Sorry lambat update blog.
Busy uruskan persiapan perkahwinan adik sendiri dan juga adik ipar. Aku bertanggungjawab menyiapkan dulang hantaran untuk kedua-duanya. Nanti dah siap, aku tempel gambar kat sini ya! Tu baru dulang hantaran, belum termasuk goodies lagi. That's why aku nak kena siapkan awal-awal. Tak nak buat kerja last minute. Aku pasti nanti bila nak dekat tarikh wedding, baru terasa macam tak cukup kaki tangan untuk buat semua kerja. Untuk dulang hantaran adik ipar, aku masih mencari idea untuk menghiasnya. Bukan adik ipar saja, malah bakal suami kepada adik ipar pun, aku turut di 'buruh paksa' untuk menghias dulang hantarannya juga. Takpe, yang penting ada upah untuk aku nanti. Ngeh..ngeh...ngeh!
Untuk cuti sekolah akan datang, takde makna nyer lar untuk aku nak bergoyang kaki kat rumah nanti. Pastinya aku akan busy siapkan hantaran untuk adik aku nanti. Dan juga menjahit bermacam kain pasang yang sudah banyak tergendala. Aku dan adik ipar dah planning untuk mencari kain pasang untuk pakai sedondon satu family pada majlis wedding dia nanti. Setelah berasak-asak, bergaduh, bertumbuk, bergusti untuk memilih color apakah yang sesuai untuk dipakai pada majlis wedding dia nanti, akhirnya kami semua telah bersepakat untuk memakai color....
Dusty blue. (not final decision yet)
Mulanya, aku yang suggest color ini dulu pada dia. Tak ramai orang pakai color ini sangat. Maybe terlampau pastel kot. Dan adik ipar aku pun setuju. Parents in law pun setuju. Then, aku reject sebab aku fikir tentu susah nak cari color ini kalo nak beli baju yang dah siap kat butik or kedai baju. Aku planning nak cari baju budak-budak ini, beli yang dah siap jer, senang kan! Jimat masa! Tapi bila tengok color baju yang dah siap ini kat butik, macam tak berkenan ler pulak! Apsal warna nyer macam kusam sangat? So, aku suggest suruh tukar color lain yang senang nak cari baju ready to wear kat butik. Setelah bermacam-macam color yang telah disuggestkan, parents in law pulak tak berapa setuju. Bapak mertua aku dah tersuka pulak dengan color dusty blue ni. So, nak buat macam mane, terpaksa lar cari kain pasang dull satin ke untuk color dusty blue ni. Harap jumpa lar kat kedai kain nanti. Nak tak nak, semua baju akan ditempah secepat yang mungkin sebelum masuk tempahan untuk hari raya nanti. Nasib adik ipar aku nak payung kain pasang untuk semua sekali. Nasib juga family adik ipar aku ni tak besar mane pun. Cuma 9 orang jer. Sikit kan? Adoiyai...pasal color baju pun dah makan berminggu nak decide. Belum yang lain-lain lagi tu!
Sekarang majlis wedding kan dah macam jadi satu trend kan bila tuan rumah hidang pelbagai jenis makanan untuk tetamu yang datang. Dah macam buffet kat hotel pulak rasanya. Banyak kos tu nak kena keluarkan. Kalo dulu kan, cuma masak nasi minyak ke or nasi beriani ke, tu jer lar menu yang akan dihidangkan sampai lar abis dikoreknya hingga ke dasar periuk. Tapi sekarang, emmm....majlis wedding dah macam pesta makanan ler pulak! Semua benda nak dihidangkan pada tetamu. Memang lar bagus bagi tetamu makan, murah rezeki...tapi jangan sampai membazir makanan yer! Tu hari pun aku ada bincang sikit-sikit dengan pak mertuaku, pasal menu untuk majlis wedding nanti. Nampak macam ada 4 jenis menu berat yang akan dihidangkan nanti. Tu tak termasuk lagi menu kuih muih dan dessert nanti. Omaigad...!!
Adik ipar aku berminat nak buat hantaran dia ada mini padang macam ni hah. Oh, boleh...no hal! Aku korek lar kat mana-mana padang hijau yang aku jumpa nanti yer. Hahaha...!! Actually, ada jual rumput kapet ni kat kedai kapet. Kosnya sangat mahal. Nasib bagi hantaran tak berapa banyak sangat. 5 dulang dibalas 5 dulang juga. Oiitt...aku dulu kan masa kawin dan tunang, dulang hantaran mencecah 21 dulang tau tak! Tapi banyak kasi dulang makanan jer lebih. Biasa ler kan, dulu mak-mak kita sibuk nak kasi agar-agar sumi lar, gula-gula bentuk kubah masjid lar, coklat bentuk bunga lar, kuih tart lar, macam-macam lagi lar! Layankan jer lar permintaan mak-mak kita.
So, lepas ni aku terpaksa cari design yang sesuai untuk aku and my daughters untuk dipakai pada majlis wedding nanti. Yang pasti, tak nak serbah serbih and no ketat-ketat. Mak mertua aku pun nak buat design baju kurung biasa jer and then nak taruk batu-batu rhinestones tu. Kelas ko jah...!! Dah tentu aku nak kena jahit ler tu. Untung mak mertua aku dapat menantu yang pandai menjahit, pandai memasak, pandai jaga anak, pandai jaga suami, dan comel pulak tu! Eh..eh..eh..terpuji pulak diri sendiri, hahaha!!
Pening kepala aku nak cari idea yang lebih jimat dan cantik untuk hias dulang hantaran diaorang ni. Kalo boleh tak nak membazir dan boleh diguna pakai semula dulang hantaran tu nanti. Kalo ada orang nak tempah buat hantaran pun boleh. Tunggu bila dah siap nanti dan akan upload satu entry pasal dulang hantaran design by imerynz. Ecececeh....
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment