Video Of The Month

Friday 27 May 2016

Menu Sahur Ramadan dan Weight Loss Tips

Assalammualaikum...


Rata-rata orang, bila dah masuk bulan Ramadan, ramai orang akan ingat yang inilah satu-satunya cara yang sihat untuk menguruskan berat badan.  Tapi bila menjelang masuk Syawal, ramai orang pulak yang berdendam untuk makan bermacam ketupat, rendang dan segala lauk pauk raya tanpa mempedulikan berapa banyak kalori yang dah diambil, dengan niat lepas ni boleh lar puasa enam untuk kuruskan badan balik.  Well, motivation jenis apakah itu?

Membuat list menu sahur adalah perkara wajip bagi aku sebelum menjelangnya bulan Ramadan.  Sahur itu penting dan mempunyai banyak keberkatan di dalamnya, jadi jangan lar diabaikan yer.  Cuti sekolah nanti dapatlah aku menyediakan menu sahur dengan suasana yang tenang.  Tapi bila naik sekolah nanti, terpaksa lar aku adjustkan sikit masa untuk budak-budak bangun sahur dan pergi sekolah seperti biasa.

Selalunya aku tanya dulu kat diaorang, nak makan apa sahur nanti.  Mostly diaorang tak lar cerewet sangat cuma susah sikit nak bangun sahur awal pagi jer.  Selalunya diaorang nak makan cereals or koko crunch dengan susu jer.  Memang lar senang omak ko nak sediakan.  Tapi bila aku terbaca kat article omputih yang koko crunch or cereals ni actually is not a good breakfast but is a junk foods.  Well, aku setuju gak sebab koko crunch tu memang terlampau manis sangat and it is not good for kids actually.  Terus aku stop beli cereals.  Tahun lepas, memang aku talakan diaorang dengan cereals dan susu jer masa sahur.  Kadang-kadang ada jugak menu lain aku sediakan tapi diaorang ni maklum ler baru bangun tido kan, tengah blur lagi lepas tu disuruh makan menu yang berat.  Makan cereals pun mata boleh terkatup, inikan nak suh makan nasi or nasi goreng.  Sudahnya diaorang makan sikit jer.  So, tahun ni aku nak adjust sikit menu sahur Ramadan khas untuk budak-budak ni yang payah nak bangun sahur, dan payah nak makan menu yang berat-berat ni.  Yang penting, of course lar menu yang sihat, ringkas dan menjimatkan masa.

Jom kita ikut tips menu sahur yang mudah dan sekaligus boleh ikut weight loss tips pulak!


Sadisnya...hanya aku sorang jer dalam rumah ni yang makan kurma.  Yang lelain sumo memang tak makan.  Memang lar manis tapi kurma manis tu yang bagus kan.  Anti oksida dan boleh tambah tenaga sepanjang bulan Ramadan ni.  So, tahun ni aku beli kurma khas untuk aku sorang jer yang makan.


Aku pernah bagi hidangan oat kat budak-budak masa sahur konon-konon tak cepat letih lar bila berpuasa nanti tapi kan depa lebih suka nestum dari oat ni.  So, tahun ni aku sediakan air nestum oat untuk hidangan sahur depa nanti.  Bapak budak kalo nak minum air nestum oat ni mesti disejukkan dulu, baru feel katanya.  Aku dan my laki dah kurang minum air berkarbonat ni.  Kalo dulu kan, asik tala jer selalu dengan ais.  Anak-anak pun kalo tak nak galakkan minum air gas ni.  Tapi nanti bila raya kat rumah orang, sure orang akan hidangkan air gas.  Hahaha..nak tak nak kena lar prepare air masak sebotol nanti dalam kereta.


Ok...lepas ni omak ko akan beli telur berpapan lar nanti!  Macam-macam menu telur korang boleh buat sama ada nak buat telur mata, telur rebus, scramble eggs dan banyak lagi lar.  Korang google jer lar nanti.  Menu telur pun senang gak nak buat, tak lar leceh sangat pun.

Fried, scrambled, boiled (hard and soft) and of course, POACHED.:

#10. Cheesy Baked Egg Toast-- What??! These look amazing. -- 30 Super Fun Breakfast Ideas Worth Waking Up For:

Italian Baked Eggs ...... Ingredients :  1 cup marinara sauce 4 large eggs 1/4 cup fat free or lowfat milk 1/4 cup shredded gruyere cheese 2 tablespoons grated Parmesan Kosher salt and freshly ground black pepper, to taste 1/4 cup basil leaves, chiffonade ........ These marinara cheesy baked eggs can be made in just 10 minutes for a complete breakfast!:
makan dengan roti pun sodap ni!


Crescent rolls, sausage links, and scrambled eggs rolled into a breakfast treat! An easy recipe for moms on-the-go.:
Tu hari aku borong pastry kat giant sampai 3 pek.  Tengah offer RM4/pek.  Harga sebenarnya RM6.20 tau!  Tujuan aku beli banyak sebab nak buat ni lar untuk menu sahur nanti.  


Ok...lepas ni pun omak ko akan beli kentang berguni-guni juga!  Kentang pun boleh mengenyangkan.  Bagi yang tak nak makan nasi dan acah-acah nak diet, boleh ikut tips ni.  Kalo omputih buat kan, depa akan potong panjang-panjang kentang tu macam french fries, lepas tu depa bakar dengan taruk garam, pepper dan oil sikit.  

Party Appetizer Ideas | Baked Garlic Parmesan Potato Wedges:
Fuhh...sedapnya kalo menu sahur dapat makan macam ni.  Simple dan tak membazir.  Budak-budak pun suka makan.

Crispy Garlic Butter Parmesan Smashed Potatoes are fluffy on the inside and crispy on the outside, smothered in garlic butter and parmesan cheese! | http://cafedelites.com:
Malas nak potong?  Boleh aja korang just campakkan berketul-ketul dalam periuk dan rebuskan sehingga empuk.  Lepas tu smash kan dan letakkan telur goyang kat sebelahnya pulak.  Perghh...terangkat beb!


Budak-budak bukannya suka makan tempe ni. Mak budak dan bapak budak yang suka makan tempe.  Aku suka makan tempe garing-garing ni.  Part yang paling aku makan ialah part yang hujung tu, yang tengah-tengah dan yang tebal, aku pas kat my laki jer.  Hahaha....!!  Tapi rase macam nak buat lar menu sahur makan tempe ni.  Sodap makan panas-panas dengan cicah sambal kicap ni.  Lagi satu pulak, my laki memang ketagih makan sambal bilis dengan kacang.  Dia boleh makan ratah macam tu jer!  Insha Allah...bulan puasa nanti nak kena stand by kan satu tupperware sambal bilis dan kacang untuk dia.  



Pagi-pagi buta dengan mata separuh buka, taik mata bersepah sana sini, kalo nak makan lauk ikan waktu sahur, aku rasa kang tertiba ada yang tercekik tulang ikan pulak!  Naya jer kan?  Satu cara nak bagi makan ikan dengan selamat kat anak-anak aku ialah dengan masak ikan sardin dalam tin ke, goreng tepung ikan dory ke atau grill ikan salmon.  Senang citer...makan ikan yang senang nak kopek, tak payah nak susah-susah nak carik ikan cari tulang ikan.  Leceh!  Makan sardin dengan nasi panas-panas pun terangkat beb!  I loikee!!  Tapi kalo masak untuk anak-anak aku memang tak boleh buat pedas sangat.  Siapa yang tak makan sardin dalam tin tu memang mencaisi lar!  Apa dulu masa korang kecik-kecik, mak korang tak pernah masak sardin dalam tin ke bagi korang makan?  Hidup juga korang sampai sekarang ni kan!  Sardin tin yang paling murah cap tesco, tin yang besar baru RM2 lebih jer.  Tapi kalo korang demand nak makan sardin yang mahal jer, yer dipersilakan, tak jadi masalah...


Pan-Fried John Dory:
Pan fried ikan dory.  Lawankan dengan kentang dan telur.  Terus jadi kenyang ni.  Alhamdullilah...


Lightly buttered with a touch of lemon, any white flesh fish fillets are suitable for this dish but John Dory is perfect. Take care not to burn the butter when you're making the sauce - cook it just enough so it's golden and tastes nutty.:
Kalo aku, menu macam ni memang ngap jer!  Tapi kalo anak aku dengan bapak budak, memang tak makan.  Apalah depa ni, tak universal langsung!


Sebenarnya menu sahur ramadan yang aku lampirkan di sini ada kena mengena dengan weight loss tips yang akan aku turut sertakan sekali.  Lorr...kata nak kuruskan badan!  Nak pakai baju raya cantik-cantik, kena lar berkorban kan?  Actually tips ni pun korang boleh follow sampai after puasa pun boleh jugak.  Diet..diet gak, tapi jangan lupa excercise tau!  Ni tak, makan nak kurang, tapi lemak kat badan tak nak dibakar, pun naya gak!  Kalo boleh, biarlah mengamalkan gaya hidup yang sihat.  Jangan terlalu obses sangat nak diet, nak kurang makan itu ini.  Boleh makan tapi dalam kuantiti yang sedikit.



Sebelum makan sahur tu, telan lar air putih sebanyak-banyak.  Bukan selepas makan sahur tau!



See?  That's why lepas ni aku nak beli telur berpapan-papan, ikan dan kekacang untuk menu sahur nanti.



Aku tak ketagih minum kopi malah aku jarang sekali minum kopi.  Tapi bagi korang yang suka minum kopi waktu pagi masa sahur, boleh ikut tips ni.  Maybe aku akan minum kopi if I need to stand up in the morning untuk buat kerja-kerja wedding tu.  Kalo tak, memang ngantuk wehh...



Jangan gatal-gatal nak goreng dengan minyak bunga matahari lar, minyak canola yang merah tu lar, minyak jagung lar, walaupun sedap tapi kolesterolnya tinggi.



Semenjak dua menjak ni kan, aku memang kurangkan gula dalam pengambilan menu harian makanan dan minuman family aku.  Malah aku tak galakkan lagi anak-anak aku minum air berkarbonat dan aku pun dah tak minum lagi air 'cuci mangkuk tandas' tu atau yang sewaktu dengannya.  Aku suruh budak-budak banyakkan minum air masak/air putih.  Humairah pun dah pandai minum dan bawak air masak ke tadika.  Kalo dulukan, kasi minum air masak jer terus tersedak.  Kekwat tul...



Bukan tak boleh makan langsung tapi kena makan dalam kuantiti yang sedikit.  Nasi, roti, mee, pastry tu semua kena kurangkan sikit lar masa sahur nanti.  Nanti buka puasa ko melantak lar makan nasi nanti.



Kalo boleh, guna pinggan budak kecik punyer tu.  Makan jangan mengikut nafsu.  Makan hanya untuk mengalas perut jer.  Rasullah saw pun buka puasa dengan 3 biji kurma dan segelas susu.  Alhamdullilah....



Aku tak kuat makan pedas.  Budak-budak pun sama.  My laki jer suka makan pedas.  Kalo korang suka makan pedas-pedas waktu sahur nanti, boleh lar ikut tips ni yer!



Part yang ini, aku rasa biarlah aku buat bila lepas berbuka puasa nanti.  Hahaha...!!  Kalo aku buat masa tengah-tengah puasa, mau nyer mengelepek aku nanti kang.  Tak larat pulak nak masak untuk buka puasa nanti kan!  Korang boleh juga ikut tips ni untuk bulan-bulan yang seterusnya.  Tak semestinya bulan puasa jer korang kena follow tips ni.



Ok...setakat itu saja tips dan menu sahur yang aku nak kongsikan bersama dengan korang.  Menu berbuka puasa?  Korang berbuka puasa lar mengikut kemampuan korang dan yang paling penting, jangan membazir.  Makan tu jangan terlampau mengikut nafsu sangat.  Makan dengan seadanya.  Ingin aku ingatkan pada peniaga-peniaga bazaar ramadan agar sentiasa amanah, jujur dan menjaga kebersihan dalam berjual beli makanan dengan pelanggan anda.  Jangan menjual makanan setakat nak mengaut keuntungan jer.  Jangan menjual makanan yang dah basi kepada pelanggan.  Jangan menjual makanan yang telah dicemari dengan bangkai lalat ke, cicak ke lipas, telur lalat ke ulat dan sebagainya.  Kalo pembeli haramkan duit yang diberikan kepada peniaga, bagaimana?  Puaskah anda makan duit haram tu nanti?  Tepuk dada tanya selera.  Jangan sampai orang boikot terus tak nak datang ke bazaar ramadan lagi kerana kualiti makanan yang tidak terjaga.  Balik rumah buka puasa masak nasi putih, goreng telur kicap pun lagi sedap, bersih, jimat dan dijamin halal!  Alhamdulillah...


Selamat Menyambut Bulan Ramadan!


Thanks for reading this entry!


Wednesday 25 May 2016

Al Tamat PPT...

Assalammualaikum....


Haah, baru lar boleh tarik nafas dengan lega sekarang ni selepas 3 minggu bertungkus lumus dengan persiapan PPT (peperiksaan pertengahan tahun) untuk tadika, sekolah agama dan sekolah kebangsaan.  Omak ko dah boleh lompat bintang sebab cuti sekolah 2 minggu, boleh relaks dan tenangkan fikiran sambil buat kerja-kerja yang tergendala.  Nak menjahit, nak siapkan bunga pahar, nak buat goodies, nak siapkan hantaran.  Fuhhh kiri...fuhhh kanan!

Humairah dah start cuti.  Hari Rabu 25hb ialah last day dia sekolah.  Patutnya hari Khamis last day tapi hari tu cikgu tadika dia akan mengadakan lawatan ke Hello Kitty Town.  Kena bayar RM110.  Malangnya, Humairah tak dapat nak join sekali dengan kawan-kawannya sebab kurang sihat dan tidak mendapat keizinan dari bapa dia.  Hahaha...bapak dia takut Humairah lost kat sana nanti walaupun sebenarnya ada cikgu yang follow kan.  Tapi, takpe lar...bukan rezeki Humairah kali ini.  Lain kali boleh pergi dengan satu family sekaligus, ok!  Hari Selasa tu hari adalah Hari Terbuka untuk tadika Humairah.  Seperti biasa, sebelum keluar rumah, dalam kepala dah siap mindset supaya terima apa saja kekurangan anak.  Kalo ada kelemahan, kita akan baiki sama-sama masa cuti sekolah nanti yerk, Humairah.  Bila dapat report kad, rasa macam terkejut sangat.  Yelar, kita tak mengharapkan yang tertinggi untuk dia tapi tu lar hasil yang dia dapat dalam report kad.  Banyak huruf 'A' dari 'B'.  Alhamdulillah...tahniah Humairah sayang.  Teruskan berusaha.  Perjuangan kamu masih jauh lagi.  Aku suka sangat dengan sistem tadika Humairah sebab depa tak kelaskan kepandaian budak dengan bilangan nombor.  So, takde lar mak bapak meroyan sangat dan taksub suruh budak-budak yang masih kecik lagi untuk kejarkan no. 1 dalam kelas.  They are human not material untuk dibandingkan dengan anak orang lain.  Aku pun malas nak amik gambar result Humairah sebab tak mahu riak.  Setakat result tadika, alahai...apa lar sangat.  Memang lar niat di hati nak kongsikan kegembiraan dengan orang lain, but it just result tadika or sekolah rendah jer pun!  Bukannya anak ko terus berjaya pegang jawatan tinggi!  Aku suka dengan kata-kata cikgu tadika Humairah.  Kita tak boleh nak sumbatkan ilmu semua sekali dalam satu masa kat budak-budak.  Kita mesti tengok kemampuan dan keupayaan mereka.  Ada sesetengah budak, dia pandai dalam kategori yang ini, dan ada yang pandai dalam kategori yang itu.  Yang mana lemah tu, kita push up lagi, kita usaha lagi.  As a parents, jangan putus asa.  Dan terima dengan hati terbuka apa jua kelemahan dan keupayaan anak-anak kita.  Rezeki Allah dah tetapkan.

9hb tu hari Hanie dah start exam sekolah agama dulu.  Minggu depan baru exam sekolah kebangsaan.  So, takde lar terkejar sangat.  Alhamdulillah, Hanie dah pandai baca jawi tanpa tunjuk ajar aku.  Kalo ada certain words jawi yang panjang dan susah tu baru lar dia tunjukkan kat aku.  Hanie suka buat latihan matematik.  Banyak paper soalan dari sekolah lain yang aku dah print bagi kat Adam dan Hanie untuk latih tubi.  Kadang-kadang nak biasakan budak-budak ni dengan menjawab soalan kertas peperiksaan.  So, takde lar rasa nervous sangat nanti masa exam.  Aku pun dah siapkan worksheet untuk Adam dan Hanie buat masa cuti sekolah nanti.    

