Video Of The Month

Thursday 25 July 2013

23 Julai

Assalammualaikum...


Masing-masing sudah duduk berteleku depan makanan.


" Sabar, penat sangat ke puasa?  Baru berapa hari..."  suara abah memecah suasana keheningan kitaorang yang sudah siap sedia untuk menerkam makanan dalam beberapa minit lagi.


" Haus.  Cuaca panas sangat. "  aku membalas dengan perlahan.


Awal-awal aku dah letak cawan besar kat sebelah.  'That's mine!'  

Tak lalu nak bersuara dek letih sangat berpuasa maka aku tunjuk dengan simbol kat adik-adik aku yang cawan besar itu aku yang punya.

Mereka mencebik.


Peduli apa aku!


Tak lama kemudian, azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu berbuka puasa.  Memasing cepat-cepat tadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca oleh abah.  Lepas abis doa, tanpa toleh kiri kanan, memasing terus khusyuk menghadap makanan yang terhidang.

" Burp...alhamdullilah! Dah abah nak ke masjid dulu. "  Abah bingkas bangun.  Masuk ke bilik, mengenakan pakaian yang seeloknya, terbau harum minyak atar abah satu rumah, lalu terus menghidupkan motornya.  


Selalunya abah yang bangun dulu dari ketaksuban menghadap makanan sedangkan kitaorang adik beradik masih lagi tersandar kekenyangan disebabkan nafsu makan yang terlebih.  Takpe, abah...kitaorang perlukan makanan yang banyak untuk tumbesaran.  


Bila dah buka puasa, baru lar ada tenaga nak bakar mercun dan bunga api.  Selalunya lepas isyak, kitaorang buka pintu rumah seluas-luasnya.  Kasi sejuk sikit rumah.  Dah macam anak kambing terlepas kandang, bila mak dah buka pintu jer, terus kitaorang bertempiaran lari keluar rumah.  Selalunya...


Aca dan Adik - interview anak-anak jiran balik raya kat mana, baju raya ada berapa, kasut raya color apa, biskut raya dah ada berapa.


Jr - merayap dengan kawan-kawannya naik basikal, tengok orang bakar meriam.


Aku - kalo mak aku buat biskut raya, aku tolong.  Kalo tak, dok rumah tengok tv jer lar.  almaklum anak dara intan terpilih. <----- hoktuih!


*********************************************************************************************


" Jaga rumah, abah dengan mak nak pergi pasar kejap.  Jangan asik nak tido jer.  Esok nak raya.  Kemas sikit rumah nanti. " pesan abah pada aku yang masih terkulat-kulat baru bangun tido.  


Apa tak nyer, punya lar excited dengar pengumuman raya semalam sampai kitaorang sumo tido lewat sebab memasing syok bercerita macam-macam.  Dari cerita pasal anak jiran yang handsome giler bapak sampai ke cerita hantu kat asrama akak aku.  Tengok-tengok jam dah jejak ke pukul 4 pagi.  Esok paginya sorang-sorang liat nak bangun, padahal mak dah membebel, siapa nak tolong dia masak lauk pauk raya, siapa nak masukkan beras dalam ketupat, siapa nak panjat tangga pasang lampu kelip-kelip, siapa nak susun kasut dan selipar kat luar, kalo semua orang tak reti-reti nak bangun lagi.   


Aku terus bingkas bangun bila teringatkan pesan abah.  'Sat lagi tunggu lar aku jerit satu rumah kejut korang semua ni.'


*********************************************************************************************


" Yeah, yeah...abah nak beli kasut raya! " jeritan kitaorang adik beradik memang tak jauh beza dengan jeritan kambing dalam kandang bila kena injection.  


" Cepat siap.  Lambat kang, tinggal. "


Kitaorang terus berdesup pergi menyiapkan diri.  Ala..masa tu zaman budak-budak lagi.  Siap pun ala kadar jer.  Takde bersolek bagai nak rak.  Lain ler budak zaman sekarang.  Budak sekolah rendah pun dah tau apa tu eyeliner, foundation dan semua jenis basics makeup.


