Video Of The Month

Friday 31 July 2015

Salam Aidilfitri 2015

Assalammualaikum....


Raya sebulan kan?

Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri terutama sekali kepada semua pembaca setia blog imerynz.blogspot.com, silent readers, dan kepada semua saudara muslim dan muslimah di seluruh dunia.  Harap salah dan silap, sama-sama kita maafkan.  Kosong-kosong!

I would like to wish a very Happy Eid Mubarak to all muslims around the world. May Allah bless you with happiness and grace your home with warmth and peace.

How's your raya this year?

Well, raya aku tahun ni seperti tahun-tahun lepas.  Orang lain berpusu-pusu nak balik kampung tapi aku tahun ni tak balik kampung.  Raya kedua baru balik kampung ke Rengit, rumah nenek my laki.  Raya pertama aku buat havoc kat Kluang, rumah kakak aku.  Tapi tahun ni, ramai adik-beradik aku tak dapat nak balik dan berkumpul bersama-sama di rumah kakak aku.  Takpe lar, insya Allah, kalau umur masih panjang, kita boleh berkumpul lagi tahun depan nanti yerk!  Tak pun raya haji nanti boleh lar kita berkumpul bersama lagi.

Malam raya memang aku busy dengan memasak juadah lauk pauk raya.  Dah terbiasa, tiap-tiap tahun, aku mesti masak lauk pauk raya untuk my laki dan anak-anak, walaupun mak mertua aku ada bungkuskan ketupat dan lauk pauk raya.  Malam terakhir Ramadan kitaorang sekeluarga sempat berbuka puasa terakhir bersama keluarga mentua aku.  Oh ya, rumah aku dengan rumah mentua aku memang dekat, sekangkang kera jer.  Balik rumah aku, terus sambung lagi masak.  Sampaikan aku tak sempat nak tengok program tv malam raya.  Tau-tau jer tengok jam, dah pukul 3 pagi baru aku abis masak.  Walaupun tak balik kampung this year, tapi I totap gigih memasak tau!  Sorang-sorang masak kat dapur tu tau!  Laki I tolong basuh pinggan tau!  Itu pun dah cukup ringankan beban I tau!  Esok pagi, tinggal nak panaskan lauk jer tau!  I pergi Kluang, rumah akak I pun bawak sekali lauk pauk I tau!  Even akak I pun ada masak-masak juga tau!

Seperti yang diketahui umum, memang tahun ni aku tak buat baju raya.  Prinsip aku ialah buat baju raya 2 tahun sekali.  Dan bukannya tiap-tiap tahun.  Itu pun baju melayu my laki yang 5 tahun lepas pun dia boleh pakai lagi.  Alaaa...baju melayu kan, bukannya tiap-tiap hari dia pakai pun.  Dia pergi sembahyang jumaat pun kadang-kadang lebih selesa pakai baju t-shirt biasa.  Yelah, sekarang kan cuaca tengah panas.  Sauk jer mana yang selesa.  So, kalau boleh aku tak nak buat satu pembaziran di mana tiap-tiap tahun kena buat baju melayu.  Lain lar kalau macam Adam Izz.  Baju melayu dia 2 tahun lepas memang tak muat lar sebab dah singkat.  Budak-budak kan cepat membesar.  Untuk kes baju melayu Adam Izz, memang aku sengaja beli saiz dua kali ganda dari saiz dia.  Biar boleh pakai sampai bertahun-tahun.

Tu citer pasal baju melayu lelaki.  Citer pasal baju raya untuk kaum perempuan pulak, of course lar kita semua nak beli baju lebih dari satu.  Sebab orang perempuan ni, tak semestinya time raya jer pakai baju raya, sometimes baju raya tu boleh recycle balik untuk dipakai ke majlis kenduri kawin ataupun ke pejabat.  That's why orang perempuan ni kena spare baju lebih dari satu.  Hahaha....maklum ler, perempuan kan suka melawa.  Tak kira lar ko dah kawin ke atau bujang lagi.  Tapi aku beli baju or buat baju takde lar on the spot masa nak dekat raya jer.  Bila baju tu tengah ada diskaun, kita grab lar cepat-cepat.  Kang menyesal, menangis tak berlagu pulak.  Aku beli sehelai baju jer masa bulan puasa tu hari.  Lepas raya, masa raya ketiga, aku grab lagi sehelai jubah dress sebab masa tu tengah sales gila-gila nak abiskan stok raya.  So, tips dari saya...beli lar baju after raya, bukan masa nak dekat raya.  Serius, memang sales gila-gila ko!  Bayangkan jubah dress yang aku grab after raya, dari harga RM199, bila sales 70%, terus jadi RM59 jer!  Maunyer aku tak grab awal-awal!

I like shopping after raya.


Aku masih sempat lagi buat biskut raya this year.  After raya pun aku buat biskut lagi.  Untuk bagi customer kudap-kudapan sikit.  Aku tak pernah buat open house tapi tiap-tiap hari aku buat open cc.  Banyak dapat duit crispy!  Alhamdullilah...


 
Baju ni umumnya aku nak rasmikan di pagi raya.  Sekali tiba-tiba aku datang period sehari sebelum raya.  Emmm...memang tak lar aku nak pakai baju ni masa tengah period.  Sayang wooo...takut tembus woo!!  Hari kedua selalunya tengah aliran banyak woo!  Huhuhu...tak suka tau pergi beraya kalo tengah period.  Tak selesa hangpa tau!  Nak buat camnor?  Takde rezeki nak pakai baju ni.  Maybe untuk hari raya haji kot.  Eh, aku perasan kan, ada sesetengah baju raya artis pakai material kain sequin menjalar macam ni tau! Memang very the cantik.  Jubah dress ni pun aku beli dengan harga RM75 jer!  Aku fikir konsep macam ni...

Harga kos kain meter + upah tailor + details = RM100++ (memang berpatutan lar)
Harga kos kain meter + upah tailor + details = RM80 ke bawah (memang patut ko kena grab awal-awal, jah oii!)

So, setiap kali aku nak beli jubah, aku akan fikir konsep macam ni.  Kalo harga RM100 lebih, ditambah dengan details yang susah nak buat dan leceh, memang berpadanan lar dengan harganya. Tapi kalo kita upah kat tailor dengan details, alaa...aku pun boleh jahit sendiri, tapi cas harga smpai beratus-ratus, memang tak patut lar.  Sebenarnya pengetahuan tentang sewing pattern ni amat penting supaya kita tak kena tikam hidup-hidup dengan tailor yang sengaja mencari keuntungan.


Baju melayu Adam Izz yang aku sempat grab masa tengah sales after raya.  Cuba teka berapa RM?
RM18.00 jer! (jaw drop).  Beli kain meter nak buat baju melayu pun dah lebih RM18.00 hangpa tau!  Aku ingatkan tahun ni aku malas nak beli baju melayu untuk dia sebab baju tahun lepas ok lagi, cantik, kain sedap dipakai, beli pulak kat Gene Martino.  Bila aku suruh dia fitting baju melayu tahun lepas tu, nak tengok ok lagi ke tak, tau-tau jer aku tengok seluar dia dah singkat!  Muat memang muat tapi dah singkat!  Astafirullahallazim...baru tahun lepas aku beli!  Awat ko ni tinggi menunjang sangat Adam Izz oii!!  So, lepas ni ibu belikan baju melayu ko 2 kali ganda dari saiz ko yerk!  Sayang tu...baju dari Gene Martino beli tahun lepas dah tak muat lagi sekarang.  Nak pass kat anak sedara pun masih kecik lagi.


Raya pertama di rumah akak aku di Kluang.  Ketahui lar, yang baju hijau tu adalah mak sedara diaorang dan yang lagi dua orang tu ialah anak sedara dia.  Apsal nampak lebih kurang sama jer muda nyer?  Hahaha....!!  Masa aku sekolah form 5, aku pernah jaga anak sedara aku yang pakai baju pink tu masa dia baby tau.  Sekarang semua dah besar panjang.  Mak sedara mesti kena lebih over yer bila possing.  Ini baju raya pertama emergency.  Bila tengah period, aku sauk jer mana jubah yang aku rasa lebih selesa dipakai.  Sayang woo...nak pakai jubah dress yang kita suka tau!



Anak sedara aku ni memang tak suka pakai sedondon satu family.  Depa kata macam boria.  Aku pun tak suka sedondon satu color gak tapi aku suka sedondon secolor dalam kumpulan yang sama, contoh - dark purple, purple, light purple, indigo.  Kan nampak cantik tu!  Tapi masing-masing punya pilihan dan citarasa kan.



Yeay...ni lar anak sedara aku yang comel-comel belaka.  Anak kepada akak aku yang sulung.  I like this picture.  Membuatkan aku sama muda seperti diaorang.  Ppuiih...!!



Ni lar kerjaan kitaorang.  Asik welfie jer!  Kalo plus dengan anak-anak sedara dari adik beradik aku yang lain, makin lebar lar side camera tu tapi best sebab lagi havoc!



Humairah kalo dah jumpa dengan sepupu dia ni memang tak kan lepas nyer.  Geram semacam jer.  Ini namanya Khalish, anak kepada adik aku yang bongsu.  Bapak dia pun ada mix chinese macam my laki jugak!  Sebab tu muka depa sepesen jer, cina sepet.  (aku mix korean - ppuiih!)



Abang sado saya tengah syok makan durian di pagi raya.  Tapi saya tak suka makan durian.  Bau durian pun dah buat saya pening kepala.  Tapi pulut dengan kuah durian saya makan lar.  Saya tukang teman dia makan jer.  Disebabkan abang sado saya tak suka populariti, maka wajahnya akan ditampal dengan sticker.  Hahaha....!!!



Bayangkan lar my laki ni memang dah lama ngidam nak makan durian sejak bulan puasa lagi.  Tapi bulan puasa tu hari kan cuacanya teramat lar panas.  Aku tak larang dia makan tapi takut dia tak tahan bahang lepas makan durian.  Kang nanti kan esok pagi puasa, demam pulak.  Dia pun takut-takut nak makan durian masa bulan puasa.  So, abis jer bulan puasa, raya pertama tu, akak aku pergi borong durian sebakul.  Bukan kemain suka my laki bila dapat makan durian.  Aku ni juga yang kembang kempis hidung tahan bau durian sebab nak temankan dia makan.



Ini adik bawah aku.  Dia sorang jer belum kawin.  Tapi dia bakal menamatkan zaman bujang dia Insya Allah tahun ni.  Dia suruh aku buat boncrot untuk tetamu.  Boncrot tu orang johor nyer bahasa.  In english, depa kata wedding favors.  Lagi sekali, kerja menghias memang kerja aku ler jawab nyer.



Welfie antara adik beradik aku yang datang ke rumah akak.  Takpe, Insha Allah...kalo diizinkanNya, kita boleh berkumpul lagi bersama yerk!



Ni lar akak aku yang sulung.  Kerja as cikgu yang bertauliah.  Apsal muka aku macam putih suci jer ni?  (perasan!) 


Inilah ragam kitaorang bila bergambar.  Saksikan sedutan seterusnya...


Normal pose.  Aku tau JR geli tengok aku gedik pose macam tu.



Normal pose.  Aku tau masa ni depa dah tak tahan lagi dengan pose tegak macam tiang bendera.



Lalu JR pun mencipta pose ala-ala sami buddha.



Adik pun nak ikut pose macam tu.  Tapi aku tetap maintain dengan pose ala next top model.



Tak kira lar apa jua pose korang nak bergambar, aku tetap aku.



Kembang lubang hidung akak asik ketawa jer.  Ada jer budak 2 ekor ni punye idea nak pose pelik-pelik.  Korang memang patut masuk Maharaja Lawak lar.



Muka Adik sangat mengerikan bila dia pose macam ni.  Aku terpaksa tutup muka dia dengan tapak tanganku.  (dengki tahap gaban!)



Finally, a good shot!  Tapi apsal blur?  Tangan siapa yang ketar-ketar snap gambar ni?  Baik ngaku cepat!!


Ok...begitu lar citer raya pertama aku.  Sekarang citer raya kedua pulak!  Malas dok aihh nak buat entry part by part.  Banyak lagi entry akan menyusul selepas ni.  Korang jangan takut, blog imerynz.blogspot.com tak kan kehabisan idea untuk menge'upload' entry-entry yang pastinya akan berguna untuk korang.  So, stay tuned sebab after this memang tengah bersusun entry-entry untuk dipublish.



Raya kedua baru lar kitaorang balik ke kampung untuk beraya ke rumah sedara mara my laki kat Rengit, Johor.  Fuhh...jem giler kat highway!  Nasib baik lar tak teruk sangat.  Kereta cuma bergerak perlahan jer.  Sampai kat tol Simpang Renggam, masuk jalan kampung pun jem juga!  Dah lar jalan kampung sempit, ada sesetengah pemandu kereta yang tak sabar, main potong jer ikut laluan bertentangan, walaupun jalan itu double line.  Orang lain pun nak pergi beraya juga!



Bersama dengan adik ipar aku yang baru lepas bertunang.  Insha Allah akan kawin tahun depan.  Serabainya rambut ko, ya Humairah!



Disebabkan jem yang teruk dan cuaca yang panas, budak-budak ni sampai tertido dalam kereta.  Bangun tido, tudung Hanie dah jadi lintang pukang.  Ini rumah pertama sekali kitaorang singgah bila dah sampai kat Rengit.  Disebabkan waktu dah tengah hari, so perut pun dah bunyi krak kruk krak kruk.  Nasib baik tuan rumah ada sediakan makanan yang sedap.  Maklum ler dah raya kedua kan.  Takut ketupat dan lauk pauk raya dah abis.  Kat Rengit ni memang banyak orang Bugis, so apalagi...bantai burasak dengan lepat pulut abis-abisan ler. 



Budak ini pagi tadi elok jer bertudung.  Sampai kat kampung dah tengah hari, dengan cuaca pulak yang panas, terus rimas nak buka tudung dia.  Raya kedua takde nak pakai baju kurung or jubah.  Hanie and Humairah, aku pakaikan maxi circle skirt dengan blouse.  Skirt tu memang aku buat sendiri.  Beli kat luar memang tak kan jumpa lar maxi skirt kembang yang labuh untuk girls.  



Cinonet ni kan tak abis-abis ralat dengan kasut raya dia.  Ada ke nak pergi ke kedai pun dia sauk gak nak pakai kasut raya dia.  Yang sorang ni memang tak boleh nak pakai tudung.  Pakai sekejap jer, kira 10 saat, dah ngaruk suh bukakan tudung dia.  Takpe, nasib baik ko kecik lagi.



Aku dah kata, raya nanti memang aku nak pakai maxi skirt kembang semangkuk cendol.  No more baju kurung lagi dah.  Jubah, jubah dress, maxi skirt, blouse semua tu aku tengah kumpul sekarang.  Maxi skirt kembang semangkuk tu aku buat sendiri tau!  Beli kat luar, memang mahal wooo....!!  Hai lar Adam Izz...ko baru darjah 4 dah tinggi macam tu.  Dah lepas bahu Ibu pun!  Ikut bapak ko lar tinggi menunjang!  Tu lar signature Humairah bila suruh buat tanda peace, bukan sengaja dia nak tunjuk tanda loser yerk!



Aku tak sempat nak jahitkan maxi skirt my girls sama color dengan skirt aku.  Takpe...lepas ni ibu jahit banyak-banyak, nanti kita pakai maxi skirt color yang sama yerk bila outings! 



Rumah terakhir beraya di hari raya kedua.  Memang penat gilos.  Panas dan peluh memang toksah nak cakap ar.  Rumah terakhir ni budak-budak dah mula bosan.  Tu yang depa keluarkan tablet tu.  Kalo tak, awal-awal beraya pergi rumah orang dah buka tablet, memang aku tak kan kasi ler.  Habis beraya rumah ni, aku terus balik ke Pasir Gudang.  Sampai kat highway, terpaksa layan jem lagi.  Pukul 10 malam baru selamat sampai ke rumah.  Perasan tak cinonet tu buat apa?  Meh kita zooming sikit...



Ya...Humairah!  Ibu tak ajar pergi rumah orang makan kerepek sambil peluk balang kerepek tu sekali.



Al-fatihah kepada kedua-dua ibu bapa ku yang telah pulang ke rahmatullah.  Jangan putus doa, adik beradik ku dan niatkan segala amal baik kita di dunia ini adalah untuk kedua-dua ibu bapa kita. Walaupun mak dan abah dah tiada, tapi tali persaudaraaan antara kita tidak akan putus sampai bila-bila.  Sebenarnya ada perkara pelik yang berlaku bila aku melihat kubur arwah mak abah aku.  Aku terus whatapps kat depa...


Aku  : Eh, kubur mak dah lawa lar.  Siapa yang tambak kubur mak tu?  Siap letak rumput kapet lagi.  Abang ke? 

Abang  : Tak lar, bukan abang yang buat. 

Aku  :  Abis?  Siapa yang buat? Aca? Adik? Kak Ecu?

Aca  :  Kak Ecu kot.  Jap ekk, aca tanyakan kat Kak Ecu.

Adik  :  Bukan adik yang buat.

Aca  :  Kak Ecu kata bukan dia yang buat.

Aku  :  Abis?  Siapa yang buat?

( Tu yang pelik.  Semua tak nak ngaku.  Siapa yang tambak kubur mak? )


Adik adalah orang pertama melawat kubur abah.  Tu pun melawat pagi raya kedua.  Raya pertama memang kitaorang tak sempat nak lawat kubur abah sebab raya pertama kan jatuh pada hari Jumaat.  So, aku bertolak ke Kluang pun lepas sembahyang Jumaat.  Sampai ke Kluang dah pukul 4 lebih.  Dah petang sangat kalo nak pergi ke kubur masa tu.  Tapi aku terpaksa balik ke Pasir Gudang malam tu juga sebab JR keja shift malam.  So, aku wakilkan adik untuk melawat kubur abah esok pagi, raya kedua.  Bila adik whatapps gambar kubur abah, aku tengok ada bunga biru hijau atas kubur abah.  Aku pun whatapps kat depa semua...

Aku  :  Adik, ko ke yang tabur bunga biru hijau kat atas kubur abah tu?

Adik  :  Tak lar.  Adik sampai pun memang dah ada macam orang tabur bunga biru hijau tu.

Aku  :  Abis, siapa yang tabur?  Akak ke?

Akak  :  Bukan akak.

Aku  :  Abis, siapa?  Tak kan lar Kak Ecu kot.  Kak Ecu baru sampai kat Melaka.  

(Lagi sekali terdapat misteri nusantara di situ.  Ikutkan adik beradik aku, ramai yang tak balik Kluang this year.  So, adik aku adalah orang yang pertama melawat kubur abah.  So, siapa yang tabur bunga biru hijau atas kubur arwah abah?  Jeng...jeng...jeng!)


Tak kira lar sesiapa pun, asalkan orang tu berniat baik, tu sudah cukup memadahi.

Begitu lar kisah raya aku 2015 kali ini.  

Raya ketiga aku masih bercuti lagi, so kitaorang pergi berjalan kat mall, makan-makan dan shopping barang dapur sikit untuk masak hari-hari seterusnya.  Tau jer lar, kalo dah raya, restoran makanan kecuali fast food memang akan tutup sampai berhari-hari.  Raya ke empat aku dah buka cc macam biasa.  Budak-budak balik dari beraya rumah orang, terus serbu pergi ke cc.  Tu yang dapat duit crispy-crispy.  Tahun ni pun budak-budak cuti sekolah sampai raya ke lima jer.  Singkat sangat cuti.  Patut bagi cuti sampai raya dua minggu lar kan.  Hahaha...melampau!

Hopefully, raya korang tahun ni turut meriah juga di samping kaum keluarga dan sanak saudara.  

Semoga kita semua dapat dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi Ramadan dan Syawal tahun depan.  Insha Allah...


Salam Aidilfitri 2015 dari saya,

imerynz.blogspot.com



Thanks for reading this entry!





Tuesday 14 July 2015

Persiapan Syawal ala Budget Style

Assalammualaikum....


Di dalam kepedihan kita menyambut Syawal dengan GST, kenaikkan harga minyak, kenaikkan tol, nak mengamuk pun payah disebabkan kita semua masih sedang berpuasa, takut terkurang pahala.  Di saat ini peniaga pula cuba mengambil kesempatan di atas kenaikkan harga minyak dengan menaikkan harga barangan mereka secara membuta tuli tanpa menghiraukan betapa sengsaranya kita sebagai pembeli.  Bahkan sebelum kenaikkan harga minyak lagi, harga makanan yang dijual di bazar Ramadan mencatatkan harga yang tak masuk dek di akal.  Di sinilah kita sebagai kuasa pembeli harus bijak berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian untuk keluarga.

Hingga ke saat ini, kira-kira baru 4 kali aku buka puasa makan kat luar dan 3 kali buka puasa di rumah mertua.  Yang selebihnya aku lebih suka memasak di rumah. Yelah...kadang-kadang laki aku bagi cuti masak sebab dia kesian tengok aku hari hari asyik pung pang pung pang kat dapur tu.  Tahun ni pun aku jarang beli makanan berat di bazar. Kuih-muih pun kadang-kadang jer aku beli.  Kalo aku terlebih rajin, buat lar kuih sendiri. Lagi berbaloi. (Meskipun laki aku cakap kuih aku macam dragon ball.  Caiitt...!)

Baju raya?

So, tahun ni aku rasa malas nak beli baju raya sebab aku dah beli jubah baru masa adik ipar aku bertunang 4 hari sebelum berpuasa.  Tapi my laki kan, dia memang sengaja mengapi-apikan dan mensyaitonkan aku suruh beli jubah lain.  Actually, memang aku ada admire kat satu jubah dress ni masa pergi shopping barang dapur minggu lepas.  Tapi aku fikir tak perlu lar nak membazir sangat sebab dah ada jubah yang belum dipakai lagi.  Tapi my laki kan, dia cakap suruh beli sebab aku jarang beli baju untuk aku sendiri.  So, masa ni lar yang paling sesuai untuk membeli baju yang aku minat.  Bukannya tiap-tiap bulan aku selalu shopping baju aku.  Oh, ya...raya tahun ni aku memang malas nak pakai baju kurung, baju kebaya ke, baju peplum skirt belang-belang ke, baju songket yang ketat nak mamp tu ke, baju kerawang ala-ala macam kain langsir atau alas meja ker dan yang sewaktu dengannya.  Walaupun tengah intrend sekarang, namun aku tetap tak minat langsung.  First of all, is not my taste pakai baju ketat-ketat mengikut bentuk alur badan ko.  Aku lebih suka cutting kembang dari bahagian pinggang hingga ke bawah.  Aku tak suka straighten cutting.  Jubah yang straighten cutting lar yang boleh menampakkan bentuk punggung ko besar mana.  Better pakai cutting kembang semangkuk.  Yang penting biarlah....

Minimal but classic.

Baju kasual budak-budak pun sebenarnya ada yang aku beli dan ada yang aku refashion balik.  Buat apa nak beli banyak-banyak.  Budak kan cepat membesar.  Contoh :  Misal kata baju Hanie dah tak muat lagi, aku oter balik baju Hanie tu supaya Humairah boleh pakai.  Tu dinamakan refashion.  Cuma baju kasual Adam Izz jer yang perlu kena beli.  Seluar yang dah singkat tapi pinggang masih muat lagi, aku potongkan jadi seluar setengah suku.  Jimat!  Tak perlu lagi membeli dan membeli.

Baju raya budak-budak sebenarnya tahun ni memang tak beli sebab baju raya diaorang  yang tahun lepas pun masih elok lagi.  Sebenarnya aku beli baju raya 2 tahun sekali.  So, pandai pandai lar rotate nanti.  Tapi aku still mencari lagi sehelai dua baju raya untuk budak-budak incase tahun ni banyak pulak pergi beraya ke rumah orang kan.  Best grab yang aku dapat ialah baju peplum ready to wear saiz Humairah cuma berharga RM12.90.  Baju jubah saiz Hanie berharga RM15.90.  Terus aku grab 2 helai untuk Hanie. Baju kemeja Adam Izz berharga RM18.90 jer.

Actually, masa jubah diukur kat badan Hanie, nampak macam senteng sikit.  Then sales assistant tu pergi amik size lain yang mana aku tak berkenan pulak dengan details bling-bling kat jubah tu dan harganya agak mahal sedikit.  Nampak macam makcik style pulak.  Aku nak jubah budak biar plain jer.  Pandai lar nanti aku tambahkan details dengan letak bunga or big ribbon or belt kat jubah tu nanti.  Aku kan jenis bangsa nak yang jimat, so aku pilih jubah yang senteng tu, yang harganya RM15.90.  Balik rumah, ukur kain, lalu aku tambahkan kain dan jahit di bawah jubah tu supaya nampak tak senteng lagi.  Hasilnya memang  sangat perfect!

So, tahun ni aku just beli t-shirt for my girls sebab aku nak matchkan dengan skirt kembang yang aku dah jahitkan untuk diaorang.  Sebelum puasa, aku ada belikan legging untuk Humairah which is berharga RM5.00 sehelai.  Tak semestinya aku beli baju kasual untuk budak-budak on the spot time sebelum nak raya ni.  Mana-mana yang jual murah kita grab awal-awal.


Ni lar jubah senteng Hanie yang dibeli dengan harga RM15.90 jer.  Awat anak aku yang sebelah tu selak perut dia pulak!  Bulan posa Humairah oii..!  Jaga aurat tu sikit!


Ni baju kurung moden Humairah berharga RM12.90 jer.  


Baju Humairah yang sudah ditambah details dengan bunga.  Tak moh crowded sangat dengan bling bling dan beads.  Cukup lar simple macam ni jer.



Salah satu jubah senteng Hanie yang dah siap di oter dan ditambah dengan details bunga 3 kuntum handmade.  At least nanti Hanie pakai tudung, still boleh nampak lagi bunga 3 kuntum tu.  



Tudung budak yang paling aku berkenan.  Ala-ala Hanis Zalikha.  Simple dan material kain tudung dari kain chiffon.  Tak panas sangat.  Kebanyakkan style tudung budak apsal macam style makcik-makcik.  Even letak bunga or reben kat tepi tudung tu pun aku tak berkenan.  Ntah hapa hapa ntah!





Jubah dress yang aku beli dengan harga RM75.00 jer.  Aku whatapps gambar ni kat group adik beradik aku, haaa ko...berebut depa nak beli.  Depa kata murah nor!  Kalo boleh, aku nak pilih color biru tapi laki aku cakap suruh amik color krim ni, nampak lagi cantik.  Color orang muda kata koo...!!



Color biru ni telah pun selamat ditempah oleh akak aku.  Fuhh...bergaya akak aku sorang ni!  



Dress ni pun telah pun selamat diupah beli oleh adik aku.  Aku suka gak color peach pastel macam ni.  Aku message kat adik aku, kalo dia tak nak or tak suka baju ni, aku dengan rela hati akan sauk baju ni secepat mungkin.  Sekali adik aku bilang, dia berkenan pulak!  Melopas den!  Harga dress ni cuma RM50 jer.  Only in Pasir Gudang!



Kasut raya?

Fuhh...yang ni memang toksah nak cakap ar.   Rata-rata kedai kasut yang aku pergi, memang semua kasut raya budak mahal gedabak!  Lagi mahal dari kasut orang dewasa!  Lebih-lebih lagi kasut sandal Adam Izz.  Kalo tak cecah RM50 ke atas memang tak sah!  Awat, mahal bebenor!  Dulu cuma RM30++ jer tau.  Ok, kita faham.  Sekarang kan dah kena GST dan macam-macam lagi kenaikkan.  Nak tak nak kena beli gak sebab sandal Adam Izz semua dah tak muat lagi.  Aku pulak, kalo boleh, jenis bangsa selagi boleh jimat, beli lar sandal yang murah sikit.  Alah, cuma sarung kat kaki kan, janji kaki tu beralas bila nak berjalan.  Tapi my laki pulak tak berapa suka.  Dia sejenis bangsa high taste sikit kalo nak pilih sandal untuk anak-anak dia.  Tahun ni kasut budak berkonsepkan keterbukaan.  Melecet kaki ko nak pakai kasut yang tutup depan dan belakang.  Lagipun boleh dijadikan juga sebagai sandal kasual.  Hanie konon nak kasut raya high heels tahun ni, so aku suruh lar dia testing kasut high heels kat kedai kasut tu, sekali dia jalan macam terkekang-kekang.  Ok, cancel!  Ko pakai kasut leper jer lar, nak oii...!!  Sandal raya Hanie berharga RM39.90 dan Humairah pulak RM19.90.  Kasut Adam Izz dari bubblegummers berharga RM56.00...bapaknyer mahal giler!




Kasut mak budak jer yang murah dan simple giler.  Flat shoes cuma RM25.00 jer!  Omak tak larat nak pakai high heels lagi.  Kang orang tegur macam next top model pulak kang!


Kuih raya?

Family aku bukan penggemar kuih raya.  Meskipun begitu, aku terasa malas nak beli kuih raya instant yang sedia ada.  Takut terbeli kuih raya dari China.  Tetapi, entah bagaimana, tiba-tiba datang satu seru yang membuatkan aku teringin membuat kuih raya sendiri.  Practice makes perfect, Eryn!  Lagipun aku baru teringat, one day mesti ada sambutan Hari Raya kat sekolah Hanie and Adam Izz suruh bawak kuih raya memasing.  That's why mak ko gigih nak buat kuih raya tahun ni tau!


Duit raya?

Aku tak pernah tukar duit raya kat bank.  Pasal aku hari-hari terima 'duit raya' dari customer aku.  Ngeh...ngeh...ngeh.  ( means that hari-hari dapat banyak duit kecik macam not RM1 dan RM5 ).  Nanti budak-budak datang cc aku lepas raya nanti, ramai ler yang membayarnya dengan duit baru.  


Lauk-pauk raya?

Of course macam biasa, memang tiap-tiap tahun aku masak lauk pauk raya dan ketupat mini serta ketupat palas untuk kitaorang anak beranak.  Walaupun mak mertua aku pun turut memasak jugak lauk pauk raya di pagi raya, tapi itu bukan alasan untuk aku bermalasan tidak memasak lauk pauk raya.  Apa-apa pun anak-anak aku dan laki aku totap mencari jugak lauk pauk raya yang ibu depa masak.  Menu wajip yang selalu aku masak di pagi raya ialah ayam masak kicap, kuah lodeh, sambal goreng johor.  Ayam masak merah, serunding kering, daging, ikan semua mak mertua aku yang masak.  Bila datang ke rumah mak mertua aku, bawak lar pikul sekali dengan periuk lauk pauk yang aku masak.  Hebak kan?  Apa yang penting...kerjasama!!


Akhir sekali, di kesempatan ini, saya sebagai empunya blog imerynz.blogspot.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini dan juga silent readers saya di luar sana.  Berhati-hati memandu semasa dalam perjalanan ke kampung.  Harap anda semua bergembira dan berbahagia bersama keluarga dan orang-orang yang tersayang di hari lebaran.  Dalam pada kegembiraan kita menyambut hari lebaran, jangan dilupakan juga kepada mereka yang sudah tiada dan saudara-saudara muslim kita yang sedang berjihad menegakkan Islam  di tanah air mereka.

Al Fatihah untuk ayahanda dan bondaku.
Hanya doa ikhlas tanda anakanda merindui kalian selalu.
Semoga Allah menempatkan kalian di kalangan yang soleh.
Selamat Hari Raya, Mak Abah...




Thanks for reading this entry!