Setakat ini Humairah jer yang rajin bawak bekal hari-hari ke tadika. Adam dan Hanie disebabkan dah makan berat awal-awal kat rumah, so depa pun malas nak bawak bekal ke sekolah. Kadang-kadang tanya juga, nak bawak bekal ke tak? Kalo ada angin puting beliung lalu depan rumah, datang lar mood depa tiba-tiba nak bawak bekal ke sekolah. Ngengada betul!
Malas nak packing banyak-banyak container untuk bekal Humairah ni walaupun dalam kepala otak aku ni nak bawak macam-macam untuk dia makan kat tadika. Punca salah satu sebabnya adalah malas nak membasuh sebenarnya. So, aku lebih suka sediakan bekal Humairah yang banyak compartment. Senang nak asingkan makanan dalam satu bekas. Takde lar nanti cikgu Humairah perli anak aku, 'ni bawak bekal banyak-banyak, nak pergi berkelah ke pergi tadika?' Hahaha....
Nak suruh Humairah makan banyak-banyak, cikgu...
Jom kita terjah menu bekal Humairah yang sempat aku snapkan khas untuk entry ini. Juga untuk rujukan aku nanti.
Menu bekal pagi tadi. Sushi dengan roll cakes dan snacks. Senang bawak bekas ni, Humairah pun boleh tau cara nak buka bekas ni bila nak makan. Sushi tu digunting dua supaya senang nak masuk ke dalam mulut si cinonet tu. Tau jer lar...mulut dia memang bersaiz kecik.
Creamy cheese baked potato with chicken and mushrooms. Fuhh...first time buat ni, sedap gilos! Bau dia menusuk-nusuk lubang hidungku!
Roti john kambing dengan butterfly pancakes with honey. Malas aku nak cincang burger kambing tu. Masuk jer lar seketul kat celah-celah roti john tu. Fuhh...sedap giler burger kambing ni! Bau kambing semerbak satu umah aku tau. Lepas nak try ar beli burger arnab, ostrich dan rusa. Macam mane rasanya ekk? Ada jual kat area aku ni.
Berlambak roti john kambing aku buat ni hah! Sampaikan sendawa pun bau kambing gak!
Kali ni bawak satu bekas jer. Mee hoon sup simple. Taruk fuchuk, daun sup, tumis bawang, campakkan sup bunjut. Abis dia makan tau! Maira memang suka mee yang ada kuah macam ni. Slurp..slurp..slurp!
Sosej mini bun ni ada dijual kat area aku dengan harga RM3.90 kalo tak silap ar. Mulanya aku ingatkan untuk bakar jer, sekali tak menjadi, keras pulak! So, aku goreng jer macam goreng donut tu. Baru lar lembut sikit rasa dohnya. Alahai...cinonet jer hotdog dia letak dalam bun tu. Macam hotdog dibelah 4 jer. Kedekut betul!
Aku gomol dengan gula jer. Sedap gak! Ala-ala donut gitu tapi dalamnya ada hotdog. Hahaha...!!
Aku bawakkan untuk bekal Humairah beserta dengan kopok lekor dan butter cookies.
Kalo terlebih rajin, hujung minggu buat cupcakes. Boleh tahan 5 hari cupcakes ni dalam bekas bertutup. Lebih 5 hari terus berkulat dah pun!
Repeat buat roti john lagi sebab permintaan sangat memberansangkan. Berserta cupcakes homemade dan chipsmore.
Megi goreng sosej dengan wafer dan cupcakes homemade. Humairah suka makan cupcakes. That's why rajin buatkan untuk dia jer.
Banana pancakes with honey, coco crunch dan biskut nenas.
Samosa sardin, strawberry cupcakes homemade dan coco crunch. Samosa ni aku buat sendiri tau, takde beli yang instant nyer. That's why samosa ni nampak besar gedobos. Puas makan dari beli kat kedai, alahai...sikit jer inti dalamnya. Tak sedap plak tu. Since I dah terror lipat samosa ni, rajin lar buat sebab my laki suka sangat makan samosa kentang sardin.
Okinomiyoki. Suka sangat beli kalo singgah kat Jusco. Pergi Jusco semata-mata nak beli okinomiyoki dengan pizza bechamel jer. Sedap gilos! Lagi sedap dari Pizza Hut. I dah lama tak pandang lagi pizza kat Pizza Hut tu. Rase doh tepung jer lebih, inti atas kureng. Pak mertua aku pun suka pizza bechamel since kitaorang ajak dia makan pizza kat jusco.
Mee kerinting goreng, rolled cakes dan biskut tiger.
Nasi goreng resepi omak aku. Akhirnya dapat gak aku meniru rasa ala-ala nasi goreng omak aku. Tapi lepas tu siap-siap lar bersin dan selsema terus. Sebab nasi goreng omak aku ni ada taruk belacan bakar sikit. Dan aku memang alergik dengan belacan. Sadis kan? I'll miss you, omma! Sob...sob...sob.
Ok, tu jer lar yang sempat aku snap menu bekal Humairah. Ada yang kadang-kadang tu terlupa nak snap gambar. Kalo ikutkan memang banyak lar, bersusun menu bekal Humairah aku listkan. Everyday is different menu, tapi kadang-kadang selang seminggu, ada jugak guna menu yang sama tapi snacks lain-lain pulak. Yang penting, hari-hari Humairah happy tengok bekal dia ada macam-macam jenis. Kalo nak buat bento muka kartun, muka orang, hias itu dan ini, memang tak sempat lar aku nak buat pepagi buta. Janji bila dimakan, nanti taik keluar takde bentuk kartun kan?
Hahaha...
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment