Video Of The Month

Wednesday 30 December 2015

Tutu Skirt By Imerynz

Assalammualaikum...


Sebelum ini aku dah pernah bagitau kat korang yang kakak aku ada order tutu skirt 2 pasang untuk 2 orang anak perempuan dia.  Sorang nak color hitam, sorang nak color biru.  Of course handmade by me!  Bila aku buat tutu skirt ini, anak perempuan aku yang Hanie dengan tersipu-sipu tanya...

" Ibu, skirt ni siapa punya? "
" Sepupu Hanie.  Diaorang order. "
" Oooo...cantik lar, ibu.  Macam princess. "
" Kenapa?  Hanie nak ke? "
" Nak...! "
" Ok, kalo ada masa, ibu jahitkan skirt kembang like a princess. like a Cinderella, khas untuk Hanie ekk. "
" Ok, ibu..."

Kembang kuncup hah hidung Hanie bila tau aku nak jahitkan skirt untuk dia nanti.  Dan yang pasti bukan sehelai aku perlu jahitkan untuk Hanie sorang jer.  Of course lar sehelai skirt sekali untuk adik dia, Humairah.  Kang tak pasal-pasal berebut plak 2 beradik tu.  

Tutu skirt ni telah pun selamat sampai ke tangan kakak aku masa awal bulan Disember.  Punya lar banyak betul rintangan masa bila nak menyiapkan tutu skirt ni.  Budak nak final exam lar, tak sihat lar, dan macam-macam lagi lar.  Alhamdullilah...responnya sangat memuaskan hati.  Suka hah...anak-anak sedara aku dapat tutu skirt yang diidam-idamkannya.  Beli kat luar belum tentu dapat harga yang aku bagi, dan belum tentu dapat design yang aku buat dan material kain yang aku cari sendiri.

Insya Allah...lepas ni busy lar I nak jahit baju aku dan anak-anak untuk wedding adik ipar aku next year nanti.  Tengah cari design yang sesuai dengan gaya muslimah haute couture!  Masa majlis adik ipar aku bertunang, ramai hah kawan-kawan adik ipar aku puji baju Hanie dan Humairah comel dan cantik.  Ternganga mulut depa bila Hanie cakap ibu yang jahitkan.  Cantik dan jimat kos!  Nak beli kat luar, rabak duit beli dress kembang untuk girls jer.  And aku suka bila design ni only my daughters jer yang pakai.  Means that, takde jual kat mana-mana kedai or butik sekali pun.  



Dress Hanie dan Humairah masa majlis tunang adik ipar.  Handmade by Imerynz.



Ni belum cukup kembang lagi.  Kalo ikutkan pada budget, dapat lar kembang macam ni.  Tapi kalo tak ikut budget, kira jer lar berapa, nanti-nanti boleh claim, memang aku akan buatkan kembang semangkuk macam dress Cinderella 2015 tu! 


Ni kes tengah berangan nak jadi Cinderella 2015 lar ni, nak pakai dress kembang masa wedding adik ipar nanti.  Weeii..suka sangat dress Nana masa buat performance Gegar Vaganza tapi tak nak crowded sangat dengan lace yang berat.  Nak yang simple jer.  Kang orang kata dress mengalahkan pengantin plak!  Bulan 10 next year majlis weddingnya nanti, insya Allah.  Dewan pun awal-awal dah booking.  Harap sempat lar nak mencari material kain dan siapkan sebelum majlisnya nanti.  Nantikan dah sibuk nak buat goodies lagi, tolong siapkan dewan lagi, aturcara lagi.  Aduyaii...!!

Wish me luck with my only brand, Thisisme by Imerynz!  Insya Allah....



Thanks for reading this entry!



Sunday 27 December 2015

What's up!

Assalammualaikum....


Mana lar penulis blog ni pergi ekk...?


Cuti sekolah pun sibuk juga ke?  


Yer, memang sibuk.  Mana nak jahit kain sekolah Hanie, nak jahit baju yang akak aku order, siapkan hantaran dan goodies untuk wedding adik lelaki aku, siapkan persiapan barang sekolah budak-budak lagi, hantar Humairah ke tadika untuk kelas membaca Cahayaku dan macam-macam lagi urusan.


Ditambah lagi dengan sifat malas nak update blog walaupun hari-hari buka blog sendiri tapi pi layan facebook lar, twitter lar, youtube lar, pinterest lar, v app lar, korean drama lar, cari bahan rujukan kat google lar, dah blog sendiri terbengkalai macam tu jer...


Tak semua orang ada masa untuk update blog.  Kekadang kita ada bahan untuk update tapi masa pula tak mengizinkan.  Kekadang kita takde bahan untuk update, tapi teringin pulak nak bercoleteh yang bukan-bukan kat dalam blog.  Blog kita kan, janji berupdate!


Cuti sekolah ni sempat lar aku mencari bahan untuk buku rujukan dan latihan Adam, Hanie dan Humairah.  Semua dah siap pun sampul dengan plastic.  Yelar...buku baru kan!  Biar banyak sikit buku latihan ulangkaji tu kat rumah supaya boleh terbiasa menjawab macam-macam trick soalan.  Lain brand buku, lain skill soalan dia.  Kadang-kadang brand buku yang cikai pun lagi mencabar soalannya dari yang branded, tau tak?


Of course lar, sana sini orang berupdate sibuk pasal persiapan sekolah anak-anak memasing.  Lepas tu, awal tahun nanti, orang busy pulak berupdate pasal persiapan hari raya.  Macam tu lar orang pompuan...kata GST tu membebankan tapi bila bab shopping, tak pernah rasa terbeban.  Hahaha....  Kalo bijak berbelanja, dapat survey harga lagi murah, insyallah...boleh dapat banyak penjimatan.




Bukti aku siapkan hantaran untuk adik lelaki aku.  Semuanya DIY tau...!  Ni yang dah siap spray dengan silver.  Tema color pink purple silver bling bling.  Tema hantaran - Kala cinta bertasbih.
Ppuihh...


I'm still don't believe it until now.  Baju kemeja sekolah Adam Izz limited saiz boleh pulak dijual dengan harga RM4.00?  Elok pulak tu...takde capuk2 kuning pun.  Dijual dalam sarung plastik siap digantung lagi, takde lar main campak-campak kat dalam tray tu.  Dapat lar sauk 2 helai buat stok tahun depan ker.  Macam biasa...kain sekolah Hanie tahun ni pun akan dijahit.  Tahun lepas dah tak muat sebab dah singkat.  Cepat betul anak aku membesar.  


Every year memang aku siapkan list yuran macam ni.  Senang nak tengok apa yang patut dan tak patut beli untuk barang persekolahan budak-budak ni.  Semua perbelanjaan masih mengikut apa yang tercatat dalam list ni.  Belum ada lagi yang terkeluar dari list perbelanjaan.


Tahun depan Humairah dah masuk tadika.  Tadika yang sama abang dan kakak dia belajar.  Ada kenaikkan sikit yuran bulanan tadika Humairah kali ini but what to do, just go on with the flow.  Tu pun dah tolak sebab ada sesetengah buku-buku tadika Humairah tak perlu beli macam Qiraati, Bacalah Jawi sebab dah ada abang dan kakak dia beli dulu dan still simpan lagi sampai sekarang.  That's why aku masukkan Humairah ke tadika yang sama.  Kalo masuk tadika lain, dan tentu kena beli buku lain pulak.  Lagipun aku suka sistem membaca tadika ini.  Macam aku ceritakan sebelum ini, dari Adam dan Hanie cakap bahasa alien, sampailah sekarang boleh bercakap bahasa melayu dan english.  Good job, all the teachers of Tadika Restu!

Then, budak-budak ni dapat durian runtuh bila makcik diaorang/adik ipar aku kasi RM150 untuk beli bag sekolah dan top up barang persekolahan yang mana tak cukup.  Alhamdulillah...murah rezeki ko, Lin.  Terus hah...beli bag baru yang berharga RM39.90 untuk seorang.  Walaupun beg tahun lepas masih elok dipakai lagi, tapi amanah orang suruh beli beg sekolah untuk budak-budak ni kan, kena lar beli.  Aku budget beli beg sekolah yang aku jumpa kat online.  Tersangat lar murah dan comel sungguh!  Tapi my laki pulak tak berkenan sebab takut tak tahan lama dan mudah terkoyak.  Tu yang dah tertulis harga bajet beg sekolah dalam list perbelanjaan.  Tapi sebenarnya harga beg sekolah budak-budak dah tersimpang jauh.  Nasib adik ipar aku yang belanja.  Ikutkan hati aku, memang tahun ni tak payah beli beg sekolah pun!

Barang-barang peralatan tulis semua of course beli kat kedai RM2.12 dan kedai DIY jer.  Ada satu kotak pensil jenama Nikki 12 batang jual kat kedai RM2.12 ni yang aku dan budak-budak suka dan selesa gunakannya.  Selalu beli borong banyak sampai 5 kotak.  Tak sampai setengah tahun dah abis pun stok pensil budak-budak ni.  Aishhh...!!




Disebabkan UPSR kali ini format kertas 2 dah lain paper, bukan lagi markahnya dicampurkan terus ke paper 1, maka aku rasa aku perlu menitikberatkan tentang subjek penulisan bm/bi pada Adam.  Aku nak ikut taktik cikgu aku masa sekolah dulu, 1 hari 1 karangan bm dan bi.  Pening kepala cari buku yang sesuai dengan kehendak aku.  Aku suka cari buku yang siap ada contoh dan tips-tips untuk skor subjek penulisan ni.  Hanie pun aku nak dedahkan dia dengan menulis short story walaupun dia baru darjah 3 tahun depan.


Kasut yang comel atas kotak tu tak lain tak bukan adalah Humairah punye.  Kasut sekolah princess dan transformer tu korang dah boleh agak saper punya.  Percuma beg transformer.  Beg princess dah abis stok.  Takpe lar, takde rezeki.  Masa beli kasut sekolah ni, tengah offer harga sepasang kasut transformer dan princess ialah RM22.49.  Kembang hidung Hanie bila tengok kasut sekolah dia ada tulisan timbul Cinderella.  Dan macam biasa, bukan sepasang kasut sekolah jer yang aku beli untuk budak-budak tahun ni.  Selalunya dua pasang kasut mahal, dua or tiga pasang lagi beli kasut sekolah yang murah sebagai gantian bila hari hujan.  Kakak aku belikan kasut getah untuk anak-anak dia tahun lepas, dia kata tahan giler, paling senang nak basuh dan cepat kering.  5 minit jer dah kering.  Kakak aku cakap, kasut sekolah getah ini khas untuk budak yang malas basuh kasut jer.  So, aku pun borong kasut getah sepasang untuk Humairah dan 2 pasang untuk Hanie pasal dia yang paling lasak dan kasut sekolah dia yang paling kotor sekali. Takde lar lepas ni aku nak sental kasut sekolah depa sungguh-sungguh.  Kasut sekolah getah kat tempat aku ni cuma RM8.90 sepasang.




Penuh hah kat wall aku orang sharekan macam mana nak tampal lencana dan name tag sekolah kat baju dengan menggunakan gam uhu dan iron.  Tapi aku tetap dengan cara kuno aku iaitu dengan menjahitnya dengan kemas.  Sebab hujung tahun nanti, lencana dan name tag tu akan ku tanggalkan dan dijahit semula pada baju sekolah yang baru.  Senang...tak payah beli dan beli lagi lencana yang baru, guna pakai yang lama jer.  Baju sekolah yang lama pun tak rosak jadinya dan boleh didermakan pada mereka yang memerlukan. 


Teka...ni harga untuk apa?  Ini ialah harga untuk tudung sekolah instant.  


Ini ialah harga untuk baju kurung sekolah.  Kain licin ok!  Aku tak kisah baju sekolah brand apa.  Signature ke Canggih ke, bagi aku baju sekolah sumo kalo pakai dari awal tahun sampai hujung tahun tetap akan menjadi kusam gak!  Kalo baju sekolah tu dari yang branded dengan harga sampai berpuluh ringgit, boleh otomatik putih sepanjang masa or kain jenis wrinkle less, takpe lar juga!  Berbaloi lar membeli dengan harga yang mahal.  Ini aku tengok material kain dan jahitan baju sekolah, branded ke non branded, lebih kurang sama jer.


Ini ialah harga untuk seluar sekolah biru.  Makin meningkat saiz, makin naik harga dia.  Nasib aku tak reti jahit seluar sekolah biru ni.  Lagipun material kain untuk jahit seluar sekolah ni agak tebal dan mahal.  Aku tau lar, pasal aku dah tanya kat kedai kain.  So, aku rasa berbaloi dengan harganya berbanding kalo nak beli kain meter dan jahit sendiri seluar sekolah biru ni.  


Ini ialah harga untuk kain sekolah biru.  Memandangkan aku terlampau sibuk dengan urusan harian, maka aku takut tak sempat nak siapkan kain sekolah Hanie bila nak naik sekolah nanti.  Oleh itu, aku terpaksa buat backup plan dengan membeli kain sekolah yang dah siap.  Eh, murah plak harga kain sekolah kat sini!  Yang RM11.90 tu harga kain sekolah jenis cotton, yang RM13.90 plak untuk kain sekolah licin.


Pada 25hb yang lepas, aku dah selesai beli buku tulis untuk sekolah rendah.  Dah siap tulis nama dan sampul buku sekali.  Tak complete lagi list buku aktiviti yang perlu dibeli sebab ada stok buku yang belum sampai lagi.  Esoknya pula aku selesai bayar balance yuran tadika Humairah.  Alhamdulillah...Humairah boleh serasi dengan teachers kat Tadika Restu ni.  Maybe dia dah terbiasa masa dia kecik-kecik dulu pernah hantar dan amik kakak dia kat Tadika Restu ni.  Takut juga kalo-kalo dia tak ngam dengan teachers kat tadika ni.  Dengan pekerja Indon aku pun, bila diaorang tegur, Humairah dah tersorok kat belakang aku hah.  Budak ni memang susah sikit nak mesra alam.  29hb pula nanti bayar untuk yuran dan kitab sekolah agama.  Nak dekat hujung tahun ni, duit memang sentiasa mengalir keluar untuk bayar yuran budak-budak jer lar.  Memang tiap-tiap tahun, aku dah prepare awal-awal untuk perbelanjaan sekolah budak-budak ni.  Ada juga para ibu bapa yang berpusu-pusu untuk membeli barang sekolah di saat akhir hujung cuti sekolah.  Relakss...nanti naik sekolah dapat bantuan RM100, dapat BR1M, boleh beli lagi perkakas sekolah, bayar yuran yang mana tertangguh.

Berakhir lar sudah tahun 2015 kali ini.  Semoga kita dapat mengakhirinya dengan baik dan menjadi insan yang lebih berinovasi.

Aku tak pernah ada target untuk azam.  Tahun lepas azam apa, tahun ni azam apa.  Aku cuma mengharapkan yang aku dapat mengharungi tahun depan yang lebih mencabar dan kritikal dengan perancangan yang baik.  Sambil itu, marilah kita lebih prihatin dengan saudara muslim kita yang tertindas di seluruh dunia dan membantu sekadar yang mampu untuk insan yang kekurangan.

Selamat datang 2016.  I'm ready!  Bring it on!



Uwaaa....tahun depan adik ipar aku nak kawin!  I need the ideas to design my haute couture dress!!



Thanks for reading this entry!



Wednesday 23 December 2015

Berkatkah Rezeki Kita Cari Selama ini?

Assalammualaikum...





SubhanAllah...

Sungguh jujur budak ni.  Hanya disebabkan dia tiru dalam exam maka dia tak mahu nanti esok dia kerja, tak berkat pula duit gaji dia.

Bagaimana pula dengan kita?  

Cukup berkat kah rezeki dan gaji yang kita dapat selama ini?

Teringat dulu masa aku belajar kat UiTM, Shah Alam.

Bila nak final exam, bertungkus lumus menghafal segala teori dan rumus, study sampai pagi, tidur dapat sejam dua pun jadi lar.  Pergi kuliah masuk dewan exam, aku dah terasa kepala aku lagi besar dari badan aku.  Sarat dengan pelbagai info.

Paling tragic sekali bila course aku ada subject BUSINESS LAW.  Segala act/akta dalam buku business law tu aku hafal semua.  Sebab bila dah tersalah tulis act/akta dengan nombor sekali, of course terang-terang ko dah salah jawapan.  Terus terang aku katakan, subject Law memang susah giler.  Walaupun kita tahu pada satu akta tu, kita tak dapat pengadilan tapi sebenarnya ada akta lain pula yang boleh kita tuntut hak kita. Amazing, right?  Ok lar, kalo aku teruskan aku rasa aku dah boleh jadi peguam, tinggal lagi aku ni jenis tak reti nak bercakap depan orang ramai.  

Kita tinggalkan dulu pasal subject law tu dan kita sambung balik cerita tadi.

Dapat jer kertas soalan, baca bismillah, baca soalan dengan teliti, dah tau jawapan, luahkan segala yang ada dalam kepala otak aku ke atas kertas jawapan.  Bila dah hantar kertas jawapan kat lecturer, terus keluar dari dewan exam, baru lar terasa ringan sikit kepala aku.

Tengok result kat notice board, terasa puas hati dapat antara yang terbaik sebab itu lar hasil usaha, penat jerih kita belajar sampai ke pagi.  

Even final exam or monthly test tak semua orang akan berlaku jujur pada diri sendiri untuk mahu lulus kredit dalam sesuatu subjek.  Of course lar ada juga yang meniru, ada yang bawa nota jawapan kecik dan macam-macam lagi trick tapi aku tak mahu sentuh siapa dan siapa walaupun aku tahu orang yang paling terdekat buat macam itu ialah kawan aku sendiri.

So, aku pun dah cerita kat korang dalam blog ni kan tentang aku telah dikhianati oleh kawan aku sendiri dalam assignment group project.  Cari lar sendiri entry tu dalam blog ni.  Aku belum buang lagi rasanya. That's why aku prefer buat assignment individual.  Bila buat group assignment, ada lar malaun yang cuba mencuri idea dan isi-isi penting aku, then bagi tau kat lecturer yang aku tak buat kerja.  Harap orang tu 'berkat' lar rezeki dia bekerja yerk bila dia buat aniaya macam ni kat aku.  Well, selagi dia tak minta maaf, selagi itu aku tak 'halal'kan apa yang dia dah buat aku dulu.

Perkara ini bukan lar terjadi masa zaman aku study jer, malah sekarang ni pun berlambak orang macam tu.  Kes kawan makan kawan.  Hati-hati yer bila berkawan.  Cari lah kawan yang tidak mempergunakan kita untuk kesenangan dia.  

Jujur pada diri sendiri apabila menuntut ilmu.  Takut nanti rezeki yang kita dapat bila kita bekerja nanti, tidak berkat, walaupun kita bekerja dari sumber yang halal.  Kita mungkin lupa yang kita ada buat something masa kita study dulu, tapi bila kita teringat balik, cepat-cepat lar solat Taubat kepada Yang Maha Pemberi Rezeki.


Thanks for reading this entry!


Sunday 22 November 2015

Peranakkan Turun. How to Know it? (For Women Please...)

Assalammualaikum....


Pernahkah anda mengalami keadaan yang tidak selesa di bahagian faraj seperti ada sesuatu yang nak terkeluar tapi tak terkeluar?  Atau pernahkah anda mengalami buang air kecil yang tak puas walaupun anda telah berkali-kali pergi ke bilik air untuk membuang air kecik.  Pernahkah anda mengalami tidak selesa di bahagian ari-ari anda?  Itu lar penanda peranakkan anda telah turun.  Tapi ini tanda-tanda yang tidak terlalu teruk sangat dan masih boleh diperbetulkan jika anda cepat-cepat pergi berurut.  Kalo tanda-tanda yang teruk pula jika anda mengalami pendarahan yang banyak di bahagian faraj dan terdapat satu benjolan sudah terkeluar dari vagina anda, haa...masa tu dah terlambat nak masukkan balik semula, pergi hospital, terpaksa kena potong.  

Keadaan ini adalah normal bagi wanita yang sudah bersalin berulang kali.  Tetapi jangan ingat peranakkan turun hanya berlaku pada wanita yang sudah berkahwin jer.  Wanita yang belum berkahwin pun boleh berpotensi besar untuk mengalami simptom peranakkan turun jika mereka aktif di dalam bidang sukan dan selalu membuat kerja-kerja berat.  

2 hari lepas, aku baru lepas berurut untuk naikkan peranakkan.  Ikutkan aku malas nak pergi berurut.  Nak urut sendiri jer kat rumah kan.  Tapi tau jer lar...sendiri urut mana nak sedap dengan tangan tukang urut kan.  Baiknya dua tiga hari jer lepas tu datang balik rasa tak selesa kat bawah tu.  At last, terpaksa pergi berurut gak dengan tukang urut yang juga bekas tukang urut masa aku lepas bersalin.  Kena buat appointment dulu dengan makcik ni sebab banyak orang tempah dia untuk datang mengurut.  Famous makcik tukang urut ni tau!  So, makcik ni pesan kat aku, jangan buat kerja berat-berat.  Jangan amalkan minuman berais.  Jangan tolak barang guna ibu jari kaki sebab ibu jari kaki ada hubungan dengan rahim/peranakkan kita.  Turun naik tangga juga boleh menyumbangkan kepada kesan kepada peranakkan turun. Aisshhh...nampaknya lepas ni aku kena kurangkan sikit turun naik tangga.  Maybe lepas ni, kalo nak turun tangga, aku kena pegang perut aku erat-erat supaya jangan kasi jatuh ke bawah.  

Itu jer lar pesanan penaja dari makcik tukang urut tu.  Sambil tu dia puji gak perut aku nampak cantik lepas bersalinkan 3 orang.  Takde nampak parut-parut selulit pun kat perut.  Kalo ada pun parut selulit tu, buat apa nak dimalukan?  Malah lagi bersyukur sebab diizinkan Allah untuk membawa sebuah nyawa.  

Sebenarnya kita boleh buat pemeriksaan sendiri sekiranya kita nak tahu macam mana rahim/peranakkan ni terkeluar ke tak.  Caranya ialah buat dalam keadaan mencangkung.  Masukkan 1 jari ke dalam vagina.  Kalo ada macam ada guli besar atau tombong kat tengah laluan tu maknanya peranakkan kita turun.  Lagi dalam tombong tu lagi sihat lar rahim kita.



Ooo..macam ni rupa tombong!  Aku pun baru tau!  Takpe kita share sama-sama yerk!



Masa aku pergi berurut tu hari, makcik tu cakap agak kritikal gak peranakkan aku turun.  Biasalah dah lama tak pergi mengurutkan.  Last berurut dengan makcik tu dua-tiga tahun lepas kot.  Makcik tu tahan nafas tau masa dia tekan perut aku dari bawah ke atas.  Dengan aku sekali tahan nafas untuk jerit.  Agak bisa gak bekas tempat dia urut tu.  Tapi untuk pastikan rahim aku berkeadaan baik, tahan jer lar sakit tu kan...

Makcik tu pun ada pernah urutkan Adam Izz, 4 tahun lepas.  Aku cakap kat makcik tu Adam Izz tak boleh kena sejuk sikit, tak boleh minum air berais, nanti mula lar datang semput dia.  Dulu Adam Izz mudah terkena batuk semput.  Lepas makcik tu urutkan Adam Izz, betulkan urat saraf dia sikit ke apa, sejak dari tu terus Adam Izz jarang terkena semput.  Setakat batuk biasa jer tu adalah, tapi tak sampai ke tahap asma lelah.  Alhamdullilah.

So, macam mana kita nak elakkan peranakkan kita turun lagi?  Ni adalah perkongsian yang aku nak share khas untuk pembaca blog di sini.  Yang mana dulu pernah kondem blog ni, lepas tu datang senyap-senyap as silent reader hanya kerana nak tahu apa entry yang aku up kali ini dalam blog ni, takpe lar...aku halalkan ilmu ni dibaca oleh orang yang pernah kondem blog ni dulu.

Let's check out!













Pelvic floor exercises as an alternative to Hysterectomy for Uterine Prolapse- If you don't like Kegels, here are 5 Alternatives to Kegel Exercises:

Setu Bandha Sarvangasana Supported Bridge Pose as therapy for a prolapsed uterus, regulates menstrual flow:

Pin it! Watching out for these common mistakes in Bridge Pose will save your knee joints!:
Lakukan senaman seperti di atas.

  • Amalkan senaman kegel untuk menguatkan otot pelvis.  Cara melakukan senaman ini ialah dengan cara mengemut (seperti menahan kencing) selama 15 saat dan kemudian melepaskan kemutan tadiselama 5 saat.  Ulang beberapa kali.  Senaman ini boleh dibuat bila-bila masa saja sewaktu baring atau menonton tv.  Makin kerap dilakukan Insha Allah makin kuatlah otot pelvis kita.

  • Elakkan kehamilan yang rapat.  Jarakkan kehamilan anda.

  • Sila jumpa dengan doktor segera jika keadaan peranakkan anda semakin teruk.

  • Jika peranakkan/rahim anda berada dalam keadaan tidak selesa, cepat-cepat pergi berurut.  Jangan biarkan ianya semakin teruk.

  • Amalkan jamu yang telah diluluskan oleh kementerian kesihatan.

  • Amalkan pemakanan sihat dan berserat untuk melawaskan rasa sembelit.  Sebab sembelit yang lama boleh mengakibatkan peranakkan kita turun.


Rahim/Peranakkan wanita adalah anugerah Allah yang tak ternilai untuk kita.  Sudah tentu kita perlu menjaganya dengan baik untuk keharmonian rumahtangga suami isteri.  Perlu kita mengambil tahu tentang hal ini kerana ia melibatkan kesihatan dalaman diri kita.  Semoga perkongsian info ini dapat membantu kaum wanita di luar sana yang malu hendak bertanya tentang hal sulit ini.

Emm...lepas ni nak kena cari lar jamu mak dara ke jamu anak dara tu.  Tengok pekerja Indon aku, memang kuat makan jamu, that's why diaorang memang kuat bekerja.  Takde nya depa nak bergantung dengan ubat-ubat doktor ni, ada jer jamu indon yang depa beli kat toko-toko jamu bila depa balik indon untuk cop passport.  Aku pun rasa macam nak korek sikit rahsia diaorang, jamu apa yak yang paling bagus, pokoknya yang senang-senang aja, emangnya tak mau di pikirin sangat lor.  



Thanks for reading this entry!


Thursday 19 November 2015

Uwaaa...!! Humairah dah nak sekolah!

Assalammualaikum...


Aku menghilang bukan kerana tenggelam.

Aku menghilang kerana sedang mengalami tempoh hiatus yang aku sendiri pun tak tahu.

Maybe dah sedap dah lama tak update blog masa budak-budak tengah exam.  Sekarang budak-budak dah abis exam, dah dapat keputusan pun still dok malas juga nak update blog.  Zaman dah canggih sekarang.  Buku report dah tak main lagi dah.  Semuanya dah boleh check result di hujung jari anda.  Ker aku sorang jer yang baru tau pasal ni?  Hampeh betul!  Ceritanya bermula bila Cikgu kelas Hanie tak kasi slip keputusan exam akhir tahun dia, that's why aku terpaksa messenger kat facebook sekolah depa ni.  Turuih depa kasi laman web untuk tengok result anak tak kira anak hangpa sekolah rendah ke sekolah menengah.  Semua boleh check kat situ nok!

Sekarang ni pun busy buat preparation untuk pendaftaran tadika Humairah.  Sob...sob...sob...anak ibu sumo dah sekolah dah.  Tinggal ibu sorang-sorang kat rumah nanti.  Eh..tak, lepas bapak ko hantar Humairah ke tadika pagi-pagi buta, nanti dia balik ke rumah lar kan.  Apa lar...tinggal ibu berdua dengan ayah nanti kat rumah.

Gulp!

( Hah, mula ar tu nak pikir ke lain )

30 November ni Humairah dah start sekolah tadika untuk sessi membaca Cahayaku.  Juga untuk sessi menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah tadikanya.  Macam mana lar keadaan minah ni kat sekolah yerk?  Minah ni dah lar liat nak bangun pagi.  Moody dia memang tak tentu.  Tapi kalo bab gedik, joget, kasi lar kat dia.  Yang pasti nanti Humairah akan ditemani oleh abang dan kakaknya.  Dulu abang dan kakaknya ex student kat tadika tu. Dari abang dan kakak dia bercakap bahasa alien, terus dah boleh bercakap bahasa melayu dan inggeris.  So, nak dijadikan semua adil dan saksama, maka adiknya juga akan dicampakkan kat situ jugak.

Bila Humairah dah start sekolah tadika, aku kena lar get ready dengan persiapan membawa bekal khas untuk si minah ni. Dia ni agak cerewet sikit bila nak makan.  Hari-hari nak makan kulit ayam, isi ayam tak mau makan agak naik lemak gak budak ni.  Benda-benda pelik dia susah sikit nak makan. even aku buat chicken pot pie pun dia tak reti nak makan.  Aku takut kang kawan sebelah dia yang pi belasah nanti.  Haiyaaa...pening kepala nak fikir menu khas untuk bekal si minah ni nanti.

Apa-apa pun Ibu akan merindui Humairah nanti bila dah naik sekolah tahun depan.  Sebelum ini, hanya kita berdua jer duduk kat rumah.  Makan bersama, mandi bersama, tengok tv bersama, luangkan masa bermain bersama. Uwaaaa.....!!!  Sedihnya anak ibu dah nak sekolah tahun depan!  Humairah adalah anak yang tak pernah renggang dengan ibu.  Dari baby sampai sekarang, ibu jaga, tak pernah sekali hantar kat orang lain untuk jaga, celik mata jer dah nampak muka ibu.  Keluar dari perut terus nangis, bila nurse letak Humairah kat badan ibu, dengar suara ibu, terus tak nangis. Sekarang Humairah dah nak 5 tahun, jangan nangis tau bila kat sekolah nanti.  Takut ibu yang nangis pulak kang masa nak hantar Humairah pergi sekolah tadika nanti!

Ya...Humairah.

Jadi anak yang baik yer.  Dengar cakap cikgu, jangan nakal-nakal kat sekolah tau!


Uwaaa....!!!  Rindulah ibu kat Humairah nanti.  Can I survive?  Buat khemah kat tepi tadika boleh tak, cikgu?  




Thursday 5 November 2015

Hip...hip...Hooraayy!!

Assalammualaikum....


Tepat pukul 4.15 petang tadi, Adam Izz baru abis last paper final exam untuk sekolah agamanya.  Fuhh..selama 2 minggu aku dan my laki turut bergelumang dengan buku-buku dan contoh kertas soalan dari internet untuk memberi tunjuk ajar yang terbaik pada Adam Izz dan Hanie.  Minggu lepas, Hanie yang paling teruk sekali sebab pagi dan petang dia ada exam.  Pagi dia exam sekolah agama dan petang pula exam sekolah rendah.  Subjek sekolah rendah sebenarnya budak-budak ni dah ulangkaji dan buat latihan soalan since dari awal bulan 10.  Manakala Adam Izz pula, dia ada relaks sikit minggu lepas sebab pagi dia cuma exam sekolah rendah jer.  Petang dia cuti sekolah agama seminggu sebab budak darjah 1, 2 dan 3 guna kelas untuk final exam.  So, minggu ni giliran budak darjah 4. 5 dan 6 pulak yang exam dan hari ni kira last paper lar untuk final exam sekolah agama dia.  And this week, Hanie pula cuti sekolah agama seminggu.  Whoaa...makin naik lemak minah tu.  Mentang-mentang dah abis exam sekolah rendah dan agama dulu dari abangnya, punya lar berpoya-poya dok asyik main game jer!

Macam biasa aku amat titik beratkan untuk subjek sekolah agama.  Siapa yang dok kat Johor, tau ler macam mana prosedur result sekolah agama kat Johor ni.  Kalo tak lulus subjek teras memang tak dapat ler naik ke kelas untuk tahun depan.  Dah tak pasal-pasal kena repeat dok kelas yang sama.  Sebenarnya prosedur ini tak menyusahkan.  Malah, dah lama dipraktikkan sejak aku sekolah agama dulu.  Tak macam kat negeri-negeri lain, kelas KAFA, lulus ke tak lulus tetap naik kelas. 

Untuk subjek sekolah rendah pula, sebenarnya bukan lar tak penting langsung.  It's still important.  Cuma aku tak tekankan sangat untuk dapatkan skor yang tinggi kalo nak masuk ke kelas pandai.  Sekolah budak-budak ini still mengamalkan yang mana budak pandai, masuk kelas pandai, yang mana tak pandai, masuk kelas biasa-biasa jer, mengikut result final exam nanti.  Mana ada mak bapak yang tak nak anak dia masuk ke kelas pandai kan?  Tapi kena ingat, persaingan untuk mendapatkan skor tinggi semakin sengit dan akhirnya anak-anak ni akan menjadi stress end of the days.

So, just study smart.  The important is, budak faham konsep dalam subjek yang depa belajar.

Untuk subjek sekolah rendah, aku cuma harapkan Adam Izz dan Hanie ada peningkatan markah dari result exam setengah tahun dengan result final exam.  Itu jer.  Masuk kelas pandai ke kelas biasa-biasa ke itu aku tak kisah.  Belajar tetap subjek yang sama juga.  Tiada beza.  

Minggu depan, budak-budak ni cuma sekolah 1 hari jer iaitu hari Ahad dan seterusnya cuti Deepavali sampai seminggu.  Aku pun tak tahu kenapa cuti Deepavali kali ini boleh sampai seminggu.  Selalunya cuti 2 hari hingga 3 hari jer.  Tapi yang pastinya, aku lar orang yang paling gumbira sekali bila sekolah edarkan surat cuti Deepavali selama seminggu.  Boleh lar aku ada masa yang tenang untuk menjahit dan mengemas rumah.  Banyak tempahan nak kena siapkan.  Boleh lar aku layan midnight movies bersama my laki.  Boleh lar aku layan korean drama yang banyak aku ketinggalan.  

Akhir kata dari saya....

Yeay....!!  Hip...hip..hip...hooray!  Budak dah abis exam!





Thanks for reading this entry!




Sunday 11 October 2015

Bubbling and Publish!

Assalammualaikum....


Fuhh...lama betul aku menyepikan diri.  Sesepi bulan tanpa teman di sisi.  Menunggu cahaya mentari di siang hari.

Ok, tak moh type banyak-banyak, let me summarize what's happen to me sepanjang aku menyepikan diri sejak kebelakangan ini.  


Musim Jerebu
2 hingga 3 minggu lepas, Pasir Gudang telah mencatat IPU yang tidak sihat.  Budak pun asik bosan sekejap sekolah, sekejap tak sekolah.  Alang-alang, kasi lar cuti terus sampai ke hujung tahun kan!  Hahaha...melampau sangat!  Abih, final exam hang nak boh kat mana?!  Harap-harap musim jerebu ini akan berakhir tak lama lagi.

Disebabkan jerebu, aku nak taip pun tak nampak huruf kat keyboard tu hangpa tau!  That's why aku lambat nak update entry kat blog ni. (logik tak alasan aku?)


Steamboat Bucida Garden
So, tu hari terniat dalam hati nak belanja family in law aku makan-makan kat steamboat.  Malas nak pergi jauh-jauh nun kat JB sana tu, aku plan nak pergi dekat-dekat jer.  Tempat biasa, kat Seri Alam tu.  Dah 3 kali aku repeat makan steamboat kat sini.  Amboi...hangpa pakat sumo naik harga ka?  Rate dah naik ok!  Dulu dewasa cuma RM20 jer sekarang RM22.  Budak-budak pun sama, dulu RM10, sekarang RM11.  Nasib baik lar hangpa naik harga siap-siap tambah sekali menu steamboat tu.  Ok, kira adil lar tu. Lagipun faham dengan kenaikan harga barang-barang makanan frozen ni kan.  Kitaorang pun makan sampai tak hingat dunia.  Apa taknya, masa tu memang tak ramai orang.  Cuma ada 2-3 meja jer yang makan steamboat.  1 meja 2 orang jer.  Cuma meja kitaorang jer yang paling ramai orang.  So, apalagi...amik menu pun memang tak hingat lar.  Abis kambing, paru, daging, udang, sotong, ketam, aku bantai sumo!  Budak-budak dok repeat makan aiskrim cedok jer.  Aku memang suka makan paru yang telah digrill, lepas tu dicicah pulak dengan sambal kicap.  Fuhh...terangkat beb!  Nasib depa dah rebus awal-awal paru tu kan, so tinggal nak grill jer.  

Ini semua nak kena pandai planning. Kalo pilih hari weekend, memang crowded giler dan terpaksa berebut-rebut dengan orang untuk amik bahan-bahan menu steamboat.  Kalo pilih hari yang overall orang balik kampung disebabkan ada perayaan tertentu, dah tentu kita akan dapat makan steamboat dengan senang hati tanpa perlu berebut-rebut.  Percaya lar, masa kitaorang pergi makan steamboat tu, memang takde orang langsung.  Best giler!  Tenang jer makan...


Hari Sukan
Hari Sabtu tu hari kan Hari Sukan Negara.  Ikutkan aku malas nak suruh budak-budak pergi hari sukan kat sekolah diaorang.  Yelar, tak masuk apa-apa acara kan.  Better dok rumah jer lar macam aku ni hah!  Tapi budak-budak ni beria-ria nak pergi sangat hari sukan kat sekolah depa, nak tak nak, ikutkan jer lar!  Pagi-pagi aku dah masak untuk bawak kan bekal diaorang, incase kantin tak buka kan.  Walaupun aku tau cikgu pasukan mesti ada kasi makanan kat budak-budak.  So, sementara depa sumo tengah sukan kat sekolah, satu negara pun tengah sukan kat dataran, pukul 9 pagi, aku pun dengan aktifnya terus sambung balik tido.  


Tempahan Menjahit
Setakat ini kakak aku ada tempah suruh jahitkan skirt tulle untuk anak-anak perempuan dia.  Lepas tu, akak sulung aku pulak nak tempah baju blouse kimono style.  Masa cuti sekolah seminggu yang lepas, memang sakan lar aku dok menjahit.  Sekarang budak dah naik sekolah, nak dekat final exam, terpaksa stop dulu sekejap.  Bagi laluan untuk meluangkan masa dengan budak-budak untuk ulangkaji subjek.  So...itu dah kira the best answer lar sebab kenapa aku lambat update blog ni kan!


Tempahan Mini Chicken Pot Pie
Ini lar padahnya bagi orang makan, dah orang pulak jadi ketagih terus tempah mini chicken pot pie aku.  Aku tak berniat pun nak jual chicken pot pie tu tapi bila orang dah tempah, buat jer lar dengan seikhlas yang mungkin.  Hanie pun menggila juga makan chicken pot pie tu.  My laki tok sah nak cakap lar, berketul-ketul dia makan.  So, I think I nak belajar buat doh puff pastry sendiri.  Siap tengok video kat youtube lagi tau.  Mana ler tau kan, 1 kg tepung gandung boleh dapat banyak dari beli yang ready made kat market.  Wish me luck!


Dengan ini, saya ingin memohon maaf sebab blog ini akan direhatkan bagi memberi laluan pada anak-anak saya yang akan menghadapi final exam next week.  Kemudian, saya akan busy dengan tempahan menjahit dan saya tak tau bila saya akan update blog seperti biasa.  FYI, saya akan mengeluarkan produk baju, maxi skirt dan tudung jenama saya sendiri selaras dengan gaya muslimah terkini.  Insha Allah...semoga dipermudahkan semuanya!



Thanks for reading this entry!




Sunday 27 September 2015

Resepi Chicken Pot Pie Tanpa Bumbung!

Assalammualaikum....


Pagi tadi buat breakfast chicken pot pie.  Tiba-tiba teringin nak makan pula.  Bila tengok bahan-bahan semua cukup jer kat dapur tu, apalagi terus buat lar!  Aku ni kalo teringin nak makan something, terus nonong jer buat.  Takde lar nak posting teringin nak makan benda ini, teringin nak buat resepi ini, tapi hujungnya tak buat-buat juga!  Cukup bahan, terus buat jer!

Rasanya chicken pot pie ni masya Allah...sedap gilos bila dimakan panas-panas.  Laki sendiri puji, bagi juga kat customer cc, semua puji sedap bak hang!  Depa ingat beli kat bakery, rupanya homemade hangpa tau!

Post gambar kat group my siblings kat whatsapp, orang pertama yang mintak resepi ialah akak aku.

So, rugi kalo tak share resepi ni dengan korang.  Juga untuk rujukan aku in future kan.  Mana ler tau tertiba orang order chicken pot pie ni at least ada lar soft copy salinan resepi kat dalam blog aku.  Maklum ler, banyak bebenor resepi nak kena ingat dalam kepala.  Baru-baru ni nak buat lagi biskut kacang hijau pun aku dah lupa sukatannya.  Terpaksa refer balik resepi dalam blog aku ni.

Sabtu yang lepas, adik ipar aku order dengan aku, suruh buat makaroni cheese bakar.  2 talam tau kena buat.  Satu talam buat daging cincang, dan satu talam lagi untuk ayam cincang.  Pasal kat tempat kerja adik ipar aku ni memang 1 Malaysia.  Cina, India, Melayu sumo ada.  So, kena lar respek kat pekerja India yang tak makan daging ni.  Pulak tu, ada sorang kawan dia yang tengah mengandung 2 bulan, ngidam nak makan makaroni cheese bakar yang aku buat.  Pasal sebelum ini, aku ada kasi sikit makaroni cheese bakar kat mak mertua aku.  So, dia pun bawak lar makaroni tu as bekal ke tempat kerja.  Rasa punya rasa, tertiba ngidam pula.  Hahaha...yang penting aku tak letak marijuana, hokey!

Jom kita terjah resepi chicken pot pie tanpa bumbung!  Selalunya chicken pot pie kan ada letak doh kat atasnya (bumbung) lepas letak inti kat dalam.  Tapi kali ini aku malas nak letak bumbung kat atasnya.  Lagi menyulitkan kerja aku sebenarnya.  So, aku nak ringkas dan cepat.  Takde bumbung pun sodap gak dimakan.  Melimpah-limpah inti aku letak dalam pot tu.  I loike....




Untuk intinya :
1 tin campbell cream of chicken
1 cawan sayur campur
Daging ayam kisar yang telah dimasak terlebih dahulu.  Masak dalam kuali leper jer.
Sedikit perasa, lada sulah dan black pepper

Caranya :
- Gaulkan ayam kisar, sayur campur dan creamy chicken dengan sekata.

- Perasakan.

- Tak perlu letak air.  Biar pekat macam tu.

- Boleh guna juga creamy mushroom.  Ikut citarasa memasing.

- Unfrozen kan puff pastry ready made semalaman.  Boleh beli kat Giant.  10 keping lebih kurang RM6 lebih.  Aku selalu beli puff pastry ni.  Sedap bak hang!  Jimat masa aku, tak perlu nak uli doh pepagi buta!

- Sapu butter dan tabur tepung sikit dalam acuan muffin supaya tak melekat.

- Letakkan doh puff pastry dan bentukkan mengikut acuan muffin.  Cantik-cantikkan sikit kat tepi pot pie dengan kelim asal boleh jer!

- Letakkan inti penuh-penuh.  Kalo inti kurang, nanti rasa lebih puff jer dari rasa inti.  Tak sedap!  Bila bakar nanti, inti akan melimpah ruah.  Biarkan dengan buat muka slumber dog jer.  Nanti bila dah masak kekuningan, keluarkan dari oven, inti tu akan mendak balik semula.  Magic tak?

- Bakar sehingga kekuningan ataupun sehingga bawah puff pastry tu masak dengan betul.  Kadang-kadang atas masak, tapi bawah tak masak sangat.  So, kena betul-betul masak atas dan bawah.  Aku bakar dengan suhu 180 degree selama 35 minit.

- Suka hati kalo nak letak cheese kat atas chicken pot pie tu.  Bagi aku lar kan, creamy chicken ni dah ada rasa masin sikit, so kalo letak cheese, makin bertambah masin lagi pot pie tu.  Tapi tak letak cheese pun masih lagi sedap gilos!


Ni lar rupanya bila dah siap.  Krap krup krap krup garing sekali bila dimakan panas-panas.  Makan satu pun dah kenyang hangpa tau!  Korang boleh tukar-tukar inti pot pie ini dengan filet ketam ke cendawan butang ke ikan dory ke hotdog pun boleh juga dan macam-macam lagi lar.  Ikut kreativiti memasing.



Mini Chicken Pot Pies Recipe - 35 minutes is all you need to have these delicious mini pot pies on the table. Refrigerated biscuits form the crust for a flavorful chicken mixture and are baked to golden perfection. They’re so good you’ll want to make them again and again!:
Ini pula versi resepi omputih.  Aku ikut resepi ni lar.  Siapa kata aku yang cipta resepi ini?  Memandai jer!  Tak baik tau!  Jauhi dari perasaan riak...


mini chicken pot pies recipes:
Korang nak buat bumbung pot pie macam gini pun boleh...


Chicken Pot Pie with Herb and Cheddar Crust - So delicious! You definitely need to make this one!:
Ni versi yang besar nyer pot pie!  Hujan-hujan makan ni mesti sodap gilos!


The most amazing chicken pot pie!  I love the way this makes the house smell. - My Verdict - GREAT RECIPE! Printed it off and keeping it. It's easy to make, a go to comfort meal for sure. The only modification I made was making homemade pie crust, instead of purchasing one.:
Kebiasaannya orang akan buat bumbung pot pie style macam gini.  Insha Allah...kalo ada masa nanti, aku akan repeat buat chicken pot pie berserta bumbung dia sekali!



Di samping tu juga, korang boleh pelbagaikan inti pot pie tu.  Kalo tak suka creamy, boleh gantikan dengan inti manisan seperti epal hijau yang dah buang kulit dan dipotong dadu, taruk gula dan cinnamon, letak dalam pot pie, dan bakar.  Rasanya sama seperti macam korang makan apple pie kat Mc Donalds tu.  Mudah, bukan?  Kalo tak suka epal hijau, boleh gantikan dengan plum, nenas, atau keladi ungu tu.  Lagi berbaloi sebab boleh dapat makan banyak-banyak!

Selamat mencuba!

Pssstt...boleh masukkan resepi ni dalam list menu bekal dan sarapan pagi.  Ingat, untuk kita-kita ajer!  (dah macam astro ceria plak!)


Thanks for reading this entry!







Thursday 17 September 2015

Housewife : Is it Stressful?

Assalammualaikum....


Tujuan entry ini diwujudkan bukan lar untuk aku mendabik dada bahawa darjat tanggungjawab wanita sebagai surirumah sepenuh masa adalah lebih tinggi dari tanggungjawab wanita yang bekerja.

Bukan...bukan...bukan!

Baca dulu sampai habis.

Dan ini adalah pendapat aku.


***************************************************************************************

Terbaca satu kisah di facebook yang telah menjadi viral tentang luahan perasaan seorang wanita telah menjadi surirumah selama 4 tahun.

What? 4 tahun?

Ok, baru 4 tahun.  Aku ni dah bertahun-tahun jadi surirumah, so takde pun nak luahkan perasaan kat facebook.  Kat blog pun takde kan?

Dalam kisah yang telah menjadi viral itu menceritakan tentang pengalaman betapa bezanya hidup masa bekerja di syarikat dengan hidup sebagai seorang surirumah.
- sunyi sebab takde kawan, kurang bersosial
- tak tahu nak berbual dengan siapa
- everyday busy buat house work
- everyday ngadap muka anak, 24 jam anak asyik nak melekat
- takde cuti sakit or cuti rehat
- bosan sebab hari-hari buat rutin yang sama
- dipandang rendah orang lain
- tak dapat nak melawa
- takde gaji

Come on lar...!!

Dulu mak-mak kita since dari awal kahwin dah jadi surirumah, jaga anak, jaga suami, jaga makan minum kita semua, takde pulak nak merungut cakap penat, tension, stress buat kerja-kerja rumah tu semua.

If our moms can do it, then we can do it too!

Ini semua disebabkan kita semua terlalu banyak sangat dimanjakan.  Orang tua-tua kata, banyak lemak.  Buat kerja rumah, sikit-sikit nak luahkan perasaan kat media sosial.  Public pulak tu.  What's the point? Kisah rumahtangga ko simpan erat2, bro...

Orang lain yang bertahun-tahun jadi housewife, takde pun nak stress, terus nak luahkan perasaan kat facebok.  Zaman media sosial sekarang ini, buku diari dah takde fungsi lagi.  Benda yang patut jadi privacy terus boleh jadi public.

Tapi kadang-kadang ikut jenis tebiat orang juga.

Bila dah terbiasa dengan pengalaman situasi bekerja, tertiba disuruh berhenti kerja dan jadi fulltime housewife pulak, memang korang akan mengalami house shock instead of culture shock.

Dulu aku pun pernah bekerja macam korang juga kat sebuah syarikat swasta.  Masa baru-baru kahwin sedap lar dok bekerja jer sebab belum ada anak lagi kan.  Bila dah dapat anak, masa tu sifat keibuan ko akan datang sikit demi sikit.  Buat kerja kat office semua dok asyik teringatkan kat anak.  Lebih-lebih lagi kalo anak tak sihat.  Risau tak kena tempat.  Asyik-asyik call babysitter, tanya keadaan anak macam mana.  Masa tu, kes dera masih belum bertebaran lagi.  Alhamdullilah, aku dapat babysitter yang baik.  Cuma aku jer yang tak baik, sebab aku campak anak aku kasi kat orang lain jaga, patutnya aku yang kena jaga sendiri.  That's why aku end up kasi orang lain jaga anak aku cuma 2 bulan jer.  Jawapannya sangat mudah.

Tak sampai hati nak tinggalkan anak.

Actually my laki pun tak berapa suka kalo orang lain jaga zuriat dia.  Whatever it is, dia nak anak sentiasa ada di depan mata dia.  Cukup makan minum, cukup pakai dan cukup terjaga. 

Since aku mengandung anak kedua iaitu Hanie, aku dah stop bekerja.  Memang fulltime aku rest kat rumah jer.  Sampai lar dah anak ketiga iaitu Humairah, semua anak-anak membesar di depan mata aku.  Anak-anak semua cukup hisap susu badan sampai umur 2 tahun setengah.  Menyaksikan sendiri saat anak-anak mula nak bertatih jalan, mula nak bercakap, mula nak menulis, mula nak tumbuh gigi dan sebagainya.  Itulah pengalaman yang tak boleh ditebus dengan harta dunia.

Dalam masa 12 tahun lebih aku menjadi fulltime housewife, apa yang orang lain kata dan merasai, tak sama dengan apa yang aku alami.


1)  Sunyi sebab takde kawan, kurang bersosial
- It's true sebab memang takde kawan dan kita kurang bersosial dengan kawan-kawan lain. But, it's not a big problem for me.  Kurang sikit aliran duit keluar bila tak pergi bersosial dengan kawan-kawan.  So, dari situ kita dah boleh berjimat.  I think my best friend yang tahu segala serba serbi, luar dan dalam tentang diri aku and my perangai ialah my husband.  So, jadi lar our husband as our best friends.  My husband is my best listener and my 'bomoh'.  Dia selalu tahu apa yang aku nak makan dan apa yang aku fikir dalam kepala. I'm like, "whhaatt the fish...bomoh ke per laki aku?"
- takde kawan? senang saje....jadilah anak-anak kita sebagai kawan. bergurau senda, berkongsi cerita apa yang berlaku kat sekolah, menangis bersama, ketawa bersama. 


2)  Tak tahu nak berbual dengan siapa?
- LOL...!!  Tak boleh ke kita berbual dengan anak?  Interaksi antara ibu dan anak adalah yang paling penting sekali untuk perkembangan komunikasi dan minda anak-anak kita.  This is also not a big problem for me.  Takkan ko tak boleh berbual dengan laki ko?  Oh, dulu masa bercinta, ok jer berbual, bergayut kat handphone.  Takkan dah kahwin tak tahu nak berbual apa kat suami?  Oh, I got it!  Berbual dengan suami tak sama dengan berbual a.k.a bergossip dengan kawan-kawan kat office.  Ok lar kalo macam tu...aku jadi fulltime housewife, takde kawan, so kurang sikit dosa aku bergossip, mengumpat kawan-kawan yang lain, betul tak?
- Dulu kan masa anak aku tak pandai cakap lagi, dok cakap german jer masa dia umur 2 tahun, still aku layankan gak dia berbual walau sepatah haram aku tak paham apa dia yang cakap. Anggap jer lar kita paham bahasa german dia supaya dia tak kecik hati kan. Dah macam ayam dengan itik, sorang cakap melayu, sorang cakap bahasa german (bahasa budak2 yg blum pandai bercakap lg). Kalo diingatkan balik moment tu, memang kelakar giler. 


3)  Everyday non stop buat kerja-kerja rumah.
- Ini memang tak dapat nak dinafikan.  Alah bisa, tegal biasa.  Dah menjadi rutin harian kan.  Kalo bijak, buat lar jadual harian for housework duties.  Kalo tak bijak, memang sepanjang masa lar ko asyik nak komplen jer.  Apa guna kalo ada smartphone canggih kalo setakat tau buka facebook, twitter, instagram, whatsapp, telegram, dan games jer.  Download lar kat apps house chores timetables ke atau banyak lagi apps yang berguna untuk kegunaan harian kita.  Bukan setakat kerja kat office jer kita kena bijak.  Kerja kat rumah pun kita kena jadi bijak juga untuk agih-agihkan yang mana satu nak kena buat dulu.  Dan yang paling penting, buka lagu kpop kuat-kuat, sambil ko mengemas, sambil tu ko bergimrama sekali dengan anak.  Pendek kata, just enjoy do the housework!


4)  Everyday ngadap muka anak.  24 jam anak asyik nak melekat jer.
- Abis nak ngadap muka siapa lagi kalo tak muka anak.  Itu pun nak stress ker?  Anak still kecik lagi, of course lar 24 jam asyik nak melekat jer.  Esok anak dah besar karang, sure dah tak melekat lagi.  Time tu lar baru nak sibuk cari anak, cakap anak dah tak sayang kat ibu bila anak dah pandai bawa diri.  Time anak nak melekat 24 jam, time ini lar kita curahkan sebanyak-banyaknya kasih sayang pada dia.  Ingat...anak itu rezeki Allah untuk kita.


5)  Takde cuti sakit or cuti rehat.
-  Siapa kata?  Kalo dah jatuh sakit, rehat jer lar puas-puas kat rumah.  Tapi kalo risau sebab takde siapa nak tengokkan anak, nak uruskan makan minum semua, time ni lar kita minta tolong dengan si suami.  Kadang-kadang, sakit ni tak boleh nak ikutkan sangat mengelepek jer.  Kita kena kuat semangat kalo nak sihat semula.  Anggaplah sakit tu sebagai penghapus dosa-dosa kecil dan bukannya bencana.


6)  Bosan sebab hari-hari buat rutin yang sama.
- Macam aku katakan tadi.  Kalo tak bijak memang lar sepanjang masa asyik nak komplen itu ini.  Cuba kalo anda jadi bijak, sure rutin harian anda tak kan bosan dan buat kerja yang sama tiap-tiap hari.  Pelbagaikan rutin harian anda.  Buat kek ke, biskut ke, cuba pelbagai resepi, tanam pokok ke dan buat benda-benda yang kreatif.  Like always our moms did, isn't it?  Macam aku lar kan, memang tak pernah bosan sebab ada jer benda kreatif nak buat like sewing and art craft.  Sometimes, we spend our time for midnight movie bila cuti sekolah.  Of course korean drama, korean variety shows, animax and movies memang peneman setia aku sementelah penat buat kerja rumah seharian. 


7) Dipandang rendah orang lain
- Biarlah dipandang rendah orang lain, asalkan dipandang tinggi di sisi Allah.  Segala amalan kita bukan lar diaudit oleh manusia yang berkerjaya tinggi.  Tetapi Allah swt.  Ingat tu...


8) Tak dapat nak melawa.
- LOL...!!  Melawa untuk suami atau orang lain?  Of course pergi kerja mesti nak melawa, makeup cantik-cantik.  Tapi itu semua untuk siapa?  For self confident?  Hahaha....apa, kat rumah takde self confident ke untuk melawa?  Padahal yang paling afdal sekali ialah kita melawa untuk suami jer bila di dalam rumah.  Zaman sekarang dah nak kiamat, semua dah terbalik.  Pergi kerja sikit nyer melawa, balik rumah, depan suami sikit nyer selekeh.  Macam mana suami tak stress tengok bini dia selekeh kat rumah.  Kita pun stress bila suami pandang kita sebelah mata jer!


9) Takde gaji
- Ini terpulang pada kemampuan suami anda.  Jika suami anda tidak mampu, jangan dipaksa untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada.  Di sini lar bermulanya faktor tolak ansur dan persefahaman memainkan peranan yang penting.  Beri peluang pada suami anda untuk mengukuhkan kerjaya dan ekonominya.  Jangan putus asa bagi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada suami anda.  Jangan mengherdik dan merendah-rendahkan kemampuan suami anda apabila tidak berupaya untuk memberi gaji beribu seperti yang anda dapat semasa bekerja dulu.  Ingat, rezeki tu Allah yang bagi.  Akan ada sentiasa rezeki yang luas untuk wanita bila mana mereka ikhlas dan berkorban untuk menjaga rumahtangganya, suami dan anak-anaknya.  Alhamdullilah, suami aku tiap-tiap hari bagi duit nafkah.  Semuanya aku simpan dengan cermat.  Beli benda-benda yang penting dan aku tak suka membazir tak tentu hala.  The important is, I don't need a credit card for my personal use! 


10) School holidays!
- Kalo korang ada anak yang dah sekolah, korang akan faham apa maksud aku di atas.  Tapi kalo ada anak yang belum sekolah lagi, memang lagi best, hari-hari holidays, boleh suka suki berjalan ke sana ke mari.  Itu yang kadang-kadang aku tak faham bila orang ada anak yang masih kecik lagi pun boleh cakap stress bila dok terperap kat rumah layan anak sepanjang hari.  Bila ko hantar kat babysitter, babysitter dera anak ko, tau pulak nak mengamuk.  Bila suruh jaga anak sendiri, ko pulak komplen stress.  

Bagi aku ada anak yang dah bersekolah, school holidays lar satu-satunya cuti rehat untuk aku.  Maklum lar...minggu sekolah kan kita nak kena rush hantar anak ke sekolah, siapkan breakfast and lunch untuk diaorang makan, siapkan baju sekolah, bekal dan macam-macam lagi lar.  So, bila start school holidays, aku boleh rehat sikit dari rushing sana sini dan buat kerja-kerja rumah yang lain pula.  Berbeza bagi wanita yang bekerja, cuti sekolah ke tak, diaorang tetap kena kerja melainkan depa terpaksa apply cuti or just cuti on public holidays jer.  Yang mana satu nampak stressful?


Finally...

If you can think positive, then you can be a positive!  Simple!
Just enjoy it be a housewife!



Being a housewife and a mother is the biggest job in the world, but if it doesn't interest you, don't do it.
I would have made a terrible mother


- Katharine Hepburn -










Thanks for reading this entry!