Video Of The Month

Wednesday, 11 September 2013

List Menu Bekal / Sarapan Pagi


( PEMBERITAHUAN - Entry ini sudah ditambah baikkan.  Enjoy to prepare your family meals! - Erynz 6 Januari 2016)



Assalammualaikum...



Bila anak-anak dah mula sekolah, perkara yang paling memeningkan ialah apa lar menu bekal yang nak dibawa utk diaorg ke sekolah nanti.  Ada sesetengah orang cakap, kasi duit jer kat anak, suruh diaorang berbelanja beli makanan kat kantin nanti.  At the same time, diaorang bleh belajar transaksi duit.  Yer, itu memang betul.  But at the same time, kita juga mengajar anak kita sifat boros berbelanja, tak gitu?  Kalo housewife, bleh lar ada masa nak sediakan bekalan untuk anak2.  Abis kalo wanita yang bekerja, mesti tak sempat nak sediakan bekal untuk anak2 kan?  Betul tak?  Salah tu.  Itu bukan satu alasan yang kukuh.  Tak rasa malu ke kat diri sendiri sebab kita ada masa untuk make up cantik-cantik untuk ke tempat kerja tapi kita takde masa untuk sediakan bekal untuk anak2 kita?


Pergh...tersentap makcik nok!! (mulut ko mmg lazer kan!)


Bangun pagi, tengah mamai, gosok2 mata, benda pertama aku terpa dulu ialah list menu bekal yang aku tampal kat dinding dapur.  Memang pening kepala dok fikir apa lar menu breakfast aku nak masak pagi2 buta ni.  List menu bekal ni kengkadang aku absord kan sekali list menu breakfast.  Tapi ada gak menu bekal yang aku sediakan untuk anak2, my laki tak makan.  Contoh spaghetti carbonara.  Ank2 suka makan tapi my laki tak suka.  So terpaksa lar wat menu breakfast yang lain untuk dia.  Pengambilan sarapan pagi sangat bagus untuk kita sebelum hendak memulakan sesuatu pekerjaan.  Sebab tu aku akan pastikan diaorang makan dulu sebelum keluar rumah pepagi buta.


List ni akan sentiasa berubah-ubah sebab kdg2 aku suka cipta resepi.  Kalo anak-beranak makan dengan lahapnya, maka aku masukkan menu tu dalam list.  Kalo menu tu tak laku, takde respon, diaorg tak suka makan, maka terpaksa lar aku delete dari list.  List ni mmg sengaja aku tempelkan dlm blog ni, misal kata aku tercicir kertas list ni kat dapur, maka aku ada soft copy kat sini.  


Jangan segan2 kalo korang nak copy and paste list menu bekal aku ni.  Takde orang nak saman pun!


Get ready for the list yang tak seberapa ni...!!!




LIST MENU BEKAL / SARAPAN PAGI BUDAK2 DAN BAPAK BUDAK



1.  Roti John
Resepi - 5 biji telur atau lebih dikocak rata.  Taruk serbuk perasa dan lada putih.  Saya suka taruk daun sup sebab wangi.  Lagi satu, aku paling suka taruk bawang putih goreng.  Terangkat bau bawang putih dalam telur tu.  Tapi kalo leceh, tak payah taruk pun takpe.  Buat mana yang senang jer lar.  Then, taruk lar filling apa yang korang suka.  Hotdog ker filet ketam ker daging burger ker tapi semuanya mestilah dicincang dulu.  Saya juga suka taruk kobis yang diracik halus-halus ke dalam adunan telur.  Saya tak suka letak timun dan tomato sebab cepat berair.  Tak sedap makan roti john lembek-lembek.  Masak macam telur dadar.  Lepas tu tempelkan dengan roti.  Garing-garing kan.  Akhir sekali letak lar sos yang korang suka, mayo ke cheezy mayo ker black pepper sos.


2.  Spaghetti Carbonara
Resepi - Selalunya orang akan buat sendiri kuah carbonara dengan menggunakan susu full krim, cheese lar, tepung gandum lar dan macam-macam lagi lar.  Tapi cara aku yang paling senang, di pagi-pagi buta ialah ------> amik pembuka tin, bukakan tin prego perisa keju herba dan tuangkan ke dalam periuk kecik.  Masukkan air masak dalam tin tadi.  Gelek sikit dan tuangkan ke dalam periuk tadi.  Perasakan dengan lada putih dan serbuk perasa.  Saya selalu taruk filling dalam kuah carbonara dengan cendawan butang, filet ketam dan brokoli.  Dah siap kuah carbonara!  Mudah dan pantas!  Pagi-pagi buta, sumonya nak cepat kan?  Masak mee spaghetti tu macam biasa ar yang korang buat.  Tengah-tengah nak rebus mee tu, taruk garam sikit dan minyak supaya nampak berkilat dan tak melekat.


3.  Spaghetti Bolognese
Resepi - Ini style saya buat kuah bolognese.  Saya selalu guna rencah kuah bolognese dari Kimball.   Aah...yang dalam botol tu kan.  Macam-macam perisa bolognese yang ada.  Semuanya saya dah cuba.  Saya rasa kimball macam sedap sikit dari Prego.  Bolognese ni ada leceh sikit.  Sebab banyak nak kena cincang.  Bawang merah dan putih nak kena cincang halus.  Then tumiskan dalam periuk hingga naik bau. Tarukkan sesudu cili boh or cili giling sikit. Garing-garingkan.  Biar rasa pedas-pedas masam sikit nanti kuahnya.  Campakkan daging cincang yang dah dibasuh bersih.  Then, taruk sos spaghetti kimball tu.  Masukkan air masak ke dalam botol kimball tadi (sukatan air) dan tuangkan ke periuk.  Campakkan cendawan butang yang dihiris.  Gaulkan dengan rata.  Tarukkan daun parsley kering ke dalam kuah untuk rasa lebih ummpp!  Saya suka tambahkan rasa masam kuah bolognese dengan tambahkan beberapa biji tomato yang telah dipotong dadu.  Perasakan dengan serbuk perasa.  Saya jarang guna garam dalam masakan saya.  Sekian, terima kasih!


4.  Spaghetti seafood olio
Resepi - Macam goreng mee jugak.  Cuma olio ni nak kena guna minyak zaitun untuk menumisnya.  Baru ler terasa olio olio.  Tumiskan bawang merah dan putih yang dicincang halus.  Then taruk lar filling yang korang suka.  Udang, kepah, filet ketam, kupang dan macam-macam lagi.  Nak senang dan mudah, campak jer lar filet ketam tu.  Dah garing, masukkan mee spaghetti plak.  Taruk daun parsley kering dan cili flakes or serbuk cili kasar ke dalam olio tadi.  Gaulkan dengan rata.  Perasakan dengan serbuk perasa.  Hahaha...aku lebih suka taruk serbuk rencah nasi goreng ke dalam olio ni.  Dah nama pun tekak melayu kan.  Hah, korang boleh juga gantikan filet ikan dory kalo korang alergik seafood macam aku ni.  Campak jer filet ikan dory dalam kuali dan gorengkan sehingga dory masak.  Then baru ler campak spaghetti.  Jadi lar spaghetti olio dory what the fish are you cooking?!


5.  Jemput2 tauhu telur
Resepi - Ini style adunan jemput-jemput saya.  Tepung secukup rasa.  Telur sebiji.  Sepaket rencah nasi goreng tak kira lar apa-apa perasa pun.  Kalo tak cukup perasa, tambahkan dengan serbuk perasa.  Secawan air panas.  Secawan air sejuk.  Ratakan.  Adunan jangan terlampau pekat.  Kalau pekat sangat, tambah air sejuk lagi.  Adunan yang terbaik, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat sangat.  Then, taruk lar tauhu telur.  Gaulkan dengan rata.  Biar hancur pun takpe.  Goreng ke dalam minyak yang panas.  Aku suka guna sudu dari guna tangan untuk buat jemput-jemput.  Aku tak pro lagi nak celup tangan kat minyak panas.  Hahaha.....


6.  Jemput2 sayur
Resepi - Adunan sama seperti di atas.  Cuma tukarkan filling nyer jer.  Suka hati korang lar nak letak sayur apa.  Ni salah satu cara nak ajar anak makan sayur.  Selalunya aku letak taugeh, kucai, lobak yang diparut, kobis yang diracik.  Nampak bercolor-color sket kan.  Jangan taruk water color sudah lar!


7.  Jemput2 seaweed
Resepi - Adunan sama seperti di atas.  Cuma letak seaweed yang dipotong halus-halus.  Gaulkan dengan rata.


8.  Jemput2 ketam / ikan dory
Resepi - Adunan sama seperti di atas.  Campakkan filet ketam yang dipotong bulat-bulat. Filling dalam adunan jemput-jemput ni nak kena kreatif ar sikit.  Takkan asik nak campak ikan bilis jer kan.  Korang nak masukkan filet ikan dory dalam adunan jemput-jemput pun boleh.  Sebelum nak tido tu, kuarkan filet ikan dory dan cairkan semalaman.  Esok pagi tinggal nak gunting-guntingkan jer filet ikan tu, lepas tu campak dalam adunan jemput-jemput.  Eh, sedap tau...jemput-jemput ikan dory ni!  Kalo nak tau cuba lar buat.


9.  Nasi goreng biasa
Resepi -  Buat lar style nasi goreng yang korang suka.  Sebagai menantu tokey kedai makan, saya bagi rahsia macam mana orang siam masak nasi goreng.  Depa tak guna garam.  Depa sumo guna kicap sotong atau lebih dikenali sos ikan/sotong.  Ada jual kat kedai dan pasaraya.  Aku pun terikut dengan style depa.  Rasanya memang sedap ar.  Selalunya aku perasakan nasi goreng aku dengan serbuk rencah nasi goreng, serbuk perasa, lada putih, kicap sotong, kekadang taruk minyak bijan sikit. Pergh...mesti terangkat bontot beb!  Aku jarang guna garam dalam masakan aku.  Aku selalu gunakan garam untuk perapkan ayam, ikan dan juga basuh sayur.  


10.  Nasi goreng kampung mak aku
Resepi - Buat banyak kali pun, mesti tak kan sama dengan masakkan mak kita kan. I miss you, omma!  Tapi sempat lar arwah mak aku bagi resepi ni kat aku.  Resepi ni memang khas sebab ianya ditumbuk dengan batu lesung yerk!  Bukan tumbuk kat dinding tau!  Bahan-bahan yang perlu ditumbuk ---- bawang merah 2 biji, bawang putih 3 biji, belacan sikit yang telah dibakar, ikan bilis yang telah direndam air, beberapa cili kering ikut tahap kepedasan anda.  Tumbuk bukan blender tau!  Tumbuk sampai lumat.  Then, tumis sampai garing.  Arwah mak aku cakap, masak nasi goreng tu biarlah garing-garing sikit sebab rasanya lagi sedap.  Garing bukan hangit yerk!


11.  Nasi goreng seaweed

Resepi - masak lar nasi goreng macam biasa, cuma selepas nasi goreng dah digaul dengan rata, tambahkan seaweed yang dah dipotong halus, sebelum nak tutup api tu.


12.  Mee goreng meatball / daging burger

Resepi - Tumiskan bawang putih dan merah sehingga naik bau.  Pecahkan telur.  Kacau dan tunggu sehingga garing.  Campakkan meatball.  Meatball memang kena masuk awal-awal supaya kita nak garingkan meatball ni yerk!  Masukkan cili boh dan cili sos sikit.  Aku selalu guna rencah nasi goreng adabi tu jer.  Gaul dengan rata.  Campakkan mee yang secukupnya.  Taruk kicap dan sos tiram sikit supaya nampak lemak berkrim.  Then campak lar sayur taugeh dan sawi.  Gaul bagi dia garing-garing dan kering. Kalo tak nak letak meatball, letak daging burger pun boleh.  


13.  Mee goreng mamak

Resepi - Cara memasaknya seperti di atas cuma buangkan meatball, gantikan dengan fishcakes or ayam goreng.  Lagi sodap, tambah udang! Hahaha...senang jer kan!


14.  Mee hoon goreng singapore

Resepi - korang masak mee hoon ni sama dengan masak nasi goreng cina.  cuma bahannya dikisar jer.  sebiji bawang merah, 3 biji bawang putih dan udang kering diblender.  bahan-bahan basahnya pula fishcakes, sotong, daging burger, udang dan isi ayam.  Terpulang pada korang nak letak apa yang korang suka lar.  Sayurnya pula kobis, sawi, carrot dan taugeh.  Goreng jer dan perasakan.  Lagi sedap kalo taruk minyak bijan sikit.  Letak telur dadar yang telah dicincang halus berserta bawang goreng dan daun sup.  Lawankan dengan kicap pedas.


15.  Mee hoon sup + sambal kicap pedas

Resepi - Simple jer mee hoon sup aku dan rahsia dari arwah mak aku supaya mee hoon tak kembang dalam sup.  Aku tak rendam pun mee hoon dalam air panas atau rendamkan semalaman.  Mula-mula, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.  Masukkan air satu baldi.  Acah jer, ikut lar sukatan yang korang nak.  Campakkan kiub ayam 2 ketul dan sup bunjut.  Masukkan filling yang korang suka.  Isi ayam ker, chicken bone, tulang lembu ker, fishcakes ker, daging ker.  Aku cuma masukkan fishcakes jer.  Laki aku tak suka letak ayam dalam sup.  Kalo tak cukup rasa, kita tambahkan dengan serbuk perasa, kicap sotong dan lada putih.  Baru ada ummpp!  Then, kita tunggu sup tu mendidih.  Bila dah mendidih, kecikkan api, terus masukkan mee hoon kering tu ke dalam sup.  Kacaukan dengan rata. Dan terus tutup api.  Jangan biarkan masak lelama.  Gerenti mee hoon dalam sup tak kembang nyer!  Jangan lupa taburkan dengan daun sup dan bawang goreng.  Lawankan dengan kicap pedas.


16.  Maggi goreng (goreng atas kuali bkn goreng instant tu)

Resepi - sama macam resepi mee kat atas tu cuma bezanya korang tukarkan jenis mee jer!


17.  Makaroni goreng

Resepi - sama macam korang goreng mee or nasi.  Tapi kena kreatif lar nak letak apa fillingnya.  Fishcakes, filet ketam, isi ayam, fishball, ikan dory ker sumo boleh.  Nak letak seaweed dalam makaroni pun bleh...


18.  Lontong goreng

Resepi - sama macam korang buat nasi goreng.  Pelik aku bila orang berebut nak mintak resepi buat lontong goreng, padahal senang jer!  Cuma nak bagi tau satu rahsia macam mana nak goreng lontong supaya tak berkecai.  Masa nak rebus nasi impit tu, rebus lelama sikit.  Kalo rebus sikit, jangan lar banyak air.  Kalo rebus banyak, jangan terkurang air.  Bila air rebusan dah kurang dalam periuk, tambahkan air lagi.  Bila nasi impit dah siap masak, korang takleh terus buat lontong goreng time tu gak!  Of course ler berkecai sebab nasi impit tu lembek lagi.  Korang kena tunggu 2 jam, kasi dia sejuk betul, baru bleh buat lontong goreng.  Selalunya, kalo aku nak buat breakfast lontong goreng esok pagi, malamnya aku dah siap-siap rebus nasi impit.  Esok pagi tinggal nak potong dan campakkan dalam kuali jer!


19.  Lempeng + sambal sardin + gula koko (utk bdk2 nyer)

Resepi - resepi turun temurun arwah mak aku ni.  Senang jer nak buat adunan lempeng ni.  Tepung gandum ikut sukatan korang.  Telur sebiji.  Garam secukup rasa.  Air secukup hati.  Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat.  Kalo cair sangat, tambahkan tepung gandum lagi sikit.  Kalo buat lempeng ni, laki aku suka yang garing-garing.  Dia tak suka lembek-lembek.  Lawankan dengan sambal sardin.  Cicah dengan asam podas pun sedap gak!  Arghh..suka hati korang lar nak cicah dengan apa-apa sekali pun!  Be creative ok!


20.  Sushi jepun a.k.a bibimbap

Resepi - Part yang ni aku susah sket nak bagitau kat korang.  Sebenarnya resepi ni ikut skill memasing.  Aku gulung sushi tanpa menggunakan bamboo mat tu.  Aku masak beras sushi pun ikut suka hati aku.  Aku tak letak pun cuka.  Mirin lagi lar haram.  Aku masak beras sushi macam masak nasi jer lar.  Fillingnya selalu aku gunakan filet ketam dan telur dadar jer lar.  Mana nak cari pepagi buta telur ikan lar, unagi lar, lobak jeruk lar, octopos lar ntah apa kejadahnya lagi.  Guna bahan yang paling senang jer lar.  Janji ngap!


21.  Onigiri (japanese rice ball)

Resepi - Onigiri ni sebenarnya menggunakan acuan yerk!  Gambar semua ada kat bawah tu.  Cara penyediaannya sama jer macam buat sushi.  Fillingnya pun sama gak cuma bentuk jer yang lain.


22.  Korean rice ball

Resepi - rasanya ni yang paling senang yang korang bleh buat lar.  Aku tengok orang korea dengan orang jepun pun paling mudah buat rice ball jer.  Depa pun malas nak gulung gak.  Caranya senang jer.  Beras sushi tanak macam tanak nasi.  Dah siap masak, sejukkan dulu.  Sementara tengah sejukkan nasi tu, korang buat fillingnya dulu.  Filet ketam yang dah direbus, telur dadar dan seaweed digunting-guntingkan.  Lagi banyak seaweed, lagi bagus.  Masukkan nasi ke dalam mangkuk besar, tarukkan semua filling tadi, masukkan kicap soya cair dan minyak bijan ikut sukatan anda.  Gaulkan dengan rata.  Buatkan bebola.  Gunakan plastik wrap untuk buat bentuk bebola.  Kalau korang nak buat bentuk elephant ke, tapak kaki sulaiman ke, muka jiran sebelah rumah korang pun boleh...janji ngap masuk dalam mulut!


23.  Roti gulung hotdog bernestum

Resepi - Gorengkan hotdog dengan sedikit minyak.  Selalunya aku taruk kicap maggi, black pepper, lada putih dan serbuk kari sikit kat hotdog tu. Biar kasi berempah hotdog kita.  Yeah, babey!  Roti dilenyekkan dengan roller terlebih dahulu.  Gulungkan dengan hotdog.  Sediakan dua pinggan.  Satu pinggan untuk pecahkan telur, dan satu pinggan lagi untuk letak nestum.  Celupkan roti hotdog ke dalam telur dan golekkan ke dalam nestum.  Goreng dalam minyak yang penuh.  Tapi kena cepat-cepat angkat sebab kita tak nak roti tu serap minyak pulak.  Tapi tak boleh gak goreng dengan minyak yang sikit, sebab nanti nestum tu tak rangup.  Kalo ikut style aku, letak dalam minyak panas, renjis-renjiskan dengan minyak, terbalikkan, renjiskan lagi, lepas tu angkat, toskan minyak.


24.  Roti perancis  garlic butter cicah sup cendawan campbell

Resepi - amik pembuka tin, bukakan tin sup cendawan campbell ataupun apa-apa perisa yang korang suka.  Masukkan ke dalam periuk.  Tambahkan air satu tin.  Biarkan mendidih.  Sodap seyh...kalo waktu hujan buat sup campbell ni cicah dengan roti biasa ker roti perancis ker roti croissant ker biskut kering.  


25.  French toast / roti putih + baked beans 

Resepi - French toast atau dalam bahasa aku ialah roti celup telur lepas tu campak dalam kuali leper.  Aku selalu buat french toast bila hujung minggu.  Kekadang aku suka pelbagaikan filling dalam telur tu.  Selalu aku letak serbuk parmesan, serbuk bawang putih, daun sup, susu full krim ke dalam telur then kacaukan dengan rata.  Rasanya sangat berlainan yerk bila setiap kali kita ubahkan rasa filling dalam telur tu.  Bila kita letak daun sup dalam telur, naik bau french toast kita tu.  Kalo kita letak susu full krim, rasanya lemak berkrim french toast tu. Kalo kita letak serbuk garlic plak, rasanya macam makan roti bakar garlic.  Garlic sangat bagus yer kalo diamalkan dalam pemakanan kita.  Celupkan roti, campak dalam kuali leper.  Selalu french toast ni aku cicahkan dengan baked beans.  Tapi kalo korang tak nak pun takpe.  Ikut tekak memasing.  Roti putih cicah dengan baked beans yang telah dipecahkan telur ke dalamnya...pun boleh gak!


26.  French toast with cheese. 

Resepi - roti selitkan dgn keju, celupkan dlm telur, campak dlm kuali leper.  Dah siap!


27.  Roti hotdog belah tengah2 (yg mcm roti A&W tu)

Resepi - gorengkan hotdog macam biasa.  Amik roti hotdog, belahkan kat bahagian tengah-tengah.  Letak salad, tomato dan hotdog.  Hiaskan dengan sos dan mayonaise.


28.  Roti jala + kari ayam

Resepi - adunan roti jala lebih kurang sama jer dengan adunan lempeng.  Cuma kalo nak lemak berkrim, taruk sepaket santan segera ke dalam adunan.  Adunan tu mesti diblender untuk mengelakkan ianya berketul-ketul.  Masukkan ke dalam acuan dan jala kan sesuka hati korang.  Lawankan dengan kari ayam marvelous!  Kari ayam lebihan lauk semalam pun lagi ummpp!  Kalo nak jimat masa, malam sebelum nak tido tu, masak lar kari ayam dulu, esok pagi korang tinggal nak menjala jer.  


29.  Roti rolls with chicken ham + salad

Resepi - Gorengkan chicken ham dengan sedikit minyak.  Perasakan dengan black pepper dan lada putih.  Bubuhkan dengan kicap maggi sikit.  Letakkan ke atas roti.  Bubuh salad dan gulungkan.  Kalo tak nak gulung pun takpe, lipat dua pun boleh...


30.  Roti rolls with eggs mayo + salad

Resepi -  caranya sama seperti di atas cuma tukarkan chicken ham dengan telur rebus yang telah dilenyek dengan garfu.  Perasakan dengan lada putih dan serbuk perasa.  Taruk butter sikit ke dalam telur yang telah dihancurkan tadi.  Gaulkan rata.  Letak kat atas roti, taruk salad, tomato dan gulungkan.  Kalo tak nak gulung, lipat dua jer.


31.  Nasi lemak berlauk

Resepi -  masak nasi lemak macam biasa dan buat lar lauk mengikut kesukaan anda.  Ayam goreng ker ikan goreng ker dan macam-macam lagi.  Dah jadi nasi lemak berlauk.  Hahaha....


32.  Sandwich scrambled eggs with cheese

Resepi - Pukul 4 atau 5 biji telur.  Perasakan dengan serbuk perasa dan lada putih.  Masukkan minyak sikit ke dalam kuali leper.  Letakkan adunan telur tadi ke dalam kuali.  Hancurkan.  Masukkan ke dalam mangkuk, taruk mayonaise 1 sudu.  Gaulkan dengan rata. Letakkan ke atas roti.  Bubuh salad dan cheese sekeping.  Perghh....


33.  Sandwich rolls sushi with filet ketam + telur + seaweed

Resepi -  Filet ketam dimasak terlebih dulu.  Telur plak suka hati korang nak buat jenis macam mana, nak telur rebus lenyek ker, nak telur dadar ker, nak telur hancur ker.  Amik roti, leperkan dulu dengan roller, letak seaweed dulu, letak filet ketam dan telur.  Gulung dan potong bulat-bulat.  Sesuai lar untuk dijadikan menu menarik untuk bekal anak anda.


34.  Hotdog cocktail + kentang goreng (kalo terlambat bangun)

Resepi - ni takde resepi.  Incase kalo terbangun lambat kan.  Goreng jer lar hotdog cocktail dengan kentang goreng tu.  Kentang goreng tu aku suka tabur dengan lada putih, serbuk perasa dan secubit garam.  Goncangkan.  Dah siap wat sarapan ala-ala emergency!  


35.  Makaroni bakar + cheese

Resepi - Jika ada lebihan kuah spaghetti bolognese, jangan dibuang kesemuanya.  Boleh disimpan dalam peti sejuk.  Esok pagi, kita rebus makaroni dan gorengkan makaroni dengan lebihan kuah bolognese tu.  Masukkan ke dalam acuan pembakar yang telah disapu marjerin.  Lapiskan dengan kepingan cheese.  Nak guna cheese tabur pun boleh gak.  Masuk ke dalam oven, dan bakar sehingga kekuningan. Tak payah bakar lelama sangat.  Agak-agak kalo tengok keju dah cair semua, baru lar boleh diangkat.  Senang jer bukan?


 36.  Korean pancakes

Resepi - Cara adunan korean pancakes ni sama dengan adunan buat lempeng.  Cuma letak filling jer dalam adunan ni.  Selalunya orang korea letak filling kobis yang dicincang halus, daun kucai, daun bawang, dan seafood like udang, tiram, octupos.  Tapi kita nak senang kan, letak jer lar filet ketam atau kupang yang dah kopek tu.  Masak dalam kuali leper dengan sedikit minyak.


37.  Pancake cip coklat

Resepi -  Aku suka guna tepung pancake yang dah siap dalam kotak tu.  Nak buat sendiri adunan pancake tu asik tak jadi jer.  So nak senang, guna jer lar tepung pancake yang dah siap dalam kotak tu.  Beli perisa yang plain.  Tambahkan cip coklat. Lawankan dengan peanut butter yang disapu atas pancake ataupun sos coklat ataupun madu ataupun dengan jem.  Suka hati ikut selera memasingkan...


38.  Pancake blueberry (instant) + badam hancur

Resepi - Aku pun suka guna tepung instant pancake perisa blueberry yang dalam kotak.  Campurkan dengan badam hancur.  Pergh...sedap tau pancake perisa blueberry.  Boleh dimakan begitu sahaja...


39.  Pancake kosong with honey

Resepi -  sama macam kat atas.  Tapi biar kosong jer dalam adunan pancake tu.  Then korang boleh curahkan dengan honey ke nutella ke peanut butter ke kan.  Suka hati, ikut kekreatifan korang nak letak apa dalam pancake tu nanti yerk!  


40.  Lempeng wrap dengan isi kentang

Resepi - buat adunan lempeng macam biasa.  Masak dalam kuali leper.  Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali.  Kita nak lempeng wrap nipis, tak nak tebal sangat supaya senang nak gulung.  Ala...macam buat kulit popiah lar.  Masak kentang macam nak buat isi kentang karipap.  Letakkan isi kentang ke atas lempeng dan gulungkan.  Cicah dengan sos cili.  Ni resepi arwah mak aku.  Kenangan beb...


41.  Burger daging special homemade

Resepi -  beli roti burger.  Masak daging beger.  Bolotkan dengan telur dadar.  Letak salad, mayo dan sos black pepper.  Dah jadi burger homemade!


42.  Daging burger / daging cincang masak tomato + cicah dengan roti 

Resepi - daging beger tu dibiarkan dalam suhu bilik. bila daging beger dah lembut, potongkan dadu. tapi bila dah masak nnti, dah tak nampak lar bentuk dadunya nnti. 
tumis bawang dan bawang putih yg diracik. masukkan daging beger yang dah dipotong dadu. kacaukan ia supaya daging tu masak sekata. biar hancur macam daging cincang pun takpe. buangkan minyak sket sbb biasanya daging beger akan mengeluarkan minyaknya sndiri apabila digoreng. walaupun masak tomato, saya masukkan ciliboh sket utk rasa pedas2. takde lar rasa pio tomato jer kan. then masukkn tomato yang dah dipotong dadu. tak lupa juga tomato sos. agak2 jer lar supaya ada kuah sedikit dan tak kering sangat. masukkan perasa. saya taruk lada hitam dan lada putih gak sebagai penambah rasa. bahan sampingan yg saya masukkan ialah carrot yg dipotong dadu gak, cendawan shitake yg dipotong melintang. kalo takde cendawan shitake, pkai cendawan butang pun boleh.


43.  Burger benjo homemade

Resepi  - Kalo tak suka burger daging, buat lar burger benjo atau burger telur.  Kalo takde acuan benjo, buat jer lar macam telur dadar, lepas tu lipat segiempat sama.  Bubuh salad, mayo dan sos.


44.  Tortilla rolls with nugget + salad

Resepi  - Goreng nugget macam biasa.  Paling bagus guna nugget tempura.  Kalo nuget crispy yang ada breadcrumbs tu macam tak berapa nak sedap lar.  Panaskan tortilla dalam kuali leper.  Letak salad, sos dan mayo.  Dah tak payah beli lagi twister KFC tu. 


45.  American breakfast (roti bakar + baked beans + scrambled eggs + kentang goreng/wedges)

Resepi - yang paling mudah.  Roti bakar dengan baked beans, telur hancur, hotdog dan kentang goreng.  Makan sambil cicah-cicah gitew...


46.  Roti kebab berinti daging burger

Resepi - Daging burger dimasak terlebih dahulu.  Kemudian digunting-guntingkan.  Gorengkan bersama dengan sos tiram sikit, sos cili dan sos tomato.  Perasakan dengan serbuk perasa, black and white pepper. Masukkan ke dalam roti kebab.  Amik timun, buang bijinya dan hiriskan memanjang.  Letakkan dalam inti roti kebab tadi.


47.  Mee hongkong

Resepi - Mee kuning dicelur dengan air panas.  Amik sedikit mee, pecahkan telur sebiji, perasakan, letak tepung jagung sikit dan goreng sehingga garing.  Ketepikan.  Aku selalu guna sup instant sebab paling cepat dan mudah.  Pagi-pagi buta kan semuanya nak cepat.  Amik periuk, bukakan sup instant ayam ker ketam, tambahkan air, tambahkan sayur sikit.  Sup instant ni dah siap-siap ada tepung jagung kat dalamnya.  So tak payah lar nak tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.  Mudah kan?  Muahahaha...semuanya instant!


48.  Kue teow goreng kering.

Resepi -  Masak macam mee goreng.  Goreng sehingga kering.  Laki aku tak suka kue teow basah dan lembek.  Dia suka kering dan garing.


49.  Frozen roti canai + sambal sardin

Resepi - Agak-agak dah takde idea nak masak apa, beli aje lar frozen roti canai.  Tampalkan dengan telur dan cicahkan dengan sambal sardin.  Dengan kari ayam pun boleh.


50.  Frozen pizza

Resepi - Nak resepi gak ker?  Buka kotak, masuk dalam oven. Dah siap!  Tapi aku suka tambahkan cheese lebih sket kat atas pizza tu...ngeh ngeh ngeh!


51.  Roti coklat nutella + peanut butter

Resepi - Amik roti putih, sapukan dengan nutella dengan peanut butter.  Dah siap sarapan dan bekal untuk anak-anak!


52.  Roti putih + scrambled eggs + hotdog

Resepi - goreng atau grill hotdog macam biasa.  pecahkan telur 4-5 biji.  tarukkan perasa, lada putih, serbuk bawang putih goreng dan masak dalam kuali leper.  Cubit-cubit dengan roti putih.  Gambarnya ada kat bawah.


53.  Aneka Nugget + kentang goreng (kalo terbangun lambat!)

Resepi - goreng lar aneka nugget yang korang suka.  Eh, tapi aku suka goreng wantan tau.  Cicah plak dengan mayo putih dan cheezy mayo, perghh....tak toleh kiri kanan!


54.  Frozen angry birds + roti scrambled eggs

Resepi -  Kat tempat aku ada jual frozen angry birds. Ianya macam fishcakes gak.  Tapi nampak comel lar kan.  Ada gak jual frozen doraemon, owl, nemo dan macam-macam lagi lar.  Sebenarnya nak kasi budak enjoy dengan makanan diaorang.  Gambarnya ada kat bawah yerk!


55.  Roti mentega + milo / gula

Resepi - Roti putih sapu dengan planta dan kemudian taburkan milo ke atasnya.  Sedap tau...dulu arwah mak selalu buat masa kecik-kecik.  Kalo takde milo, taburkan dengan gula pasir pun boleh.


56.  Roti peanut butter banana

Resepi - roti putih sapu dengan peanut butter dan kemudian letakkan kepingan pisang.  Budak-budak pasti suka!


57.  Tortilla rolls with fish nuggets + salad + tomato 

Resepi - sama macam kat atas cuma gantikan dengan fish nuggets.  Nak guna filet ikan pun boleh.  Janji ngap...!!!


58.  Tortilla rolls with omellete rolls + chicken ham + cheese

Resepi - tukarkan dengan omellete, tambahkan dengan chicken ham dan cheese.  Jangan lupa salad yerk!  Gulungkan jer...dah macam roti subway plak kan?


59.  Tortilla rolls with + daging burger ayam + salad + tomato

Resepi -  Kalo tadi kita guna nugget ayam, sekarang kita kasi tukar pulak dengan daging burger ayam.  Goreng macam biasa burger ayam dan belahkan dua bahagian.  Susun di atas tortilla, taruk salad, hirisan tomato, mayo dan gulungkan.


60.  Roti mini kurasan 

Resepi - guna roti mini burger.  Belahkan dua macam buat roti burger.  Intinya daging cincang dengan kentang.  Paling senang, buatkan inti sardin jer.  Masuk inti kat tengah-tengah roti burger.  Balutkan dengan kulit popiah.  Goreng sehingga kekuningan.


61.  Cup cakes oreo + kismis

Resepi - Aku suka guna tepung cup cakes yang instant.  Kalo nak buat sendiri memang ler aku tak tau sukatan.  So, nak selamat guna lar tepung dalam kotak nyer.  Ikut lar panduan yang dah disediakan kat kotak tu yerk!  Taruk lar filling apa yang korang suka selain dari oreo dan kismis.  


62.  Donut ala2 Big 10 

Resepi -  kalo malas nak adun tepung buat donut, guna lar donut frozen!  Walaupun tak sesedap tak selembut donut yang mak kita buat.  Tapi kalo dah taruk coklat kat atas donut tu, laju jer budak-budak makan. Ikut suka hati korang nak letak apa kat atas donut tu yerk!


63.  Roti pizza

Resepi - gunakan roti putih.  paling bagus guna roti perancis.  letak sos tomato.  letakkan hotdog ke filet ketam ke, cendawan butang, nenas dalam tin, lada benggala kat atas sos tomato tu.  jangan lupa bubuh cheese bebanyak ker.  bakar dalam oven.  bila keju dah cair baru bleh angkat.


64.  Crepes peanut butter+ banana + nutella + cip coklat + cheese

Resepi -  rasanya resepi ni ada kat ruangan gambar kat bawah.  sila lar scroll yerk!



65.  Okonomiyaki
Resepi - haah...menatang apa ni?  Ok, ni ialah makanan jepun.  zizan cakap macam lempeng.  adunannya sama macam lempeng.  buatnya sama macam buat korean pancakes.  cuma kat atas lempeng tu ada letak fish flakes, seaweed, mayo dan sos jepun.  semua bahan-bahan ni ada jual kat jusco tapi kena hati-hati yerk dengan bahan mirin, tak halal tu.  gambar nye ada kat bawah yerk!


66.  Roti croissant with tuna + cheese

Resepi -  beli roti croissant yang ready made.  sapukan dengan tuna mayo, letakkan cheese.  bakar dalam mikrowave selama 2 minit.  dah siap!  mudah kan...?


67.  Roti croissant with chicken ham + eggs + salad

Resepi -  kalo tadi kita guna roti putih, sekarang kita tukarkan dengan roti croissant pulak.


68.  French toast with honey

Resepi - Buat roti celup telur macam biasa.  Letakkan honey di atasnya.  Omputih paling suka makan macam gini.


69.  Rolls cakes (beli kat kedai bakery. potong masuk dlm bekal. paling senang)



70.  Cornflakes + susu (lagi paling senang dan cepat!).  Kalo nak masuk ke dalam bekal, asingkan susu dan cornflakes.



71.  Salad with hotdog / nuggets and peanuts 

Resepi - guna lar jenis salad yang korang suka makan.  Aku suka lettuce.  Campakkan hotdog yang telah dimasak, nuggets dan kekacang.  Nak campur dengan buah-buahan pun boleh.  Letakkan mayo dan plain yogurt sikit.  Gaulkan rata.  Satu cara nak ajar budak-budak makan sayur.


72.   Roti sardin celup telur (french toast sardine)

Resepi - laki aku paling suka roti sardin.  ada lebihan kuah sardin, jangan dibuang, simpan dalam peti sejuk. sapukan kat atas roti putih.  celupkan dengan telur dan campakkan ke dalam kuali leper.  garing-garingkan yerk!


73.  Pasta goreng

Resepi - masak pasta ni sama macam korang masak nasi goreng gak.  


74.  Roti Arab berinti daging / ayam / sardine 

Resepi - intinya macam inti karipap, ada kentang dan cuma tambah letak daging/ ayam/sardin ke dalamnya.  gunakan roti john.  belahkan dua, masukkan inti.  roti dibalut dengan kulit popiah dan kemudian dicelup ke dlm adunan telur dan digoreng dlm minyak panas.  toskan dan kemudian belah di tengah2 untuk taruk mayo dan sos cili.)


75.  Omellete rolls + chicken ham + seaweed + filet ketam

Resepi - kita buat style jepun yerk!  Omellete sushi!  Gulungkan omellete dengan chicken ham, seaweed or salad, dan filet ketam.


76.  Spaghetti olio biasa 

Resepi - tak payah letak seafood, campak jer lar bahan yg ada contoh mcm fishcakes ke, hotdog, isi ayam, meatball dan lelain.  Ikut lar kekreatifan anda nak letak bahan apa2 pun.  Goreng macam olio yang biasa buat.


77.  Roti ala2 subway 

Resepi - refer gambar kat bawah.  guna roti hotdog. intinya saya guna chicken ham dengan hotdog 4 ketul, potong serong.  chicken ham dgn hotdog digoreng dgn minyak yg sikit. then tumiskan bawang dan bawang putih.  masukkan chicken ham dan hotdog ke dalamnya.  masukkan sos honey hickory utk penambah perisa.  taburkan lada hitam sikit, tak perlu letak garam.  goreng/grill sampai sekata.  nak guna bbq hickory pun bleh, sos lada hitam ker, sos bbq ker, terpulang pada kekreatifan anda.


78.  Corndog 

Resepi - tengok kat youtube cara-cara membuatnya.  pada aku lar kan, guna jer lar bahan yang ada kat dapur tu.  pagi-pagi buta nak pegi cari buttermilk, gila ker?  Buat jer lar macam korang buat adunan lempeng cuma kena pekat sikit.  Cucuk hotdog dengan stick dan celupkan dalam adunan tepung.  Resepinya ada kat gambar bawah yerk!


79.  Kopok lekor 

Resepi - tempat aku ada jual kopok lekor mentah.  ada macam-macam jenis.  hiris memanjang tapi nipis.  sebab bila digoreng ia akan menjadi garing.  sure budak makan abis nyer! sarapan yang sangat ringkas, bukan?  (uwaaa...kopok lekor mentah dah naik harga!)


80.  Roti bakar mamak 

Resepi - dari korang dok kat kedai mamak order roti bakar mamak yang cuma disapu marjerin dan kaya, lepas tu dibakar, better korang buat sendiri kat rumah kan.  Sedap kalo dimakan panas-panas tapi tak berapa sesuai untuk dibuat menu bekal.  Nanti roti tu liat nak makan.  Menu sesuai untuk sarapan hari cuti!


81.  Twister ikan dory 

Resepi - ikan dory digoreng dengan tepung dulu, then balutkan dengan tortilla, taruk salad, taruk mayo, dah siap!  Gambar ada di bawah!


82.  Roti prancis ala pizza 

Resepi - guna roti prancis, belahkan dua, taruk sos tomato, hotdog, lada benggala, nenas dan cheese, then bakar! 


83.  Murtabak maggi 

Resepi - chef wan pun tau buat resepi ni tau!  rebus maggi dan toskan air bila dah masak.  masukkan perencah maggi tadi, pecahkan 4 or 5 biji telur, hiriskan bawang, campak daun sup sikit dan kacaukan rata.  masak macam goreng telur dadar.  masa nak terbalikkan murtabak tu, amik pinggan bulat dan letak atas murtabak tu.  telungkupkan kuali leper tu.  lepas tu masukkan balik bahagian murtabak yang belum masak.  mu paham tak apa yang eden maksudkan ni?  ni adalah cara supaya murtabak kita tak berkecai yerk.  suka hati kalo nak tabur cheese kat atas, jadi ler murtabak maggi berkeju!)


84.  Bechamel Pizza 

Resepi - Gunakan doh pizza yang dah siap.  Kalo pepagi buta baru nak uli doh memang tak sempat ar. So, kita guna yang instant jer lar. Atas doh pizza tu, kita letakkan sos putih yer bukan sos tomato. Sos putih ni kita boleh gunakan yang jenis keju dan herba brand campbell. Taburkan dengan lada benggala, cendawan butang, chicken ham, bawang holland dan tak lupa juga cheese. Bakar sehingga masak. 


85.  Pasta spiral dan makaroni goreng with daging burger cincang.

Resepi -  gabungkan kedua-duanya.  masak macam buat nasi goreng.  



86.  Cutie putie fishcakes - beli fishcakes yang ada bentuk doraemon, angry birds or nemo ke.  Boleh dibawa bekal untuk anak-anak.


87.  Homemade potato soup with cheese dan mushroom

Resepi - beberapa biji kentang direbus dan kemudian di blender sehingga halus. Tambahkan air sedikit jika terlalu pekat.  Campakkan kiub ayam seketul dan butter 2 sudu besar.  Kacau sehingga sebati. Campakkan dengan cendawan butang dan cheese supaya rasanya lemak-lemak gitu.  Boleh cicah dengan roti bakar, croissant, garlic butter roti bakar, dan boleh juga dimakan begitu sahaja!


88.  Tortilla Arabiaca with grill chicken

Resepi - perap ayam semalaman.  esok paginya korang bakar jer ayam tu dalam oven sehingga masak.  sambil tunggu ayam korang tengah masak, korang buat lar kerja lain.  dah siap bakar ayam, lawankan dengan tortilla yang dah dilayurkan dalam kuali leper.  korang bleh buat acar kobis dan sambal arab.  sambal arab tu korang just blenderkan cili hijau and merah, cili padi sket, tomato, timun.  perahkan dengan jus lemon. taruk gula dan garam sket. gaulkan rata.  gambarnya ada kat bawah yerk!


89.  Tortilla Sepanyol

Resepi - nama jer tortilla tapi sebenarnya tak menggunakan tortilla pun.  resepi ni diceduk dari food planet kat astro tu yerk!  depa gunakan kentang sebanyak-banyaknya, lepas tu dihiris memanjang.  gorengkan terlebih dahulu.  then bila kentang dah masak, depa pecahkan telur dan masak dalam kuali leper.  caranya sama macam buat murtabak maggi.  bagi aku, cara ini amat leceh sikit.  lelebih bila pepagi buta nak kopek kentang kan.  so, jom ikut style aku plak!  amik hashbrown dan gorengkan terlebih dahulu.  toskan minyak.  masukkan ke dalam mangkuk dan guntingkan hashbrown kepada 4 bahagian.  pecahkan telur ke dalam hashbrown, perasakan, taruk lada putih, hiris bawang, letak daun sup sikit dan campakkan ke dalam kuali leper.  masak sama macam korang buat telur dadar lar ataupun murtabak maggi.  sonang kan...


90.  Lontong 

Resepi - selalunya kalo pagi-pagi aku nak wat lontong, malamnya awal-awal aku dah siap potong sayurnya dan rendam dalam air.  sok pagi tinggal nak buat kuah lemak jer.  kuah lontong ni senang sebab main campak-campak jer.  kalo takde kunyit hidup, apa nak susah, taruk jer lar kunyit serbuk.  ni bukannya pertandingan memasak nak bagi juri chef makan ke apa.  ni untuk makan sendiri kan.  then, aku baling 2 ketul kiub ayam ke dalam kuah.  ikut suka ati korang lar nak guna santan cair ker atau santan serbuk.  jangan lupa lawankan dengan telur rebus dan sambal ikan bilis sekali yerk!


91.  Makaroni sup

Resepi -  cara buat makaroni sup ni sama macam buat mee hoon sup cuma makaroni kena letak awal-awal dalam sup sebab makaroni ni amik masa yang lama untuk dia betul-betul masak.  letakkan sayur jenis apa yang korang suka dalam sup.  at last sekali pecahkan telur sebiji dalam sup tu.  kacaukan.  taburkan dengan daun sup dan bawang goreng.


92.  Tortilla wrap ala-ala prosperity

Resepi -  gambar dan resepi ada di bawah yerk!


93.  Bebola oats ( ready to eat! )

Resepi - masukkan secawan oats meal.  campakkan chocolate chips, kekacang tak kira ar badam ker cashew nuts ker, kismis ataupun nak letak buah-buahan kering pun boleh, setengah cawan peanut butter, sedikit madu.  gaulkan kesemua sekali.  buatkan bebola.  simpan dalam peti sejuk sekejap.  dan ready to eat!  snacks yang sihat dan budak-budak pun mesti suka nak bawak bekal ni ke sekolah.


94.  Cream Cheese French toast casserole

Resepi - actually kalo tak nak letak cream cheese pun takpe.  Tapi disebabkan aku suka sangat dengan cheese maka aku campakkan sekali cream cheese kat dalam tu.  kita guna roti perancis yerk.  nak potong dadu bleh, nak potong memanjang pun bleh.  asalkan muat-muat jer dalam loyang kita tu nanti.  pukul 8 biji telur, susu krim, cream cheese, dan sedikit butter yang telah dicairkan.  tambahkan perisa vanilla dan gula.  macam buat puding roti lar.  masukkan adunan tadi ke dalam roti yang telah disusun dalam loyang.  loyang tadi disalut dengan butter yerk.  pastikan roti semua berendam dengan adunan tadi.  tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar hingga kekuningan.  omputih suka tabur serbuk cinnamon kat atas roti supaya rasanya manis-manis pedas. omputih suka makan casserole manis-manis dengan maple syrup, blueberry dan macam-macam lagi ar.  tapi untuk kita, ko renjiskan jer lar dengan susu pekat pun dah sodap!


95.  Roti goreng ala aku punyer style

Resepi - ni arwah mak aku nyer resepi.  kalo orang johor, tau ler resepi ni.  tapi laki aku pun orang johor gak, apsal dia kata tak pernah makan pun makanan ni.  resepi ni aku jarang buat sebabnya my laki and anak-anak tak suka makan.  tapi aku suka makan.  sudahnya aku buat sepinggan jer untuk aku makan.  nak lepaskan rindu pada masakan arwah mak.  adik beradik aku pun suka makan.  caranya senang jer.  amik roti putih or roti perancis or roti yang tak abis makan kan.  gunting-guntingkan dalam bentuk segiempat tepat.  bentuk prisma kita tak nak yerk!  then, ketepikan.  kita tumis bawang merah dan putih macam biasa kita buat nasi goreng.  masukkan kentang yang dah dipotong memanjang.  kita kasi kentang kita masak dulu yerk!  bila kentang dah masak, kita pecahkan telur 2 biji.  minyak jangan terlalu banyak sangat sebab kita tak nak roti goreng kita berladung dengan minyak.  agak-agak jer lar minyak dalam kuali tu.  kalo terlebih minyak, buangkan sikit minyak ke dalam mangkuk lain.  agak-agak dah garing semua, masukkan 1 tin baked beans.  tak payah tambah air lagi. gaulkan dengan rata.  masukkan roti yang dah digunting tadi.  renjiskan dengan kicap sikit.  gaulkan dengan sama rata lagi.  aku suka makan roti yang dah disimbah dengan kicap dan baked beans.  memang laju jer aku makan walaupun my laki tengok makanan tu macam pelik jer.  yang penting aku tak letak lidah lembu dan organ peranakan kambing kat dalam makanan tu!  


96.  Popia ketam (can add with cheese!)

Resepi -  yang paling mudah dan cepat.  Budak pun suka makan sebab takde sayur kan?  Nak goreng inti popia yang ada macam-macam isi tu memang leceh kan sebab takde masa pepagi buta nak hiris itu ini.  So, yang paling senang dan mudah ialah amik filet ketam, defrost kan dan kemudian gulung dengan kulit popia.  Goreng dengan api yang sederhana sehingga kekuningan.  Jangan goreng lama sangat, nanti filet ketam dalam popia tu meletup dan membuak keluar.  Hahaha...ni based on pengalaman lar ni!  Nak lagi gempak rasa, gulungkan filet ketam dengan sehelai keju keping yang telah dibelah tiga.  Whoaa...daebak!!!

97.  Fish n' chips

Resepi - sebenarnya boleh buat sendiri fish n chips ni selain dari menggunakan yang instant.  Amik isi ikan dory yang telah dinyah bekukan.  Perasakan ikan dory dengan garam, lada putih dan hitam, serbuk perasa.  Lumurkan dengan telur yang dipecahkan, tepung kentucky, tepung beras sikit dan breadcrumbs.  Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.  Toskan.  Boleh dihiaskan dengan salad coleslaw, kentang goreng dan mayo.  Nak lagi cepat, guna yang instant jer!


98.  Crab cakes.  

Resepi - paling mudah nak buat crab cakes ialah gunakan filet ketam.  Hahaha...takde korje aku nak pergi mencungkil isi ketam tu pepagi buta.  Filet ketam diblender kasar.  Kita buat adunan macam nak buat jemput-jemput.  Tapi kali ni kita taknak terlalu cair atau terlalu pekat sangat.  Agak-agak jer.  Masukkan filet ketam ke dalam adunan tadi.  Campurkan kobis, bawang merah, lada benggala yang telah diracik halus-halus.  Masak dalam kuali leper dan gunakan minyak yang sikit.  Terbalikkan depan belakang sehingga kekuningan. 


99.  Pop corn chicken with salad and fries

Resepi - kita amik isi ayam part dada yerk yang takde tulang.  Potongkan kecik-kecik.  Perasakan secukup sedap, lumurkan dengan tepung kentucky atau mana-mana tepung lumur ayam pun boleh, lumurkan lagi dengan tepung beras sikit.  Gaulkan dengan rata.  Goreng dalam minyak yang penuh.  Boleh tambahkan side dishes dengan french fries, salad ataupun buah-buahan.


100.  Chicken cop and fries

Resepi -  Kita amik isi ayam dan hiriskan nipis tapi memanjang.  Lumurkan tepung seperti di atas tapi kali ni kita lumurkan pula dengan breadcrumbs.  Goreng.  Hidangkan dengan french fries dan salad mayo.  French fries tu kalo nak kita nak curahkan sikit dengan cheezy mayo pun boleh.


101.  Dory pop corn and salad

Resepi - Isi ikan dory dinyahbekukan.  Cuci dan toskan betul-betul.  Potong kecik-kecik atau potong dadu.  Lumurkan dengan garam sikit jer tau, perasa, lada putih dan lada hitam, tepung kentucky atau tepung salut yang lain, tepung beras sikit dan tepung jagung sikit.  Biar sampai jadi qu puteh.  Eh, salah!  Biar sampai betul-betul bersalut dengan tepung tebal-tebal sebab isi ikan dory ni berair sikit.  Goreng dgn minyak yang penuh.  Hidangkan dengan salad dan cheezy fries.  


102.  Nasi with Honey Lemon Chicken

Resepi - Kita buat seperti nasi ayam yang biasa.  Cara yang senang masak nasi ayam ialah tanak nasi bersama dengan planta dan campakkan 2 ketul kiub ayam.  Gaulkan rata dan tunggu lar sehingga nasi masak.  Adalah sangat leceh kan bila pepagi buta mana nak goreng ayam dan mana nak buat 3 jenis hidangan iaitu kuah sambal, kuah kicap dan sup kosong.  So, cara saya yang paling senang ialah buat nasi ayam honey lemon chicken.  Ayam kita gorengkan seperti kita buat pop corn chicken.  Kita guna isi ayam bahagian dada, then lumurkan dengan tepung goreng dan tepung beras kemudian goreng dalam minyak yang penuh.  Sosnya pula kita guna sos thai yang orang selalu guna untuk buat sos ayam percik.  Ada jual kat Tesco dan Giant.  Campurkan sedikit honey dan perahkan lemon ke dalam sos thai tadi untuk kurangkan rasa pedas.  Gaulkan dengan rata dan tuangkan ke atas pop corn chicken tadi.  Boleh dihidangkan dengan sup kosong beserta salad dan tomato.


103.  Garlic butter roti bakar dengan telur separuh masak

Resepi - garlic butter ni aku buat homemade. Tak beli yang dah siap.  Mahal woii!  Nak buatnya senang jer. Sebuku garlic potong hujungnya, balutkan dengan aluminium dan bakar dalam oven dalam 10 minit.  1 buku butter tak kisah ler brand apa pun, cairkan dalam periuk.  Lepas dah cair kesemuanya, masukkan garlic tadi, taburkan dengan parsley dan oregano kedalamnya. Taruk sedikit garam. Kacau sebati. Masukkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk. 

104.  Popia telur with cheese.

Resepi - racik kobis halus-halus.  basuh dan toskan.  tumiskan bawang dan bawang putih sehingga garing.  masukkan kobis halus tadi dan pecahkan telur seberapa banyak yang korang suka.  kalo nak 4 biji, pecahkan lar 4 biji yerk.  hancurkan telur mcm masak scramble eggs.  dah siap, ketepikan dan tunggu sejuk dulu sebelum nak gulung dengan kulit popia.  inti ini korang boleh masak pada malamnya sebelum nak tido.  esok pagi tinggal nak gulung dengan kulit popia jer lar.  selepas masukkan inti ke dalam kulit popia, masukkan sekali cheese keping yang telah dibelah tiga.  ini adalah cara saya mengajar anak-anak makan sayur.  original recipe by me!

105.  Samosa kentang telur

Resepi - buat inti macam nak buat karipap.  cuma pecahkan telur dan jangan terlalu pedas. 

106.  Yee mee kolok / yee mee ala hot plate

Resepi - yee mee dicelur dengan air panas.  kuah mee kolok ni buat simple jer dengan letak sos tiram, kicap pekat sikit, kicap cair sikit, kicap lemak manis sikit.  nak kuah pekat, tambahkan tepung jagung sikit.  perasakan dengan black pepper, lada sulah dan serbuk perasa.  tambahkan sayur sawi or kobis cincang halus, ayam chicken bone dan cendawan shitake.


More list menu if you scroll down and down!





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Fuhh...tarik nafas panjang2!  Hembuskan perlahan2...

List ni akan bertambah dari semasa ke semasa.  Ada jer menu baru yang aku cipta, yang ringkas dan cepat, akan aku addkan ke dalam list menu ni.

Sempat ke masak pepagi buta menu2 kat atas tu?  

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Kalo tak sempat, buat lar preparation malamnya sebelum nak tido.

Kat bawah ni ialah gambar2 yang sempat aku snap masa breakfast.  Ada yang original pictures dan ada yang disedut dari resepi omputih tapi berbaloi untuk mencuba.  Bukan setakat share gambar jer, tapi kita sama-sama sekali share ilmu memasak kepada para ibu di luar sana.




Roti ala-ala subway.  Kalo guna roti perancis, nampak macam tebal sangat.  So guna ler roti hotdog jer.  Letak salad lagi sedap tapi masa tu peti sejuk takde stok salad ler plak!  Sangat mengenyangkan kalo anda baca bismillah...hahahaha!!!


Dory pop:

Dory pop corn!  Sedap ar kalo makan dengan salad ker atau dengan roti hotdog.  Cicahkan dengan mayonis atau black pepper sos.


nasi ayam panggang:

Nasi ayam panggang.


popia ketam cheese:

Popia ketam cheese.  Marvelous!


Chicken baked rolls:

Chicken baked rolls.  Aku tak berapa suka sangat kalo popia ni dibakar.  Kulit popia tak jadi garing (based on my experience).  So, nanti aku akan buat inti macam ni dan terus goreng ke dalam minyak.




Bechamel Pizza!  Guna roti pita dan sos cendawan prego keju dan herba.  Then letak lar apa-apa jua pun kat atas tu such as cendawan butang, filet ketam, lada benggala, bawang holland, chicken ham.  Beli nenas dalam tin, potong dadu, pun boleh gak letak atas pizza.  I like nenas tau!  Cheese jangan dilupakan yerk!


Nasi goreng seaweed


roti arab with tomato mince meat:

Roti Arab berserta dengan kuah daging cincang masak tomato.  Fuhh...sodap ni!


pizza instant:

Gas dah abis?  Terbangun lambat?  Apa nak susah...keluarkan frozen pizza dan tambahkan cheese keping di atasnya dan bakar sehingga kekuningan.  Tu pun kalo ada stok pizza dalam peti sejuk lar!  Hahaha...!!  Kalo tak, bakar lar apa-apa yang patut.  Bakar roti ke bakar kentang ke bakar pastry ker kan...


rice ball:

Korean rice ball.  Kekadang aku buat onigiri.  Lagi senang.  Tekap-tekap dalam acuan, balut dengan seaweed, terus hidang.  Sejak GST ni, seaweed makin mencanak naik harga.  That's why aku jarang buat menu ni.  Buat pun atas permintaan anak-anak jer.


roti pizza:

Roti pizza.  Ratakan dengan sos tomato.  Taburkan hotdog or chicken ham.  Campakkan cheese sekeping.  Bakar sehingga keju cair.


daging cincang tomato boleh dicicah dengan roti perancis:

Daging cincang tomato ni sodap kalo dicicah dengan roti putih ke roti perancis ke tortilla yg telah dilayur dalam kuali leper.  Budak-budak pun boleh makan sebab tak pedas sangat.


kebabs:

Kebabs daging.  Homemade tau bukan beli dah siap kat pasar malam nyer.  Takde timun kat bawah kebab tu sebab takut berair dan tak tahan lama.


spaghetti olio:

Spaghetti olio prawn.  Anak dengan bapak makan udang, mak makan brokoli.  Bertuah punyer korang!  Sayur pun tak nak makan!


popia vietnam:

Popia vietnam.  Aku sorang jer makan pasal depa sumo tak reti nak makan.


spaghetti bolognese:

My famous signature spaghetti bolognese.  Percaya tak, my laki peminat tegar bolognese ni tapi dia tak suka order menu ni kat luar selain dari bini dia yang masak.  Of course lar sebab kalo order menu ni kat restoran, hanya buta jer kuah tomato.  Bini hang siap ada secret recipes tau taruk kat dalam kuah bolognese ni.  Hanya ramuan yang halal jer yang digunakan. 


makaroni carbonara:

Makaroni carbonara.  Boleh juga gunakan pasta yang lain.


Roti garlic butter with half cooked eggs:

Roti garlic butter dengan telur separuh masak.  Fuhh..sodap ni!  Aku sorang jer yang makan ni.  My laki tak makan telur separuh masak ni.  That's why badan aku lagi sado dari dia.  Hahaha...!!  Paste garlic butter aku buat sendiri tau, tak perlu beli yang dah siap nyer!


Mee bandung:

Mee bandung.  Terpaksa masak guna kuah instant sebab malas nak blender pepagi buta.  Eh...kuah instant mee bandung muar cap adami pun boleh tahan juga sedapnya tau!  


Apple pie:

Apple pie!  Beli pastry yang ready made, potong epal ijau buang kulit, tabur gula dan cinnamon, kelim macam apple pie Mc Donalds tu.  Bakar sehingga kekuningan.


Samosa telur:

Samosa kentang telur.  Buat inti waktu malam sebelum nak tido.  Sok pagi tinggal nak masukkan dalam kulit popia jer.  Yeaahh...aku dah pandai buat bentuk samosa tiga segi!!  Cantik hah bentuk tiga segi samosa aku ni.  Besor-besor hah!  Well done, Eryn!  Tengok orang jual kuih kat tepi jalan jual samosa, alahai kecik comelnya!  Tak puas nak makan kalo beli RM1.00 3 keping.


Roti bakar cheese:

Roti bakar cheese.  Paling senang nak buat.  Cairkan butter dalam kuali leper dan bakar roti cheese sehingga garing.


Chicken pot pie:

Chicken pot pie!  Resepi nya tu ari dah bagi kan?  Refer balik kat entry tu yerk!


Peanut butter and cheese crepes:

Crepes ni nama yang omputih selalu panggil.  Orang melayu panggil lempeng jer.  Kalo kat kiosk tu jual yang garing-garing, makan macam keropok.  Sebenarnya crepes ni kalo omputih buat tak garing, lembut jer macam lempeng gak.  Adunannya sama macam lempeng gak cuma depa taruk susu supaya lebih lemak lagi.  Inti dalamnya aku letak cheese dan peanut butter.  Fuhh..sodap giler kalo letak peanut butter tu.  Budak-budak suka makan yang crepes cheese tu jer.  Lagi satu, aku suka part lempeng aku dimasak dengan garing-garing.  My laki dan budak-budak suka makan lempeng garing-garing ni.  Humairah kalo bawak bekal crepes ni, sure abis punyer!  


Mee hoon soup:

Mee suah sup dengan sawi dan telur.  Aku suka makan dengan nasi putih.  Boleh lar kalo nak bawak bekal nasi untuk budak-budak dengan berlaukkan kuah mee suah ni.  Lagi sihat dan berzat!


Sushi:

My famous signature sushi homemade.  


Waffles:

Apa guna beli waffles iron tapi tak buat waffles kan?  Boleh lar kalo tertiba gas dah abis pepagi buta, buat lar waffles sapu dengan jem ke peanut butter ke coklat, ikut suka hati korang lar!


Mee kolok:

Mee kolok.  Ni kalo nak bawak bekal untuk budak-budak, kuah kena asingkan.  Nanti yee mee kembang plak.  Senang jer nak buat kuah mee kolok ni.  Aku pun main google jer resepi mee kolon ni.


Tortilla pizza:

Tortilla pizza.  Letakkan semua ramuan kat atas dan lipat dua.  Boleh bakar kat dalam waffles iron.


Seaweed burger:

Seaweed sesame burger by erynz signature.


Fetuchini olio:

Fettucinni olio


Half cooked eggs with baked beans and bread:

Half cooked eggs with baked beans.  Disebabkan my laki tak makan half cooked eggs, so gorengkan dia telur mata jer.


Chocolate puff pastry:

Chocolate puff pastry.


Lempeng dgn sambal sardin:

Di kala cuaca lembap dan hujan turun renyai-renyai, di sapa pula dengan bau sambal sardin dan lempeng garing, anak aku sorang-sorang terus makan lempeng 5 keping sekaligus.


Puff pastry hotdog:

Puff pastry hotdog.  Beli puff pastry yang ready made jer.  Malas den nak uli tepung pepagi buta.  Naik dan kembang gak puff pastry ready made ni.  I loike it!!


Rosemary chicken:

Rosemary ayam bakar.  Boleh buat menu lauk dengan nasi putih or nasi ayam.  Masa bakar - 1 jam.


Tortilla homemade ready to eat:

Tortilla homemade.  Aku takde nak potong separuh nyer.  Aku bagi seketul sorang.  Biar kenyang terus!  

Tortilla with salad and black pepper hotdog and chicken ham:

Tortilla with black pepper hotdog and chicken ham.  Tak dilupakan juga salad.  Lepas tu terus gulung jer.


Grill black pepper oyster chicken:

Ayam bakar black pepper with oyster sos.  Boleh buat menu lauk juga ni.


Croissant with chicken Campbell soup:

Croissant dengan campbell chicken soup.


Mee hoon soup:

Mee hoon sup simple mak ko!


Tortilla with grill curry chicken:

Tortilla dengan grill curry chicken with tomato and lada benggala.  Makan cicah ala-ala macam orang Arab makan tu.


Apple Pie Bites with Cinnamon Streusel | www.sugarapron.com | A quick and easy #applerecipe that anyone can make.:

Apple bites pun korang boleh buat dalam muffin tray.


Mini Corn Dog Muffins | 24 Awesome Muffin Tin Recipes. I don't normally eat this sort of food, but every once in a while you just NEED a corn dog. Nom nom.:

Mini corn dogs.  Alahai....comelnyer!


CLEAN EATING! 2 large old bananas 1 cup of quick oats & choc chips - Then 350o for 15 mins. THAT'S IT!:

Resepi yang ringkas dan sihat.  


Burger telur seaweed:

Burger telur seaweed


Burger daging saute mushroom:

Burger daging saute mushrooms


Hotdog gulung breadcrumbs:

Roti gulung hotdog breadcrumbs


Makaroni cheese:

Pasta spiral bakar cheese


Spaghetti carbonara:

Spaghetti carbonara


Pancakes with loves:

Pancakes with loves


Tortilla nuget:

Tortilla nuget with mayo cheese


Spaghetti olio dory:

Spaghetti olio dory


Banana Nutella Dessert Rolls:

Boleh guna kulit popiah.  Lagi garing!  Nyummy!


Easy Sesame Chicken. Good recipe-- next time I'd like to try putting less vinegar and adding orange juice and maybe ketchup to the sauce. Also, less ginger only because I'm not a huge ginger fan! Very quick to cook so give your rice about a 10 minute head start. :):

Boleh buat menu lauk untuk nasi putih 


Italian Baked Eggs - You’ll never believe that these marinara cheesy baked eggs can be made in just 10 minutes for a complete breakfast!:

Ada jual ready made sos pasta ni tapi kalo nak fresh, guna jer lar tomato cincang.


Just When I Thought I'd Seen Every Way To Do Eggs And Toast. YUM. 1. Lightly cut the surface in a square shape 2. Indent the surface area inside the incision with a spoon (softly but firmly) 3. Pour egg into indent made with spoon in step 2 4. Sprinkle cheese onto surface of egg white 5. Broil at 400 degrees until golden brown on edges and cheese has melted 6. Garnish with pepper as desired:

Boleh dicuba nanti.


Breakfast:

Gantikan dengan chicken ham atau hotdog.


oh lawdy - Imgur:

So tasty!


Scrambled Eggs & Cheese Egg Rolls with Sausage Gravy:

Macam nak cuba jer resepi ni!  Menarik gak idea ni.


 :

Pasta spiral goreng with daging burger


onigiri:

Onigiri


jemput-jemput ketam:

Jemput-jemput ketam


kopok lekor sira sambal:

Kopok lekor sira sambal


mini burger:

Mini burger


sushi:

Sushi



Psstt..list menu lunch takde ke? 

Menu lunch terlalu banyak untuk dilistkan sebab sekali masak dah tentu 2-3 lauk kan.  Lagipun, blum tentu menu lunch yg aku listkan akan disukai oleh korang semua.  Yelar, ada org suka pedas, ada orang tak suka pedas.  Ada orang suka mkn sayur, ada orang tak suka.  So, different tastes.  Tak kan aku nak paksa korang ikut gak idea menu lunch aku.  Agak2 lar.  Jangan gila kuasa.  Cukup lar menu breakfast jer ni pun.  
Aku sharekan kat dlm blog aku ni bukan lar bertujuan aku riak, oh kengkononnya aku ni pandai masak lar sangat!  Oh..no...no!  Jangan lar sengkek sangat pemikiran tu.  This is the ideas and as for my reference too.  Kalo list ni hilang, mampos aku blurr nak buat sarapan apa pepagi buta nanti.  So, aku tambah sikit demi sikit dan update list yang mana resepi yang aku baru cuba dan jumpa, serta disimpankan dengan kemas di dalam entry ini.  Ini bermakna aku sentiasa update blog aku dari semasa ke semasa dan sentiasa baca entry aku untuk mendapatkan rujukan tertentu.  Aku bukannya jenis dah update blog terus tinggal macam tu jer, then terus tak baca lagi.  Orang kata, biarlah cerita dah lapuk, buat apa nak baca lagi kan?  Kasi lar orang lain baca plak!  Eh..taakkkk!  I'm not like that!

Ikut suka hati korang lar kalo nak follow.  Kalo tak nak follow, ignore kan jer lar.  Sila klik 'X' kat atas tu yerk nok!

  
Ada resepi korang bleh google jer, ada gak resepi yang aku cipta sendiri.  Ada gak resepi dari luar negara aku tampalkan juga kat sini yang mana aku rasa aku boleh buat dan sangat sihat untuk dibawa bekal untuk anak-anak kita.  Tak salah kan kalo kita jengah tengok list menu orang lain punyer.  Aku pun tak suka sangat bagi anak aku makan processed food jer walaupun ianya menjimatkan masa.  Kalo boleh, nak juga bekalkan menu yang fresh dan sihat untuk anak-anak kita.  So, list ni akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.  Untuk pengetahuan korang, masa aku taip ni pun aku ada tambahkan new list lagi dalam menu breakfast ni.  Tak pasal2 terpaksa aku  print balik list ni semula.  Oh, yer...aku izinkan korang kalo nak print list menu ni dan simpan bawah bantal.  Baca lar sebelum nak tido supaya kita dapat idea nak buat sarapan apa esok pagi hahaha.....!!
  

Have a nice day!! 



Thanks for reading this entry!




76 comments:

Ain said...

Terbaik la suri rumah bekerjaya mcm Akak .. Nak pinjam semua list menu Akak ni ea..hehehee
Good sharing Akak....
Share banyak2 lg...heheee

Erynemysha Helmy said...

assalammualaikum...


Tak ler berkerjaya mana pun. Halftime business runner jer. Tu pun turun jaga cc waktu petang jer. Malamnya dah busy layan anak2 plak.
Boleh...apa salahnya!

Ada banyak lagi nak share, so stay tuned utk entry seterusnya yerk!




Aniez Zack said...

Thanx la bg list bekfes utk 2 bln lbh ni.. mantop

Anonymous said...

banyak nyer list. anak akak makan nasi goreng, mi/bihun/kuetiau goreng, spagetti goreng, nasi lemak. maknyer pulak bosan masak benda yang sama. jemput2 tak nak....

InaCollection said...

Salam..terima kasih share menu utk bkfst....tp, blh x klau sy nk resepi daging beger tomato tu..mcm best jer..tq

Erynemysha Helmy said...

Hohoho...list ni kalo hilang, mau nangis 2 hari 2 malam. sbb tu mesti tempel dalam blog supaya ada softcopy. Lps tu tampal list ni kat peti sejuk. Tau jer lar ank2 kita tangan dia suka menggapai kan.

Ni list updated nyer 2-3 hari yg lepas.

Erynemysha Helmy said...

daging beger tu dibiarkan dalam suhu bilik. bila daging beger dah lembut, potongkan dadu. tapi bila dah masak nnti, dah tak nampak lar bentuk dadunya nnti.

tumis bawang dan bawang putih yg diracik. masukkan daging beger yg dah dipotong dadu. kacau2kan ia supaya daging tu masak sekata. biar hancur mcm daging cincang pun takpe. buangkan minyak sket sbb biasanya daging beger akan mengeluarkan minyaknya sndiri apabila digoreng.

walaupun masak tomato, saya masukkn ciliboh sket utk rasa pedas2. takde lar rasa pio tomato jer kan. then masukkn tomato yang dah dipotong dadu. tak lupa juga tomato sos. agak2 jer lar supaya ada kuah sedikit dan tak kering sangat.

masukkan perasa. saya taruk lada hitam dan lada putih gak sebagai penambah rasa.

bahan sampingan yg saya masukkan ialah carrot yg dipotong dadu gak, cendawan shitake yg dipotong melintang. kalo takde cendawan shitake, pkai cendawan butang pun boleh.

itu ajer. senang kan. selamat mencuba!



Mama Embok said...

wah! banyak nya options!! THANK U dear!!!!

Nana cenenot said...

As salam..wahhh bestnya..tq kak..byk option nk pilih ni..hehe..nk mntk resepi crepe peanut butter n banana bleh? Mcm sdp jer

Erynemysha Helmy said...

Walaikummusalam...

Adunan crepes ni saya main godak sendiri jer. Adunannya seperti membuat lempeng tapi jangan terlalu pekat sebab kita masak gunakan kuali leper bukannya kuali lebar yg mcm stall crepes yg depa jual tu kan.

Kalo nak sedap, gunakan milk untuk bancuhan. Kalo nak lagi sedap nak mampos, guna lar buttermilk. Bancuhannya saya cuma letak tepung gandum ikut suka hati, telur sebiji, segayung garam. Ok tipu, secubit dua cubit garam jer!

Kacau. Kalo boleh adunan jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair sangat. Agak2 jer lar. Panaskan kuali. Sapu mentega sikit. Jangan taruk adunan terlalu banyak sebab nanti dia akan jadi tebal bila dah masak. Kalo boleh agak2 lar, jgn tipis, jgn tebal sgt supaya dapat rasa kegaringannya.

Selalunya saya guna senduk sup yang kecik tu bkn yg besar gedabak yerk. Letak dlm satu scoop jer.

Terbalik kan depan belakang. Biar sampai garing sket tapi jgn sampai terhangus. Macam buat lempeng kan!

Sejukkn. Taruk lar perisa yang anda suka. Peanut butter + banana ker, oreo yg dihancurkan + nutella, nutella + capucchino, peanut butter + cheese, peanut butter + coklat rice, nutella + badam hancur

Arghh...macam2 lar!

Tq for asking...

Anonymous said...

Byk idea nk buat bf...thanks atas pngkongsian...

Anonymous said...

Saya ambil list ini untuk rujukan yer... terima kasih atas perkongsian. Bolehla saya pilih untuk menyediakan list seminggu untuk bento kami sekeluarga. Pagi- pagi nak makan di rumah mmg tak sempat kecuali hari cuti. :-)

Erynemysha Helmy said...


Boleh...boleh...silakan. Benda yang baik kita kongsi bersama.

Anonymous said...

kreatif tp sosej and roti tu mcm terlebih greng. hitam skit.

Erynemysha Helmy said...

assalammualaikum...

my laki mmg suka garing2. it's ok. it's still food, bleh dimakan lg.

so. bersyukur lar...

Nur Adha said...

Tq bg cdgn yg superb. Minta kebenaran untuk print n tampal di dapur juga

Anonymous said...

Boleh tak kongsi resepi2 tu?

Erynemysha Helmy said...

boleh, benda yg baik mmg patut dikongsi bersama...

artikehidupan87 said...

Best2...terima kasih banyak tuk list ni kalu tak asik2 nasi goreng,bihun goreng, dan pelbagai gorengan lagi hehe...keep posting...

artikehidupan87 said...

thank you bebanyak tok list ni..ni yang lagi semangat nak beri yang terbaik sebagai ibu kepada keluarga sendiri....

cik chinta said...

Dear, bole tak bg resepi satu persatu sme yg u list dlm blog. Skg dah berazam nk bw bekal je g kje sbb kantin tu sllu mbazir duit je. Mknn x hbis n sllu jumpe benda2 x sepatutnya dlm mknn. Geli dah. Jika x keberatan. Pliss2...tolongla sokong usaha murni sy ni. Hihih..

Erynemysha Helmy said...

Insya Allah, saya akan cuba yerk!

Hurein said...

Hebat & kretif sungguh wlopon byk yg instant. Untungnya laki & anak2 maknye ligat di dapur.. Tahniah. Ko sumber inspirasiku oh yeahhhh

Erynemysha Helmy said...

muahahaha...

pagi-pagi sumo nak cepat kan. bohong lar kalo tak pernah guna instant kan. pergi travel pun kena gak bawa yang instant. kari ayam pun dah siap package dalam tin. tapi saya blum pernah lg guna kari ayam dlm tin. hahaha...my laki tak suka.

apa pun, ikut suka hati korang lar. kalo tak nak guna yg instant, bleh juga guna bahan yang segar.

cik chinta said...

salam, tq sbb sudi share resepi di sni. sy skg sllu igt ayat awk yg lazer tu. mekup lama2 bole. masak xkan xleh. hahaha...da beberapa hari saya bawa bekal ke sek. bgus, jimat duit dan masa x perlu menapak ke kantin yg skli mkn tu kompem 5-6 ringgit. dhtu x sedap. tp kn hbiskn jg sbb rugi da byr. nk crik duit bukan senang, nk bazirkan mudah2 je. baik duit tu bli bahan basah dan guna berkali2. sampaikan sya dengn smgat bli bekal tupperware yg baru utk bawa makanan gi sekolah ni. hrp2 berkekalan lah sampai bile2 kerajinan ni. nk buktikan bahawa pompuan kje bole bawa bekal gi sek. tq sgt2 yunk, lpas ni share2 la lagi resepi baru utk bekal ye. byk pahala awk luaskan ilmu ni. sbb org praktikkan. tq skali lagi.

Erynemysha Helmy said...

waalaikummusalam....

hahaha...i'm sorry for that harsh words. but sometimes we needs reality, isn't it?

mizzrina said...

Assalam kak...

Terima kasih atas list akak ni... banyak membantu bagi idea nak masak apa...

cuma nak tanya, saya ni dah lama carik frozen angry bird fish cake tu... mana nak beli ye? akak punya lagi best siap ada shape doraemon lagi.... kalau tak keberatan bleh share tak?

TQ

Erynemysha Helmy said...

Waalaikummusalam...

frozen angry bird and doraemon fishcakes tu akak beli kat tempat akak, kat pasir gudang. kat tempat lain akak tak tau. kat sini ada satu company namanya rinting frozen, dia memang pembekal besar untuk barang-barang frozen utk peniaga steamboat, burger, yong tau fu, chicken chop. harga pun murah sebab jual dgn harga borong. so, kalo akak nak dptkan fishcakes yg comel2, chicken chop frozen yg ready to cook mmg akak pegi situ jer lar. haah, kat situ pun ada jual frozen daging burger arnab dan orstrich! cuma berani tak berani jer nak makan...

NuRuL eZRiN said...

Salam kak... smua mcm sdp2. nk resepi smua boleh.. hihi.. tq.

Erynemysha Helmy said...

waalaikummusalam...

resepi nyer semua ada kat atas, dik...
bersabar lar bila membacanya yerk sbb terlalu banyak list. tapi berbaloi untuk mencubanya...

ck said...

Salam.. Peh..terbaik walaupun xtertengok sume menu tu tapi bagi idea kat saya nak masak sarapan 2 hero saya tu.. Baru ni siap beli buku idea bento utk idea menu baru pagi2.. Seronok kan dapat prepared breakfast tuk anak2 walaupun kelam kabut nak bersiap pergi kerja..hihi...tq ye..

kakchessie said...

Salam, bertuah suami kamu dapat isteri yg rajin dan kreatif mcm kamu. Masakan dirumah lebih baik dan terjamin kebersihannya. Thumbs up to you.

Anonymous said...

Assalamualaikum kak ,resepi yg awesome!Thks 4 sharing

Noor Hidayu said...

bestnya akk. Tq for sharing. skg mmg dalam misi untuk bawak bekal hari-hari. alang-alang masak utk anak, nk masak utk diri sendiri jugak. boleh refer sini resepi yg senang dan mudah. sbb selalu je rushing pagi2 nak ke ofis :)

Wanyob said...

Memang puas hati dengan senarai makanan akak bagi . Saya pun tengah cari idea nak bisnes apa untuk sarapan .

noramiza ahmad said...

mak aiii banyaknya list. berbinau mata nak pilih... mintak izin tuk ambik idea tu yek... bestnya. tq.

noramiza ahmad said...

good idea

Bidadari gojess said...

Ya Allah.. rajinnye.. heheheh.. saya surirumah. Husband lak biz sndiri. Kadang mmg susah jgk nak pikir nak masak apa kan. Tq for this entri.

Jemput dtg blog kita sis.

www.bidadarigojes.blogspot.com

Anonymous said...

Tq bebanyak..memg pening nk fikir apa brektst utk anak2.

fya fyza said...

Salam Sis,
Best giler tjumpa blog sis hehe..nak copy smua..dah 2 mgu kawin tp lom penah sediakan breakfast utk husband..finally i found this..thank a lot sis :-)

sunz sulaiman said...

salam.. azam baru nak buat sarapan untuk anak yg baru masuk tadika.. saya mohon ambil ye.. suka sangat.. terima kasih

Erynemysha Helmy said...

Assalammualaikum...

Dengan ini, sebagai tuan empunya blog yang mempunyai hak ke atas semua entry yang dihasilkan di dalam blog ini, telah memberi keizinan kepada anda semua untuk copy paste atau print as ebook untuk dijadikan rujukan. But please give me a credit if you want to share in your blog. That's all...

Print lar jangan tak print. Sebab saya pun dah print as a scrap book.

imerynz

Anonymous said...

perkongsian yg sgt bermanfaat. terima kasih bebanyak... lebih bersemangat saya pepagi buat srpn ...ihiihihii

Anonymous said...

terima kasih sudi share list menu dan jugak resepinya... sangat membantu saya sebab anak sulung baru masuk darjah satu tahun ni... memang berazam nak bagi dia bawa bekal tiap2 hari.. terima kasih ya tuan empunya blog... hehe

Mama Olin said...

Subhanallah banyak nye resepi kat sini. Best gile, rs mcm nk buat semua..thanks for sharing. Kagum la ngn awk rajin buat sarapan utk family. Mohon share diblog saya ye..pastinya akan kredit ke blog awk semula. Jemput singgah blog saya yg tak seberapa ni

http://mamaolin.blogspot.com

Akula said...

as salam sis saya memang mencari2 list resepi utk breakfast anak ke sekolah jumpa blog sis. thank for sharing boleh tak share kat blog nak simpan kat blog

do visit my blog
http://anakbonda.blogspot.com/

Anna redz said...

First time buat crepe sendiri. Resepi paling simple!. Sapu peanut butter & sprinkle rainbow rice. My son love it. Tq.

Erynemysha Helmy said...

Thorbaikk...!!!

Kita pakat2 tiru filling crepes dari kiosk crepes. Depa ada letak oreo tabur, cheese, milo tabur, honey, jem, chocolate rice, strawberry, fuhh...mcm2 lagi lar!

Unknown said...

maaaaaaebeeeleeessss!! tahniah dan terima kasih krn sudi share ilmu dan skill..kurang sket pening kepala ni memikir menu utk bekal anak2.. hanya Tuhan yg mampu membalasnya.. moga dpt ganjaran yg
yg seeloknya...

Anonymous said...

Terbaikk...moga dimurahkan rezeki kerana sudi berkongsi menu sarapan pg utk ibu moden yg sibuk ni...anak2 dah mula bising jemu makanan di kantin sekolah...dapat motivasi slps dpt menu ni.....

Anonymous said...

Sgt2 bermanfaat. Moga dmudah dmurahkn rezki ats perkongsian ini

Mama Qist said...

Terbaik laa menu ni.. Nanti nak guna sbg rujukan ye

Berapa hari la awak buat entri ni
πŸ˜„

cik wani said...

Saya suke.entry ni. Great ideas shared. Keep it up.

Anonymous said...

thks for sharing.....

Anonymous said...

nak ckap ape ek???? I love all your recipes... Ilmu yg bermanfaat...terima kasih krn snggup mngkongsi...

Anonymous said...

bagus bangat :>

Ayshakinah Muhammad Anas said...

Thanks 4 sharing kak.. :-D

RibenMerah said...

Salam.. pertama kali jumpa resepi yg sempoi dan sangat memahami org2 macam saya. sampai tergelak2 baca resepi. tahniah atas perkongsian resepi yang tercapai akalmu ini.. saya nak try :) :) :)

Anonymous said...

Thanx kak sebb sudi berkongsi....izin kn sy try ek.... :D

Anonymous said...

best sgt.....tq so much

a yattcircle said...

Gempak gilerr list resepi.. Izinkan saya saya try ya. Tqsm

chedacheyu said...

Banyaknya idea!! Semoga kita sama2 mampu menjadi ibu yang baik.. Tq for sharing

Anonymous said...

MasyaAllah.. memberi idea yang mencurah2 untuk breakfast.. blogger yg sgt menarik n tq gk for sharing..

yusri sgmt said...

Fuhh! Terbaikkkkkk!! :-)

nafisahnanas said...

wow kecur tgk..tq

Ummi MRA said...

Menarik sangat resepi2 ni sis. Izinkan saya bookmark link sis ye. tq
9 Tips Untuk Anak Kurus Dan Enggan Makan

momogrosir said...

interesting.. postingan yang bagus untuk ibu-ibu di rumah. boleh di coba.

AlifBaTa said...

Memang tercari-cari menu breakfast utk famili sblm terkejar2 nk g kerja. Terima kasih banyak2..moga dimudahkan juga urusan tuan blog ini..:)

Rizziela said...

mmemang rajin betul

phazs said...

Terima kasih akak �� Semua idea resepi best2 ! Taksabar nk cubaaa

Anonymous said...

kak.. blur skit yg bab involve oven tuh semua.. nk bakar pakai suhu brp ek? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ sorry kak.. laki bujang pun nk makan sedap gak blm ada org rumah kne la blaja masak sendiri bila free.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

DukeWax said...

kak.. aku yg komen pasal temp oven nk pakai brp tu.. lupa nk tnya skali ape td ek.. emmm jap lupe.. oh acuan lempeng tu kak.. asek x jadi jek aku buat.. cair sgt lah.. tawar hampas lah.. jd boring lak bila 2, 3x buat rasa cam simen.. tawar hati jdnya.. details kan sikit kak cth mcm ni.. amik 1 cwn tepung gandum ratakan bhgn atas tuang dlm bekas, isi air smpai penuh dgn cwn yg sama etc etc.. i need exact figure xnk main secubit rasa secubit rasa tu.. x tau nk main ikut rasa mcm mna.. org kata ikut rasa binasa, ikut hati mati.. nilah jdnya.. tlg.. πŸ˜‚πŸ˜‚ nk buat lempeng biasa jek nk mkn dgn sardin.. tq.. πŸ™ŠπŸ™ˆπŸ˜‚πŸ˜‚

Erynemysha Helmy said...

ni lar komen yg paling rare akak dapat. takde bagi salam pun. hahaha...

ok lar, dik non...disbbkan hang nak merasa sgt lempeng cicah kuah sardin tu, meh sini akk kasi resepi details kat hangpa. salin dan hafal 3 hari 3 mlm resepi ni. insha Allah bleh buat.

1 cawan tepung
2 cawan air sejuk or suam. jgn guna air panas. never ever. tak kan menjadi lempeng ko nnti.
1 biji telur
1 sudu kecik garam

campurkan kesemua bahan dan kacau sebati sampai takde ketul2. paling senang, ko kacau guna blender jer. takde lar kacau sgt kepala otak hang. masukkan semua bahan tadi ke dalam blender dan pusing sampai sebati bahan tadi. masukkan ke dalam besen. kalo nampak macam pekat sangat, tambahkan air sejuk sikit dan bukan sebaldi. panaskan kuali leper non stick, taruk minyak or butter sikit. amik senduk sup dan anggapkan satu senduk tu satu sukatan untuk 1 lempeng. terpulang kalo hangpa nak lempeng nipis ke tebal. kalo nak lempeng tebal taruk lar 1 senduk dan setengah senduk lagi. akk suka lempeng nipis dan garing2. nak lempeng garing2 pun bleh kena masak lama sikit atas kuali leper tu dan terbalikkan depan belakang. jangan ko biarkan 1 jam lempeng ko atas kuali tu. memang hangit lar nanti.

selamat mencuba yerk!

hah..pasal suhu oven tu. ko nak bakar apa sebenarnya? setiap benda yg ko nak bakar dalam oven tu suhu dia berlainan tau. kek lain suhu, roti lain suhu, pizza lain suhu.

jida said...

Terbaiklah entry ni sis. Setiap hari blh cuba menu yg berlainan.takdelah balik2 resepi sama je hari2...tq share

Merah said...

Wahhh!! Bagus nya. Banyak idea boleh buat bekal nanti untuk suami. Sebelum ni asyik masak bihun goreng je (dasar pemalas nk gugel kan πŸ˜‚)

Tak sabar nak cuba. Terima kasih compile n share kan. Semoga murah rezeki akak 😊

sumysya said...

wah..smua menu nampak sedap..boleh la guna utk wat sarap anak skolah