Siapa yang ada anak yang bersekolah rendah, tau jer lar macam mana susah payahnya nanti.  Lebih-lebih lagi aku ni ada anak darjah 4 dan darjah 2.  Tak sia-sia mak ko belajar sampai universiti.  Walaupun mak ko tak kerja lagi, at least ilmu dia masih berguna lagi.  Tatabahasa, karangan, english, matematik, sains, baca jawi, lukisan semua mak ko reti buat.  Bahasa Arab jer mak ko fail!  Tapi takpe, dah ada kan kamus bahasa Arab, so kita refer jer lar kat situ.

Inilah orang kata...

Beauty with a brain.

Ppuihhh...!! Perasan!

Lastly, lets have a happy time with our kids and family on this school holidays!

Tak lama lagi nak puasa!  Yeayy....!!!

Cuti sekolah ni nak training Adam and Hanie puasa supaya depa tak mengelempek nanti bila masuk bulan Ramadan nanti.  





Thanks for reading this entry!





Friday 15 May 2015

If you love your kids!

Assalammualaikum....




After I read this, terus delete entry-entry yang ada gambar anak-anak aku.  Nasib baik lar tak banyak sangat entry yang citer pasal family aku kat dalam blog ni.  Sometimes kita tak tahu siapa sebenarnya yang kita add as a friend sama ada di dalam blog, facebook, instagram, twitter, keek dan banyak lagi.  So, berhati-hatilah sebelum kita add seseorang tu yerk!  Boleh jadi friends yang kita add adalah salah seorang pemangsa pedofilia (betul ke ejaannya?) iaitu seorang yang suka mengumpul gambar kanak-kanak sebagai pemuas nafsu seks.  Eeeiii...takut kan?

Berlaku di luar negara, seorang ibu berasa sangat terkejut apabila melihat gambar anak perempuannya yang sedang tidur berada di dalam laman web porno.  Perkara ini berlaku mungkin disebabkan akses yang mudah apabila salah seorang dari friendlist telah menyebarkan gambar anaknya itu.  

Bertindak sekarang sebelum perkara yang lebih buruk berlaku di dalam keluarga kita!

Kat facebook memang aku tak suka approved friends yang aku tak kenal.  Lebih kurang ada 100 lebih friend request kat facebook aku.  Buat apa?  Buat derk jer lar!  So easy kan?

Kat instagram, aku cuma add untuk kaum perempuan jer.  Says bye bye, ta ta ti ti tu tu to the boys yerk!

Kat twitter pula, aku jarang berbual kat situ meskipun aku aktif follow artis korea.  Hahaha...yang penting bukan follow najib atau ahmad maslan!

Aku takde akaun keek.  Lagi takut sebab orang luar negara ntah dari celah mana ntah boleh follow video keek kita tanpa batasan.  

So, kalau anda sayangkan anak-anak anda, ataupun anda merasakan Malaysia ni sememangnya dah selamat bagi anda, just ignore this message.

Pesanan penaja ini disampaikan oleh iklan cap cap cap kipas udang!


Thanks for reading this entry!



Thursday 7 May 2015

Menyusuri Malam Minggu di Bandar Kota

Assalammualaikum...


Cuti Hari Pekerja dan Wesak Day yang lalu tiada maknanya cuti bagiku.  Ini disebabkan aku terlalu sibuk dengan aktiviti keluarga sepanjang 4 hari bercuti.  Adik-adikku dari KL datang melawat aku yang nun jauh dok di pelusuk selatan peta Semenanjung Malaysia.  Takpe lar, sekali sekala melayan tetamu yang datang dari jauh.  Lepas ni cuti sekolah pertengahan tahun hujung bulan ni, aku rehat lar puas-puas nanti.

Of course lar bila adik-adik aku datang dari KL, semua benda aku nak masak untuk depa.  Sebenarnya depa singgah Kluang dulu, rumah akak aku yang sulung.  Depa nak pergi melawat kubur arwah abah dulu katanya.  Kemudian, barulah depa sampai rumah aku dalam pukul 3 petang, alang-alang lar sekali makan lunch terus.  Suruh depa rehat-rehat dulu, and then malam tu pukul 9 depa sumo ajak keluar pergi ke bandar Johor Bahru.  Konon nak tengok bandar Johor Bahru waktu malam.  Aku tak ler jakun sangat, malah aku jarang sekali keluar bersiar-siar ke bandar waktu malam, semata-mata nak tengok lampu jalan yang colorful tu.  Depa jer yang jakun.  So, ikutkan jer lar layan adik-adik aku ni.  My laki tak ikut sebab kena jaga cc.  Terpaksa lar aku jaga tiga orang askar cinonet ni, Adam, Hanie dan Humairah bersendirian.  Uwaaa....!!!

Mula-mula sekali, adik-adik aku ajak gi Danga Bay.  Seriously, sepanjang aku dok kat Pasir Gudang ni, aku tak pernah jejakkan kaki kat Danga Bay tu.  Hahaha...teruk kan?  Setakat lalu depan Danga Bay tu ada lar!  So, for the first time, aku pulak yang jakun gi Danga Bay.  Oooo...baru aku tau, kat Danga Bay ada funfair rupanya!  Ada macam-macam mainan tapi sumo macam biasa lar kena bayar pakai token atau tiket.  Nasib baik lar anak-anak aku tak menggila tengok mainan sumo kat dalam tu.  Ada juga diaorang merengek nak main, tapi aku cakap bahaya lar sumo mainan kat funfair tu.  Sumo mainan jenis yang terbang-terbang nyer!  So, kitaorang decide nak naik basikal 6 pax yang berharga RM39.00, cukup lar nak angkut 5 orang dewasa dan 4 orang budak kecik.  Disebabkan funfair Danga Bay tu memang luas giler, termasuk sekali laut yang depa dah tambak, so memang best lar kalo berjalan-jalan naik basikal, kayuh sama-sama.  Malangnya basikal 6 pax dah abis ditempah orang.  Tinggal 2 pax jer.  Takpe lar, exercise...jalan kaki sambil tengok orang main mainan kat dalam funfair tu.  Ada juga rider neon tapi tiket dia berharga RM15.00 sekali naik.  Fuhhh...mahal giler!  Ada landasan keretapi mini yang boleh membawa kita berpusing-pusing dalam taman funfair Danga Bay tu, tapi malangnya kitaorang tak tahu kat mana nak beli tiket dan pusat stesen keretapinya.  Bas panjang macam kat dalam zoo pun ada juga tau.  Tu pun kitaorang tak tau nak beli tiket kat mana.  Hahaha...sadis giler!



Memang ramai sangat orang kat Danga Bay tu.  Tak sanggup aku naik kapal swing tu, nak oii!!


Kesian juga tengok budak-budak ni bila tak dapat main mainan kat funfair tu.  Setakat dapat main game cikai-cikai jer.  Untuk menggembirakan hati budak-budak ni, aku belanja makan aiskrim.  Lagipun aku ni jenis tak suka membazir dan melabuhkan duit kat funfair tu yang hanya bayar tiket mahal tapi dapat main cuma tak sampai 10 minit jer.  Sangat merugikan hokey!  Setakat naik basikal, naik keretapi maybe boleh difikirkan lagi, tapi kalo main mainan yang jenis terbang-terbang tu, aaa....tu yang paling aku takut tentang keselamatannya.



Yer, anak-anak...kita amik gambar dengan Flintstone jer lar yerk!  Lain kali kita pergi lagi dengan bapak ko yer...


Humairah tak kisah.  Humairah amik gambar shaun the sheep pun dah happy!


Lepas kitaorang pusing-pusing kat Danga Bay tu, ingatkan adik-adik aku nak balik terus ar ke Pasir Gudang.  Rupanya depa nak pergi jalan-jalan kat bazar karat pulak!  Patut lar aku tak cam jalan balik ke Pasir Gudang.  Ntah mana-mana ntah adik aku, si JR selit-selit jalan kat bandar tu, tup tup tup terus sampai kat Bazar Karat.  Bawak nazaria macam bawak kancil jer budak ni tau!


" Woi, JR!  Ko nak bawak aku pergi mana ni hah?  Apsal aku tak cam jalan nak balik ke Pasir Gudang ni?  Aku tak pernah pun lalu jalan kat sini, JR.  Mana ko nak bawak aku, JR oii! " jerit aku dari seat belakang.  

" Eh, korang boleh tutup tak suara GPS tu?  Bising betul!  Orang nak drive pun tak senang! "


Bertuah punye budak!



Inilah adik lelaki aku, JR.  Nama panggilannya MGR Arumugam Junior.  Bersama dengan tunangnya yang aku dah anggap macam adik sendiri.  Humairah sibuk nak cilok amik gambar kat tengah-tengah depa ni.



Lalu bawah terowong lampu kat tengah-tengah bandar JB.  Memang lawa giler!  Lalu juga kawasan istana Johor dengan harapan dapat jumpa TJ.  Ppuiihh...perasan!


This is second time aku pergi bazar karat tu.  First sekali pergi dengan my laki dan anak-anak.  Konon-konon nak tau camner rupanya bazar karat tu kan.  Memang ramai giler orang lalu lalang kat situ especially kalo malam hujung minggu, memang sesak.  Macam-macam orang jual barang.  Kebanyakkannya orang jual takde nak buka payung macam kat pasar malam tu.  Orang open table, bentang kain kembes, hah jual lar barang apa yang ada.  Ini kalo hari hujan memang takde rezeki lar untuk penjual bazar karat kat sana.  Paling azab sekali ialah nak parking kereta.  Kena pandai cari tempat untuk park kereta anda kat tepi jalan tanpa dikenakan sebarang bayaran.  Kadang-kadang boleh sampai jem jalan tu disebabkan orang parking kereta kiri kanan kat bahu jalan.  Yang aku peliknya, ramai pulak family, laki bini bawak anak kecik, jalan-jalan kat bazar karat tu.  

Seriously...

Bazar karat memang bukan tempat aku.  

Memikirkan tentang keselamatan anak-anak aku, berhimpit-himpit, berlanggar bahu bila berselisih jalan, dengan panasnya lagi, dengan pelbagai bau badan orang, fuhhh....better aku shopping kat tempat yang ada air cond.  Tapi ada sesetengah orang kan depa suka shopping kat situ sebab boleh dapat harga murah.  Tapi pada aku, kualiti dan harga semua sama jer.  Sama macam orang jual kat pasar malam juga.

Waktu tu sudah mencecah pukul 12 lebih tengah malam.  Tapi orang masih lagi berpusu-pusu menyelinap segenap penjuru bazar karat tu.  Baik yang bawak family, mahupun yang bujang bercouple.  Malam hujung minggu lar katakan.  Aku tak larat lagi nak jalan.  Tengok anak-anak aku, memasing muka kepenatan berjalan.  Selalunya malam hujung minggu macam ni, kebiasaannya aku dok rumah, buka ekon, layan midnight movies yang baru my laki download sambil makan burger rudy.  Fuhhh...memang syok giler!  Apa, korang ni memang tak reti nak dok rumah ker hah?  Asyik nak merayap jer keluar malam!  Yang mana anak dara pakai tudung tu, dok diam-diam jer lar kat rumah.  Awak tu pompuan!  Yang korang keluar merayap ke bandar sampai lewat malam tu kenapa?  Aissyyhh.....kang tak pasal-pasal aku dah membebel!

Tu lar budak-budak zaman sekarang.  

Kalo tak disebabkan adik-adik aku yang teringin sangat nak tengok rupa bazar karat tu, memang tak ler aku nak singgah kat situ.  Sudah pasti aku bawa pergi ke tempat lain.  Pasir Gudang pun berlambak tempat makan yang murah-murah.  Bazar karat tu sama lar macam uptown atau donwtown kat KL tu cuma bazar karat tu lagi sempit laluannya.  

Hampir pukul 1 pagi baru kitaorang gerak balik ke Pasir Gudang.  Budak-budak pun dah tido kepenatan dalam kereta.  

Kebiasaannya kalo cuti sekolah panjang, malam minggu, paling jauh yang pernah aku pergi dengan my laki dan anak-anak, jalan-jalan keluar malam ialah pergi ke Big Bundle kat Damansara Alif.  Whoaa...sekarang tempat tu dah happening seyh! Dah ada macam-macam tempat makan.  Insha Allah, cuti sekolah pertengahan tahun hujung bulan ni rasanya macam nak pergi lagi jer!  

So...

In my opinion, malam hujung minggu, I prefer duduk kat rumah, layan midnight movies, sambil makan keropok or burger or snacks with my family.  I prefer spending time more relax dari berhimpit-himpit pergi ke tempat yang ramai orang.  Kalo bulan puasa nak dekat raya lagi lar ramai orang pergi ke bazar tu tau!  Fuhh...tak sanggup den nak pi redah!


Footnotes  :  Budak-budak tengah musim exam half year, maka tunggu lar aku update blog selepas abis exam yerk!  Kipidap!


Thanks for reading this entry!