Jadual exam Adam Izz pulak bertindih dengan kedua-dua sekolah.  Tapi Adam Izz masih sempat baca kitab lagi sebab exam sekolah agama dia start pukul 4 petang.  Dia balik sekolah kebangsaan tu, siap mandi, siap lunch sumo, terus suruh dia baca kitab.  Dah baca kitab, suruh dia rehat dan tido kejap.  Untuk sekolah agama, aku suruh Adam Izz dan Hanie skor untuk subjek yang penting jer.  Yelar, sekolah agama pun ada subjek teras gak, kalo tak lulus subjek teras ni, maka tak naik kelas lar nanti.  Tu lar sistem sekolah agama johor.  Subjek teras tu ialah ibadat, tauhid, amali, hafazan.  Kalo diaorang tak lulus sirah ke akhlak pun takpe.  Tak nak push diaorang lebih-lebih sangat.  Buat mana yang mampu.  Untuk sekolah kebangsaan pun sama juga, aku suruh diaorang skor subjek yang penting such as Bahasa Melayu, English, Sains dan Matematik.  Untuk subjek Pendidikan Kesihatan, Sejarah, TMK, RBT kalo tak lulus pun takpe.  Tapi still aku suruh Adam Izz baca juga sikit-sikit.  Bukannya tak baca langsung pun.  Ikutkan exam sekolah agama Adam Izz dah lama abis dari minggu lepas tapi disebabkan JDT menang main bola dan diumumkan cuti khas hari Ahad tu maka terpaksa lar ditunda.  Baru hari Selasa lepas, Adam Izz dah merdeka dari exam.  Budak-budak bila dah abis exam, apa lagi tab besar dan tab kecik terus jadi rebutan ler.  Sorang kena mengalah.  Hahaha....!!

Sempena Hari Guru yang jatuh pada 16hb tu hari, sehari sebelum exam, walaupun budak-budak tak excited sangat nak bagi hadiah kat cikgu, tapi ibu gigih juga nak sediakan untuk cikgu-cikgu sebagai tanda penghargaan.  Paling besar jasa yang paling aku hargai ialah cikgu tadika Adam Izz, Hanie dan Humairah iaitu Teacher Lia yang bersusah payah ajar anak-anak aku sampai boleh membaca dan mengira.  Aku tak pernah miss nak bagi hadiah kat Teacher Lia bila Hari Guru.  Plak tu, hari jadi dia pun jatuh pada Hari Guru juga.  So, sempena hari guru, aku cuma sediakan hadiah 6 ketul jer untuk budak-budak.  Sorang bawak 2 ketul hadiah.  Kasi lar hadiah kat cikgu favourite korang nanti.  Tak kan korang nak kasi hadiah kat cikgu satu sekolah pulak!  Melampau ler tu!  Aku ada join group teacher kat Facebook.  Ramai mak bapak kongsi gambar dan idea yang bernas untuk hadiah sempena Hari Guru ni. Sebenarnya cikgu ni yang paling dia suka ialah bila dia dapat set alat tulis pen merah pen biru, marker whiteboard, sebab itu lar peralatan yang hari-hari cikgu gunakan.  Tapi tahun ni, aku bagi hadiah yang lain.  Tahun depan boleh difikirkan nak bagi cikgu dengan hadiah yang macam tu.  



Macam comel jer kan?  Very the colourful...


Dah siap tampal teacher quotes.


Siap disampul.  Macam hadiah Krismas pulak!


Cupcakes lemon oreo untuk majlis sambutan Hari Guru di tadika Humairah.  Freshly baked pagi-pagi buta sebelum Humairah pergi tadika tau!  Sebenarnya aku tak minta balasan pun.  Cikgu Humairah pulangkan balik berkas aku dengan ada isi kat dalamnya.  Alhamdullilah...rezeki.


Kertas soalan yang dah siap print online.  Akan diberikan untuk Adam dan Hanie mase cuti sekolah nanti.  Humairah awal-awal cikgu dah bagi worksheet cuti sekolah masa last day sekolah hari ni.


Untuk anak-anak Ibu,

Ibu tak meletakkan harapan yang tertinggi untuk anak-anak ibu dalam result exam.  Ibu cuma harap anak-anak ibu faham apa yang cikgu ajarkan dan hormati guru.  Biar kita 'jatuh' dulu kerana sebelum kita bangkit untuk berjaya, kita akan 'jatuh' dan jadikan kejatuhan tu sebagai pembakar semangat kita untuk terus berjaya.  Gagal atau tak lulus dalam subjek tadika or sekolah rendah bukan lar penamat kehidupan anak-anak kita.  Perjuangan mereka masih jauh sangat.  





"It's okay not to be okay..." - Jessie J


Have a fun of school holidays and selamat berpuasa!  


Thanks for reading this entry.

Tuesday 10 May 2016

Busy vs Panas

Assalammualaikum...


Fuhhh...hari-hari yang mendatang memang tersangat lar mencabar kesabaran diri dalam mengharungi cuaca yang teramat panas sekarang ini.  Alhamdullilah, 2-3 hari yang lepas, Johor ada sekali sekala hujan lebat.



Hujan kalo 3 hari straight terus baru sejuk sikit muka bumi ni.  Kalo hujan sekejap jer, memang terasa bahang terus.  Walau apa pun, bersyukur lar walaupun hujan sekejap jer.  Harap-harap bulan puasa nanti, El Nino dah makin lemah dan makin banyak hari hujan nanti.


Mereka yang bekerja dalam office boleh lar merasa sejuk air cond, dok dalam kereta kena air cond lagi, balik rumah terus buka air cond sampai ke pagi.  Tapi bagi aku yang dok kat rumah, tak boleh ar nak on air cond 24 hours kan.  Consider lar sikit kat laki cheq!  Waktu malam jer lar on air cond sampai ke pukul 4 pagi.  Humidifier aku toksah lar nak cakap.  Hari-hari buka.  Sampai dah stuck benda tu, kejap ok, kejap tak ok.  Betulkan sikit, ketuk-ketuk, baru lar ok.  Humidifier aku pun dah ting tong since cuaca panas.  Malam pun terasa bahang.  Untung lar TNB...bil elektrik setiap umah sumo mencanak-canak naik tinggi.

Lambat betul aku nak update blog.  Bukan sebab apa pun, kekadang bila cuaca tengah panas, mood pun jadi ke laut nak update blog.  Bulan April catat rekod tak update blog langsung pun.  Hahaha...busy bebenor nampaknya aku ni.  Bila dah malas macam ni lar.  Banyak bahan nak update tapi malas pulak bila nak buka blog.  Sekarang ni aku tengah busy memintal reben untuk buat bunga pahar wedding adik ipar.  Nanti kalo dah siap, aku tunjukkan kat sini yerk!  Walaupun lama lagi penghujung bulan 9, tapi bila kita buat home made bunga pahar ni dalam jumlah yang banyak, kena lar siapkan awal-awal.  Lagipun ada lagi 3 set hantaran sedang menanti aku untuk digubah.  Goodies untuk budak-budak lagi nak kena sediakan.  Dalam kepala ini, macam-macam benda dan kerja nak kena buat.  Aku ni dah macam wedding planner pulak untuk adik ipar aku.  Yelar, dah dia takde kakak untuk dibuat rujukan, so banyak benda pasal wedding dia refer kat aku lar, the only one sister in law and daughter in law kan...

Adik ipar aku pun dah selamat beli goodies untuk vip sebanyak 600 ketul kat kedai kawin area sini jer.  Tu pun dia beli as I recommended.  Dia nak yang cantik, nak yang berat, nak yang murah.  So, tengah-tengah aku nak beli crepe papers kat kedai pengantin, melilau-lilau nak cari barang kraf lain, sekali terjumpa pulak goodies yang cantik bagi pandangan mata aku.  Seketul RM2.00 pulak tu!  Dah siap packing dalam kotak transparent dan ada tali reben lagi.  Jimat...tak perlu nak masukkan dalam kotak wedding lagi.  Cepat-cepat aku terus amik gambar dan send kat dia.  Adik ipar aku pun macam setuju lar dengan pilihan goodies aku.  Walaupun tokey cina tu cakap goodies yang kitaorang pilih ni dah outdated dan depa sebenarnya nak abiskan stok, that's why nak jual murah.  Harga sebenarnya RM3.00++.  Ahh...peduli apa kitaorang!  Outdated ke updated ke, janji ikhlas nak kasi kat orang kan.  Tu hari pergi wedding jiran, mak mertua aku dapat goodies bekas kaca yang bertutup plastik.  Sayangnyer...bekas tutup plastik tu tak boleh nak tutup pulak.  Pendek kata...bekas penutup macam tak sama saiz dengan bekas kaca tu.  Then, mak mertua aku ada pergi wedding kawan pak mertua aku kat Nilai, dapat lar goodies gelas kaca plain dengan takde kotak, just masukkan dalam beg kain jer.  Fuhh...kalo pecah, naya jer kan.  So, melihatkan goodies yang aku recommend kat adik ipar aku tu, aku rasa berpuas hati sebab lagi cantik, colorful dan useful.  Boleh dibuat perhiasan dan boleh diguna pakai.  Nak tahu apa goodies yang aku dah pilih untuk adik ipar aku tu, kita nantikan gambarnya menjelang majlis wedding tu bulan 10 nanti.  Nak tunjuk sekarang tak boleh, nanti tak surprisseee....!!

Sebenarnya kitaorang malas nak merewang kat Air Hitam sana tu walaupun banyak pilihan kat sana kan.  Tapi bila difikirkan sekali, memang sangat membazir lar sebab dengan duit minyak lagi, duit tol lagi, then harga barangan kaca kat sana pun lebih kurang jer dengan harga kat kedai kawin sini.  So, better beli jer lar kat sini.  Sekarang dah trend pulak kan, bila wedding jer mesti orang akan kasi goodies dari barangan kaca, tak kira lar gelas ke mangkuk ke piring, janji benda tu berat.  Orang zaman sekarang dah tak kasi lagi dah kerepek, kuih baulu ke kek lapis macam orang dulu-dulu.  Leceh nak packing satu-satu.

Insha Allah...cuti sekolah bulan 5 nanti, maybe Adam Izz kan disunatkan laser kat hospital.  Untung lar Adam, nenek hang nak tanggung pembiayaan sunat laser hangpa kat hospital.  Kos sunat laser tu of course makan beribu nyer. Ikutkan ibu, nak jimat, sunat guna pisau jer dah!  Baru real man!  Mak mertua aku cakap lukanya cepat kering.  3 hari jer dah boleh pakai seluar.  Iyo lar...den ikot jor!

Yeszaa...aku berjaya beli baju kat EJ Style secara online!  Walaupun aku beli online hari jumaat, message kat depa berulang kali, siap dah screenshot payment yang aku bayar tapi depa dok senyap jer dan akhirnya pihak ejstyle hanya reply message aku bila hari Isnin.  Perghh...nasib baik tak kena maki.  Kesabaran masih lagi menyelubungi diriku.  Depa cuma online hari bekerja jer dan offline hari weekend.  Loor...kalo offline pun, reply ar message aku kat whatapps tu kejap, tak pun kat facebook messager tu.  Ni tidok, duit dah transfer woii...!!  Kat facebook mung update macam-macam. Mau tak hangin kepala cheq kalo mung buat-buat tak nampak message cheq kat facebook tu.



Ni lar baju yang aku nak grab tu.  Aku suka details kat pergelangan tangan dia jer.  Ala-ala saloma gitew!  Yang bloody red tu lawa kan tapi dah abis stok.  Yang hijau zaitun tu pun dah abis stok.  So, aku pilih color biru jer lar!  Nasib ada stok lagi.  Sekarang ni pun depa tengah buat promosi lagi kat web diaorang.  Rerajin lar pegi tengok web depa sana tu.  Yang pasti, ni bukan baju raya aku untuk tahun ni.  Hahaha...!!



Sekarang ni musim budak-budak tengah exam setengah tahun.  Untuk minggu kedua ni, Hanie tengah exam sekolah agama dan Humairah exam untuk tadika.  Minggu depan baru Adam start exam sekolah agama pulak.  Last week before cuti sekolah dua minggu nanti, aku rasa mesti exam untuk sekolah rendah pulak, walaupun cikgu belum kasi jadual lagi.  Memang dah agak dah.  Budak-budak pun macam dah tak sabar jer nak cuti sekolah 2 minggu.  Apa taknya, tak sabor nak pergi mengajak tengok movie Angry Bird kat wayang nanti.  Mak budak pun tak sabor gak nak cuti sekolah 2 minggu nanti. Banyak benda nak buat.  Paling penting nak kemas rumah sebelum puasa nanti.  Fighting!

After this tak boleh ar nak mengharapkan aku update blog sepanjang minggu dan sepanjang bulan.  This year memang ada busy sikit untuk siapkan tempahan orang.  Then, after that ada planning business sikit.  Insha Allah...semuanya dalam perancangan lagi.  

Anak-anak, selamat menjawab peperiksaan setengah tahun.

Last sekali, Selamat Berpuasa untuk semua saudara muslimku di seluruh dunia.  Alhamdullilah...kita dapat bertemu lagi untuk menambahkan ibadat di bulan barakah ini. 


Thanks for reading this entry