To my dearest husband,
Who is silently read my blog...
Our love story have never ending. This is our love story....
Bila saya bersama dengan kawan-kawan saya, saya jadi seorang pendiam, tak suka masuk campur hal orang. Tapi bila bersama dengan abang, saya menjadi seorang yang happy and crazy. Kita sedawa sama-sama, kita kentut sama-sama, kita buat lawak sama-sama, banyak lagi ar benda yang kita buat sama-sama.
Abang korek hidung, saya rasa abang comel...
Abang korek telinga, saya nampak abang seksi...
Abang tido ternganga pun saya rasa kehenseman abang masih lagi ada di situ.
Saya nak kita tua sama-sama yer bang...
Dulu...masa bertunang, sehari tak dengar suara abang, rasanya tak boleh nak tido. Ok, saya tipu. Saya tetap tido mati sebab penat sangat banyak buat assignment masa study kat IPTA. Tapi bila sehari dapat dengar suara abang, ianya sekaligus menaikkan semangat saya lagi untuk belajar bersungguh-sungguh. Adakah bunyinya kelihatan seperti POYO?
Abang selalu bagi saya macam-macam hadiah. Dari start perkenalan, bertunang sehingga lar sekarang dah beranak pinak pun, abang masih lagi dengan surprise present untuk saya. Walaupun masa tu bukan hari jadi saya, anniversary kita, hari raya, dan juga hari deepavali.
Abang terlalu menghargai saya pada setiap masa walaupun sebenarnya apa yang saya buat hanya lar tanggungjawab saya seharian. Abang selalu pastikan supaya saya cukup makan, cukup pakai, cukup belanja, cukup duit nafkah untuk bagi kat saya. Dari zaman kita bercinta sehingga lar sekarang, abang telah terlalu banyak menjaga saya dengan sepenuh hati abang.
Saya tau abang cair dengan kecomelan saya, kebluran saya, sikap huru hara saya. Walaupun muka saya nampak macam innocent, tapi saya seksi kan? Mengaku saja lar...
Saya tak kisah bila orang cakap badan abang macam bonzer kelab malam tu. Dengan ketinggian 180cm, siapa yang tak takut kalau terserempak dengan abang. Tapi bagi saya, abang lar penjaga saya yang terbaik. Selalu melindungi saya dan anak-anak setiap masa.
Kadang-kadang kita nangis sama-sama. Kita luahkan perasaan tanpa ada sembunyi apa-apa. Sebab kita bergantung antara satu sama lain. Sebab kita perlukan antara satu sama lain. Susah senang kita sama-sama yerk bang...
Terima kasih abang kerana memahami minat saya. Saya lar orang pertama yang menjebakkan diri abang ke bidang korean drama dan korean variety show cuma abang tak suka makanan korean jer. Abang faham minat saya dalam bidang menjahit lalu abang belikan mesin jahit untuk saya. Pendek kata, abang dah cukup memahami apa yang saya suka dan tak suka.
That's why I don't like to hangout with friends. Kawan saya add saya dalam whatapps group satu kelas, itu pun saya dah nekad untuk leave group tersebut. Saya tak mahu keseronokan berwhatapps dengan kekawan akan membuatkan saya leka dengan tanggungjawab saya terhadap abang dan anak-anak nanti. Biarlah saya takde kawan, asalkan saya ada abang dan anak-anak.
Bak kata P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kita pernah bergaduh, terluka perasaan memasing tapi kita sama-sama cepat memujuk. Sepanjang kita melayari bahtera perkahwinan, abang tak pernah tengking saya, abang tak pernah mengasari saya, abang tak pernah angkat tangan di muka saya. Terima kasih kerana menghormati saya sebagai kaum wanita yang lemah.
Walaupun ribut taufan melanda...
Walaupun Godzilla datang menyerang...
Walaupun kedai kain tengah buat sales gila-gila...
Asalkan abang ada di sisi saya, saya tak perlu risau apa-apa lagi!
Kenangan kita terlalu banyak. Kalo dijadikan novel, tentu ramai yang nak beli. Ppuiihh!
Saya tau abang memang terror main Counterstrike. That's why saya tak suka lawan games dengan abang. Abang memang tak kan kasi saya menang punyer! Siapa yang nak serah diri kena tembak macam gitu jer kan? Grrrr...
Abang seperti bomoh. Macam tau jer apa yang terlintas kat fikiran saya bila saya teringin nak makan something.
Kalo saya jadi bunga, abang jadi durinya.
Kalo saya jadi bulan, abang jadi cahayanya.
Kalo saya jadi tayar, abang jadi keretanya.
Kalo saya jadi cicak tokek, abang jadi cicak man lar !
Hahaha...we still need each other!
Kita boleh berkongsi pelbagai cerita. Walaupun kita tak tau motif cerita yang nak disampaikan itu. Hahaha....
Bila saya sakit, abang cepat-cepat pergi belikan ubat dan bubur untuk saya. Saya tau abang masih ingat lagi sampai sekarang tentang kenangan abang hantar ke klinik masa saya sengugut sakit kaki macam nak patah kaki tu. Bila rewind balik kisah tu, kita gelak berdekah-dekah. Memang sangat lucu ketika itu. Pekerja klinik pun ketawakan saya. Mana ada ubat sengugut untuk sakit kaki macam nak patah kaki. Chipet betul! Terima kasih abang kerana menjaga saya sepanjang saya berpantang selepas melahirkan anak-anak kita. You're my best doctor in the world!
Sila muntah cepat-cepat jika entry ini membuatkan anda rasa geli-gelimen dan cheesy. Hahaha....!!!
Thanks for reading this entry!
1 comment:
Wahhh!!saya pulak terharu..sweetnye..
Post a Comment