Video Of The Month

Monday, 1 December 2014

This Is A Good Beginning, A New Dreaming....

Assalammualaikum....


Welcome December!  

Bangun pepagi ingatkan snowing rupanya raining.  Celah mana pulak Malaysia ni tertiba ada snowing ni?  Tapi macam best kan kalo dapat main snow.  Bila masuk bulan December jer, cuaca dah mula semakin sejuk dan redup.  Nak dijadikan cerita, anak-anak aku baru jer baik daripada batuk dan selsema.  Dan orang yang terakhir sekali kena jangkit ialah aku.  Omaknya.  Hahaha...ni pun baru jer balik dari nebulizer.  Tak lar begitu teruk.  Penyakit keturunan kan.  Kecik-kecik dulu takde penyakit semput.  Dah besar, dah kawin. tertiba datang penyakit semput pulak.  Tapi tak selalu kena lar.  Bila datang batuk jer, baru kena.

Aku baru selesai beli baju sekolah, kasut sekolah, dan beg sekolah budak-budak.  Beg sekolah yang lama pun aku dah basuh.  Tahun depan 2016 jangan harap lar korang nak beli beg lagi yerk!  Tahun ni 2015 jer dikecualikan sebab korang dibenarkan membeli beg mengikut pilihan korang sendiri.  Tahun lepas, bapak ko belikan beg laptop jer kan so tahun ni 2015 ni kasi can lar kat diaorang untuk pilih beg yang diaorang suka.  Hanie dah tak nak lagi beg princess ke beg frozen ke beg yang ada gambar kartun-kartun tu.  Tapi dia tetap nak beli beg color pink gak!  So girly!  Adam pula pilih beg yang bercorak ala-ala askar.  Suka hati ko lar nak!  Korang yang pilih.  Tinggal nak beli stationeries dan buku-buku latihan ulangkaji jer.  Mesti ada para ibubapa juga tidak ketinggalan untuk membuat persiapan seawal yang mungkin untuk anak-anak kan.  Yelar, gaji bulan ini untuk beli perkakas sekolah.  Gaji bulan depan pulak untuk bayar yuran sekolah pula.  Kalo tak mengeluh memang tak sah.  Tapi apakan daya, pejam mata dan bayar jer lar.  Jangan pula yuran sekolah ada GST sudah lar!  Kang ada juga kan mak bapak mengamuk kat sekolah tu.

Tahun depan, Adam dan Hanie dah tak bersaing lagi pergi ke sekolah.  Tapi aku tau Hanie boleh survive sendiri tanpa abangnya.  Dan Adam pula terpaksa bangun awal pagi sebelum pukul 7.  Jadual sekolah rendah kat sini, budak tahap 1 sekolah sessi petang, budak tahap 2 sekolah sessi pagi.  Adam dah masuk darjah 4 kan, dah tahap 2, kena lar sekolah pepagi buta.  Petangnya pula pergi sekolah agama.  Nasib baik lar balik pukul 3 petang.  Walaupun sekolah agama dan sekolah rendah depan rumah jer, diaorang boleh jalan kaki sendiri tapi tetap aku dan my laki pimpin tangan hantar diaorang ke sekolah hokey!  

Musim cuti sekolah yang panjang ni lar membolehkan aku berpeluang membuat kerja-kerja yang aku suka.  Bila budak dah naik sekolah, serius cakap, memang tak sempat nak buat.  Mana nak urus budak, nak kemas rumah, nak jaga cc lagi.  So cuti sekolah ini apa lagi yang aku suka buat kalo tak lain dan tak bukan ialah menjahit.  Tahun ni jimat sikit sebab aku nak jahit kain sekolah Hanie.  Hanie kata dia tak suka kain sekolah berzip.  Dia nak elastic jer, senang nak sarung katanya.   Cerewet betul minah ni!  Baju kurung sekolah jer yang beli, tu pun kain licin.  Nanti omak ko jahit lagi baju kurung sekolah ko jenis cotton yerk!  


Baru sehelai jer yang dah siap.  Ada lagi 3 helai nak kena jahit.  Beli 4 meter = RM24.  1 meter boleh dapat sehelai kain.  Alaa...pinggang Hanie bukan besar mana pun.  Semeter pun dah cukup untuk buat 3 ropol belah tepi tu.  Penjimatan yang bagus bukan?


So, baru-baru ni aku telah berjaya mencabar diri aku untuk menghasilkan satu produk hasil jahitan tangan aku.  Dengan berpandukan dari video youtube, tutorial dari website luar negara, tanpa pergi mana-mana kursus jahitan, akhirnya aku berjaya menghasilkannya dan sekaligus aku berjaya menjualkannya dan mendapat respon yang baik dari customer.  (claps your hands!)  Berkobar-kobar semangat aku untuk menghasilkan produk yang lebih baik selepas ini.  Oh, ya!  Aku tak menjahit untuk tempahan.  Aku cuma menjahit apa yang aku suka dan kemudian aku jualkan.  Korang kena download carousell apps, search nick name aku dan boleh tengok-tengok apa yang aku jual kat situ yer!  





Box pleat maxi skirt cream color.  Ni lar produk pertama aku.  Produced and design by erynz.   Peewwiitt....!!


Respon dari customer adalah yang paling menakutkan aku.  Nasib baik lar dapat customer yang tak cerewet sangat.  Chinese yang beli tau!  Kalo dapat customer cerewet sangat, mohon suruh jahit sendiri lar.


Baju refashion pun aku buat juga.  Habis baju t-shirt laki aku yang dia tak pakai, aku gunting-gunting dan jahitkan untuk hasilkan something yang boleh dipakai.  Dari tak pakai baik dipakai, yer tak?  Dress tanpa lengan ni aku beli kat shopping mall.  Ingat nak pakai dengan cardigan tapi macam tak sesuai pulak.  So, I came up with the refashion idea and hasilnya jadi macam ni lar.  Ala-ala korean style.  Ppuihh!!  Sesuai untuk pakaian muslimah juga.  Saiz fit to S - M.  Kalo badan korang cekeding, takde bumper besar, boleh lar muat baju ni.  Ada zipper kat belakang dan elastic kat tangan.  Harga untuk dijual cuma RM45 sahaja!  


My next project.  Nak buat dress lar.  Ker abaya?  Ker jubah?  Apa-apa jer lar, asalkan ko bahagia.  Ni tengah testing dan mencari tone color apa yang sesuai untuk tops.  Maybe a black color?  What do you think?


So, marilah kita memanafaatkan cuti sekolah ini dengan perkara-perkara yang berfaedah bersama dengan anak-anak.  Midnight movies with the family adalah saat yang paling aku suka.  Movies yang kitaorang suka tengok ialah horror.  Semuanya my laki download jer.  Blue ray lagi ko!  Mana tak menjerit, terpekik, terlolong!  Kadang-kadang, cuti sekolah ini aku dah start home school untuk Humairah.  Aku selalu bukakan lagu nursery rhythm untuk Humairah sampaikan dia boleh humming lagu nursery tu.  Aku pun tengah planning dengan my laki nak lawan main badminton kat court tapi kekadang cuaca di waktu pagi tidak begitu mengizinkan.  Oh, banyak lagi ar benda nak buat at holidays ni kan?

Tengah sakan tengok drama Pinocchio.  Walaupun akan release kat OneHD this month tapi kat korea dah masuk episode 7 pun!  So, aku download dan follow yang updated kat korea nyer jer lar.  Park Shin Hye hokey?  I minat giler dengan Park Shin Hye.  


Happy holidays, guys!


Thanks for reading this entry!



No comments: