Video Of The Month

Thursday 25 December 2014

Preparation for School and DIY Recycle Ideas

Assalammualaikum...


Masa berlalu begitu pantas sekali.  Tanpa menunggu kita sekalipun.  Meskipun kita masih termangu, masih tercengang dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.  Kita tidak tahu sampai bilakah masa akan menunggu kita.  Takkan kita nak kena abiskan pisang goreng cheese baru kita tersedar yang semua ini hanyalah mimpi belaka.

Apa yang ko merepek ni, Eryn oii...!!

Sebenarnya aku nak meluahkan perasaan kat korang semua.

Kenapa cuti sekolah akhir tahun kali ini rasanya macam tak cuti sekolah sebulan jer?  Patutkah aku buat surat permohonan kat Kementerian Pendidikan suruh buat cuti sekolah akhir tahun 3 bulan jer terus?  Patutkah aku kena penampor buaya disebabkan surat permohonan aku itu?

Patutkah...?

Pejam celik pejam celik, masa berlalu...tup tup tup tup tengok kat kalendar cuti sekolah tinggal beberapa hari jer lagi.  Memang ler preparation untuk ke sekolah tu dah siap tapi aku jer, mak budak jer yang tak berapa nak prepare lagi ni dari segi mental dan fizikal.  Hahaha...apa-apa pun kita redah jer lar.  Keep calm and keep going with your life, babey!

Isnin, 22hb Disember - hari pendaftaran serta pembayaran kitab dan yuran periksa untuk sekolah agama Adam Izz dan Hanie.  Alhamdullilah, Adam Izz dan Hanie dapat naik kelas.  Mengikut sistem sekolah agama Johor, kalo budak tak lulus exam akhir tahun, maka tak dapat lar naik kelas untuk tahun depan.  Nampak macam strict sikit kan tapi sebenarnya sistem ini memang dah berkurun lama diamalkan dari dulu lagi.  Since aku sekolah agama dulu pun memang dah ada sistem ini.

23hb Disember - hari untuk beli buku tulis untuk sekolah rendah pula.  Pastinya aku kena redah pepagi buta untuk menjadi orang yang paling awal sekali untuk beratur.  Aku tak suka beli buku tulis lewat-lewat sebab nanti dah abis stok, kena tunggu pulak stok baru yang entah bila nak sampai.  Sangat melecehkan!

Dah selesai bayar yuran sekolah semua ni aku dah rasa lega sikit.  Awal-awal aku dah ketepikan duit untuk bayar yuran sekolah since bulan 10 tau.  Untuk preparation sekolah budak-budak pun aku dah beli masa awal cuti sekolah hujung tahun.  Malas nak beli lambat-lambat, takut takde saiz pulak kang!


Kasut sekolah macam gini memang aku beli borong.  Sorang 4 pasang.  1 pasang cuma RM6.90 jer.  Incase kalo omak ko malas nak basuh kasut, atau kasut tak kering sebab hari hujan, maka inilah optionnya.  Guna kasut baru jer dah abis citer!  Semua kasut sekolah ini aku kena tulis nama kat belakang kasut pakai permanent marker jer.  Bagus gak ada kasut sekolah RM6.90 ni, at least orang yang tak berkemampuan boleh beli kasut sekolah macam gini.  Pattern ke design kasut ker tu semua belakang citer! 


Beli juga lar kasut sekolah yang mahal sikit tapi tengok pada keadaan cuaca jugak lar.  Kalo cuaca panas, korang boleh pakai kasut mahal ni.  Kalo cuaca hujan, pakai jer lar kasut sekolah yang murah tu.  At least kalo terkena lecak, takde ler menggila omak ko nak membersihkan.  Hahaha....


Stokin pun aku tulis nama gak.  Kedai RM2.00 pun ada jual gak stokin sekolah.  Dapat 2 pasang pulak tu.  


Baju sekolah pun awal-awal aku dah beli masa baru nak start cuti sekolah akhir tahun.  Baju sekolah agama Adam aku cuma beli sepasang jer.  Harga sepasang baju sekolah agama lelaki RM28.40 jer.  Tahun lepas ada sepasang lagi yang blum dipakai.  Baju sekolah agama Adam tahun lepas semua ok lagi cuma seluar jer dah bercapuk kotor sikit.  Aku pun tak tau dia jalan guna kaki ker atau dia jalan lap lantai dengan seluar dia.  Punya lar kotornya.  So, memandangkan baju sekolah agama dia ok lagi, aku cuma jahitkan seluar putih sekolah agama dia jer lar nanti.  

Baju kurung sekolah Hanie semua rasanya dah tak muat, dah singkat sikit, dan ketat.  Budak tengah membesar lar katakan.  Ada 2 helai jer baju kurung dia tahun lepas yang boleh dipakai.  So, aku belikan 3 helai lagi baju kurung dia untuk tahun ni.  Kain licin seyh...harga RM11.90 sehelai.  Kain sekolah biru semua aku jahit sendiri tahun ini.  Jimat...tak payah beli dan beli lagi.  RM24.00 dapat 4 meter, dapat lar 4 helai kain biru.  Aku malas nak jahit baju kurung sekolah Hanie.  Leceh ar, nak kena ada pesak lagi, kocek lagi.  So, beli jer lar abis citer.  Tudung sekolah pun tak payah beli sebab tahun lepas ada yang elok lagi dan ada yang tak buka lagi dari dalam plastik.

Baju kemeja sekolah rendah Adam ada lagi sehelai yang belum dipakai lagi tahun lepas.  So, aku beli lagi 3 helai kemeja sekolah rendah dengan harga RM11.90 sehelai juga.  Cuma seluar biru sekolah rendah jer mahal sikit, RM20.90 sehelai.  Tahun lepas ada 3 helai seluar biru Adam yang masih boleh dipakai lagi, so aku tambah 2 helai jer untuk tahun ni.  



Sambil itu jahit lencana sekali.


Aku tak kisah beli baju sekolah yang non branded atau branded ker tak, semua color sama jer!  Yang penting, orang tengok anak ko still pakai baju sekolah putih dan kain or seluar color biru dan bukannya color lain, dan bukan yang lip lap ker atau bling bling kan.  Orang ataupun cikgu takkan tanya anak ko pakai baju brand apa pada hari pertama sekolah.  

Seluar sukan dan baju sukan putih pun awal-awal aku dah beli sebelum cuti sekolah.  Sebab masa tu budak-budak ada latihan untuk Hari Sukan.  So, lebih kurang 2 minggu juga kena pakai baju sukan.  Baju sukan sekolah cuma ada sepasang jer.  Yang lelain hari, kena lar pakai baju putih plain dan seluar sukan.  Then, tu hari aku terjumpa tshirt color plain saiz budak dengan harga RM4.90 sehelai, terus aku sauk 4 helai.  Hanie pasukan merah dan Adam pula pasukan hijau.  



Selalunya kalo anak aku beli kotak mainan macam ni, jarang sekali aku buang begitu sahaja.  Lelebih lagi kalo kotak yang tebal dan keras macam ni.  Ada jer idea nak buat something kat kotak ni tau.  Kira ok lar kan, kita selamatkan bumi, kita recycle balik benda yang boleh digunakan.



Aku tebuk permukaan kotak jadi macam ni.



Nasib baik ada wallpaper border sticker yang rajin aku beli tapi tak tampal-tampal gak kat dinding.  
Murah wallpaper border ni, aku beli kat kedai Mr. DIY, lebih kurang 10 meter RM6.90 kalo tak silap lar.  Ada gak wallpaper yang lain jual 5 meter RM3.90 jer.  Kekadang aku kemaruk dengan wallpaper sticker yang comel-comel tapi tak tampal-tampal gak.  Bukan senang yerk nak tampal.  Ianya memerlukan ketelitian dan kejituan yang tinggi.  Hahaha....



Disebabkan wallpaper border ni dah ada sticker, so lekat jer lar macam korang sampul hadiah kotak.  



Begini lar rupanya bila dah siap.  Nak tau aku buat apa dengan kotak ni?  Jeng...jeng...jeng!



Tempat letak stationery budak-budak!  Nampaknya pemadam macam tak cukup stok jer ni.  Takpe, lain kali boleh beli lagi.  Sharpener pun sama gak!  Ni semua aku beli kat kedai RM2.00 jer.  Sekotak pensil ada macam-macam brand Faster lar Unicorn lar semuanya dijual RM2.00 sekotak.  Pemadam 10 ketul pun RM2.00 gak.  Aku suka pemadam stabillo ni sebab lagi bersih dan kurang habuk hampas.  



Ni stok gunting, pembaris dan gam.  Kalo pergi kedai RM2.00 memang aku borong alat tulis jer lar.



Acara menulis nama kat buku tulis.  Patah tangan dibuatnya tapi aku suka menulis.  That's why tulisan aku lagi cantik dari tulisan laki aku, hahaha....!



Drawing blok pun dah siap-siap beli untuk subjek lukisan diaorang.  Satu drawing blok ni aku beli RM1.00 jer.



Buku latihan ulangkaji yang sekolah suruh beli.  Patah pinggang nak sampul buku sebanyak-banyaknya.  Aku selalu pesan kat budak-budak suruh jaga buku bebaik, jangan kelepet-kelepet.  Aku paling pantang tengok buku kelepet-kelepet ni.  Siap lar suara aku macam tarzan sampai ke kedai mamak pun boleh dengar, hangpa tau!



Buku latihan ulangkaji yang kat rumahnyer pun aku dah beli.  Lagi banyak buat latihan, lagi pandai.  Eh, ye ker?  Ni penceramah masa aku SPM yang bagi tau tips ni.



Semua buku hendaklah disusun dengan baik yerk!  4 rak buku aku beli untuk susun buku budak-budak ni.  Lintang pukang buku-buku kat rak ni, siap lar korang yerk!  



Buku tulis spare untuk kat rumah nyer.  Kadang-kadang ada lebihan buku yang tak guna dari tahun-tahun lepas nyer. 



Notice board budak-budak untuk tampal hasil karya.  Kembang lubang hidung diaorang bila aku tampal kat notice board ni.  Which means that hasil karya diaorang dihargai.  Poster belajar tu selagi Humairah belum masuk darjah 1 lagi, selagi tu lar aku takkan buang.  Dah lama aku tampal poster tu, since Hanie sekolah tadika lagi.  Oh, ya...aku snap gambar ni dari bilik belajar budak-budak cum bilik mainan diaorang.  



Ni adalah kotak kek SDS.  Selalunya kotak kek ni takkan ku buang sembarangan.  Lagi aku suka dengan kotak kek yang tebal macam ni.  Nak tau aku buat apa dengan kotak kek ni?  Aku buat rak buku.  Mula-mula potong mengikut garisan hitam yang tebal tu.  Then rapikan kotak ni dengan slotep pada bahagian yang mana nak terbuka.  Lepas tu, korang sampul lar kotak ni dengan pembalut hadiah yang comel.  Hasilnya jadi lar macam lukisan yang aku lukis kat bawah tu.  Senang jer bukan?



Ni lar hasilnya rak buku dari kotak kek!  Yeah...!!  Lebih kurang ada 4 kotak kek yang aku dah buat rak buku.  Nak buek macam mano, dah omak ko kreatif kan.



Hahaha...ni part yang kelakor sekali.  Baju kemeja sekolah adam yang tak muat lagi, tak kan ku buang begitu sahaja.  Nak kasi kat orang rasanya macam tak baik pulak sebab dah lusuh kan.  Color pun dah tak putih lagi.  So, aku gunting-guntingkan jadi macam pattern macam ni.



Dah siap seluar katok Humairah!  See?  Tak payah membazir lagi beli seluar katok.  Harap Humairah tak terkangkang semasa memakai seluar ini.  Dia memang selalu mencuba untuk mengoyakkan seluarnya.  Grrr.....



Tu ajer persiapan saya sempena nak dekat naik sekolah ini.  Ada benda boleh beli, ada benda kalo ikut kepala otak yang kreatif, recycle jer.  Selain daripada itu, aku pun kena siap sedia dengan list menu breakfast budak-budak.  So, takde lar bangun pepagi buta blurr jer tak tau nak buat sarapan apa.  Hahaha...kitaorang jarang sekali breakfast makan roti dengan jem tau, walaupun itu adalah cara yang paling ringkas.  Tapi itu semua terpulang lar pada kerajinan sang ibu untuk pelbagaikan menu breakfast untuk family memasing.  

Selamat kembali ke sekolah anak-anak!

Doakan yang bebaik untuk semua mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Perlis.  Ini bukan masanya untuk kita bertelagah mengenai politik dan perkauman.  Sesama kita hulurkan bantuan seberapa yang mampu untuk membantu mangsa banjir.  Semoga mereka tabah menghadapi dugaan besar dari Allah swt.  



Thanks for reading this entry!



Monday 22 December 2014

How to Homeschool Preschool ( Islamiah Skills ) - Final Part

Assalammualaikum....


Tadika zaman sekarang ini sudah ada subjek Iqra atau subjek Pendidikan Islam untuk pendidikan awal kanak-kanak 4 hingga 6 tahun.  Ikutkan tadika zaman dulu, mana ada kan?  Eh, betul ker?  Pasal aku dulu pun tak sekolah tadika.  Tup..tup...tup terus masuk kelas darjah 1.

Untuk peringkat awal, dedahkan anak-anak kita dengan huruf-huruf hijaiyah.  Lakukan seperti anda buat untuk kemahiran mengenal ABC, begitu juga dengan huruf-huruf hijaiyah, banyakkan buat latihan menulis, membaca dengan betul, melukis dan merekacipta bentuk huruf-huruf hijaiyah.

Selain daripada itu, dedahkan anak anda dengan aktiviti pergerakan solat.  Meskipun anak anda masih terlalu awal untuk menghafal bacaan dalam solat tapi tidak salah rasanya jika anda mengajar anak anda tentang tertib pergerakan solat, cara mengambil wudhu dan sebagainya.

Dalam Islam banyak menekankan tentang akidah dan akhlak yang baik.  Bacakan bersama anak-anak anda tentang cerita-cerita Nabi dan sahabat Nabi supaya dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran dari cerita tersebut.

Ajari anak-anak anda dengan nyanyikan bersama lagu-lagu nasyid seperti Asmaul Husna, lagu 25 Rasul, lagu zikir dan sebagainya.  Pasti kelamaan anak anda akan terhafal dengan sendirinya.


Aku memang rajin download apps education kat tablet untuk budak-budak ni hah.  Ini adalah diantaranya.


Ini adalah apps untuk cara-cara mengambil wudhu.  Humairah memang suka tengok kartun-kartun macam ni.


Yang ni plak apps tentang solat.  Semuanya memang aku download dari playstore.  So, tablet ni memang ada kebaikkan dan keburukkannya.  Ikut korang lar nak gunakan tablet tu dengan cara yang macam mane kan...


Padankan huruf-huruf hijaiyah.  Sekaligus dapat mengenal bentuk.


Ini adalah apps tentang cerita sahabat-sahabat Nabi.  Korang boleh baca cerita ini bersama dengan anak-anak anda as a bedtime story.  Hahaha...senangkan?  Tak payah membazir duit beli buku cerita lagi.  Tapi option ni terpulang pada korang, kalo nak follow, silakan, kalo tak nak, takpe.  Tapi kalo korang nak download apps seperti ini kat playstore kena lar berhati-hati sikit.  Kadang-kadang ada yang bercanggah tau.  Sebelum aku download apps ni, aku kena baca dulu komen orang yang terdahulu yang pernah download apps tersebut.  Kalo depa komen ada kesilapan teknikal dalam apps tu, memang tak ler aku nak download.  Kalo depa komen thorbaik apps tu, rating pun ok, memang laju jer aku mendownloadnya.


Berakhirlah sudah entry tentang homeschool ni.  Alhamdullilah....Semoga kita bersama-sama dapat berkongsi ilmu demi kebaikkan sejagat.

Majulah imerynz.blogspot.com untuk negara!

Oh, yeah babey!


Thanks for reading this entry!

Friday 19 December 2014

How to Homeschool Preschool ( Math, Shapes Skills and Reading Skills ) - Part 3

Assalammualaikum....


Ok...kita include sekali 2 topik dalam 1 entry.  Senang, cepat abis sket.  Lepas ni nak upload lagi satu entry plak!  

Math Skills

During preschool kids should learn to recognize a written number and understand number correspondence, example :  That 3 = the amount of three items.  They should learn how to tell which piles are bigger / smaller, be able to put the piles in order from smallest amount to the biggest and learn to count.  Practice counting to 20 and recognize groups of items up to 10.  Your child should also practice telling the difference between amounts example more versus less.

Painting a color wheel clock • Artchoo.com
DIY color wheel clock! From Artchoo.com
Expose your kids to color theory and time at the same time with a colorful DIY clock.  Explain how clocks move in the samw direction every minute / hour.


Coloured counting tubes. Great for learning about colours and numbers, as well as matching and one to one correspondence.

Toilet Rolls with PomPoms for teaching and learning numbers and colours

Colour matching game for kids
Cipta roll tube counting game seperti begini.  Anak anda pasti akan suka.  Anak anda akan belajar mengira sambil mengenal warna dan mengenal pasti bilangan benda.  Begitu mudah bukan?  Happy learning!  Oh, bebola yang colorful tu ada dijual di Mr DIY.


Jellybean Math | Mama Miss #learningfun #homeschool #preschoolmath #candy #halloween

Jellybean Math | Mama Miss #learningfun #homeschool #preschoolmath #candy #halloween
Print kan kertas kerja untuk anak anda seperti begini.


Jellybean Math | Mama Miss #learningfun #homeschool #preschoolmath #candy #halloween
Selain dari jellybean, anda juga boleh menggunakan apa jua benda sekalipun tapi apa yang penting ialah benda itu selamat digunakan.  Contoh jika anda mahu menggunakan kekacang, pastikan anak anda tidak tertelan kacang tersebut.  That's why mereka menggunakan jellybean ataupun coklat biji untuk melakukan aktiviti seperti ini.  Ianya selamat untuk ditelan!  Hahaha....


Jellybean Math | Mama Miss #learningfun #homeschool #preschoolmath #candy #halloween
Tau-tau masuk dalam mulut cikgu kang nanti!


20140218-155730.jpg
Fun Math Hand activity.  Sesuai untuk kids 5 - 6 tahun untuk lebih memahami operasi penambahan dan penolakkan.


20140218-155846.jpg
Operasi darab ni aku pernah buat untuk Adam Izz.  


Counting and Addition Activity Tray Math Game
Bahan yang digunakan ialah tanah liat dan bahan yang selamat digunakan untuk kanak-kanak.


Counting with dice, play dough and buttons
Lakukan aktiviti seperti begini.


Addition game with play dough and counters
Anak-anak akan tertarik pada benda yang berwarna-warni.


Adding with beads and play dough
What they are learning as they play:
maths: recognising numerals, counting objects using 1:1 correspondence, combining and adding two or more sets of objects to find a total
creativity: using mixed media to make models


Sorting, matching and counting with bottle tops! Such an easy upcycled game for preschoolers.
Bottle top count and match game activity

Number hunt activity

Shapes and colors activity - make a clown face.

Membezakan bentuk.

Gunakan kreativiti anda sendiri untuk ajarkan anak anda tentang bentuk persegi.



Reading Skills Pyramid for Homeschool


Get ready to read
  • Read aloud to your kids daily.  Work up to 20 minutes a day.
  • Teach your kids to hold books the right way and point to the words so they learn to follow or track words from left to right.
  • Time and order concepts by reviewing the story.  What happened first, next, last?
  • Comprehends a story and is able to re-tell it to another person.
  • Beginning sounds.  Find the letter that makes the sound at the beginning of a word.
  • Encourage your kids to speak in full sentences, clearly, differentiating between fiction and reality as you are reading.


Aku subscribe badanamu ni khas untuk Humairah.  Suka tengok cartoon 3D dia yang comel.  Geram sangat!!  Hahaha...mak dia yang over tau!


Frozen Story Book Read Along!


Banyak lagi ar video kat youtube tu yang korang boleh cari.  Type kat search "READ ALONG+STORY BOOKS".  Haah ko....berlambak keluar macam-macam cerita yang boleh anak anda tonton bersama.  Tapi pastikan anak anda semasa sedang menonton video youtube adalah di bawah pengawasan ibu bapa tau!  Eh, tak payah beli lagi buku cerita ke lepas ni?  Hahaha....terpulang lar pada korang kalo nak gunakan cara begini, yang murah, yang mudah, yang pantas dan jimaaatttt....tak payah beli buku lagi!  Dan buku pun lepas budak abis baca takde lar semak mata bersepah sana sini kan.  Betul tak? 

Kadang-kadang kat tadika preschool ada activiti muzik iaitu kanak-kanak di ajar menyanyi bersama mengikut rentak lagu.  Pasti seronok bukan?  Tapi bagaimana nak terapkan aktiviti sebegitu di rumah pula?  Oh, senang aje.  Buka youtube, type kat search NURSERY RHYMES.  Fuuhhh...berlambak video lagu nursery yang anda boleh lakukan bersama anak anda.  Mudah, bukan?  Hahaha...Humairah pun dah pandai humming 2-3 lagu nursery yang dia selalu dengar kat youtube.

Ok...ok...ok...saya janji, last part kali ni.  To be continued again in another entry, Islamiah Skills - Part 4.  Jangan marah tau!  Ni ilmu nak kongsi dengan korang sumo tau!  Takde share kat mana-mana pun.  Only for my readers blog.  Please give me a credit, ok!  


Thanks for reading this entry!


Sunday 14 December 2014

How to Homeschool Preschool ( Motor Skills ) - Part 2

Assalammualaikum....


Ok...tanpa membuang masa, jom kita sambung balik topik kita pada kali ini.  Kita share sesama ilmu yang berguna untuk anak-anak kita.

Fine Motor Skills Development

fine motor skills for preschoolers

Kebanyakkan kemahiran yang diperlukan oleh anak-anak kita ketika di tadika adalah kemahiran 'fine motor control'.  Jika anak anda masih bersusah payah dan belajar untuk memegang pensil, latihkan anak anda dengan aktiviti seperti ini untuk menolong anak anda develop their grasp and hand eye coordination.

fine motor skills
Hanya perlukan Q-tips, colored straw dan gunting.  Guntingkan colored straw pendek-pendek.

fine motor activity for kids
Masukkan Q-tips ke dalam straw.

dyed q-tips activity
This skills will help your kids develop the finger 'grasp' coordination that they will need as they begin writing.


Kita perlukan colored paper, marker, gam dan gunting.

Lorekkan colored paper seperti begini.

Gunakan gunting yang selamat digunakan untuk kanak-kanak.

Ajarkan anak anda menggunting mengikut garisan.

Dan kemudian, tampal.  Anda boleh buat seperti begini.

Atau begini.  Boleh buat bentuk kereta, rumah atau muka orang.  Menarik, bukan?

- Simplify this activity by providing basic straight lines for your child to practice cutting.  You don't need to focus on shapes you can just concentrate on the fine motor, hand-eye coordination required to cut along a line.  Save curved lines for another time.

- Extend this activity by having your child measure and draw the lines in themselves.  Challenge them to create one cohesive picture out of the shapes.  

- Demostrate and discuss particular skills if your child is new to these techniques.  Such as how to hold the paper and move it or the scissors to achieve the desired cut.

- Talk with your child about what they are doing.  This will help them understand the physical and mental processes they are going through as well as giving them the vocabulary to describe it.



Pencil Grip Tips!



Just like that!


Ada banyak lagi cara untuk mempratikkan kemahiran motor anak anda, antaranya ialah....





What they are learning while they play:
maths: sorting and matching by colour and shades of colour
physical: fine motor control and co-ordination, threading small pieces, pincer grasp, hand:eye co-ordination
phse: concentration, thinking skills, perseverance
creativity: making new creations from combined materials


Weaving around cardboard activity!






What they are learning while they play:
creativity: experiment with a range of materials and dimensions, weaving and sewing, creating with recycled materials
physical: hand-eye co-ordination skills, fine motor skills, pincer grasp
phse: concentrate on a project for extended periods of time, complete a self-intiated project, work collaboratively, be proud of own achievements


Foam and Felt Collage Activity!




What they are learning while they play:
* creativity and imagination
* free expression and decision making
* independence
* exploring a range of textures and tactile experiences
* talking about shapes and colours
* developing fine motor skills








What they are learning while they play:
* recognising, naming and matching colours
* sorting and matching according to one criteria
* creativity
* fine motor skills development through tearing, sorting and sticking
* working together on a collaborative project (PHSE)


Pointillism painting with cotton buds from The Artful Parent
Painting with Q-tips activity!

Pointillist painting with cotton buds for kids

Portrait painting with q tips
So cute!


Pipe cleaning activity!


What they are learning while they play:
* exploration and investigation of new materials
* promoting creativity and independent thinking
* sensory and tactile play
* hand to eye co-ordination
* developing fine motor skills
* vocabulary: texture and descriptions


Nampak macam menarik jer kan aktiviti-aktiviti yang boleh kita ajarkan pada anak-anak kita nanti.  The important is they happy and it's so much fun to learning.  Sekaligus mengajar anak kita untuk mengembangkan lagi daya kreativiti dan kemahiran imaginasi mereka.

Sehingga kita bersambung lagi di lain entry di dalam topik yang sama, How to Homeschool Preschool ( Math Skills ) - Part 3.

Harap bersabar yerk!  

To be continued!


Thanks for reading this entry!