Situasi 1
" Abang, daging landak boleh makan ker? "
" Boleh."
" Macam mana nak bersihkan duri landak tu? Tak ke leceh? "
" Ntah..."
" Abang, landak dalam bahasa omputih panggil apa? "
" Hedgehog."
" Hah? "
" Hedgehog..."
" Ooo...pokemon. " Yang sebenarnya nak cover line sebab tak reti nak sebut.
Terus muka my laki berkerut seribu.
********************************************************************************
Situasi 2
" Yang, nanti kat kedai makan abah ada jual nasi kukus ayam dara tau. "
" Ye ke? Abah nak buat menu tu? Boleh lar hari-hari bungkus! "
Dasar! Menantu 'contoh' ni! Tau nyer nak bungkus free jer...
" Abang, nanti abah buat banner tak tulis nasi kukus ayam dara? Kalo tak orang tak tau abah jual menu tu. "
" Ntah! "
" Tapi kan kalo nak lagi gempak, nak bagi tarikan orang ramai datang ke kedai abah nanti, jangan lar tulis skema sangat nasi kukus ayam dara. "
" Abis nak tulis apa? "
" NASI KUKUS AYAM BELUM KENA ROGOL..."
Arghh...masak! Bini siapa ler ni?
********************************************************************************
Situasi 3
" Ibu.....Maira berak!!! "
" Hah? Berak lagi? Ibu baru jer cebok Maira berak tadi. Penat lar...."
Mataku melilau. Mencari mangsa. Untuk cebokkan Humairah.
" Abang, kenapa hari ni saya nampak wajah abang makin berseri, bercahaya dan kacak rupawan. Tak pernah saya tengok wajah abang...."
Belum sempat aku menghabiskan ayat-ayat pujanggaku, tiba-tiba dipotong dengan ayat....
" Yang, dapat pahala cebok anak berak tau! "
" Baiklah, abang. " Jawabku seperti menurut perintah.
*******************************************************************************
Situasi 4
Sang suami dan isteri sedang khusyuk tengok movie hindustan kat astro. Tiba-tiba hero hindustan ni buka baju dan menampakkan abs di perutnya.
Tiba-tiba si isteri mencelah.
" Fuyooo...abs dia ada lapan, bang! Giler ahh! Kalo kat korea, diaorang cuma ada enam abs jer. Apsal dia punyer abs boleh sampai lapan, bang? "
" Ntah..." jawab si laki acuh tak acuh.
" Kalo kat korea diaorang gelarkan abs tu sebagai coklat kan, bang. Chocolate abs! Sebab bentuk abs tu dah macam petak-petak coklat. Abang, coklat apa? "
Serentak dengan soalan tu, mataku terus tertumpu pada lemak perut sang suami.
" Mmm...coklat abang coklat cair kot. "
Nasib baik lar sang suami tu dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi. Kalo tak, memang dah lama kena starlight kat dahi aku ni.
*********************************************************************************
Situasi 5
Di satu malam yang tenang dan bahagia, sedang kami sekeluarga asyik menonton rancangan di astro, tiba-tiba ada sesuatu bau yang teramat busuk telah menusuk-nusuk di lubang hidung kami sekeluarga dan telah sekaligus merentap kebahagiaan kami di malam itu.
" Mak aiihh....busuknya kentut abang! "
" Alaaa...dulu sebelum kahwin, ok jer sedut..."
" Dulu sebelum kahwin takde ar busuk macam ni pun, abang! Rasanya masa kita couple dulu abang tak pernah pun kentut depan saya. Ker abang tahan kentut? "
" Mana ada..."
" Ibu...Maira berak! " jerit Hanie dari dalam bilik. Sekaligus menghentikan perbualan kami suami isteri.
krik...krik...krikk (bunyi cengkerik)
" Kentut abang tak busuk sebenarnya. Tapi kentut abang telah mengganggu gugatkan ekosistem pengudaraan oksigen dalam rumah ini. Saya rasa kelemasan dalam mencari udara segar...."
" Dah...dah...tak payah nak saiko. Pi cebok anak berak sana. Awak cakap kentut saya busuk, malas saya nak tolong cebok. "
Cubaan aku untuk menyaiko ternyata gagal sama sekali.
Mulutku mencebik. Macam budak kecik kena marah
" Sia..paa marah diaa..."
Takpe.
Ada ubi ada batas.
Ada hari boleh cuba saiko lagi.
* Saiko = psycho
Thanks for reading this entry!
2 comments:
haha.. sangat sweet... i like ^^ *V
landak bukan porcupine ke..
hedgehog tu landak berus yg comel & cute..
Post a Comment