Salam...
Untuk rujuan peribadi, blogger2, dan juga silent reader di luar sana...
1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara  benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan  perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta  sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang  yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa  merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu  mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena  lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan  kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12.  Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik.  Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang  yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah  bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara  lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan  berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15.  Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam  sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar  sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan  manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai  terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul  dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22.  Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang  sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta  sedekah.
Wassalam...
 
 
 
 kerana dirimu begitu berharga...