Video Of The Month

Tuesday, 10 May 2016

Busy vs Panas

Assalammualaikum...


Fuhhh...hari-hari yang mendatang memang tersangat lar mencabar kesabaran diri dalam mengharungi cuaca yang teramat panas sekarang ini.  Alhamdullilah, 2-3 hari yang lepas, Johor ada sekali sekala hujan lebat.



Hujan kalo 3 hari straight terus baru sejuk sikit muka bumi ni.  Kalo hujan sekejap jer, memang terasa bahang terus.  Walau apa pun, bersyukur lar walaupun hujan sekejap jer.  Harap-harap bulan puasa nanti, El Nino dah makin lemah dan makin banyak hari hujan nanti.


Mereka yang bekerja dalam office boleh lar merasa sejuk air cond, dok dalam kereta kena air cond lagi, balik rumah terus buka air cond sampai ke pagi.  Tapi bagi aku yang dok kat rumah, tak boleh ar nak on air cond 24 hours kan.  Consider lar sikit kat laki cheq!  Waktu malam jer lar on air cond sampai ke pukul 4 pagi.  Humidifier aku toksah lar nak cakap.  Hari-hari buka.  Sampai dah stuck benda tu, kejap ok, kejap tak ok.  Betulkan sikit, ketuk-ketuk, baru lar ok.  Humidifier aku pun dah ting tong since cuaca panas.  Malam pun terasa bahang.  Untung lar TNB...bil elektrik setiap umah sumo mencanak-canak naik tinggi.

Lambat betul aku nak update blog.  Bukan sebab apa pun, kekadang bila cuaca tengah panas, mood pun jadi ke laut nak update blog.  Bulan April catat rekod tak update blog langsung pun.  Hahaha...busy bebenor nampaknya aku ni.  Bila dah malas macam ni lar.  Banyak bahan nak update tapi malas pulak bila nak buka blog.  Sekarang ni aku tengah busy memintal reben untuk buat bunga pahar wedding adik ipar.  Nanti kalo dah siap, aku tunjukkan kat sini yerk!  Walaupun lama lagi penghujung bulan 9, tapi bila kita buat home made bunga pahar ni dalam jumlah yang banyak, kena lar siapkan awal-awal.  Lagipun ada lagi 3 set hantaran sedang menanti aku untuk digubah.  Goodies untuk budak-budak lagi nak kena sediakan.  Dalam kepala ini, macam-macam benda dan kerja nak kena buat.  Aku ni dah macam wedding planner pulak untuk adik ipar aku.  Yelar, dah dia takde kakak untuk dibuat rujukan, so banyak benda pasal wedding dia refer kat aku lar, the only one sister in law and daughter in law kan...

Adik ipar aku pun dah selamat beli goodies untuk vip sebanyak 600 ketul kat kedai kawin area sini jer.  Tu pun dia beli as I recommended.  Dia nak yang cantik, nak yang berat, nak yang murah.  So, tengah-tengah aku nak beli crepe papers kat kedai pengantin, melilau-lilau nak cari barang kraf lain, sekali terjumpa pulak goodies yang cantik bagi pandangan mata aku.  Seketul RM2.00 pulak tu!  Dah siap packing dalam kotak transparent dan ada tali reben lagi.  Jimat...tak perlu nak masukkan dalam kotak wedding lagi.  Cepat-cepat aku terus amik gambar dan send kat dia.  Adik ipar aku pun macam setuju lar dengan pilihan goodies aku.  Walaupun tokey cina tu cakap goodies yang kitaorang pilih ni dah outdated dan depa sebenarnya nak abiskan stok, that's why nak jual murah.  Harga sebenarnya RM3.00++.  Ahh...peduli apa kitaorang!  Outdated ke updated ke, janji ikhlas nak kasi kat orang kan.  Tu hari pergi wedding jiran, mak mertua aku dapat goodies bekas kaca yang bertutup plastik.  Sayangnyer...bekas tutup plastik tu tak boleh nak tutup pulak.  Pendek kata...bekas penutup macam tak sama saiz dengan bekas kaca tu.  Then, mak mertua aku ada pergi wedding kawan pak mertua aku kat Nilai, dapat lar goodies gelas kaca plain dengan takde kotak, just masukkan dalam beg kain jer.  Fuhh...kalo pecah, naya jer kan.  So, melihatkan goodies yang aku recommend kat adik ipar aku tu, aku rasa berpuas hati sebab lagi cantik, colorful dan useful.  Boleh dibuat perhiasan dan boleh diguna pakai.  Nak tahu apa goodies yang aku dah pilih untuk adik ipar aku tu, kita nantikan gambarnya menjelang majlis wedding tu bulan 10 nanti.  Nak tunjuk sekarang tak boleh, nanti tak surprisseee....!!

Sebenarnya kitaorang malas nak merewang kat Air Hitam sana tu walaupun banyak pilihan kat sana kan.  Tapi bila difikirkan sekali, memang sangat membazir lar sebab dengan duit minyak lagi, duit tol lagi, then harga barangan kaca kat sana pun lebih kurang jer dengan harga kat kedai kawin sini.  So, better beli jer lar kat sini.  Sekarang dah trend pulak kan, bila wedding jer mesti orang akan kasi goodies dari barangan kaca, tak kira lar gelas ke mangkuk ke piring, janji benda tu berat.  Orang zaman sekarang dah tak kasi lagi dah kerepek, kuih baulu ke kek lapis macam orang dulu-dulu.  Leceh nak packing satu-satu.

Insha Allah...cuti sekolah bulan 5 nanti, maybe Adam Izz kan disunatkan laser kat hospital.  Untung lar Adam, nenek hang nak tanggung pembiayaan sunat laser hangpa kat hospital.  Kos sunat laser tu of course makan beribu nyer. Ikutkan ibu, nak jimat, sunat guna pisau jer dah!  Baru real man!  Mak mertua aku cakap lukanya cepat kering.  3 hari jer dah boleh pakai seluar.  Iyo lar...den ikot jor!

Yeszaa...aku berjaya beli baju kat EJ Style secara online!  Walaupun aku beli online hari jumaat, message kat depa berulang kali, siap dah screenshot payment yang aku bayar tapi depa dok senyap jer dan akhirnya pihak ejstyle hanya reply message aku bila hari Isnin.  Perghh...nasib baik tak kena maki.  Kesabaran masih lagi menyelubungi diriku.  Depa cuma online hari bekerja jer dan offline hari weekend.  Loor...kalo offline pun, reply ar message aku kat whatapps tu kejap, tak pun kat facebook messager tu.  Ni tidok, duit dah transfer woii...!!  Kat facebook mung update macam-macam. Mau tak hangin kepala cheq kalo mung buat-buat tak nampak message cheq kat facebook tu.



Ni lar baju yang aku nak grab tu.  Aku suka details kat pergelangan tangan dia jer.  Ala-ala saloma gitew!  Yang bloody red tu lawa kan tapi dah abis stok.  Yang hijau zaitun tu pun dah abis stok.  So, aku pilih color biru jer lar!  Nasib ada stok lagi.  Sekarang ni pun depa tengah buat promosi lagi kat web diaorang.  Rerajin lar pegi tengok web depa sana tu.  Yang pasti, ni bukan baju raya aku untuk tahun ni.  Hahaha...!!



Sekarang ni musim budak-budak tengah exam setengah tahun.  Untuk minggu kedua ni, Hanie tengah exam sekolah agama dan Humairah exam untuk tadika.  Minggu depan baru Adam start exam sekolah agama pulak.  Last week before cuti sekolah dua minggu nanti, aku rasa mesti exam untuk sekolah rendah pulak, walaupun cikgu belum kasi jadual lagi.  Memang dah agak dah.  Budak-budak pun macam dah tak sabar jer nak cuti sekolah 2 minggu.  Apa taknya, tak sabor nak pergi mengajak tengok movie Angry Bird kat wayang nanti.  Mak budak pun tak sabor gak nak cuti sekolah 2 minggu nanti. Banyak benda nak buat.  Paling penting nak kemas rumah sebelum puasa nanti.  Fighting!

After this tak boleh ar nak mengharapkan aku update blog sepanjang minggu dan sepanjang bulan.  This year memang ada busy sikit untuk siapkan tempahan orang.  Then, after that ada planning business sikit.  Insha Allah...semuanya dalam perancangan lagi.  

Anak-anak, selamat menjawab peperiksaan setengah tahun.

Last sekali, Selamat Berpuasa untuk semua saudara muslimku di seluruh dunia.  Alhamdullilah...kita dapat bertemu lagi untuk menambahkan ibadat di bulan barakah ini. 


Thanks for reading this entry


No comments: