Video Of The Month

Wednesday 20 January 2016

Don't click if you don't want to read!

Assalammualaikum....


Haaa...degil kan?

Orang kata jangan klik, nak pi klik gak kan!

Mesti berkobar-kobar nak tau, apa lar erynino (erynz + el nino) up entry kali ini.  Actually ada artikel yang berguna nak share kat korang.  Tapi kena amik masa sikit untuk edit sebab artikel tu in english.  So, tunggu lar kalo ada masa lapang nanti untuk terjemahkan, boleh lar di up kan nanti artikel itu dalam entry ini.  Insha Allah...

Lagipun tengah ada mood nak up kan entry kali ini.  Kita kasi redah semua...!!



Dah jadi viral pulak orang jual air ala-ala hipster ni.  Kopi ngeces lar, piratte coffee lar, dan yang terbaru air overdose.  Ada jual kat sekitar pasir gudang ni.  Try ar beli 2 bungkus sebab nak merasa dan support peniaga melayu yang jualkan.  1 bungkus RM5.00 jer.  Aku tak beria-ria sangat nak merasa air ni, yang beria-ria nak merasa tu haah, my laki lar.  Layan kan jer lar kemahuan dia.  Dah beli sekali, tak kan ku beli lagi berkali-kali.  Hahaha...!  Yang hijau ni perasa green tea.  But...why I think that rasanya macam teh ais bercolor hijau?  Bukan nak kondem lebih-lebih dan menjatuhkan perniagaan depa ni, but I tak suka berpura-pura.  Kalo tak sedap, cakap tak sedap.  Terlampau banyak sangat ais yang depa letak dalam plastik overdose ni which is not good for our health, isn't it?  Overdose kat area aku ni, depa jual dengan meletakkan ais penuh 1 beg plastik overdose, then baru lar isi air overdose tu. Tak macam dalam gambar ini, ais letak separuh jer.  Adakah itu taktik untuk menjimatkan pati air overdose dengan meletakkan ais banyak-banyak supaya boleh dapat lebih banyak isian beg plastik overdose yang terjual nanti?  Cukup lar beli sekali jer.  Rasa dia pun takde lar hebak mana pun.  (Gambar from google.)


Kecoh sekejap kat facebook yang mengatakan Magnum di Singapore tak halal dimakan sebab ada bahan pork.  Magnum Singapore sendiri yang mengesahkan.  Maka apakah kaitan dengan magnum di Malaysia?  Hahaha...tepuk dada tanya selera.  Terpulang pada pendapat memasing.  Nasib aku tak sentuh lagi.  Hampir dah nak terbeli tapi my laki pulak tak kasi.  So, ada hikmah di sebaliknya.  (gambar from google)


Nasi ayam panggang.  Not ayam segera tau.  Tertiba Hanie nak bawa bekal nasi ayam untuk sekolah petang, walaupun dia dah makan nasi ayam ni kat rumah lepas balik dari sekolah agama. Balik dari sekolah, tanya dia, abis tak makan nasi ayam tadi?  Rupanya dia tak sempat nak makan sebab rehat cuma 20 minit jer.  Dia bawa balik nasi ayam yang elok tak dicuitnya lagi, panaskan balik dan makan as dinner kat rumah.  Alahai anak...lepas ni makan kenyang-kenyang kat rumah jer lar.  


Tu hari buat breakfast menu popia ketam cheese.  Bawak maira bekal popia ni, siap digunting kecik-kecik supaya senang dia nak ngam masuk ke mulut.  Balik dari tadika, tengok isi dalam bekal dia, rupanya abis dia makan!  Alhamdulillah...maira sekarang dah kuat makan.  Adam dan Hanie pun suka sangat makan popia ketam cheese ni.


  
Tesco tengah ada buat promosi clearance gile-gile untuk kemasukkan stok barang baru.  Biasanya aku suka sauk barang makanan daripada pinggan mangkuk dan baju-baju.  Contohnya tikka curry paste yang sempat aku sauk ni cuma berharga RM2.80 jer.  Botol besar lagi tau!  Expired pun lama lagi.  Untuk tahan lebih lama, bila aku dah buka botol ni, maka terpaksa lar masuk balik dalam peti sejuk, tak boleh simpan di luar dengan suhu bilik.  Maunya berkulat nanti.  Disamping tu juga, aku sempat sauk lagi 2 botol lain dengan perisa tandoori curry paste dan briyani paste.  Tandoori dan tikka ni selalunya aku buat untuk perasakan bahan rempah ayam panggang.  Sodap bak hang!  Kalah ayam tandoori yang jual kat kedai mamak tu.  


Menatang apa galangal ni?  Rupanya puri lengkuas.  Lengkuas yang dah siap diblender.  Sauk 2 botol.  Moga-moga aku dapat tenyeh kat muka nanti.  Hahaha...acah jer!  Puri lengkuas ni selalunya aku campurkan sekali kat bahan rempah untuk ayam panggang.  Juga boleh dibuat untuk digaulkan pada rempah ayam goreng, satay, ketam dan macam-macam lagi menu masakan yang menggunakan puri lengkuas ni.  Thorbaik...!!!


Ayam panggang yang siap sedia untuk dipanggang.  Rasanya sangat eksotik.


Bila Maira mula mewarna.  Kemas sangat dia color.  Tu pun kalo datamg angin dia nak mewarna cantik-cantik.  Datang angin malas dia, mula ar dia menconteng jer. Tapi ibu pasrah bila Maira color dengan satu color jer.  Malas nak tukar-tukar pensil color yer, nak?


Aktiviti renew lesen pusat komputer kami.  Walaupun MBPG sudah tidak keluarkan lagi lesen cc sekarang, hanya cc legend dan yang sudah bertapak lama jer yang dibenarkan beroperasi di Pasir Gudang.  Bukan setakat ada cybercafe jer yang kitaorang provide, malah boleh buat repair, installing, formatting, printing, sales accessories computer/laptop, networking, upgrading and services.  So, baru-baru ni dapat tender sekolah untuk buat network.  Tengah tunggu panggilan dan bajet dari sekolah.  Siapa lagi yang buat kalo tak my laki.  Dia yang handle sorang.  I cuma merangkap setiausaha-isteri dia jer.  Remindkan dia apa yang perlu dibuat.  Everyday.


Hangpa tengok kelajuan internet cc kitaorg berapa mbps? 50mbps woo...!!  Bapak nyer laju giler!  Tengok youtube tak perlu tunggu loading lar.  Customer datang, download dengan senang hati.  Wifi pun laju gak. Tengok live broadcast pun takde tersekat-sekat lagi dah.  Pergi TMnet, tukar pakej.  Bayar lagi murah, line lagi laju.  Bijak...bijak...!



Ok, dah dapat tema color untuk majlis perkahwinan adik ipar aku bulan 10 nanti.  Soft purple untuk majlis nikah dan gold white untuk majlis sanding nanti.  Aku takde kena mengena dalam keputusan untuk memilih tema color apa yang sesuai untuk adik ipar aku.  Depa yang pilih.  Aku tak kisah.  Depa yang kawin, biarlah depa yang pilih color apa yang depa nak.  Aku nyer mission ialah mencari kain dan menjahit baju untuk anak-anak aku mengikut tema color yang dipilih.  Design apa yang sesuai untuk dipakai majlis perkahwinan adik ipar aku nanti akan ditentukan oleh faktor tempat, faktor cuaca dan faktor keselesaan busana.  Kalo buat kat hotel, ko nak pakai busana karung guni pun takpe, sebab tempat ber air cond kan.  Ni buat kat dewan, dengan takde air cond, dah tentu cuma ada kipas besar jer, kena dok kat majlis dari pagi lantak ke petang, tak boleh lar nak sarung busana yang serbah serbih, ketat dan padat mengikut bentuk alur badan.  Kang ketiak berair, malu lar kalo orang nampak kan.  My girls pun nanti kalo boleh aku tak nak tengok mereka serbah serbih dengan busana mereka sehinggakan mereka mengamok kepanasan, better aku designkan busana yang selesa dan simple untuk mereka.  Kalo Hanie, insha Allah, boleh tahan lama pakai tudung nanti.  Tapi kalo Humairah?  Mmm...jangan harap lar!  

My laki punye ootd masa wedding nanti, pakai jer lar baju melayu dengan seluar slack nanti.  Maybe dia akan jadi penyambut tetamu.  Adam Izz, maybe seluar slack dengan kemeja jer lar.  Ootd laki ni memang senang kan nak adjust.  Kalo orang pompuan...masya Allah.  10 helai baju dress yang tergantung kat bilik, boleh cakap takde baju nak pakai nanti masa wedding?  Hahaha....hang ingat hang bajet Dato Vida ke per, baju sekali jer pakai, lepas tu tak pakai lagi?  Sekali sekala kan...bukan selalu.

So, aku nak design apa untuk haute couture kitaorang anak beranak masa kat majlis wedding adik ipar aku nanti?  Selepas kejayaan aku membuat tutu skirt kembang untuk anak sedara aku, maka nya aku bertekad untuk membuat skirt kembang chiffon ala cindarella untuk aku dan my girls.  Jom kita terjah dan tengok contoh busana yang agak-agak aku boleh jahit sendiri.



Kutie Tuties - Lace Dress, Flower girl dress, wedding, rustic, vintage, pink, ivory, white, toddler, girl:
Oh, this is too much cutie!  Tapi maira tak suka pakai baju yang ada lace.  Rimas, geli.  Aku pun tak suka baju yang ada lace juga.  


Beautiful ivory or white flower girl dress with multilayered skirt, corset with lace applique and rhinestones, zipper and lacing. Item material::
This is so beautiful.  Kembangnya kain ko dik.  Aku pun nak gak kain kembang macam gini.


Wedding Flower Girl 2015 Vintage Flower Girl Dresses For Bohemia Wedding Cheap Floor Length Cap Sleeve Empire Champagne Lace Ivory Tulle First Communion Dresses White Girls Dresses From Sweet Life, $62.2| Dhgate.Com:
I think this is so beautiful and simple.  Rasanya aku boleh jahit baju macam ini.


Baby Estella Sparkle Dress  2582443222  £40.00  Pretty sparkle party dress, lace bodice with delicate capped sleeves, sequin detailing along neckline, satin shine lining and tie back belt .:
So cute..!!  Arghh...cannot handle that!


Crisp clean lines. My favorite!!!:
Boleh tak aku demand nak pakai kain kembang macam ini?  Tutup sikit bentuk punggung kan.  Lagipun lain dari yang lain fashion yang selalu orang pompuan pergi ke majlis wedding, betul tak?  Aku nak simple, nice but yet it's elegan.  Tak nak lar overshadow pengantin pulak kan.  Aku pun tak suka rambu ramba, lace dan bling-bling masa wedding adik ipar aku nanti.  Tak mau rimas-rimas.  Keselesaan tu adalah amat penting.  


Ada banyak lagi contoh design yang aku nak tunjuk tapi biarlah rahsia.  Semuanya aku dah collect dalam 1 album.  Tunggu jer lar fashion on demand nanti masa majlis wedding adik ipar aku nanti.  Arghh...sure mesti penat giler buat majlis wedding nanti!   Harap semuanya berjalan dengan lancar.


Yeay, cuti 3 hari minggu ni!  Tak sabor rasanya nak tunggu cuti seminggu raya cina awal bulan 2 nanti.  Nak kemas umah woii...!!





Thanks for reading this entry!



Monday 18 January 2016

El nino oh el nino!

Assalammualaikum....


Fuhh...cuaca panas yang membahang sekarang ini terlalu kuat sangat pancaran UV nya.  Dapat warning weather dari hp, terus rasa macam nak keluar rumah dengan selimut jer.  Cuaca panas tu ok lagi, tapi skala pancaran UV tertinggi yang telah dicatat, that's why kita perlu elakkan dari berjemur terlalu lama di bawah pancaran mentari supaya tidak terkena dengan strok haba.  Bila dah musim panas ni, apa yang merisaukan kita sudah tentu lar catuan air yang disebabkan air di empangan mengalami kemerosotan.  Nasib baik lar Pasir Gudang dah bebas dari catuan air since bulan Januari tu ari.  Alhamdulillah...tapi kena berjaga-jaga juga sebab el nino ni akan berakhir hingga bulan Mac.  Lama tuu...!  Baru semalam Pasir Gudang telah mengalami hujan yang begitu lebat selama 1 jam setengah.  Lepas hujan lebat, terus panas balik.  Garu sekejap kepala den.  Kuasa Allah Maha Besar kan.  Harap-harap selepas ini ada lar hari-hari yang ada hujan lebat.  Manusia hanya meramalkan cuaca, Allah Yang Maha Menentukan.

Aku ni pagi-pagi dah exercise hantar anak-anak ke sekolah.  Part hantar Humairah ke tadika pukul 7 lebih, masa tu mentari dah mula naik.  Terkenyit-kenyit mata tahan silau mentari.  Part hantar Hanie ke sekolah petang plak lagi teriknya mentari waktu tengahari.  Kadang-kadang hantar dengan naik kereta, kadang-kadang hantar dengan jalan kaki, pakai payung.  Nak buat macam mane, redha jer lar dengan cuaca panas ni.  Harap tak berlarutan sehingga apa yang jabatan kajicuaca ramalkan.  Sekarang ni pun hujan dah mula datang sipi-sipi.  Alhamdulillah...

Disebabkan cuaca yang terlampau panas ni, apa lagi, air cond telah menjadi mangsa untuk aktiviti penyejukkan badan.  Baru nak merasa sejuk, tiba-tiba air cond kat rumah rosak pulak!  Tengah-tengah buka, tertiba tutup sendiri, lepas tu tak rasa sejuk.  Rasa heating jer.  Panggil orang suruh betulkan.  Yang rosak coil penyejuk dalam air cond tu.  Kalo rosak kat paipnya boleh lar tampal, ni rosak lain pulak.  Nak tak nak terpaksa beli lain.  Sebab kalo nak cari spare parts, orang tu kata mahal gak kalo nak cari spare parts coil ni, dalam RM200-300.  Mmmm...beli yg baru jer lar!  Cari punye cari, jumpa pulak kat lazada, ada jual air cond dengan promosi harga RM616 indoor dan outdoor.  Tinggal satu unit jer.  FREE DELIVERY okay!  Apa lagi terus grab.  Lepas dah grab, terus item tu kat lazada dah jadi out of stock.  Kami lar pembeli yang terakhir hahaha....!  Alhamdullilah, nasib baik dapat yang murah.  Bank in terus duit, dalam masa 2 hari terus sampai barangnya.  Terbaik lar Lazada!  

So, my laki dah beli air cond, aku pulak bayar upah kos pemasangan indoor dan outdoor dengan masuk gas semua sekali dalam RM150.  Lama woo...nak pasang.  Air cond yang lama, indoor dan outdoor sumo kena tanggalkan, tapi air cond yang lama aku tak buang lagi.  Still boleh guna outdoor dia, cuma indoor tu coil jer yang rosak.  Orang yang upah pasang air cond tu kata nanti dia cari yang 2nd hand air cond, good condition, untuk gantikan air cond aku yang rosak ni.  Yang rosak ni dia amik lar untuk betulkan ke, lepas tu nak jual balik ke, lantak lar.  Yang penting, aku dapat 2nd hand air cond dengan tambahan harga RM100.  Kalo kat luar, orang cas 2nd hand air cond sampai RM300-400.  Ok lar tu.  Orang yang upah pasang air cond rumah aku ni kawan my laki juga.  That's why boleh dapat harga murah.  Selalu panggil dia untuk service air cond indoor dan outdoor serta refill gas.  

Air cond yang lama ingatkan nak pasang kat hall, tapi bila fikir balik, better letak kat bilik belajar budak-budak ni hah.  Kesian budak-budak ni belajar dalam suasana bahang walaupun dah ada 2 kipas.  Untung lar nak, rezeki korang.  Bilik belajar budak-budak tu pun aku ingatkan cuti raya cina nanti nak modified sikit-sikit.  Disebabkan Humairah dah mula sekolah, maka aku kena add satu lagi meja belajar khas untuk dia.  Kesian Humairah...selalu dia main-main kat meja belajar abang dan kakak dia.  Mesti dia suka giler bila dapat 1 unit meja belajar untuk dia.  Insha Allah, nak survey meja study Humairah hujung minggu ni.  Whiteboard besar dah sedia ada dalam bilik belajar tu.  Aku nak ajar budak-budak pun senang hati dan selesa bila bilik study dah ada air cond, hahaha...!!  Melampau betul guru yang bersandar pada kenangan ni!

Lepas tu survey lagi kat lazada, mana ler tau kalo ada jual lagi air cond murah-murah dan free delivery ker kan.  Hahaha...melampau!  Cukup ler dua ketul setakat ini.  Malas nak tambah banyak-banyak.  Kang bising pulak my laki tu!  Tak pasal-pasal kena perli...

" Jamban tak nak letak air cond ke?  Kesian kat awak, berpeluh-peluh berak keras ker nanti? "

Eh, mana ada!  Iolls smooth jer, ok!  Tapi memang betul lar cakap my laki.  Sempena nak menjimatkan kos penggunaan elektrik di rumah, maka kurangkan penggunaan barang electrical yang menggunakan power elektrik yang banyak.  Bilik study tu pun bukan selalu sangat guna air cond tu nanti.  Bila nak belajar, buat kerja rumah, bila cuaca panas jer.  Time cuaca tengah sejuk, jangan ler ko pun larung gak buka air cond.  Kena ajar gak anak-anak kita cara berjimat cermat menggunakan elektrik.  Tapi memang betul ar apa yang TNB ajarkan tu.  Aku hampir-hampir nak beli plug power saving electric tu untuk menjimatkan lagi bil electric aku.  My laki tak kasi beli.  So, dia suruh aku buat cara yang TNB advise kan tu.  Memang mula-mula macam leceh sikit.  Tapi bila lama-lama, macam dah terbiasa buat pulak.  Yang mana plug tak guna dan jarang pakai, tanggalkan kepala plug terus.  Walaupun kita dah tutup suis, tapi power electric still berjalan lagi selagi kita tak tanggalkan kepala plug.  Kepala plug yang tak perlu ditanggalkan ialah seperti plug peti sejuk, mikrowave, lampu tido dan barang electrical yang selalu kita gunakan.  Kadang-kadang, sebelum tido, my laki akan cabut kepala plug utama extension tv dan astro.  Selagi boleh jimat, kita jimat kan.  Then, bila bil elektrik sampai bulan lps, memang kitaorang laki bini terkejut gile!  Tak sampai RM100!  Whaatt...??  Rasanya kitaorang ada tido buka air cond macam biasa tau bulan lepas.  Selalunya bil elektrik akan cecah sehingga RM100 lebih!  Ok, garu kejap kepala lutut den.

Alhamdullilah...dengan ini, tak perlu beli lagi power saving electric plug tu.  Hanya jadikan amalan cabut kepala plug sebagai amalan mulia.  Hahaha....

Jangan terlalu berjemur sangat kat cuaca panas ni, kalo boleh elakkan aktiviti luar.  Banyakkan minum air masak.  Selalunya musim panas ni, orang suka bawa budak-budak pergi water theme park.  Tak kira lar indoor atau outdoor.  Since aku dah baca artikel keburukkan bawa budak pergi water theme park, terus cancel malas nak pergi ke tempat macam-macam tu lagi.  Demi kesihatan anak-anak kita, memang lar seronok bawak budak-budak pergi ke situ kan.  Tapi kesihatan juga perlu dijaga.  Baik lar anak-anak, marilah kita pergi ke tempat sejuk seperti shopping mall.  Boleh shopping macam-macam barang sempena promosi cuti Raya Cina.  Rambang mata den menengoknya! 






Thanks for reading this entry! 


Saturday 9 January 2016

Seminggu Sudah Persekolahan...

Assalammualaikum....


Pada permulaan sehari dua persekolahan, aku excited bangun seawal pukul 4.00-4.30 pagi.  Sebab pada malam sebelum last day school holidays, aku belum stabil lagi dari sakit kepala.  Lepas dah makan ubat dan tido awal, bangun keesokkan paginya barulah terasa ok sikit.  Senyap sunyi jer pagi tu.  Rasa sangat tenang.  Kemas-kemas dapur, gosok baju sekolah, prepare breakfast, siapkan bekal untuk Humairah.

Humairah pun sehari dua bila bersekolah waktu pagi, tak perlu nak susah payah kejut, bangun sendiri.  Excited nak pergi sekolah awal pagi.  Sedangkan minah ni punya lar susahnya nak kejut bangun pagi.  Masuk hari ketiga sekolah, tembelangnya sudah nampak.  Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya ribut taufan mengundang.  Pagi-pagi aku dah karok tinggi kejutkan minah ni bangun.  Takbir kat telinga dia pun lagi lar payah nak bangun.  At last, dukung dia terus bawak gi bilik air.  Bukan hari ketiga jer dia liat nak bangun pagi, situasi ini berterusan sehingga lar hari keempat dan kelima.  Takpe, bagi dia masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan paranormal ni.



Maira tak sabor nak pergi tadika, jumpa kawan-kawan, jumpa teacher favourite dia, siap bye bye flying kiss lagi kat teacher dia bila balik dari sekolah.


Waktu persekolahan tadika Humairah bermula pada pukul 7.45pagi hingga 11.45pagi (4 jam jer).  Rutin aku bermula seperti begini...

6.35  pagi - hantar Adam ke sekolah rendah
7.30  pagi - hantar Humairah ke tadika
10.00 pagi - hantar Hanie ke sekolah agama
11.45 pagi - amik Hanie dan Humairah dari sekolah/tadika
12.30 tgh - hantar Hanie ke sekolah rendah
1.15 tgh - amik Adam balik dari sekolah
1.50 tgh - hantar Adam ke sekolah agama
4.15 ptg - amik Adam dari sekolah
6.30 ptg - amik Hanie dari sekolah

So, pukul 2.15 petang - 4.00 petang adalah waktu rehat/waktu tido aku dan Humairah setelah penat berhempas pulas hantar dan ambil anak kat sekolah dari pagi lagi.  Of course lar Humairah pun rasa ngantuk gak bila bangun pagi kan.  So, bila aku terlelap, dia pun terlelap gak kat sebelah aku.

Adam dan Hanie memang susah sikit nak bawak bekal.  Meskipun begitu, aku akan pastikan diaorang makan sarapan dan makan tengahari di rumah sebelum pergi ke sekolah.  So, depa bawak duit sekolah pun cuma RM3.00 jer.  Kiranya tu lar duit jajan depa nak belanja kat sekolah.  Kadang-kadang ada balance dari duit sekolah tu, aku suruh masuk duit dalam tabung depa.  Humairah adalah orang yang paling gembira sekali kat dunia bila dibawakan beg bekal khas untuk dia.  Dia suka kalo tengok dalam beg bekal dia ada macam-macam makanan padahal Humairah bukan lar seorang pelahap.  Tapi bila tengok bekal dia lepas dia balik dari tadika, hari-hari kosong, which means that dia makan abis lar.  Tak tahu lar kalo Humairah derma makanan kat kawan sebelah dia.  Hahaha....

Ni baru kisah seminggu persekolahan.  Amik masa sikit untuk adapt dan adjust masa untuk sesuaikan diri dengan situasi paranormal ni.  Dapat dating berdua dengan my laki pun cuma 1 jam 30 minit jer.  Pergi berdua ke Tesco, nak beli barang pun berlari-lari sana sini sebab nak kejarkan masa untuk pick up anak dari sekolah.  Pendek kata, minggu persekolahan memang busy sikit uruskan anak, mana nak ajar anak buat kerja sekolah lagi.  Fuhh...memang letih giler!  But, just enjoy with your routine life. 

2hb Januari tu hari, kitaorang sambut birthday Adam Izz yang ke 11 tahun.  Dah besar dah anak bujang aku sorang ni.  Tinggi pun hampir-hampir nak jejak tinggi aku.  Semoga Adam Izz menjadi anak yang soleh dan berguna pada keluarga dunia dan akhirat, menjadi seorang abang yang baik dan bertanggungjawab menjaga adik-adik nanti.  Aamiin...



Celebrate birthday Adam Izz.  Hanya kita-kita ajer!


Budak manja sorang ini.  Teacher puji semangat dia nak belajar.  Tak sabor-sabor bawa buku kat teacher untuk kelas membaca.  Belajar rajin-rajin yer sayang...


Penat ke tak, tu belakang kira.  Dah tugas seorang ibu pada anak-anak memang macam tu kan.  Kalo tak nak penat, tak nak letih, baik tak payah buat anak.  Bila aku tunggu Hanie kat luar pagar sekolah agama, kadang-kadang aku perhatikan, ada kaum-kaum ibu yang sanggup berjalan kaki dari rumah ke sekolah, pikul baju sekolah rendah untuk tukar dengan baju sekolah agama yang anak mereka pakai, sambil mengangkut beg sekolah rendah untuk anak mereka, tak lupa juga beg bekal untuk dimakan tengahari nanti.  Mereka tak nak anak mereka susah payah dan membazir masa berulang alik dari sekolah-rumah-sekolah semata-mata untuk tukar ke baju sekolah rendah.  Salute aku pada kaum ibu-ibu di luar sana!  Jangan merungut dan jadikan semua ini adalah kenangan terindah dan pengorbanan anda untuk memastikan anak anda menjadi seorang yang berguna!  Insha Allah...




Time to upgrade internet to 50mbps, babey!  Walaupun cc legend, tapi kelajuan internet pantas nak mamp**!  This is for our customers yang kemaruk main game everyday!  And that's why aku tak pernah langgan internet untuk simkad aku hari-hari.  Guna wifi dari modem cc jer pun dah laju giler!  Tengok youtube dari tingkat dua pun takde masalah walaupun cc penuh orang.  Kalo pergi bercuti, baru lar aku langgan internet untuk gps dan google tempat jer.  Kalo setakat nak keluar makan dan shopping barang jer, better tak payah nak langgan internet.  Sepanjang masa dok ngadap hp, gila ke per?



Thanks for reading this entry