Video Of The Month

Thursday 27 February 2014

Aku Dan Misteri : Tidur di Rumah Berhantu

Assalammualaikum...


Berjumpa kita kali ini di dalam slot misteri.  Hahaha...dah macam citer misteri nusantara pulak!

Ok, kali ini aku nak cerita pengalaman aku tido di rumah berhantu.  Pergh...berani tak aku?!  Antara takut dengan tak takut dan tawakal jer lar minta perlindungan dari Allah swt.

Based on true events.  (fuyoo..suspen woo!)

Berlaku 10 tahun yang lepas.  Lama giler kan.  Sampai sekarang aku still ingat lagi.  (mau nyer tak ingat! nak karang ni pun rasa seram sejuk!)

Kakakku yang tua setahun dari aku, tinggal di rumah sewa bujang di Kuala Lumpur.  Rumah sewa dia tu design pattern macam rumah lama lar tapi masih berkeadaan baik.  Pada mulanya kakakku tinggal serumah dengan kawannya.  Maka rumah setingkat yang agak luas tu hanya dihuni oleh mereka berdua saja.  Then, mereka bergaduh dan kawannya terus angkut barang, keluar dari rumah tu.  Maka tinggallah kakakku seorang jer yang menghuni rumah tu.  Tapi kakakku bukan lar seorang penakut.  Dia jenis 'kebal' dan hati kering punye orang.  Disebabkan Kuala Lumpur tu sket nyer susah nak cari rumah sewa, maka kakakku terus menyewa rumah tersebut walaupun terpaksa tinggal seorang diri.

Dalam bilik kakakku, ada sebuah katil lama.  Katil tu tinggi, siap bertiang empat, ada langsir lagi.  Mengikut kata kakakku, masa dia pindah ke rumah tu, katil tu memang dah ada.  Owner rumah tak kasi buang katanya.  Katil tu masih dalam berkeadaan baik dan boleh dipakai lagi, maka kakakku telah menjadikan katil tu sebagai tempat tidurnya.




Masa tu aku ada majlis konvo kat UiTM Shah Alam.  So, aku dan suami mengambil keputusan untuk tumpang bermalam di rumah kakakku.  Jimat, tak perlu redah nak cari hotel.  Masa aku jejak masuk ke dalam rumah kakakku, aku sudah mula merasai sesuatu.  Terasa seperti meremang jer bulu kat tengkuk.  Suasana di dalam rumah itu seperti sunyi dan gelap.  Bilik air dia nun jauh ke belakang tapi bukan lar kat luar rumah.  Ruang tengah kat rumah tu sangat luas dan dijadikan sebagai tempat untuk menyidai baju.  Ada tiga buah bilik.  2 buah bilik depan dan satu lagi bilik kat belakang.  Bilik yang belakang tu kakak ku jadikan ia sebagai bilik untuk iron baju.  Apsal ironik sangat ko nak iron baju buat kat bilik belakang tu?  Buat kat depan tv tak boleh ker?  Memang hati kering betul kakak ku ni!  Bilik yang depan tu since kawan dia dah berambus, maka tinggal lar kosong macam tu jer.  Tapi tak berani aku nak tido kat bilik depan tu.  Aku sanggup tido depan tv kat hall dengan laki aku.  Hahaha...penakut giler kan!

Apa?  Tak takut?  Ek..eleh jangan nak aksyen tau!  Lepas korang baca sejarah rumah sewa kakak aku tu, mesti korang tak nak masuk ke dalam rumah tu punyer!  Tido semalaman pun belum tentu korang berani lagi kan.  Percaya lar cakap aku ni!  Percaya lar...!!!

Hah, nak tau tak pasal sejarah rumah berhantu tu?  Ni bukan nak cerita pasal Villa Nabila tu yerk!  Kalo nak tau, jom baca entry ni sampai abis...

Sebelum aku datang menumpang tido semalaman di rumah sewa kakak ku itu, sebenarnya aku dah tau yang rumah kakak ku itu ada 'penghuni'.  Bila kakak ku balik ke rumah mak, dia selalu menceritakan pada mak tentang pelbagai gangguan yang dialaminya.  Tapi disebabkan alah bisa tegal biasa, kakak ku buat derk jer, macam dah lali dengan gangguan yang dialaminya itu.

Hah, nak tau tak gangguan yang dialami oleh kakak aku semasa dia menyewa rumah tu?

Ini termasuklah...
 - katil tiba-tiba bergoyang sendiri
 - kakak aku selalu tido lewat sebab nak siapkan projek assignment dia.  tepat pukul 3 pagi jer, lampu di dalam bilik dia mesti berkelip-kelip.  then, tiba-tiba jer komputer dia tertutup sendiri.
 - selalu nampak kelibat wanita berambut panjang tido di sebelah dia
 - kekadang terdengar bunyi suara orang menangis, sayup-sayup kedengaran
 - terasa ada sesuatu benda kat bawah katil
 - kekadang terdengar bunyi bayi menangis

dan macam-macam lagi lar.

Mak aku jawab senang jer.

" Dia nak kawan dengan ko.  Takde apa-apa lar. "

Selepas dipujuk rayu oleh kakak aku, apakah 'benda' yang menghuni di rumah sewanya itu, baru lar mak aku pun menceritakan hal yang sebenarnya.

Sebelum mak aku menceritakan 'benda' itu, awal-awal mak bagitau yang 'benda' tu pun ikut kakak aku balik ke kampung gak.  Tapi 'benda' tu tak berani nak masuk ke dalam rumah mak sebab telah dipagari.  Maka 'benda' tu terpaksa lar duduk kat luar jer.

Sebenarnya katil lama yang berada di dalam bilik kakak aku tu, adalah katil orang mati beranak.

Terkejut tak?

Ada seorang perempuan ni, dia lahir anak luar nikah.  Tapi dia mati semasa melahirkan anak dia.  Anak dia pun mati gak.  Dia mati di atas katil tersebut.  Mak bapak perempuan tu berasa sangat sedih dengan kematian anak mereka, maka diaorang pun puja roh perempuan ni.  Maybe diaorang puja roh di atas katil tu gak kot.  Maka bersemayam lar roh perempuan tu di dalam rumah tersebut sampai kakak aku pindah masuk.

Sebelum ni, banyak gak orang pindah keluar dari rumah tu sebab tak tahan dengan gangguan yang dialaminya.  So, kakak aku antara penyewa paling lama yang bertahan dok kat rumah tu.  Sebelum ni, ada sesetengah jiran kat situ menceritakan pernah terserempak kelibat seorang perempuan di jendela, sedang melambai-lambai.




Nak kata ponti bukan ponti.  Nak kata cik lang, maybe ya kot.  Sebab kakak aku merasakan yang dia pernah nampak kelibat seorang perempuan berkebaya merah di dalam bilik dia dalam keadaan samar-samar, duduk di hujung katil.

Kakak aku berasa puas hati dengan penerangan mak.  Betul lar tekaan dia, apa yang dia nampak selama ni sepanjang dia menyewa rumah tersebut.  Mak cakap...

" Tak perlu nak takut apa-apa.  Dia cuma nak kawan dengan ko jer..."

Memang betul kata mak.  Lepas mak menceritakan hal yang sebenarnya, kakak aku balik semula ke rumah sewanya, dan dia tidak mengalami sebarang gangguan lagi.  Mungkin mak aku dah bagi 'warning' kot kat 'benda' tu supaya jangan ganggu kakak aku lagi kalo nak berkawan dengannya.

Finally, kakak aku pun hidup happily ever after sehingga lar dia berpindah ke rumah lain sebab dah dapat pekerjaan di tempat lain.  (eh, dah macam citer cinderella ler plak!)

Sebelum ni, adik aku lelaki pernah tumpang tido bermalam di rumah sewa kakak ku.  Dia pun pernah mengalami gangguan gak.  Masa tu, adik aku tengah syok main komputer kat dalam bilik.  Kakak aku plak masa tu tengah tido atas katil dalam bilik yang sama.  Tiba-tiba adik lelaki ku melompat naik ke atas katil, lalu tido di sebelah kakaknya.  Kakak aku perasan dan berasa pelik dengan gelagatnya ketika itu.

" Wei, JR!  Ko dah kenapa?  Apsal ko tutup lampu?  Kang aku dah pesan, jangan tutup lampu.  Banyak nyamuk lar! "

" JR tak tutup lampu pun.  JR nampak ada tangan orang yang tutupkan lampu. "

Pulak dah.

Apa-apa pun memang pengalaman lar bila tido semalaman kat rumah berhantu ni walaupun masa tu aku dan suami tak kena apa-apa gangguan.  Alhamdullilah.  Tapi bila aku nak pegi bilik air, memang aku mintak laki aku temankan lar.  Takut seyh nak pergi sorang-sorang.  Hahaha...jiwa aku tak kuat walaupun aku tau aku ada 'bodyguard'.  Sanggup kejutkan laki pukul 2-3 pagi semata-mata sebab nak kencing.  Hahaha...padahal aku tak pernah buat macam tu pun sebelum ni!



Thanks for reading this entry!





Saturday 22 February 2014

Fashion Chapter 20 : Raya 2014 Style Ideas ( Part 1 )

Assalammualaikum...


Eh?  Apa ni?  Puasa pun belum, tertiba terpikir pasal raya plak?  Puasa qada' dah ganti ke belum?  Kalo belum tu, cepat-cepat lar ganti yerk sementara ada masa lagi ni.


Haaa...mesti korang tengah wat preparation or plan something untuk raya tahun ini kan?  Ada yang dah beli kain pasang tapi tak tau nak buat design apa untuk tahun ni.  Ada gak yang masih memikirkan tema color apa yang sesuai untuk tahun ni kan.


Sebelum ini, in previous entry, ahkak dah bagitau yang ahkak kan minat sangat design kurung style dari Rizalman dan Bocey.  Eh, salah!  Bukan Bocey tapi Jovian Mandagie.  Kesian Bocey, tersedak plak depa kang!  Jovian Mandagie telah bekerjasama dengan Tesco untuk memasarkan sebahagian produk jenamanya pada musim raya tahun lepas.  Then, last week kan, sedang berjalan-jalan di Tesco, ahkak telah menemui beberapa helai produk Jovian Mandagie yang tak laku dijual.  Untuk mengelakkan kerugian, pihak Tesco telah berbesar hati untuk memberikan potongan diskaun sebanyak 50% untuk kesemua produk jenama Jovian Mandagie.  Yelah, kalo nak harapkan untuk diberi percuma memang tak dopek lar den nak tolong.  Dapat maki ada lar!  Dah kasi betis nak paha plak!  Then, ahkak dah nak grab sehelai jubah color hijau pastel dan sehelai baju ala-ala kurung kedah color purple gelap.  Memang cantik giler, dek non oii!!  Dah tentu rekaan Jovian Mandagie kan!  Of course ler meletop!  Kalo dah diskaun 50%, sehelai tu lebih kurang berharga RM100 lebih jer!  Oh emm gee!!  Tapi kan, dengan baik hatinya aku ni, maka aku letakkan semula baju tu kat tempat gantungnya.  Dengan harapan yang tinggi, aku mohon supaya pihak Tesco dapat lar memberi diskaun sebanyak 75% lagi selepas ini.  Wait and see the magical, yeahhh!!  (banyak cantik muka ko! nak penampor?)


Sebulan kemudian....


(Updated - 19/03/2014)  Hari yang paling bersejarah bagi aku bila pihak Tesco betul-betul telah memberikan diskaun 75% baju raya ready to wear Orked by Jovian Mandagie untuk penghabisan stok.  Arghhh...!!!  Bagai nak gila aku cari baju yang betul-betul berkenan kat hati.  Berbaloikan menunggu selama setahun untuk baju rekaan Jovian Mandagie.  Menangis lar orang yang beli masa di awal promotion baju raya Orked pada tahun 2013.  Korang bayangkan lar...baju yang asalnya berharga RM300 tapi setelah diberi diskaun sebanyak 75% so dah tinggal berapa?  Giler kentang kan?  Aku telah memilih baju yang asalnya berharga RM240 tapi aku cuma bayar RM60 SAHAJA!  Hahaha...I'm so lucky!  Upah tailor jahit baju pun dah lebih dari RM60 kan.  Beli kain pasang lagi pun ntah-ntah dah lebih dari RM60.  So, macam tak caya jer aku beli baju rekaan dari designer yang terkenal, Jovian Mandagie dengan harga RM60 jer!   Can't you see the magical?  Bling!  Bling!  Bling!


Last night, when I was goggle it about raya styles and design, I was terkejut like chimpanzi when I saw the raya collection from the other designer.  Her name called Nurita Harith.  Maybe the others people will said...


" Weii, orang lain dah lama tau lar designer Nurita Harith tu!  Ko baru tau ker?  Slow poked tul lar ko nih! "



It's okay.  Hal dunia kan.  For what fullstop weight (untuk apa dititik berat) kan sangat?  Let's for-for (biarlah berpada-pada).


Ok...ok...ayat aku dah macam Salih Yaakob bunyinyer!  Main ikut sedap jer sesuka hati nak translate.






I like design peplum like this.  Simple and soft color.  Tidak terlalu crowded dengan kerawang dan beads sana sini.  Perincian hanya diberikan pada bahagian pinggang jer.
  


Inspired.  Maybe aku akan elakkan dari pilih color putih untuk tops.  Of course ler aku akan pilih dari dark color.  Padankan tops dengan color yang paling sedikit pada maxi skirt tersebut.  Contoh : putih dan hitam.   



Kaftan + baju kurung?  Daebak!  Kalo jarang, siap-siap pakai inner lar.  




Satu hari nanti akan ku buat baju raya macam ni gak!  Watch me!




Raya tahun lepas, punya lar ramai orang jual baju peplum ni.  Macam-macam design ada.  Omak mertua aku pun beli baju peplum untuk pergi beraya!  




So sweet color dia! 



Baju kurung kedah + veil kat belakang = superwoman.  Mesti aku kena kutuk dengan laki aku kalo baju raya wat design macam ni.
" Awak nak jadi wonderwoman ker apa, siap ada kepak belakang ni? "
" Yang, awak tak payah naik kereta lar, awak ada kepak tu, awak terbang lar gi beraya rumah orang.  Hah, lepas ni kita pergi beraya rumah Pak Anjang tau! "



Kalo lengan tu dipanjangkan, I think it's perfect for me...



So beautiful!!



Owh...nak macam ni lar pattern baju raya nanti!  Very the elegan...



Haa...ni pun bleh tahan gak!  Yang ni untuk baju raya untuk raya kedua.  Caitt!!


Closed up.


I think I like kalo baju ala-ala kebaya ni dilabuhkan.  



Carilah color yang paling sedikit dalam maxi skirt untuk dipadankan dengan tops yang sesuai supaya penampilan tampak lebih menarik dan tidak tenggelam.  Selalunya orang akan padankan tops dengan color yang paling banyak dalam maxi skirt.  Betul tak?  



I like picture no. 2



Awesome!


I prefer yang hijau.  Baju kurung kedah dengan kain kembang semangkuk cendol pulut.


I prefer yang coklat.  Tapi kalo pakai tudung, sure tak nampak nyer reben tu kan, hahaha....!!!


Jovian Mandagie 2014
Of course lar dari Jovian.  


Baju Kurung Jovanita by Jovian Mandagie
Nak buat ar details roses kat bahu tu nanti.


Jachynta Luxe Baju Kurung
Baju kurung potongan hemline


Chantilly Chantelle Kebaya
So sweet color ni.


Jewel Luxe Baju Kurung
Comelnya lahai...


Dah dapat idea nak buat design apa untuk baju raya nanti?  Yang penting, jangan terlalu ketat, jarang dan hendaklah menutupi aurat sepenuhnya.  Actually, aku pun tak suka sarung inner kalo nak dipadankan dengan kain chiffon yang jarang tu.  Panas siot!  Lelebih lagi kalo pergi beraya rumah orang ni, mau nyer berpeluh kat semua celah kan.  Aku prefer kain satin jenis lembut dan tidak panas.  Pilihlar outfit yang selesa untuk dipakai di pagi raya.

Adakah design seperti baju kurung biasa, baju kebaya, baju kurung kedah dah tak laku lagi sekarang ni?  Of course lar laku lagi.  Kalo mampu, pakai lar.  Kalo tak mampu, bersederhana tu lagi baik.  

Ok, lastly saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ra....(hah, nak kena penampor!)


Yang benar,

Aku yang suka baju raya lain dari yang lain



Thanks for reading this entry! 


Saturday 15 February 2014

Fashion Chapter 19 : Palazzo Style Ideas. Let's Rock It!

Assalammualaikum...


First of all, let me tell you the truth story.


I don't like palazzo.


But after I update a few pictures styles about palazzo pants, I was like...


" Whoaa, lawa gak kalo pakai palazzo style macam ni! "


" Perghh...I like this!  I like this!  Apsal aku tengok orang lain pakai palazzo macam gelebeh jer!  Tapi yang ini cantik plak! "


Adakah kemungkinan palazzo ni sesuai untuk mereka yang berkaki panjang?  Adakah palazzo ini sesuai untuk mereka yang tinggi-tinggi jer?  Maka mereka yang berketinggian rendah dan berkaki pendek, tak sesuai pakai palazzo sebab nanti nampak macam Smurf ker?


Oh, tidakk....!!!


Sebenarnya palazzo pants sesuai untuk semua peringkat ketinggian.  Tapi tentu pening kan untuk mencari baju tops jenis apakah yang sesuai dipadankan dengan palazzo pants ini?  Whoaa..salah satu sebab aku takut nak beli palazzo pants ini ialah masalah untuk mencari padanan baju tops yang sesuai untuk palazzo pants.  Of course lar kita nak cari style yang sesuai dengan ciri-ciri muslimah kan.  So, lepas dah buat research dan view contoh-contoh style ideas of palazzo pants, maka aku berjaya meyakinkan diriku untuk memiliki palazzo selepas ini.


Yeah...!!!  Good job, Erynz!


Palazzo pants adalah seluar panjang yang mempunyai potongan longgar di bahagian bawah yang menampakkan kita seperti memakai maxi skirts.  Palazzo pants ini adalah trend yang amat popular pada lewat 1960 dan awal 1970.  Dan kini trend palazzo dihidupkan semula dan semakin menjadi kegilaan ramai wanita sekarang kerana ianya amat selesa dipakai dan sesuai juga untuk gaya muslimah.  Rekaan palazzo pants kini telah diberi nafas baru dan mempunyai pelbagai 'cuttings and details' serta dipelbagaikan corak 'prints'.


Let's rock with the palazzo pants, babey!





Color block.  Untuk tops, padankan dengan kemeja.


Look of the Day - August 6, 2014 - Jessica Alba in Alice + Olivia and Max Mara from #InStyle
Celebrity style, Jessica Alba.  


Loving this look, and these beautiful Palazzo Pants! $71.72
Cantik matching color ni.  Very the neutral.


We love this simple ensemble -- the palazzo pants add just enough pizazz. via StyleList
Padankan dengan kemeja yang tak jarang yerk!  So smart!


Palazzo Pants
Perghh...gedobos giler palazzo dia!


Elizabeth and James

Nack to 70's guys...


Those pants tho

I think I like palazzo in prints than a plain palazzo.


BLACK PALAZZO PANT

Simple and stylish.


@MANGO - Contrasted printed palazzo trousers

Cantik giler palazzo prints ni.


MANGO - NOVITÀ - PANTALONI PALAZZO SATINATI

Stylish seyh...nak style macam ni gak lar!


palazzo pants

Whoaa...inspired giler dengan style palazzo ni ekk!  


Navy palazzo - Another good choice for business casual

I prefer tudung tu dilabuhkan.  Apa-apa pun style ni boleh dijadikan reference.


"I applied my heart to know wisdom, and to know madness and folly. I perceived that this also was a chasing at the wind. For in much wisdom, is much grief. And he that increaseth knowledge, increaseth sorrow."

Hana Tajima!!  Bolehkah aku menjadi stylish seperti Hana Tajima atau Hana Tudung Saji?


I like the wide leg beige pants and long black tunic, but maybe if they were a different color. Maybe black pants and a silver or blue top?

Style ni pun ok gak kan?


Ralph Lauren Resort 2015 - Slideshow - Runway, Fashion Week, Fashion Shows, Reviews and Fashion Images - WWD.com

Palazzo from Ralph Lauren.  Aku pun boleh buat pakai fabrik polkadot jer...


1970s Vogue 7931 Womens Palazzo Pants Maxi Skirt by paneenjerez, $10.00

Terasa seperti nak jahit seluar palazzo sekarang gak!  Tak tahan pula tengok depa gayakan palazzo macam tu.  I think palazzo is better than legging and skinny jeans isn't it?


Emm..sesuai ke padankan dengan baju kebaya?  I think tak sesuai kot, nampak macam tak kena jer!



Which one do you like?  I like picture no. 2 and no. 3...stylo seyh!!



Picture no. 1 tu nampak ok kalo innernya tak terdedah macam tu lar kan!  Picture no. 3 tu plak kalo jacket dia berlengan panjang rasanya lagi cantik kan...kan...kan!



Yang mana satu pilihan anda?  Yang hujung tu macam stylo jer!  Chopp...!!



Contoh palazzo with hijab style.



I love this!  I love this!  Palazzo with batik prints?  Suka lar baju tops yang dia padankan dengan palazzo tu.  Ni yang buatkan aku berkobar-kobar nak pakai palazzo dengan style macam ni!



Ni pun cantik gak!  Tapi kalo jaket tu dilabuhkan lagi cantik kot...



Padankan dengan riding jacket pun boleh.  Whoaa..comel giler!



I like style picture no. 1 and no. 3.  Yang tengah-tengah tu kalo pakai jacket dah boleh terap kepada gaya muslimah dah!



Palazzo versi Indian.  Yang color pink tu I berkenan.



Simple.  Boleh pakai untuk tema dinner Retro kan.  So, tak payah lar nak crowded dengan busana retro yang ntah hapa hapa ntah...



Dah tentu lar style picture no. 1 yang berkenan kat hati den ni hah...



Whoaa...palazzo pants in prints!  Lawa giler kan corak dia!  Ceria sesangat!  Outfit yang sesuai untuk pergi holiday or nak ke pantai...eeeccewah!  Hah, lepas tu nyanyi reramai..
bercanda di persisir pantai...
memadu asmara...
(ok, lupa lirik!)



Aku lebih suka baju denim tu takyah ikat depan.  Kalo perut ko ada abs, takpe lar gak!  Ni perut terbosei, banyak sangat lemak babat, lupakan jer lar!  Lilitkan dengan tali pinggang halus, dah cukup fabulous!



Follow my style, babey...



Sekarang dah trend ker corak kulit ular sawa?  Sana sini orang dok pakai...



Daebak!!  Palazzo in snake's skin prints.



" Saya terlupa nak bawak kunci rumah.  Padan muka saya kan..."



Gaya palazzo ala-ala kelasi kapal.


"Summer 2012!" by beautifullymodest1 on Polyvore
Mix and match with palazzo style.



Gaya palazzo yang sopan untuk melepaskan angin.



" Saya tengah tunggu boyfriend saya.  Penat tau tunggu dia sampai kucing boleh masuk dalam seluar saya!  Grrr..."



Ini dinamakan gaya palazzo untuk melepaskan angin cara brutal.



Padankan dengan kemeja tops yang tidak jarang.  Lilitkan dengan tali pinggan halus. 



" Saya nak pergi kerja.  Tolong jangan amik gambar saya! "




Tak sangka seluar trend 60-70 an sedang menjadi kegilaan wanita muda mudi sekarang.



" Saya nak pergi pasar, beli ikan.  Nak ikut? "




Pelbagai gaya boleh digayakan dengan palazzo.



Celebrity style.  Apa kisah kalo pakai palazzo pants yang berlainan corak dengan baju tops.  Kalo dah celebrity, semua orang pandang cantik jer! 




Mesti ada mix and match untuk bahan rujukan, betul tak?



White palazzo kalo kain tebal dan tak jarang, ok lar.  Tapi susah nak jaga sebab takut kotornya berbekas.  



Ni yang buatkan aku berkobar-kobar nak pakai palazzo nih!  Grrrr....



how-to-style-palazzo-pants-4

Ok, ni gaya palazzo versi rockers.


how-to-style-palazzo-pants-5

Palazzo prints + riding jacket + cashmere blouse = fabulous


how-to-style-palazzo-pants-10

Whoaa...ni pun stylo gak sebab jacket dia sangat labuh dan boleh cover punggung anda, if anda nak baju inner 'tie in' dalam seluar lar.  But I like this style very much!


how-to-style-palazzo-pants-14

Office wear.  Sekali sekala pakai palazzo, hari-hari dok pakai baju kurung pun bosan gak!


Wide leg pants

Sewing pattern seluar palazzo.  Senang jer!  Sebab aku dah biasa jahit seluar basahan budak-budak kan.  Ni tinggal nak buat ukuran lagi besar jer.




Dah dapat idea nak gayakan dengan palazzo pants?

Me too...me too!  Nak gak beli palazzo pants lepas ini!

Itu hari kan, ada ternampak satu maxi skirt yang berkenan di hati.  Corak bunga rose ala-ala english garden tu.  Nak beli tapi dalam hati cakap, 'nanti lar dulu, banyak masa lagi boleh pergi beli.'   So, letak balik semula.  Then, after one week, datang balik kat kedai tu, cari nyer cari maxi skirt yang berkenan tu, tengok dah takde pulak!  Mesti dah kena sambar dengan orang ini!  Uwaaa...menyesal giler tak beli masa tu!  Bila perkara ini selalu terjadi kat aku kan, terus I learn from that...

Kalo dah berkenan, terus beli jer!  Tak payah nak tunggu next week lar, next month lar!  Padan muka hang!



Thanks for reading this entry!!