Video Of The Month

Saturday, 20 February 2016

Natural Remedies for Glowing Skin.

Assalammualaikum....


Boleh dikatakan hampir setiap hari, aku jarang mengenakan makeup.

Keluar rumah hanya pakai bedak baby dan celak kening jer.  Sebab kening I jenis nipis, tak pernah oter tau jadi runcing, tak baik tau, cuma pernah ada sekali dua bulu kening I gugur bila nak pakai celak.  Ada ke kes bulu kening gugur?  Eh...eh..eh ada tau!  Kalo ko garuk kat kening ko, tertiba ko tengok kat jari ko ada bulu kening sehelai dua melekat kat kuku ko nanti.  Aku ler tu...

Boleh dikatakan, aku pemalas tahap gaban nak letak krim muka or pelembap ke or anything kat muka aku sama ada dah bangun tido atau sebelum tido.

Apa yang penting sekali, sehari aku mesti cukup tido.  Tak kisah lar kalo dapat tido kejap-kejap ke, janji sehari aku dapat back-up tido 8 jam sehari.  Kalo aku tak cukup tido, nanti aku akan mengamuk macam serigala jadian.

Boleh dikatakan, aku tak selalu sangat basuh muka dengan pencuci melainkan kalo aku pakai make up.

Yelar, tak selalu sangat pakai make up kan.  Buat apa nak basuh muka selalu dengan pencuci, ye tak?  Kalo tak selesa, baru aku pergi cuci muka.  

Boleh dikatakan kulit muka aku normal dan tidak bermasalah.  Time period pun, kadang-kadang jer keluar jerawat seketul dua tapi tak serius sangat.  Kadang-kadang tak keluar langsung.  Time period ke tak period ke, kulit aku tang macam tu gak!

Boleh dikatakan aku agak sensitif sikit dan mengambil berat dengan bahan kimia yang terdapat dalam make up or krim muka untuk tepek kat kulit muka aku ni.  That's why aku jarang-jarang dan tak berapa suka sangat guna bahan yang ntah hapa-hapa ntah letak kat muka aku.  Even depa tulis ingredients just gunakan bahan organik lar, bahan asli lar, tapi as long as I read kat ingredients tu ada nama saintifik untuk bahan kimia, then sama jer lar produk korang dengan bahan kosmetik yang lain. 

Aku lebih suka biarkan kulit muka aku bernafas tanpa apa-apa bahan kosmetik letak kat atas muka ni.  Kalo muka kusam, cuci muka dengan air basuhan beras.  Tapi kalo nak kulit putih dengan effect yang cepat, ko sapu rata kat muka dengan kapur kasut sekolah sebelum tido.  

Pastinya ko putih ko putih ko putih....nyer!!!

So, aku lebih suka ends up dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.  Cuma...kadang-kadang kita tak tahu ramuan apa yang sesuai untuk kulit kita kan.  Kang letak cili boh kan, pijar plak!  It's ok...kita kongsi sama-sama rahsia kejelitaan yerk!  

Orang korea juga sebenarnya suka menggunakan bahan semulajadi untuk kesihatan kulit wajah mereka.  Tak ramai sebenarnya yang suka menggunakan bahan kosmetik sebagai bahan untuk kecantikkan kulit wajah mereka.  Mereka juga mementingkan kesihatan dan tidak mahu bergantung sangat dengan bahan kimia yang terdapat dalam produk kosmetik.  Alternatif yang paling senang, murah dan mudah ialah mereka suka meletakkan hirisan timun di wajah mereka ketika waktu bersantai.  I pun nak jadi macam tu juga lar!

Jom kita cantik sama-sama tanpa menggunakan bahan kimia!  















Sebelum tips ni hilang kat dalam Facebook, better aku tepekkan kat dalam blog ini.  At least, boleh dijadikan rujukan peribadi dan juga pembaca blog ni.  Betul tak?  Banyak sangat benda nak share dan disimpan, takut nanti artikel ini makin tenggelam pulak.

Ada juga orang bagi petua untuk putihkan kulit dengan menggunakan bahan semulajadi iaitu yogurt, kunyit dan madu.  Campurkan kesemua bahan tu dan tepek kat muka dan biarkan seketika.  Basuhkan dan gunakan tuala yang korang tak pakai, takut nanti berbekas pulak kesan kunyit tu nanti.  

Selamat mencuba!

Semoga kita dapat cantik sama-sama yer, bukan untuk orang lain, tapi untuk suami kita.




Thanks for reading this entry!





No comments: