*****************************************************************************************
' Woi, aku dah sampai depan umah ko ni! Cepat lar turun! '
Bunyi pesanan telefon bimbitku dengan miscall sebanyak tiga kali mengejutkan aku dari tidur petang. Penat. Baru balik dari kuliah, padahal kelas dari pagi sampai ke tengahari jer. Poyo, aku memang kuat tido. Itulah cara untuk mengurangkan rasa lapar. Maklum lar duduk rumah bujang kan.
Aku mengendap kat tingkap depan. Kelihatan dua orang budak lelaki menaiki motor masing-masing, sedang tunggu di depan pintu pagar rumah aku. Seorang naik motorbike, seorang lagi naik motor yamaha. Aku tersenyum. Itulah tetamu yang aku tunggu selama ini. Kawan yang mengenali aku dari sekolah menengah lagi, kawan yang memahami perangai aku, dan kini sama-sama sambung belajar di universiti yang sama. Bezanya kitaorang lelain kursus jer.
Aku tengok muka aku kat cermin. Agar tiada taik mata yang melekat kat mata aku ni. Kalo tidak, teruk aku kena kutuk dengan diaorang ni kang! Anak dara kuat tido!
Aku berlari turun ke bawah.
Rumah dua tingkat tu tiada apa keistimewaannya. Rumah bujang, rumah anak dara. Tiada televisyen, tiada peti sejuk. Cuma ada satu set sofa dengan meja makan jer. Memang kedekut taik hidung masin giler tuan rumah yang aku sewa ni. Ruang aku hanya di tingkat dua jer. Aku tak pernah berlegar kat ruang tingkat satu, ruang tamu. Kat dapur pun aku jarang-jarang masak. Nama jer anak dara, tapi bila tengok ruang dapur memang besar punye pengotor. Dah makan pun tak reti nak basuh pinggan mangkuk. Ah, aku paling benci bila aku nak masak, sinki penuh dengan pinggan mangkuk yang kotor, lantai berminyak, bekas periuk atau kuali yang diaorang gunakan pun tak reti nak basuh. Bila tengok keadaan ruang dapur macam tu, terus takde mood nak masak. Naik atas, pergi ke bilik, rendam maggi dengan air panas, sudah! Dua tahun, Rin...lagi dua tahun jer. Abis final exam, ko blah jer terus dari rumah pengotor ni.
Aku tersengih melihat kawanku setia menunggu di depan pintu pagar rumah. Haram jadah lar aku nak bagi korang masuk ke rumah bujang aku. Lepak jer lar kat depan pintu pagar tu. Baju kurung yang aku pakai masa pergi ke kuliah pagi tadi pun tak bertukar lagi. Arghh, jumpa kawan bukan jumpa pakwe pun!
" Haa, ni mesti kes baru bangun tido nih! Muka sembab semacam jer! " tepik Azman. Yang bawak motorbike.
" Sorry. Lama ke tunggu? Baru hari ni korang nak datang melawat aku ker? "
Aku duduk kat bangku batu tepi tembok rumahku.
" Ni haa, Kamal yang beria-ria ajak aku, katanya dah lama tak jumpa ko! Dia rindu kat ko sebenarnya. " usik Azman sambil gelak.
Kamal tersenyum. Dia yang naik motor yamaha.
" Argh, sudah lar! Takpe, yang penting, akhirnya korang sampai gak kat rumah aku kan! "
" Berapa orang dok kat rumah ni, Rin? " tanya si Kamal.
" Lebih kurang 15 orang. Lagi ramai lagi bagus, kurang sikit bayar duit sewa."
" Uiikk, ramai giler! Ada tak yang lawa, yang seksi, yang comel kat rumah ko ni? Boleh lar kenalkan kat aku nanti? "
Oh, Azman! Mentang-mentang ko bawak motorbike, semudah itu ko nak sauk anak dara orang.
" Takde. Yang dok kat rumah ni semuanya yang montok, yang gemuk, yang kudut, yang kementot. Yang comel rasanya aku kot. Hahahaha....! " Aku tergelak besar. Perasan puji diri sendiri.
" Caitt! Hah, yang tadi baru keluar rumah tu, kawan ko ke, Rin? " Kamal memuncungkan mulutnya pada salah seorang kawan serumahku yang sedang berlegar kat koridor rumah dan kemudian dia masuk balik ke dalam rumah semula.
" Tak lar. Budak Unisel. Tak berapa kenal sangat. Gitu-gitu jer. "
" Mak aihh, seksi giler! Pakai seluar pendek keluar rumah macam tu jer. "
" Biasalah, Man. Budak bandar. "
Sebenarnya aku malu gak bila kawan lelakiku secara tak sengaja melihat kawan serumahku keluar rumah dengan hanya memakai seluar boxing pendek. Nak dinasihatkan, bukannya budak kecik lagi.
" Kat dalam rumah, ko pakai macam tu tak? " tanya Azman dengan perasaan ingin tahu.
" Don't imagine that. Kalo ko nak kepala ko disumbatkan kat celah-celah tayar motorbike ko tu, try lar imagine. "
Azman dan Kamal ketawa besar.
" Ko beli motorbike ni pakai duit PTPTN ker? "
" Tak lar. Sebelum aku dapat offer belajar, aku kerja part time dulu. Simpan duit sikit-sikit. Alah, bukan beli cash pun. Aku bayar ansur-ansur lar, Rin. "
" Boleh lar aku tumpang naik motor ko pergi kelas ekk? "
" Boleh...boleh blah! Hahahaha...!! "
" Ooo...dengan awek, ko boleh tumpangkan. Dengan aku, ko sombong ekk! "
" Motor aku kan ada. Ko tepon jer, nanti aku datang. " kata Kamal sambil menepuk-nepuk tempat duduk motornya.
" Aku dah biasa naik motor ni. Aku teringin nak naik motorbike plak! " ujarku sambil ketawa.
Kamal menundukkan kepalanya. Sedar akan dirinya ditahap mana.
" Alah, jangan lar merajuk, Kamal. Nanti ada masa, aku tumpang naik motor ko plak! "
" Aah, motorbike aku ni memang takleh naik dua orang. Nanti pancit tayar motor aku ni kang! "
" Ooo...kedekut ekk! Takpe...takpe. Ko ingat aku jakun sangat ker nak naik motorbike ko ni. Ko sendiri naik pun, kaki ko tak sampai nak jejak ke tanah kan? Terima lar hakikat yang diri ko tu kementot, Man..."
" Cis, kurang ajar! Memang tak sayang mulut ko ni. "
Kamal ketawa terkekeh-kekeh. Aku pun turut ketawa. Sebenarnya itu lar cara orang johor bergurau. Bergurau dalam nada kasar tapi dalam hati tak simpan perasaan sakit hati.
" Jiran sebelah rumah ko ni rumah family ke rumah bujang? " tanya si Kamal. Cuba untuk tukar topik. Demi mengelakkan aku dengan Azman makin berbalah sesama sendiri.
" Sebelah kiri rumah bujang lelaki, sebelah kanan rumah family. Rumah depan, kiri kanan pun rumah bujang lelaki gak." kataku sambil menunjukkan dengan jari.
Seketika itu, aku baru perasan ada beberapa orang lelaki dari rumah bujang berdepan rumahku, sedang berdiri di balkoni, memerhatikan kami bertiga dari jauh sejak tadi. Berlagak macam 'spy' kononnya. Apa ko ingat kitaorang nak lakukan perbuatan terkutuk ker siang-siang hari begini? Oh, sorry! Aku tak liar macam budak-budak serumahku. Tiap-tiap malam asik keluar, hujung minggu pula pergi clubbing. Aku ni tiap-tiap malam dok pulun dengan buku, dengan assignments, hujung minggu pula abiskan masa dengan tidur jer. Digelar hantu tidur pun takpe, janji aku tak buat aktiviti liar macam kawan-kawan serumahku selalu buat. Hujung minggu ada jer godaan ajak pergi clubbing. Fuhh, nasib baik aku tak termakan dengan pujukan syaitan.
" Bila nak belanja aku makan? " tanyaku pada Azman.
Aku tau mamat sorang ni mesti banyak duit. Lagipun dia beruntung sebab dia belajar kat sini dengan duduk serumah dengan abang dia. Kamal jer yang masih lagi menetap di hostel UiTM. Aku pula hanya bertahan 2 semester jer duduk kat hostel. Lagi 4 semester aku dah mula duduk kat luar hostel. Tak tahan siot dengan aktiviti kolej yang merepek meraban tu. Kalo tak pergi maka tak dapat point untuk duduk hostel next semester. Abis kalau aktiviti kolej abis sampai lewat malam, pukul berapa pula kitaorang perlu tido semata-mata nak buat assignment yang perlu dihantar esok pagi? Tak masuk dek akal betul!
"Apsal aku kena belanja ko makan plak? "
" Pasal aku hari-hari makan maggi dengan bubur segera. Ko tak kesian kat aku ker? " aku cuba buat mimik muka.
" Perlu ke aku kesian? " soal Azman sambil disambut dengan deraian ketawa si Kamal.
Aku mendengus. Geram pun ada tengok perangai budak dua ekor ni. Tapi itu lar penghibur hati. Kawan yang mengenali tebiat memasing sejak dari sekolah menengah lagi. Tadah jer lar telinga kalo kena kutuk depan-depan. Sekurang-kurangnya diaorang tak hipokrit. Macam sesetengah orang.
" Kita set masa, kita keluar makan sesama, nak tak? Nanti boleh kita ajak Zul, Boy, dengan Umar sekali. " ujar Kamal tertiba.
Nama-nama yang Kamal sebutkan tadi pun sebenarnya kawan sekelas kitaorang gak masa tingkatan 4 dan 5. Tak sangka pula boleh berjumpa kat satu tempat belajar tapi memasing semua amik kursus lelain. Tu sebab kitaorang dapat berjumpa antara satu sama lain. Umar amik course landskap, aku amik course secretary, Kamal pula amik course accounting, dan Azman, Boy, Zul amik course engineering.
" Bagus gak planning ko ni, Kamal. Korang tepon lar diaorang. "
" Tapi aku tak janji yang diaorang ni confirm ok ke tak, sebab kengkadang diaorang ni pun ada hal memasing gak! "
" Tu la pasal, aku terserempak dengan diaorang pun siap boleh buat muka derk jer tau! Sombong seyh! "
" Takpe lar, kalo diaorang ada hal lain, kita-kita jer lar pergi keluar makan. Tong-tong lar. Setuju? " kata Azman sambil menaiki motorbikenya.
Dah agak dah, kakinya tak sampai nak jejak ke tanah. Nasib baik rumah aku ada divider, ditahannya berat motorbike tu dengan meletakkan kakinya di atas divider supaya jisim ketinggian dan berat digalaskan sama rata.
" Ok, setuju. Tak payah lar nak harapkan dengan orang yang belum confirm lagi nak pergi. Sebelum korang nak pergi, korang call lar aku dulu. Hujung minggu jer aku boleh keluar. Isnin hingga Jumaat, aku busy dengan kuliah, assignments lagi, dengan test month lagi, presentation lar, bla...bla...bla..."
" Yer, aku pun busy gak! Macam ko sorang jer yang busy kat dunia ni, " perli Si Kamal.
Aku tergelak.
" Nanti kirim salam kat kawan-kawan ko yang mana comel-comel dan cantik-cantik ekk? " tanya Kamal sambil mengenyitkan matanya.
Huh, dasar gatal! Mereka berdua menghidupkan motor memasing. Dah lama kitaorang berborak kat situ. Mata-mata yang menjeling sudah mula kelihatan. Tak kurang juga mata-mata yang 'suspicious', yang cemburu melihat keakraban kitaorang pun ada. Mesti diaorang sedang berteka teki, yang mana satu kawan, yang mana satu boyfriend.
" Walaikummusalam..." jawabku selamba.
" Bye, baik-baik bawak motor tu. Kalo jatuh, bangun sendiri tau! Lelebih lagi yang si kementot tu. " kataku sambil muncungku ditalakan pada Azman.
Kamal dan Azman masih sempat lagi ketawa melihat telatahku sebelum mereka berdua bergerak meninggalkan aku keseorangan di depan pintu pagar rumahku. Aku menghantar mereka sehingga mereka hilang dari pandanganku. Oh, sepi lagi. Kang bagus kalo aku jumpa kawan serumah yang satu kepala denganku.
Aku mula mengorak langkah. Masuk ke dalam rumah, selak kunci pagar. Mataku sempat lagi melirik ke arah beberapa orang lelaki yang sedang berdiri di balkoni tadi.
' Tak abis-abis tengok lagi? '
The truth is I have more boy-friends than girl-friends in high school. But its limits for those who really really knows me as well. The reason is...
- ko kutuk depan2 pun diaorang tak kan terasa.
- bukan jenis kaum yang suka mengumpat perkara yang remeh temeh.
- kebanyakkannya tidak hipokrit.
- jarang cemburu contohnya pada kecantikkan atau pangkat.
- tak perlu menjaga perasaan mereka sebab mereka kebal.
- ko kutuk depan2 pun diaorang tak kan terasa.
- bukan jenis kaum yang suka mengumpat perkara yang remeh temeh.
- kebanyakkannya tidak hipokrit.
- jarang cemburu contohnya pada kecantikkan atau pangkat.
- tak perlu menjaga perasaan mereka sebab mereka kebal.
Thanks for reading this entry!
Sorry for late repost the entry...
No comments:
Post a Comment