Video Of The Month

Saturday 20 February 2016

Natural Remedies for Glowing Skin.

Assalammualaikum....


Boleh dikatakan hampir setiap hari, aku jarang mengenakan makeup.

Keluar rumah hanya pakai bedak baby dan celak kening jer.  Sebab kening I jenis nipis, tak pernah oter tau jadi runcing, tak baik tau, cuma pernah ada sekali dua bulu kening I gugur bila nak pakai celak.  Ada ke kes bulu kening gugur?  Eh...eh..eh ada tau!  Kalo ko garuk kat kening ko, tertiba ko tengok kat jari ko ada bulu kening sehelai dua melekat kat kuku ko nanti.  Aku ler tu...

Boleh dikatakan, aku pemalas tahap gaban nak letak krim muka or pelembap ke or anything kat muka aku sama ada dah bangun tido atau sebelum tido.

Apa yang penting sekali, sehari aku mesti cukup tido.  Tak kisah lar kalo dapat tido kejap-kejap ke, janji sehari aku dapat back-up tido 8 jam sehari.  Kalo aku tak cukup tido, nanti aku akan mengamuk macam serigala jadian.

Boleh dikatakan, aku tak selalu sangat basuh muka dengan pencuci melainkan kalo aku pakai make up.

Yelar, tak selalu sangat pakai make up kan.  Buat apa nak basuh muka selalu dengan pencuci, ye tak?  Kalo tak selesa, baru aku pergi cuci muka.  

Boleh dikatakan kulit muka aku normal dan tidak bermasalah.  Time period pun, kadang-kadang jer keluar jerawat seketul dua tapi tak serius sangat.  Kadang-kadang tak keluar langsung.  Time period ke tak period ke, kulit aku tang macam tu gak!

Boleh dikatakan aku agak sensitif sikit dan mengambil berat dengan bahan kimia yang terdapat dalam make up or krim muka untuk tepek kat kulit muka aku ni.  That's why aku jarang-jarang dan tak berapa suka sangat guna bahan yang ntah hapa-hapa ntah letak kat muka aku.  Even depa tulis ingredients just gunakan bahan organik lar, bahan asli lar, tapi as long as I read kat ingredients tu ada nama saintifik untuk bahan kimia, then sama jer lar produk korang dengan bahan kosmetik yang lain. 

Aku lebih suka biarkan kulit muka aku bernafas tanpa apa-apa bahan kosmetik letak kat atas muka ni.  Kalo muka kusam, cuci muka dengan air basuhan beras.  Tapi kalo nak kulit putih dengan effect yang cepat, ko sapu rata kat muka dengan kapur kasut sekolah sebelum tido.  

Pastinya ko putih ko putih ko putih....nyer!!!

So, aku lebih suka ends up dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.  Cuma...kadang-kadang kita tak tahu ramuan apa yang sesuai untuk kulit kita kan.  Kang letak cili boh kan, pijar plak!  It's ok...kita kongsi sama-sama rahsia kejelitaan yerk!  

Orang korea juga sebenarnya suka menggunakan bahan semulajadi untuk kesihatan kulit wajah mereka.  Tak ramai sebenarnya yang suka menggunakan bahan kosmetik sebagai bahan untuk kecantikkan kulit wajah mereka.  Mereka juga mementingkan kesihatan dan tidak mahu bergantung sangat dengan bahan kimia yang terdapat dalam produk kosmetik.  Alternatif yang paling senang, murah dan mudah ialah mereka suka meletakkan hirisan timun di wajah mereka ketika waktu bersantai.  I pun nak jadi macam tu juga lar!

Jom kita cantik sama-sama tanpa menggunakan bahan kimia!  















Sebelum tips ni hilang kat dalam Facebook, better aku tepekkan kat dalam blog ini.  At least, boleh dijadikan rujukan peribadi dan juga pembaca blog ni.  Betul tak?  Banyak sangat benda nak share dan disimpan, takut nanti artikel ini makin tenggelam pulak.

Ada juga orang bagi petua untuk putihkan kulit dengan menggunakan bahan semulajadi iaitu yogurt, kunyit dan madu.  Campurkan kesemua bahan tu dan tepek kat muka dan biarkan seketika.  Basuhkan dan gunakan tuala yang korang tak pakai, takut nanti berbekas pulak kesan kunyit tu nanti.  

Selamat mencuba!

Semoga kita dapat cantik sama-sama yer, bukan untuk orang lain, tapi untuk suami kita.




Thanks for reading this entry!





Wednesday 17 February 2016

Blues untuk Aku...

Assalammualaikum....


Happy Chinese New Year!

Oiit...dah abis raya cina, baru nak wish ker?

Takpe lar...(muka pasrah)

Happy Chap Go Mei! (betul ke ejaan aku nih?)

Whoaa...blog pun nak bercuti gak selama seminggu sempena raya cina tau sebab minggu lepas aku balik  ke Hong Kong beberapa hari untuk beraya bersama dengan datuk mertua aku iaitu Robert Kuok.

Ok, aku tipu jer.

Even laki aku pun tak tahu siapa datuk dia yang sebenar walaupun dia tahu mak dia memang pio anak cina yang diambil anak angkat oleh keluarga melayu.

Actually...aku tengah on blues sempena budak dah start sekolah minggu ni.

Bukan budak jer yang naik lemak cuti raya cina seminggu, bah kan mak budak pun naik berlemak-lemak jugak enjoy rehat cuti selama seminggu.  Bukan pergi ke mana pun.  Cuma rest kat rumah jer dan buka cc macam biasa.  Paling jauh pun pergi ke pejabat tanah kat johor tu untuk settlekan cukai harta dan cukai pintu untuk rumah sewa kat johor.  Balik dari situ, terus pergi makan-makan kat kampung melayu.  Itu jer lar.  

Aku pun malas nak berjalan sebab bulan depan pun ada cuti sekolah seminggu gak.  So, masak lar asal cuti jer, nak berjalan ke sana ke sini.  Kalau tak perlu keluarkan duit, takpe lar gak!  Ni kalo pergi bercuti of course lar nak kena keluar banyak duit kan?  Isk...isk..tak boleh, tak boleh!  Nak kena simpan duit dari sekarang.  Ekonomi Malaysia tengah meleset.  Hutang negara makin tinggi.  Nampak macam stabil tapi sebenarnya memang dah teruk pun.  Cuma sedar tak sedar jer.  Lar ni Zeti dah abis kontrak dan tak nak sambung jadi Gabenor Bank Negara.  Mampuihh...siapa nak gantikan dia?  Selama ini, boleh dikatakan Zeti telah berusaha untuk stabilkan ekonomi dan matawang Malaysia walaupun akhirnya nampak macam tak stabil gak.  Maybe dia dah penat dan serabut nak fikirkan untuk selamatkan Malaysia dari hutang yang tinggi.  Rehatlah, Zeti.  Sesiapa pun penggantimu selepas ini, harap-harap dia seorang yang bijaksana.  Kalau dia salah seorang dari 'penyamun' tu, maka siap sedia lar, after this ekonomi Malaysia akan menjadi carca marba jadinya.  Hutang semakin tinggi.  Bak kata pakar ekonomi yang telah meramalkan Malaysia akan muflis lagi 3 tahun, maka better aku siapkan payung sebelum hujan. 

What ever it is, bila budak dah naik sekolah, of course lar kena prepare body dan mental untuk memikirkan tiap-tiap hari menu apakah yang perlu dibuat untuk budak dan bapak budak serta sibuk uruskan budak pergi dan balik dari sekolah.

Untuk Johor dan negeri-negeri yang sewaktu dengannnya, hari Ahad dah start sekolah.  Hantar Adam pegi sekolah pepagi buta, jalan raya nampak macam lengang lagi sebab kat johor kan tak semua company keja hari Ahad.  Yang keja hari Ahad ni mostly yang kerja kerajaan.  Bila Adam balik dari sekolah rendah ke sekolah agama, dia cakap ramai budak tak datang sekolah hari Ahad tu.  Mmm...maybe mak apak budak lupa kot yang hari Ahad tu sekolah agaknya.

Actually...masa cuti seminggu tu hari, aku telah berjaya sediakan satu meja tulis khas untuk Maira buat homework dan belajar.  Memang aku ada planning pun untuk belikan dia sebuah meja tulis since dia dah start tadika.  Adam dan Hanie pun dulu bila depa dah start tadika, terus aku sediakan meja tulis untuk depa belajar dan buat homework.  Sampai sekarang, meja tulis tu depa still guna lagi.  Tapi meja depa bukannya beli, dapat free jer sebab guna meja komputer yang tak pakai lagi masa tu.  So, untuk Maira, memang takde stok meja komputer yang tak pakai lagi.  Terpaksa beli meja baru.  Bajet aku untuk beli meja tulis ni bawah RM100 jer.  Cari-cari kat lazada, ada yang berkenan tapi out of stock plak!  Then, jumpa plak kat Giant, tengah on sale.  Cuma RM 61.90 jer.  Memang grab terus lar.


Muka puas hati sebab dah dapat meja tulis sendiri.  Selalu dia main-main kat meja tulis kakak dan abang dia.



Rak buku yang diperbuat dari kotak kek.  Sampul elok-elok dan boleh diguna pakai semula.  Senang nak susun dan asingkan buku teks, buku tulis, buku sekolah agama, dengan buku rujukan sekali.  Dah menjadi kebiasaan, masa aku sekolah dulu pun, rajin susun buku ikut jenis-jenisnya.  Sekarang dah jadi mak budak, sikap tu aku praktikkan kat anak-anak pulak.  Pantang betul aku bila tengok atas meja tulis budak-budak ni ada buku yang bersepah dan tak disusun dengan betul.  Dah abis buat homework, susun elok-elok.  Kalo tak, berair lar telinga tu dengar panahan leter kejap lagi.


Dah macam orang keja pejabat plak ibu tengok korang ni!  Kerusi Maira terpaksa ditinggikan sehingga 3 lapis sebab nak sama rata kan dengan ketinggian tangan dia menulis dengan tinggi meja tulis tu.  Korang paham tak apa yang aku cakap?  Hahaha....
Insya Allah, bilik study diaorg ni akan dipasang aircond sikit masa lagi.  Sabar yer nak!  


Pada aku, cukup lar cuti seminggu ni untuk aku rehatkan minda, find my own happiness, doing my favourite things like sewing and crafting.  Sekolah pun bukan on straight seminggu pun.  Tapi Adam Izz terpaksa sekolah 6 hari seminggu after this sebab tiap-tiap hari Sabtu nanti dia ada kelas tambahan UPKK dari pukul 8 hingga 11 pagi.  Depa kata UPKK ni penting untuk kenaikkan sekolah menengah nanti.  Follow jer lar apa yang cikgu nak.  Tapi kesian juga kat budak-budak, macam benda-benda nak kena buat.  Sekolah rendah pun penting, sekolah agama pun sama penting juga.  Boleh tak sekolah sendiri kat rumah jer?  Penat-penat aku belajar add maths tu, takde satu pun rumus masuk dalam kehidupan seharian aku sekarang ni?  Hahaha....

Maybe after this, aku akan busy untuk siapkan hantaran adik lelaki aku dan adik ipar aku yang akan berkahwin pada tahun ini juga.  Fuhhh...lagi nak siapkan dress untuk aku dan my daughters lagi.  Tiba-tiba, adik ipar aku minta pendapat aku untuk buatkan hantaran dia dan goodies dia.  Maklum lar, adik ipar aku ni takde kakak dan adik perempuan.  Yang ada cuma kakak ipar dia yang comel jer ni kan.  So, bagi lar tips yang mana aku tau.  Ada masa kelapangan, aku akan update blog seperti biasa.  Semoga semuanya akan dipermudahkan.  Aamiin...


Thanks for reading this entry!