Video Of The Month

Monday 9 December 2013

Behind The Scene of My Wedding : " Tok kadi, saya nak kawin pepagi bute! "

Assalammualaikum...


*copy n paste from my notes.  this is true story of us



tepat pada 6hb sept 2004, hari yg dinanti-nantikn oleh aku dan suamiku.  kalo teringat tarikh ni, mesti kitaorg akan gelak sama-sama.  nak ikutkan dlm surat nikah dah tertulis tarikh nikah 7hb sept, appointmnt dgn tok kadi pun dh wat 7hb sept, then dua hari sebelum 7hb tu iaitu 5hb, aku dh call tok kadi tu kasi cnfirm kan balik dan remindkan dia yang aku nak kawin 7hb sept tu, nk dipendekkn citer, tok kadi ckp dia available waktu petang jer, pagi jadual penuh, nak nikahkan kat umah org kata nyer...nak dijadikn citer sebenarnya aku plan 7hb tu pagi nk wat nikah, tghari wat brsanding lak...abis kalo dh pagi 7hb tu tok kadi dah full dgn jadual nikah dia, cmnor lak dgn plan yg aku rancangkn ni..??  poning kepala aku ni dibuat nyer, kesian lak dgn rombongan sedara pihak lelaki yg dah brkmpung kat rengit, kalo diaorg tau nikah petang, mesti ramai yg dh mengeluh tggu lelama sgt...nak tak nak aku kena come up dgn idea cmnor nk buatkan majlis aku ni berjln lancar seperti yang dirancangkan.  aku tepon tok kadi tu, tanya dgn dia tak bleh ker appointmnt aku di up kan ke atas dlm jadual dia 7hb tu...tok kadi ckp tak leh sbb dia nak nikahkn org kat umah bkn kat masjid, kalo nikah kt masjid lain ler citer...otak aku trus ligat brpikir.

" tok, 6hb pagi2 buta available tak..? "
" kojap. tok check jadual dulu..."  hebat tak hebat tok kadi ni, popular sungguh!  rmai giler org amik 'service' dia nih!
" kul 10 pg saya ada appointmnt nikah kt umah org..."
" ok, kalo mcm tu tok..saya booking tok kadi kul 8 pg, bleh tak tok..??  tolong lar tok...kul 8 pg ek!"
" insyallah, bleh..."
" cnfirm ek tok, 6hb kul 8 pg tau, tok...!"  

aku lak yg trlebih excited nk nikah.  tak per ler, dh gatal nk kawin kan time tuh!

nak dipendekken citer, ada perubahan sket dlm planning majlis kawin aku nih, dlm surat nikah tulis 7hb tp nikahnya 6hb, tok kadi ckp xper, tarikh tu tak penting, yang penting nikah dgn rukun2nya tu mesti lengkap.  aku pun tepon mr. helmy (bakal suami masa tu) bgtau yang kita nikah pada 6hb pagi2 buta sebelum ayam brkokok.  mr. helmy tanya naper awal sgt, aku jwb senang jer, 

" sbb saya tak sabor2 nk kawin dgn abg...!"

sesuci pagi nan indah pada 6hb tu, tepat kul 8 pg, di masjid jamek batu pahat, dgn hanya sekali lafaz jer, aku sah mnjadi isteri mr. helmy...

tu ler kenangan anniversary kitaorg yg tak dopek nak dilupakn, nak celebrate pun tak tau yg maner satu..6hb ker 7hb, at last aku amik tarikh yang bertepatan dgn tarikh sewaktu kitaorg diijapkabulkn...6hb sept.  mesti tok kadi tu pening kpala layan request aku nih, nak ikutkn org lain mesti gelabah giler tunggu time nk dinikahkn, tapi aku lak yang mintak tok kadi tu suh dinikahkn cepat, xper perkara baik harus dipercepatkn ye tak??  aku dgn mr. helmy mesti gelak2 kalo tringat tarikh ni sbb aku tepon tok kadi tu smpai merayu2 nak mintak nikah awal pagi2 buta...nasib baik ler tok kadi tu kpala otak dia best!  

tok kadi, tok mmg trbaek lar...!!

Alhamdullilah, perancangan majlis nikah kami ketika itu sangat-sangat berjalan lancar, dihadiri dengan sanak saudara yang terlampau ramai dari belah pihak lelaki, manakala pihak aku hanya dihadiri oleh kaum keluarga jer.  My laki memang sangat popular dari kalangan saudara maranya.  Tu sebab masa majlis nikah aku, lebih kurang satu kampung datang dari Rengit.  Mostly, sedara mara my laki datang dari keturunan Bugis, walaupun my laki sebenarnya sepatah haram tak reti cakap Bugis.  Dan ada diantara saudara mara mereka yang dari golongan kaya raya tau.  Gilos tul!

Lepas abis majlis nikah, kaum keluarga aku ajak saudara mara pihak lelaki untuk datang ke majlis makan-makan kat rumah aku.  Yelar, orang dah satu batallion datang ke masjid, tak kan ler nak suh diaorang blah macam tu jer lepas abis majlis nikah!  Nasib baik lar masa tu, khemah dah siap didirikan, meja dan kerusi sumo dah siap susun atur, pelamin pun dah siap dinaikkan.  Lepas nikah, dapat lar kitaorg bergambar atas pelamin dengan sedara mara pihak laki.  Actually majlis bersandingnya dijalankan pada esok hari, 7hb seperti yang telah ditetapkan dalam kad undangan.  Cuma majlis nikah jer diawalkan sehari.  

Takper lar, janji semuanya selamat walaupun nampak mcm kelam kabut sket.  Syukran, alhamdullilah...




Thanks for reading this entry!

Fashion Chapter 17: Windbreaker jacket

Assalammualaikum...


Huk aloh!  Apa kejadahnya plak dengan windbreaker jacket ni?  Menatang apa ni?  Hahaha....sumo orang tak tau menatang apa tu windbreaker jacket kan..kan...kan!  Termasuk penulis blog ni hah!  Eden pun baru tau menatang ni hah!  Asalnya eden nak cari manly jacket kat shopping online.  Tertiba eden tertarik plak dengan design windbreaker jacket ni.  Terus eden google menatang apa lar windbreaker jacket dan jenis-jenis style nyer.  Eden cuma tau nak cari jacket jer!  Tanpa membuang masa mak limah yang sedang khusyuk menggoreng pisang, terus eden upload entry tentang windbreaker jacket ni khas untuk korang semua dan juga untuk rujukan eden di masa akan datang.

Windbreaker jacket is a very light jacket, one you would wear on a rainy/windy day even if it was warm outside, to not be miserable.

Mung paham ke tak?  Tak paham lagi?  Ok, baca ni plak...

A windbreaker jacket more likely a thin outer coat designed to resist wind chill and light rain, a lighter version of a jacket.  It is usually of light constructions, and these days characteristically made of some type of synthetic material.  It sometimes includes a hood.  The term 'windbreaker', used primarily in North America and Japan, is actually a genericized trademark, originally used by the John Rissman.

Ok...ok...windbreaker jacket ni amat sesuai lar sangat dipakai pada waktu sejuk atau cuaca yang berangin macam musim hujan sekarang ni kan.  So, even kat Malaysia ni takde turun salji pun, kita masih boleh memakainya jika kita pergi ke tempat kerja atau ke tempat-tempat yang berair cond jer.  Jemu lar kalo korang dok asik pakai blazer jer kat tempat kerja kan.  So, apa kata kita tukar penampilan kali ni.  Oh, kalo korang nak dressing pakai jacket ni pergi dinner company pun ok gak, takde saper pun nak marah, nak saman.  Buat muka poyo jer, gerenti orang tak berani nak sound nyer!

Aku suka design windbreaker jacket ni sebab ianya sangat-sangat menutupi aurat, labuh hingga ke punggung, tidak jarang, dan tidak lar terlampau ketat sangat hingga mengikut bentuk badan.  Ianya amat sesuai dengan citarasa fashion aku sebab kalo nak ikutkan cuaca sekarang, aku pun tak tahan dengan cuaca sejuk dan tempat yang berair cond lelebih lagi sekarang dah musim hujan kan.  Memang mengigil sampai ke hujung jari.  Masa aku menaip entry ni pun, tempat aku masih lagi dibasahi dengan hujan renyai-renyai.  Sejuknya kat sini toksah nak cakap lar, tapi kat Korea lagi sejuk giler kan?  Aisshh, sempat lagi nak selitkan korea plak tu!

Ok, jom kita terjah macam mana nak style dengan windbreaker jacket ni.




Celebrity style.  Bayangkan lar kalo korang pakai jacket ni masa pergi company dinner ker atau pergi majlis reunion kelas korang.  Oouu...oouuu...bayangkan lar, bayangkan lar!!  



Oh, smart giler windbreaker jacket ni.  Arghh...ni rasanya macam tak sabor-sabor nak beli jer! 




Dari jenis material kain yang tebal.  Sesuai lar kalo pergi ke tempat yang cuacanya sejuk beku tapi tak sesuai kalo pergi ke peti sejuk lar.



Military windbreaker jacket.  Masyallah, fabulous giler seyh!




Ini ialah ootd untuk cuaca sejuk.  Tapi kalo korang nak pakai ootd ni masa nak pergi beli ikan kat pasar pun bleh gak.  



Celebrity style in black color.  



Celebrity style in block color.



Which one of the jacket that you like most?



Ini bukan windbreaker jacket.  Ini ialah trench coat.  Tapi cutting nyer lawa kan.  Aku tak berapa minat sangat part yang berbulu kat hoodie tu.  Alergik kalo bulu tu masuk lubang hidung, mesti terbersin-bersin.



I can see a little puff  there at her shoulder.  Nice!  



Ni trench coat.  Tapi designnya sangat .  Perincian diberikan pada bahagian pergelangan tangan dan kolar coat tu.  



Oh, so sweet jacket in pink color!



The original design windbreaker jacket.



Ok, aku confius design ni sama ada windbreaker jacket atau trench coat.  Ikutkan design kedua-dua jacket ni lebih kurang sama jer.  Maybe material kain yang membuatkan kedua-dua design ni yang berbeza kot.  Apa-apa pun design jacket kat atas ni memang THORbaik...!!!



Boleh juga selitkan scarf di leher kalo tak nak unbotton jacket tu.  




Which one of design jacket that you prefer?



Oh, ni ialah rider jacket, but I like her style.  



Oh, comel nyer ada small ribbon kat belakang pinggang jacket tu!  



Lawanyer cutting belakang jacket ni! 



Celebrity styles.  Admire her styles.  Gorgeous!



Kalo jual jacket labuh mcm ni, memang aku beli ar!  Tak kira lar gedobos ker janji tutup aurat!  Jual kat butik memang mahal giler, lebih kurang Rm100 lebih.  Kena pandai cari kat shopping online baru boleh jumpa yang bawah dari RM60.  



Ni pun lawa gak cutting belakang jacket ni walaupun it is just simple design but yet it's still feminine.  



Harga windbreaker jacket ni, aku tengok kat shopping online cuma RM40 jer!  Giler ar!  Kalo putih, cepat kotor.  Kalo hitam, nampak mcm witch plak kan!  



Oh, hitam dan pink?  Memang sangat THORcomel!



Cutting dan color yang menarik ni lar yang buatkan hati memberontak nak beli jacket ni tau!  Jom kita terjah shopping online sekarang!  


" Apa?  Baju ni untuk orang muda jer ker?  Tak lar, dari anda pakai t-shirt berlengan pendek sampai nampak muscles kat lengan anda, I think it's better anda dressing macam saya. "



Windbreaker jacket kembang setaman kata ko!!  Bukan kata jiran sebelah umah ko... 



I like fluffy puff at her shoulder!  



Ada dua styles yang anda boleh gayakan sama ada mahu match kan dengan pants ataupun dengan maxi dress.  



Boleh juga dipadankan dengan seluar bercorak kalo tak mahu pakai jeans atau seluar slack.  Jangan tak pakai seluar, udah ler yerk!  THORkeluar bijik mata tu kang!



Anda juga boleh menggayakan dengan jumpsuit.  Tak tau jumpsuit tu menatang apa?  Google jer lar, cik kak oii!!  Jangan bodoh sombong nanti Tuhan marah.  Jangan suka suki kutuk orang dressing macam ala2 makcik, asalkan orang tu menutupi aurat, tu sudah cukup bagus.  Yang penting, jangan bertabaruj, jangan pakai ketat2, jangan keluar rumah pakai selendang asal bolot rambut jer dah sudah.  Tak baik...berbalik lar kamu ke jalan yang benar. 



Ada dua style yang anda boleh follow jika anda mahu match kan dengan scarf.  I prefer style yang kiri.



Dah dapat pencerahan tentang style jacket ini?  Tidak kah terasa melonjak hati untuk memilikinya?  One day...one day erynz.  You can have it.  Dahulukan perbelanjaan budak-budak nak naik sekolah ini.  Nasib baik duit yuran sekolah rendah dan sekolah agama dah diketepikan awal-awal.  Baju, kasut sekolah, beg, stationery semua dah lengkap beli.  Tinggal tunggu nak bayar yuran dan buku tulis budak-budak jer.  Syukran, alhamdullilah....



Thanks for reading this entry! 



Tuesday 19 November 2013

Friends Not A Boyfriend

Assalammualaikum...


*****************************************************************************************




' Woi, aku dah sampai depan umah ko ni!  Cepat lar turun! '

Bunyi pesanan telefon bimbitku dengan miscall sebanyak tiga kali mengejutkan aku dari tidur petang.  Penat.  Baru balik dari kuliah, padahal kelas dari pagi sampai ke tengahari jer.  Poyo, aku memang kuat tido.  Itulah cara untuk mengurangkan rasa lapar.  Maklum lar duduk rumah bujang kan.

Aku mengendap kat tingkap depan.  Kelihatan dua orang budak lelaki menaiki motor masing-masing, sedang tunggu di depan pintu pagar rumah aku.  Seorang naik motorbike, seorang lagi naik motor yamaha.  Aku tersenyum.  Itulah tetamu yang aku tunggu selama ini.  Kawan yang mengenali aku dari sekolah menengah lagi, kawan yang memahami perangai aku, dan kini sama-sama sambung belajar di universiti yang sama.  Bezanya kitaorang lelain kursus jer.

Aku tengok muka aku kat cermin.  Agar tiada taik mata yang melekat kat mata aku ni.  Kalo tidak, teruk aku kena kutuk dengan diaorang ni kang!  Anak dara kuat tido!

Aku berlari turun ke bawah.

Rumah dua tingkat tu tiada apa keistimewaannya.  Rumah bujang, rumah anak dara.  Tiada televisyen, tiada peti sejuk.  Cuma ada satu set sofa dengan meja makan jer.  Memang kedekut taik hidung masin giler tuan rumah yang aku sewa ni.  Ruang aku hanya di tingkat dua jer.  Aku tak pernah berlegar kat ruang tingkat satu, ruang tamu.  Kat dapur pun aku jarang-jarang masak.  Nama jer anak dara, tapi bila tengok ruang dapur memang besar punye pengotor.  Dah makan pun tak reti nak basuh pinggan mangkuk.  Ah, aku paling benci bila aku nak masak, sinki penuh dengan pinggan mangkuk yang kotor, lantai berminyak, bekas periuk atau kuali yang diaorang gunakan pun tak reti nak basuh.  Bila tengok keadaan ruang dapur macam tu, terus takde mood nak masak.  Naik atas, pergi ke bilik, rendam maggi dengan air panas, sudah!  Dua tahun, Rin...lagi dua tahun jer.  Abis final exam, ko blah jer terus dari rumah pengotor ni.

Aku tersengih melihat kawanku setia menunggu di depan pintu pagar rumah.  Haram jadah lar aku nak bagi korang masuk ke rumah bujang aku.  Lepak jer lar kat depan pintu pagar tu.  Baju kurung yang aku pakai masa pergi ke kuliah pagi tadi pun tak bertukar lagi.  Arghh, jumpa kawan bukan jumpa pakwe pun!

" Haa, ni mesti kes baru bangun tido nih!  Muka sembab semacam jer! " tepik Azman.  Yang bawak motorbike.

" Sorry.  Lama ke tunggu?  Baru hari ni korang nak datang melawat aku ker? "

Aku duduk kat bangku batu tepi tembok rumahku.

" Ni haa, Kamal yang beria-ria ajak aku, katanya dah lama tak jumpa ko!  Dia rindu kat ko sebenarnya. "  usik Azman sambil gelak.

Kamal tersenyum.  Dia yang naik motor yamaha.

" Argh, sudah lar! Takpe, yang penting, akhirnya korang sampai gak kat rumah aku kan! "

" Berapa orang dok kat rumah ni, Rin? "  tanya si Kamal.

" Lebih kurang 15 orang.  Lagi ramai lagi bagus, kurang sikit bayar duit sewa."

" Uiikk, ramai giler!  Ada tak yang lawa, yang seksi, yang comel kat rumah ko ni?  Boleh lar kenalkan kat aku nanti? "

Oh, Azman!  Mentang-mentang ko bawak motorbike, semudah itu ko nak sauk anak dara orang.


" Takde.  Yang dok kat rumah ni semuanya yang montok, yang gemuk, yang kudut, yang kementot.  Yang comel rasanya aku kot.  Hahahaha....! "  Aku tergelak besar.  Perasan puji diri sendiri.

" Caitt!  Hah, yang tadi baru keluar rumah tu, kawan ko ke, Rin? "  Kamal memuncungkan mulutnya pada salah seorang kawan serumahku yang sedang berlegar kat koridor rumah dan kemudian dia masuk balik ke dalam rumah semula.

" Tak lar.  Budak Unisel.  Tak berapa kenal sangat.  Gitu-gitu jer. "

" Mak aihh, seksi giler!  Pakai seluar pendek keluar rumah macam tu jer. "

" Biasalah, Man.  Budak bandar. "

Sebenarnya aku malu gak bila kawan lelakiku secara tak sengaja melihat kawan serumahku keluar rumah dengan hanya memakai seluar boxing pendek.  Nak dinasihatkan, bukannya budak kecik lagi.

" Kat dalam rumah, ko pakai macam tu tak? "  tanya Azman dengan perasaan ingin tahu.

" Don't imagine that.  Kalo ko nak kepala ko disumbatkan kat celah-celah tayar motorbike ko tu, try lar imagine. "

Azman dan Kamal ketawa besar.


" Ko beli motorbike ni pakai duit PTPTN ker? "

" Tak lar.  Sebelum aku dapat offer belajar, aku kerja part time dulu.  Simpan duit sikit-sikit.  Alah, bukan beli cash pun.  Aku bayar ansur-ansur lar, Rin. "

" Boleh lar aku tumpang naik motor ko pergi kelas ekk? "

" Boleh...boleh blah!  Hahahaha...!! "

" Ooo...dengan awek, ko boleh tumpangkan.  Dengan aku, ko sombong ekk! "

" Motor aku kan ada.  Ko tepon jer, nanti aku datang. "  kata Kamal sambil menepuk-nepuk tempat duduk motornya.

" Aku dah biasa naik motor ni.  Aku teringin nak naik motorbike plak! "  ujarku sambil ketawa.

Kamal menundukkan kepalanya. Sedar akan dirinya ditahap mana.


" Alah, jangan lar merajuk, Kamal.  Nanti ada masa, aku tumpang naik motor ko plak! "

" Aah, motorbike aku ni memang takleh naik dua orang.  Nanti pancit tayar motor aku ni kang! "

" Ooo...kedekut ekk!  Takpe...takpe.  Ko ingat aku jakun sangat ker nak naik motorbike ko ni.  Ko sendiri naik pun, kaki ko tak sampai nak jejak ke tanah kan?  Terima lar hakikat yang diri ko tu kementot, Man..."

" Cis, kurang ajar! Memang tak sayang mulut ko ni. "

Kamal ketawa terkekeh-kekeh.  Aku pun turut ketawa.  Sebenarnya itu lar cara orang johor bergurau.  Bergurau dalam nada kasar tapi dalam hati tak simpan perasaan sakit hati.


" Jiran sebelah rumah ko ni rumah family ke rumah bujang? " tanya si Kamal.  Cuba untuk tukar topik.  Demi mengelakkan aku dengan Azman makin berbalah sesama sendiri.

" Sebelah kiri rumah bujang lelaki, sebelah kanan rumah family.  Rumah depan, kiri kanan pun rumah bujang lelaki gak." kataku sambil menunjukkan dengan jari.

Seketika itu, aku baru perasan ada beberapa orang lelaki dari rumah bujang berdepan rumahku, sedang berdiri di balkoni, memerhatikan kami bertiga dari jauh sejak tadi.  Berlagak macam 'spy' kononnya.  Apa ko ingat kitaorang nak lakukan perbuatan terkutuk ker siang-siang hari begini?  Oh, sorry!  Aku tak liar macam budak-budak serumahku.  Tiap-tiap malam asik keluar, hujung minggu pula pergi clubbing.  Aku ni tiap-tiap malam dok pulun dengan buku, dengan assignments, hujung minggu pula abiskan masa dengan tidur jer.  Digelar hantu tidur pun takpe, janji aku tak buat aktiviti liar macam kawan-kawan serumahku selalu buat.  Hujung minggu ada jer godaan ajak pergi clubbing.  Fuhh, nasib baik aku tak termakan dengan pujukan syaitan.

" Bila nak belanja aku makan? " tanyaku pada Azman.

 Aku tau mamat sorang ni mesti banyak duit.  Lagipun dia beruntung sebab dia belajar kat sini dengan duduk serumah dengan abang dia.  Kamal jer yang masih lagi menetap di hostel UiTM.  Aku pula hanya bertahan 2 semester jer duduk kat hostel.  Lagi 4 semester aku dah mula duduk kat luar hostel.  Tak tahan siot dengan aktiviti kolej yang merepek meraban tu.  Kalo tak pergi maka tak dapat point untuk duduk hostel next semester.  Abis kalau aktiviti kolej abis sampai lewat malam, pukul berapa pula kitaorang perlu tido semata-mata nak buat assignment yang perlu dihantar esok pagi?  Tak masuk dek akal betul!

"Apsal aku kena belanja ko makan plak? "

" Pasal aku hari-hari makan maggi dengan bubur segera.  Ko tak kesian kat aku ker? " aku cuba buat mimik muka.  

" Perlu ke aku kesian? "  soal Azman sambil disambut dengan deraian ketawa si Kamal.

Aku mendengus.  Geram pun ada tengok perangai budak dua ekor ni.  Tapi itu lar penghibur hati.  Kawan yang mengenali tebiat memasing sejak dari sekolah menengah lagi.  Tadah jer lar telinga kalo kena kutuk depan-depan.  Sekurang-kurangnya diaorang tak hipokrit. Macam sesetengah orang.

" Kita set masa, kita keluar makan sesama, nak tak?  Nanti boleh kita ajak Zul, Boy, dengan Umar sekali. "  ujar Kamal tertiba.

Nama-nama yang Kamal sebutkan tadi pun sebenarnya kawan sekelas kitaorang gak masa tingkatan 4 dan 5.  Tak sangka pula boleh berjumpa kat satu tempat belajar tapi memasing semua amik kursus lelain.  Tu sebab kitaorang dapat berjumpa antara satu sama lain.  Umar amik course landskap, aku amik course secretary, Kamal pula amik course accounting, dan Azman, Boy, Zul amik course engineering.

" Bagus gak planning ko ni, Kamal. Korang tepon lar diaorang. "

" Tapi aku tak janji yang diaorang ni confirm ok ke tak, sebab kengkadang diaorang ni pun ada hal memasing gak! "

" Tu la pasal, aku terserempak dengan diaorang pun siap boleh buat muka derk jer tau!  Sombong seyh! " 

" Takpe lar, kalo diaorang ada hal lain, kita-kita jer lar pergi keluar makan.  Tong-tong lar.  Setuju? " kata Azman sambil menaiki motorbikenya.  

Dah agak dah, kakinya tak sampai nak jejak ke tanah.  Nasib baik rumah aku ada divider, ditahannya berat motorbike tu dengan meletakkan kakinya di atas divider supaya jisim ketinggian dan berat digalaskan sama rata.

" Ok, setuju.  Tak payah lar nak harapkan dengan orang yang belum confirm lagi nak pergi.  Sebelum korang nak pergi, korang call lar aku dulu.  Hujung minggu jer aku boleh keluar.  Isnin hingga Jumaat, aku busy dengan kuliah, assignments lagi, dengan test month lagi, presentation lar, bla...bla...bla..."

" Yer, aku pun busy gak!  Macam ko sorang jer yang busy kat dunia ni, " perli Si Kamal.

Aku tergelak.

" Nanti kirim salam kat kawan-kawan ko yang mana comel-comel dan cantik-cantik ekk? "  tanya Kamal sambil mengenyitkan matanya.  

Huh, dasar gatal!  Mereka berdua menghidupkan motor memasing.  Dah lama kitaorang berborak kat situ.  Mata-mata yang menjeling sudah mula kelihatan.  Tak kurang juga mata-mata yang 'suspicious', yang cemburu melihat keakraban kitaorang pun ada.  Mesti diaorang sedang berteka teki, yang mana satu kawan, yang mana satu boyfriend.

" Walaikummusalam..."  jawabku selamba.

" Bye, baik-baik bawak motor tu.  Kalo jatuh, bangun sendiri tau! Lelebih lagi yang si kementot tu. " kataku sambil muncungku ditalakan pada Azman.

Kamal dan Azman masih sempat lagi ketawa melihat telatahku sebelum mereka berdua bergerak meninggalkan aku keseorangan di depan pintu pagar rumahku.  Aku menghantar mereka sehingga mereka hilang dari pandanganku.  Oh, sepi lagi.  Kang bagus kalo aku jumpa kawan serumah yang satu kepala denganku.

Aku mula mengorak langkah.  Masuk ke dalam rumah, selak kunci pagar.  Mataku sempat lagi melirik ke arah beberapa orang lelaki yang sedang berdiri di balkoni tadi.

' Tak abis-abis tengok lagi? '





The truth is I have more boy-friends than girl-friends in high school.  But its limits for those who really really knows me as well.  The reason is...

- ko kutuk depan2 pun diaorang tak kan terasa. 
- bukan jenis kaum yang suka mengumpat perkara yang remeh temeh.
- kebanyakkannya tidak hipokrit.
- jarang cemburu contohnya pada kecantikkan atau pangkat.
- tak perlu menjaga perasaan mereka sebab mereka kebal.



Thanks for reading this entry!



Sorry for late repost the entry...

Thursday 31 October 2013

Part 1 - How to Wear : Peplum Tops

Assalammualaikum...


Sometimes, more can look like less.  Peplum tops feature a daring, extended hemline with a short overskirt.  Adding a horizontal line and extra fabric on the hips might seem like fashion suicide, but a peplum top done right can actually have slimming effect.


The peplum style popped into the fashion spotlight in the 1940s.  While many of today's designers are faithful to the vintage look, some have created modern peplum pieces utilizing geometric cuts and color-block styles.  Consider all your peplum options before shying away from this trendy mainstay.


Placement and Proportion

When picking a peplum top, you have to take care where the skirt begins.  Why?  Because it creates an attention-grabbing horizontal line that you want to use to create a waist on the slimmest part your midsection.  The flounce of the skirt should fall on your hips in a minimizing fashion.

Those with short waists or curves aplenty may find it hard to locate a peplum that fits your shape.  Before hitting the fitting room, take a look at where the horizontal line is located on each piece and eliminate anything not made to suit your needs.  Look out for soft fabrics, perhaps even those with a little stretch to them, which will allow for a nicely fitted bodice and an elegant flow to the skirt.


On the flip side, those looking to add curves can go for peplum tops with fuller skirts or mutiple skirt layers.


Perfect Pairings

Lightweight peplum tops partner perfectly with a pencil skirt, straight skirt or tailored pants.  Don't compete with the ruffle on top.  Keep it streamlined underneath.

Color and Texture

Use color to help create a balanced appearance.  If you're bigger in the bust than in the hips, wearing a dark peplum top with a lighter color underneath should balance things out visually.  To minimize the hips, wear a darker color underneath.  Another hip minimizing tip is to find a peplum top with a dark-colored overskirt.

Lace is perhaps one of the most fetching textures for a peplum top.  Pair with a matching lace skirt in the same color for a put together look.  Eyelet is a youthful option.  Try an eyelet peplum top over a skin-tight mini -dress for a curvy chic outfit.


Peplum in the Office

It doesn't get any more classic than a peplum jacket with matching pencil skirt.  For a more modernized office ensemble, put a collared shirt underneath a smooth, sleeveless peplum blouse with a skinny accent belt on top and slick slacks underneath.  On the weekends, wear the blouse with skinny jeans or distressed denim.

Accessorize with Care

Adding a super chunky bracelet to a peplum top outfit will draw even more attention to your hips.  If you're looking to look curvy this is a great option for you.  If you're already curvy below the waist, draw attention upward with a bold statement necklace that compliments the top's neckline.

A skinny or inch-thick belt in a contrasting color is the perfect finishing touch.  The belt should cover up the horizontal line just above the overskirt.  Shift the belt buckle to the side if you don't want to draw attention to your center.  




I prefer the bigger picture...


I choose Alicia Keys style...

Awesome...can trade in to muslimah style, isn't it?



This is so sweet and feminine


You can mix and match with the maxi skirt too!


Owhh...this is pefect!  I like the shoulder cuttings!
Mix and match for peplum tops muslimah style.


You can make peplum tops as a baju kurung, don't you?


DIY How to make a Men’s button up shirt into a Women’s button up OR peplum top tutorial.
Kemeja peplum dari kemeja lelaki.  You can make it by yourself.


OOTD: DIY Peplum & Jeans PLUS!! Peplum Now On STITCHED 9
Peplum 2 layers.


playing with proportions - #peplum top, skinny jeans, heels + a structured, oversized bag
Nice to try...


Leather Jacket , Green Little Dress with Gold Statement Necklace , Lepord Booties | Fall chic
Boleh matchkan dengan rider jacket.


Floral Simplicity| Penny Pincher Fashion Floral blazer pastels work casual
Sweet but I prefer labuh punggung...


Alexander McQueen (Suit Jacket, Top, Shoes, Clutch & Ring)
Awesome...



Have a nice day and happy holidays!


Thanks for reading this entry...