Video Of The Month

Monday, 9 December 2013

Fashion Chapter 17: Windbreaker jacket

Assalammualaikum...


Huk aloh!  Apa kejadahnya plak dengan windbreaker jacket ni?  Menatang apa ni?  Hahaha....sumo orang tak tau menatang apa tu windbreaker jacket kan..kan...kan!  Termasuk penulis blog ni hah!  Eden pun baru tau menatang ni hah!  Asalnya eden nak cari manly jacket kat shopping online.  Tertiba eden tertarik plak dengan design windbreaker jacket ni.  Terus eden google menatang apa lar windbreaker jacket dan jenis-jenis style nyer.  Eden cuma tau nak cari jacket jer!  Tanpa membuang masa mak limah yang sedang khusyuk menggoreng pisang, terus eden upload entry tentang windbreaker jacket ni khas untuk korang semua dan juga untuk rujukan eden di masa akan datang.

Windbreaker jacket is a very light jacket, one you would wear on a rainy/windy day even if it was warm outside, to not be miserable.

Mung paham ke tak?  Tak paham lagi?  Ok, baca ni plak...

A windbreaker jacket more likely a thin outer coat designed to resist wind chill and light rain, a lighter version of a jacket.  It is usually of light constructions, and these days characteristically made of some type of synthetic material.  It sometimes includes a hood.  The term 'windbreaker', used primarily in North America and Japan, is actually a genericized trademark, originally used by the John Rissman.

Ok...ok...windbreaker jacket ni amat sesuai lar sangat dipakai pada waktu sejuk atau cuaca yang berangin macam musim hujan sekarang ni kan.  So, even kat Malaysia ni takde turun salji pun, kita masih boleh memakainya jika kita pergi ke tempat kerja atau ke tempat-tempat yang berair cond jer.  Jemu lar kalo korang dok asik pakai blazer jer kat tempat kerja kan.  So, apa kata kita tukar penampilan kali ni.  Oh, kalo korang nak dressing pakai jacket ni pergi dinner company pun ok gak, takde saper pun nak marah, nak saman.  Buat muka poyo jer, gerenti orang tak berani nak sound nyer!

Aku suka design windbreaker jacket ni sebab ianya sangat-sangat menutupi aurat, labuh hingga ke punggung, tidak jarang, dan tidak lar terlampau ketat sangat hingga mengikut bentuk badan.  Ianya amat sesuai dengan citarasa fashion aku sebab kalo nak ikutkan cuaca sekarang, aku pun tak tahan dengan cuaca sejuk dan tempat yang berair cond lelebih lagi sekarang dah musim hujan kan.  Memang mengigil sampai ke hujung jari.  Masa aku menaip entry ni pun, tempat aku masih lagi dibasahi dengan hujan renyai-renyai.  Sejuknya kat sini toksah nak cakap lar, tapi kat Korea lagi sejuk giler kan?  Aisshh, sempat lagi nak selitkan korea plak tu!

Ok, jom kita terjah macam mana nak style dengan windbreaker jacket ni.




Celebrity style.  Bayangkan lar kalo korang pakai jacket ni masa pergi company dinner ker atau pergi majlis reunion kelas korang.  Oouu...oouuu...bayangkan lar, bayangkan lar!!  



Oh, smart giler windbreaker jacket ni.  Arghh...ni rasanya macam tak sabor-sabor nak beli jer! 




Dari jenis material kain yang tebal.  Sesuai lar kalo pergi ke tempat yang cuacanya sejuk beku tapi tak sesuai kalo pergi ke peti sejuk lar.



Military windbreaker jacket.  Masyallah, fabulous giler seyh!




Ini ialah ootd untuk cuaca sejuk.  Tapi kalo korang nak pakai ootd ni masa nak pergi beli ikan kat pasar pun bleh gak.  



Celebrity style in black color.  



Celebrity style in block color.



Which one of the jacket that you like most?



Ini bukan windbreaker jacket.  Ini ialah trench coat.  Tapi cutting nyer lawa kan.  Aku tak berapa minat sangat part yang berbulu kat hoodie tu.  Alergik kalo bulu tu masuk lubang hidung, mesti terbersin-bersin.



I can see a little puff  there at her shoulder.  Nice!  



Ni trench coat.  Tapi designnya sangat .  Perincian diberikan pada bahagian pergelangan tangan dan kolar coat tu.  



Oh, so sweet jacket in pink color!



The original design windbreaker jacket.



Ok, aku confius design ni sama ada windbreaker jacket atau trench coat.  Ikutkan design kedua-dua jacket ni lebih kurang sama jer.  Maybe material kain yang membuatkan kedua-dua design ni yang berbeza kot.  Apa-apa pun design jacket kat atas ni memang THORbaik...!!!



Boleh juga selitkan scarf di leher kalo tak nak unbotton jacket tu.  




Which one of design jacket that you prefer?



Oh, ni ialah rider jacket, but I like her style.  



Oh, comel nyer ada small ribbon kat belakang pinggang jacket tu!  



Lawanyer cutting belakang jacket ni! 



Celebrity styles.  Admire her styles.  Gorgeous!



Kalo jual jacket labuh mcm ni, memang aku beli ar!  Tak kira lar gedobos ker janji tutup aurat!  Jual kat butik memang mahal giler, lebih kurang Rm100 lebih.  Kena pandai cari kat shopping online baru boleh jumpa yang bawah dari RM60.  



Ni pun lawa gak cutting belakang jacket ni walaupun it is just simple design but yet it's still feminine.  



Harga windbreaker jacket ni, aku tengok kat shopping online cuma RM40 jer!  Giler ar!  Kalo putih, cepat kotor.  Kalo hitam, nampak mcm witch plak kan!  



Oh, hitam dan pink?  Memang sangat THORcomel!



Cutting dan color yang menarik ni lar yang buatkan hati memberontak nak beli jacket ni tau!  Jom kita terjah shopping online sekarang!  


" Apa?  Baju ni untuk orang muda jer ker?  Tak lar, dari anda pakai t-shirt berlengan pendek sampai nampak muscles kat lengan anda, I think it's better anda dressing macam saya. "



Windbreaker jacket kembang setaman kata ko!!  Bukan kata jiran sebelah umah ko... 



I like fluffy puff at her shoulder!  



Ada dua styles yang anda boleh gayakan sama ada mahu match kan dengan pants ataupun dengan maxi dress.  



Boleh juga dipadankan dengan seluar bercorak kalo tak mahu pakai jeans atau seluar slack.  Jangan tak pakai seluar, udah ler yerk!  THORkeluar bijik mata tu kang!



Anda juga boleh menggayakan dengan jumpsuit.  Tak tau jumpsuit tu menatang apa?  Google jer lar, cik kak oii!!  Jangan bodoh sombong nanti Tuhan marah.  Jangan suka suki kutuk orang dressing macam ala2 makcik, asalkan orang tu menutupi aurat, tu sudah cukup bagus.  Yang penting, jangan bertabaruj, jangan pakai ketat2, jangan keluar rumah pakai selendang asal bolot rambut jer dah sudah.  Tak baik...berbalik lar kamu ke jalan yang benar. 



Ada dua style yang anda boleh follow jika anda mahu match kan dengan scarf.  I prefer style yang kiri.



Dah dapat pencerahan tentang style jacket ini?  Tidak kah terasa melonjak hati untuk memilikinya?  One day...one day erynz.  You can have it.  Dahulukan perbelanjaan budak-budak nak naik sekolah ini.  Nasib baik duit yuran sekolah rendah dan sekolah agama dah diketepikan awal-awal.  Baju, kasut sekolah, beg, stationery semua dah lengkap beli.  Tinggal tunggu nak bayar yuran dan buku tulis budak-budak jer.  Syukran, alhamdullilah....



Thanks for reading this entry! 



No comments: