Video Of The Month

Thursday 19 March 2015

House of Recipes : Ciabatta Bread

Assalammualaikum...


Apa itu Ciabatta?  Alif ba ta?  Batu bata?

Oh, tidakk...sama sekali!

Ciabatta ialah sejenis roti yang berasal dari Italy.

Aku sendiri pun tak tahu cara penyediaan yang sesuai untuk memakan roti Ciabatta ini.  Adakah sama dengan roti Perancis itu?  Aku tau beli jer.  Lagipun murah kan.  3 ketul cuma RM2.00 jer beli kat Pasaraya Giant.


Roti ciabatta selepas dikeluarkan dari dalam plastik.  Ni belum masak betul ni, so kena lar masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga kekuningan.  


Roti ciabatta selepas dibakar.  Luarnya keras tapi dalamnya bersarang.  Lembut isi dalamnya.  Sesuai kalo makan cicah dengan kari daging ke ayam, sup tulang ker, sup ayam ker, sup cendawan ker, memang marvelous lar!


Jom kita terjah resepi yang lain untuk roti ciabatta ini.  Kalo anda nak cuba roti ni boleh lar didapati dengan segera di pasaraya Giant.  Tempat lain aku tak tahu.  Hahaha....!!  Boleh tambah lagi menu dalam List Sarapan Pagi dan Menu Bekal.


Cheesy Spinach Baked Egg Sandwiches - yum!
Wow...looks like marvelous!  Kalo yang ini ciabatta size yang kecil, maknanya aku kena belah dua lar roti ciabatta yang aku beli kat Giant tu.  Dah dapat 6 ketul dengan harga RM2.00 jer!  Jimat...tak perlu lagi nak membeli roti kat kedai bakery lagi!


Starbucks Bacon & Gouda Artisan Breakfast Sandwich
Roti Ciabatta ini memang ada lebihan tepung gandum kot kat atas tu.  Ignorekan jer lar.  Bakar macam biasa.  Letakkan chicken ham dan telur hancur kat tengah-tengah tu.


Italian Style Baked Eggs ♦ Eggs baked in a tasty marinara sauce and topped with melted cheese served with some crusty bread. ♦ marinara sauce, eggs, parmigiano reggiano (parmesan), mozzarella, parsley, small loaf crusty bread such as ciabatta
Fuhh...sedap nih!  Aku pulak yang jejes air liur tengok menu ni.  Macam tu lar isi dalam roti ciabatta.  Bersarang dan lembut walaupun luarnya keras.


Fried Egg and Sausage Ciabatta Breakfast Pizzas
Suka hati korang lar nak belah roti ciabatta ni macam mane kan.  Letak telur mata, sosej dan salad.  Nak letak daging burger yang dicincang pun boleh.  Ikut kreativiti anda...


Ciabatta French Toast Recipe from Tricia of Eating is Art Breakfast
Macam roti biasa gak, roti Ciabatta gak boleh dibuat french toast.


Cheesy Garlic Ciabatta Bread - Recipe Diaries
Cheesy Garlic Ciabatta


Homemade Ciabatta Bread - simpler than you could imagine!
Tak ku sangka rasa roti ciabatta sesedap begini.  So many holes!


Chicken Alfredo and Pesto French Bread Pizza
Pizza ciabatta with chicken alfredo.


Ciabatta Breakfast Egg and Cheese Sandwich
Ciabatta with cheese and eggs.


Jemu makan roti putih, kita ubah pulak menu, makan roti perancis ker roti burger ker, roti hot dog ker, roti ciabatta ker.  Macam-macam roti ada.  Tinggal nak ngappp jer!  Siapa first time dengar roti ciabatta, sila angkat tangan!  Hahaha...aku pun first time jugak try roti ciabatta.  Boleh lar lepas ni kalo singgah kat Giant tu, beli roti ni sekali.  Aku bukannya tiap-tiap minggu beli barang dapur kat Giant tu.  Aku pergi Giant tu pun sebab ada kedai kain Nagoya jer, wawawa....!!!

Selamat Mencuba!


Thanks for reading this entry!




2 comments:

Anonymous said...

delicious..tak pernah jumpa pula ciabatta ni di Giant...section mana ya, frozen ke

Erynz said...

Assalammualaikum...

Selalunya kat bahagian bakery, tempat roti...