Video Of The Month

Wednesday 17 June 2015

Majlis Pertunangan Adik Ipar - 13hb Jun 2015

Assalammualaikum...



Tepat pada hari Sabtu 13hb Jun yang lalu telah diadakan majlis pertunangan adik ipar aku.  Majlis dibuat secara sederhana tapi meriah dengan makanan.  Tetamu dihidangkan dengan nasi ayam LIMITED EDITION HARUM DAHLIA dan juga pelbagai dessert yang marvelous.  Kami tidak menggunakan mana-mana catering pun.  Dah nama pun pak mertua ku ada kedai makan, so nasi ayam telah dimasak secara spesial oleh pak mertua aku.  Kami telah mencilok seorang pekerja kedai makan pak mertua aku untuk menolong apa-apa yang patut.  Aku bertugas untuk menerima apa-apa jua arahan dari mak mertua aku.  Maka, ke hulu hilir, depan belakang, dari dapur ke halaman, gigih aku melayan tetamu yang datang, menyambut kedatangan pihak lelaki, itu sudah semestinya telah menjadi tugas aku.  Fuh, memang lepak giler!  Habis...dah sorang jer menantu sulung.  Kena lar tolong mak dan pak mertua aku kat majlis tu.  Ni baru jer majlis tunang, belum lagi majlis kahwin.  Omaigadd...!!

Adalah dua ketul kawan laki aku dan adik ipar aku yang datang ke majlis tu untuk menolong kitaorang.  Kalo tak, memang tak cukup tangan oii!  

Seperti yang aku bagi tau awal-awal sebelum ini, dress my daughters memang dijahit sendiri oleh aku.  Ramai gak puji dress yang anak aku pakai.  Alaa...baru majlis tunang kan, so buat pun simple-simple jer!  Esok kang majlis kawin nanti, iolls jahitkan yang lagi advance lagi tau!  Aku memang tak kasi depa pakai tudung sebab tengok diaorang terkinja-kinja pun dah berpeluh sana sini, skirt dah terpusing 360 darjah, inikan pula nak pakai tudung.  Pulak tu, rombongan pihak lelaki datang lambat ke majlis pertunangan disebabkan traffic jamm.  Majlis dijanjikan bermula pada pukul 2 petang.  Tapi pukul 3 lebih baru rombongan pihak lelaki baru sampai.  Kebanyakkan sedara mara rombongan pihak lelaki datang dari Singapore.  That's why lar diaorang sampai lambat sebab diaorang berkumpul dulu baru lar konvoi ke sini.

Majlis pertunangan ini adik ipar aku dengan ngengada nyer telah menempah pelamin kecik dan baju kahwin untuk tampak berseri di majlis pertunangan tersebut.  Kata nak nampak simple, tapi ni makin bertambah kos nampaknya.  Yelar, ikut trend lar katakan.  Macam-macam lahai korang ini.

Gambar-gambar semasa majlis tersebut memang banyak aku snap tapi aku upload mana yang penting jer lar.  Yang lelain semua ada macam-macam gaya, ada yang gaya 18SX, 18SG pun ada gak!  So, aku amik gaya yang U jer.  Untuk tontonan umum...hahaha!!



Aku telah ditugaskan oleh mak mertua aku untuk membuat door gift ni.  Nasib baik lar ada 72 ketul.  Ni pun dah patah pinggang.  Buatnya sengsorang jer tau.  Kang majlis kawin nanti kan, patah tangan nak buat untuk 1000 orang.  Tolong lar kasi door gift yang simple-simple jer.


Pelamin kecik untuk tuan puteri.  Aku dulu tunang dok dalam bilik jer...

Ok lar pelamin macam gini.  Memang intrend sekarang orang pakai jenis macam ni...


Hantaran dari pihak perempuan.  Color biru.  Bukan aku yang buat walaupun aku boleh buat.  Ni tempah kat kawan mak mertua aku.


Full set hantaran untuk pihak lelaki.


Hantaran untuk pihak perempuan.  Color pink.


Awal-awal aku dah sauk coklat dulu.  Banyak giler hantaran pihak lelaki bagi coklat.  Part hantaran ni yang paling aku suka.  Pasal boleh makan coklat banyak-banyak dan sedap plak tu.  Hantaran buah aku cuma sauk buah kiwi dan apple jer.


Ni meja dessert dan kuih muih.  Masa ni tetamu belum lagi sampai.  Sekali bila tetamu mula datang, haah ko...penuh atas meja tu dengan dessert dan kuih muih.  Mak mertua aku keluarkan lagi 2 kotak kuih muih yang dia tempah dengan orang lain.  Keluarkan awal-awal kang takut abis dimakan sendiri.  Tak sempat nak snap gambar masa meja full dengan dessert.  Sibuk layan tetamu, tengok-tengok anak aku lagi.


Haa...makan dulu sebelum tetamu sampai.  Nantikan ibu tak sempat nak layan korang makan bila orang dah ramai.  Bunga meja ditaja oleh aku dan digubah oleh aku jugak!


Adik ipar aku yang telah siap diadam.  Aku dulu solek sendiri jer hangpa tau!  Muda giler mak andam yang solek adik ipar aku ni.


My kids!  Yang pakai baju merah tu anak kepada mak sedara laki aku, yang juga nenek sedara kepada anak -anak aku.  Aku pening kepala nak terangkan korang apa relationship budak tu dengan anak-anak aku ekk.  Tapi yang penting memang sedara mara lar.  


Majlis dah selesai.  Sekarang giliran aku pulak nak bergaya.  Penat nih layan tetamu dari pagi tadi.  Flowers details made by myself!


 
Maira pakai dress ni pun dah serbah serbih, apatah lagi nak pakai baju kurung atau jubah.  Alahai...comel jer nak pegang bunga tangan tu.  Lagi besar dari kepala ko, nak.  Bola disko dah jatuh separuh kat belakang tu.  


Besar dah anak dara aku ni.  Isk..isk...isk!  *mode menangis*


Anak bujang sulung aku ni masuk sekolah menengah nanti terus meninggi melebihi dari aku kang.  Ni pun dah darjah 4, tinggi dia dah nak sama level dengan aku.  Tak boleh jadi ni!  I don't want to looks like kementot!


Maira terselit kat tengah-tengah.  Baju dress ni aku beli dengan harga RM70.  I like it sebab color pastel.  Tak perlu beli baju mahal-mahal sampai beratus-ratus.  Membazir jer.  



Ok, that's it.  Ni bukannya entry pertunangan diraja yang perlu dibuat part by part.  Aku pun malas nak buat part by part.  Malas nak upload gambar banyak-banyak.  Gambar kat photographer pun ada lagi.  

Laki aku cakap, aku memang pandai kalo bab modified dan refashion baju.  Dari baju tu dibeli dengan harga murah, bila dah modified dan ditambah dengan details, terus nampak macam mahal harganya.  Baru-baru ni aku beli baju kurung siap saiz Maira dengan harga RM12.90 sahaja!  Baju tu memang nampak kosong dan kemungkinan aku akan tambah details untuk tampak lagi comel dan cantik.  Aku tak suka tampal lace kerawang macam langsir tu, yang kat bawah baju ada, kat kedua-dua tangan pun ada.  Adoiyai...tak minat ar aku.  Nampak macam pattern orang tua pulak!  Jubah Hanie pun aku dah beli siap dengan harga RM15.90.  Murah giler kan!  Aku pun sauk 2 helai terus.  Lagi murah dari amik upah dengan tailor sampai beratus-ratus.  Sudahnya nampak macam hampeh jer!  Lagi satu, color memang memainkan peranan yang penting.  Pilih lar color fabrik yang sesuai dengan color kulit korang dan anak korang.  Jangan main redah jer...


Selamat berpuasa semua!




Thanks for reading this entry!







Sunday 14 June 2015

Selamat Menyambut bulan Ramadan

Assalammualaikum....


Ramadan berasal dari perkataan Ramad' iaitu membawa maksud burning.  Burning tu bukan sebab bulan Ramadan tu jatuh pada hari cuaca yang panas.  Burning itu ialah membawa maksud burning the sins.  Bulan menghapuskan dosa.

Subhanallah...indah bukan?

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Ramadan kan.  Alhamdullilah, masih dipanjangkan umur untuk mendapatkan barakah dari bulan yang mulia ini.  Syukran...

Sempena bulan yang mulia dan mudahnya mendapat pahala ini, jom kita sama-sama mengejar untuk mendapatkannya. 

Tapi cuma 1 jer untuk kita sama-sama ingat-mengingati dan memberi teguran.

Bahawa...

Segala amal ibadat kita yang dilakukan pada bulan Ramadan nanti, tak usah lar dipertontonkan kat dalam blog, instagram, facebook, dan lain-lain lagi.  Biarlah antara kita dan Allah saja yang tahu.  Tak perlu lar kita nak kongsikan pada semua orang.  Begitu juga dengan makanan berbuka puasa.  Tak perlu lar nak postkan gambar-gambar tentang hari ni buka puasa menu ni, esok pun post gak gambar menu berbuka puasa.  Selang 30 hari puasa, 30 gambar menu berbuka puasa yang dok sibuk uploadkan dalam facebook, instagram dan lain-lain.  Perlu diingatkan...masih ramai lagi yang kurang bernasib baik dan tidak dapat menikmati hidangan sesedap yang kita makan ketika berbuka puasa.  Dapat makan kurma beberapa biji dengan secawan air putih pun dah cukup bersyukur bagi mereka yang kurang bernasib baik.  

So...

Sempena bulan Ramadan ini, bersederhana itu adalah lagi baik. Tak perlu membazir membuat persiapan untuk Raya nanti.  Berpada-pada lar berbelanja dan mengikut kemampuan.  Yang penting, mesti bijak.  Jangan banyak sangat buat hutang perabot, kelak nanti sakit nak membayarnya.  Tak usah lar nak menyambut bulan Syawal nanti, bila nak decor umah, semuanya nak serba baru, semuanya nak sekaligus membeli time tu jugak.  Kesian kat laki hangpa.  

Sudah pasti lar aku akan sibuk menjahit dan menyiapkan baju untuk aku dan my girls nanti di bulan Ramadan.  Jimat, tak perlu beli baju kasual lagi untuk jalan-jalan raya kedua dan seterusnya.  Baju kemeja Adam jer yang perlu beli.  Tak reti aku nak jahit baju kemeja budak laki.  Dress, skirt, abaya tu ok lagi lar.  Semalam majlis tunang adik ipar, orang dok puji ootd yang my girls pakai.  Of course ler, ibu dia jahit sendiri.  Limited edition.  Mana ada jual kat kedai.  Insya Allah, kalo ada masa, nanti aku upload entry tentang majlis tersebut.  Tu baru majlis tunang.  Penatnya memang tak terkira.  Belum lagi majlis kawin tu.  Takpe, ada lagi setahun setengah untuk fikirkan tema color dan design dress aku dan my girls.  Adam dan my laki...pakai baju melayu jer sudah.  Orang lelaki nyer ootd kan senang.  Perempuan ni jer yang leceh sikit.  

Aku dah siap sedia dengan menu list untuk dimasak di bulan Ramadan.  Ada hari boleh beli kat bazar, ada hari boleh masak menu sendiri, ada hari boleh buka puasa kat kedai makan pak mertua aku jer sudah!  Ok, sesiapa yang buntu tak tahu nak masak menu apa yang mudah, senang, ringkas dan menjimatkan masa, boleh lar refer entry aku tentang list menu bekal dan sarapan pagi. Itupun boleh dijadikan rujukan menu untuk berbuka puasa dan sahur sebab ada resepi spaghetti bolognese, carbonara, mee goreng meatball dan macam-macam lagi lar.  Sila klik di sini.

Bulan Ramadan ni aku suka tengok dokumentari tentang cara dan bagaimana penyiapan umat Islam di seluruh dunia menyambut bulan Ramadan.  Oh, rasa insaf sangat sebab mereka sangat mementingkan kesederhanaan dan melebihkan kepada amal ibadat.  Menu buka puasa mereka pun sangat simple dan tidak berlebihan dan ini dapat mengelakkan pembaziran makanan.  

Oleh itu, kita perlu mempersiapkan diri untuk memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadan sebab pintu-pintu syurga sentiasa terbuka luas.  Begitu juga dengan pintu-pintu taubat.  

Selamat menyambut bulan Ramadan khas untuk pembaca blog setia imerynz dan semua umat Islam di dunia.




 


Al-Fatihah untuk Allahyarham ayahanda dan bondaku.  Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat-Nya.  Anakanda akan sentiasa mengutuskan doa untuk kalian.  Aamin ya rabbal Alamin....


Thanks for reading this entry!




Monday 8 June 2015

Cuti oh Cuti! Kemanakah aku Menghilang?

Assalammualaikum....


Lama betul aku tak up entry kat blog ni.  Lama bukannya pergi holidays, tapi sibuk dengan menjahit baju raya, kemas rumah pra raya, majlis tunang adik ipar aku dan macam-macam lagi lar.  Hergh...cuti sekolah tak bermakna bagi aku sebab kerja-kerja rumah sentiasa ada dan menanti untuk dilaksanakan.  Budak-budak jer lar dok relaks, tengok tv, main game, makan dan tido.  Mentang-mentang baru abis exam lar katakan.  So, aku bagi depa relaks sambil-sambil tu buat ulangkaji pelajaran.


Cuti sekolah 2 minggu ini memang aku tak plan nak pergi bercuti ke mana-mana pun.  Sebabnya aku dah plan nak pergi bercuti lepas raya nanti.  Tu jer lar cuti yang kitaorang ada.  Almaklum ler orang business lar katakan.  Cuti kitaorang tak sama dengan cuti orang makan gaji.  Dah tentu cuti sekolah semua rates serta-merta naik mendadak.  Tu yang malasnya nak pergi bercuti time cuti sekolah ni.  Tak termasuk lagi dengan berasak-asak  dengan orang ramai, dengan traffic jam lagi kalo pergi ke tempat yang selalu dikunjungi orang kan.


Paling best sekali ialah pergi ke Melaka lar tahun lepas.  Masa tu pergi time weekdays.  Orang tak ramai, takde traffic jam, pergi water park pun sunyi sepi.  Puas giler main air bila orang tak ramai.  Tapi masa tu aku pergi awal tahun, masa tu pun sekolah masih di awal pembelajaran, so kalo nak ponteng 1 hari pun takde masalah.  Sekarang ni dah dekat nak pertengahan tahun, nak ponteng 1 hari pun terasa sayang sebab kat sekolah dah aktif dengan macam-macam aktiviti sekolah lar, surat pemberitahuan lar, macam-macam lagi lar.  Tau-tau jer jenguk kat tingkap rumah aku, banyak kereta berderet kat depan sekolah. Dah tak pasal-pasal telefon office sekolah, tanya ada aktiviti apa kat sekolah.


Nasib baik lar anak-anak aku bukannya jenis melalak nak pergi berjalan ke sana ke sini.  Anak-anak aku are just fine jer kalo duduk rumah time cuti sekolah.  My kids are the best.  They didn't ask for something to anything.  



" Adam Izz, cuti sekolah ni Adam nak pergi ke mana-mana tak? "


" Tak nak lar. Ibu.  Pergi jalan-jalan nanti banyak keluar duit.  Kita jimat-cermat lar.  Jangan membazir.  "



Hahaha....punya lar baik niat ko, nak!  Terharu ibu tau!


Insha Allah, nak...ada masa kita pergi berjalan.  Pergi bercuti tu bila-bila masa jer boleh pergi.  Ibu dan ayah tengah usaha nak abiskan bayar loan property kedai 2 tingkat ni.  Lagi 3 tahun jer, nak.  Abis 3 tahun, kita kumpul duit, kita bercuti ke luar negara terus.  Ingat lar pepatah ini...


" Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian..."


Cuti 2 minggu ni pun aku sibuk hunting baju untuk majlis tunang adik ipar aku.  Kalo boleh tak nak lar cover line dia.  Kan orang ingatkan aku pulak yang bertunang.  Aku nak pakai something nice and beautiful.  Lagipun aku sorang jer menantu tunggal dan comel dalam keluarga laki aku ni, dah tentu lar aku antara yang paling sibuk tolong mak mertua aku nanti.  Lepas ni aku bakal mendapat bakal ipar duai lar nanti.  Title 'menantu tunggal' bukan menjadi hak milik aku lagi.  11 tahun oiii....aku pegang title tu tau!  


" I'm the only one daughter in law in this family..."


Harap maaf.  Kini tidak lagi. 


Uwaaaa.....!!!



Flower crown untuk anak-anak dara pingitan aku.  Buat sendiri tau!  Ni untuk majlis tunang adik ipar aku nanti.  Konon-konon mak mertua aku nak suruh cucu dia jadi flower girl lar dok kat tepi pelamin kecik tu nanti.  Cari kat kedai, patternnya pulak aku tak berkenan.  Better buat sendiri, lagi puas hati dek non oii...!!


Tudung crown untuk aku.  Buatan sendiri gak!  Bling-bling uolls.  Beli serkap dan top up kan dengan blings-blings dan pearls.  Aku tak minat yang terlampau crowded sangat sampai nampak menjalar-jalar atas tudung kepala.  Cukup lar yang simple but nice macam gini.  Ni siapa nak tunang sebenarnya ni?!



Konon-konon inspired by this style.  Owh...sweet jer kan?


Baju my girls untuk majlis tunang tu dah selamat siap dijahit.  Adam of course lar sama ada pakai baju kemeja atau baju melayu.  Laki aku, dia kata nak pakai baju tshirt jer sebab dia kena tolong kat bahagian serve makanan.  Baju mak budak jer tengah berbelah bagi nak pakai baju apa yang sesuai untuk majlis tunang tu nanti.  Nak hunting baju atau jahit baju sendiri.  Serius...hunting baju yang ready made nyer memang semuanya aku tak berkenan.   Aku tak suka bling-bling, aku tak suka lace kerawang, aku tak suka pearl sana sini tapi aku suka details.  Makcik-makcik suka lar pakai yang bling-bling dan colorful ni.  

Insha Allah...nanti aku update majlis tunang adik ipar aku dalam blog ni ekk!


Agak-agak mak mertua aku terkejut tak kalo menantu tunggal dia pakai macam ni nanti?  Hahaha....!!  Oh, gosh!  I love this design!  It's so simple and the color is beautiful!  Macam mane tak menggila, hunting design pun banyak giler gambar yang cantik-cantik.  Nasib baik aku sempat save semua dalam 1 tempat untuk dijadikan rujukan.  Ini baru keluar 1 gambar jer hangpa tau!  


All the preparations yang aku buat untuk majlis tunang adik ipar aku ni kira include sekali lar untuk preparations hari raya nanti.  Jimat....tak perlu membazir.  Aku bukannya diva artis yang pakai baju sekali untuk sekali occasion jer.  Percaya lar, raya nanti memang aku berazam nak pakai box pleat skirt kembang dengan blouse jer.  Eden malas nak pakai baju kurung lagi dah!  


Ok kan style macam gini.  Tutup punggung gak!  Dari pakai baju kurung ketat-ketat tapi kain nampak bentuk punggung, hangpa dah gila ka?!






Thanks for reading this entry!