" Ko ni asik pilih sandal color hitam jer!  Pilih lar color lain plak!  Ni hah, yang putih tak berkenan ker? "  


" Tak suka color putih, nanti cepat kotor.  Yang ni baldu hitam ni tak lawa ker, mak? "


" Suka hati ko lar.  Berapa harga dia? "


" Murah jer, mak. RM15.90. "


" Betul nak yang ni? "


" Mmm..." Laju aku mengangguk.


Dulu.  Aku memang suka sandal bertali color hitam.  Aku tak suka kasut bertutup.  Paling tidak pun, aku suka dark color.  Kalo tak hitam, dark brown, dark maroon.  Lelain macam pink color, memang haram aku tak pegang.  Lagipun, naik skin color kaki aku bila pakai sandal dari dark color. 


Dulu.  Aku suka pilih sandal yang paling murah tapi cantik.  Amik sandal, tengok harga dulu.  Atas RM15 jer aku letak balik semula. Bukannya apa.  Aku cuma tak mahu membebankan lagi abah.  Abah bukan beli kasut raya untuk aku seorang jer.  Ada lagi 4 orang adik beradik yang abah kena tanggung.  Kak Ecu, aku, JR, Aca dan Adik.  Akak, Abang, dan Abang Mi, memasing dah bekerja.  Selalunya antara kami berlima yang abah kena tanggung, aku lar sandal raya yang paling murah sekali, aku lar yang dapat beg sekolah macam beg askar, aku lar pakai baju sekolah turun temurun dari Kak Ecu, aku lar orang yang pertama cakap tak nak beli kasut sekolah bila naik sekolah.


Sebab?  

Tak nak membebankan abah.  Mana nak bayar yuran sekolah kami berlima.  Mana nak beli keperluan sekolah.  Selalunya aku yang akan beralah dulu.  Pakai jer apa yang ada.  

* pause


* cuba menahan airmata





Selamat Hari Jadi...

dan

Selamat Hari Raya, Abah

Semoga damai lah dikau di sana dan ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang soleh.  Doa kami sentiasa tidak putus untukmu, Abah...




Thanks for reading!




Tutorial 1 - DIY Fashion, Girls...!!!

Assalammualaikum...


Bagaimana dengan puasa anda semua?  Ada yang lopong tak?  Ok, aku dah lopong pun...

Takpe lar, janji pagi raya nanti, kalo nak gi beraya kat kampung2, aku tak jalan macam Robocop.

Sesetengah segerombolan manusia suka share resepi2 berbuka puasa dan bersahur mereka.


Me?


Takpe lar...marilah kita merendah diri.  Kang aku sharekan kang, ada plak orang meroyan dlm blog aku ni. 'Macam lar ko sorang jer yang reti masak!'


Di bulan puasa yang mulia ni, selain dari aktiviti memasak, aku juga suka menjahit di waktu2 yang senggang.  Aku suka modified dan merekacipta ( ayat skema abis! ).  Tu mmg tebiat aku sejak di bangku sekolah lagi.


Tau tak citer Martha Stewart Show?  Aku suka sangat tgk citer tu.  Lebih2 lagi bila ada segmen crafts.  Segmen memasak tak baper minat sangat.  Sebab bahan2 masakan yg diaorg gunakan sukar didapati kat negara kita ni. Kadang2 ada gak guna bahan yang tak halal.  Tapi bila start segmen crafts jer, aku dah mula tercongok kt depan tv.  Semangat berkobar2 nak buat kraftangan yang Martha Stewart tunjukkan.  Very creative and imaginative!


Aku pun mula berjinak2 buat DIY ni bila ada masa lapang.  Tak pun bila mood tengah baik, buat lar apa2 modification kat baju ke kat kasut ke kat pinggan mangkuk ke kan.  Janji kreatif!


Contoh DIY crafts aku.


Beli kasut utk Maira.  Tetiba mcm tak berkenan plak dengan corak kasut dia.  Tapi dah terbeli.


Solution?


Beli beads or beli bunga reben yg dah siap kat kedai perkakas perkahwinan.  Tampal dengan glue gun. Settle!  Exclusive...takde jual kat kedai nyer!


Kengkadang aku suka modified baju kurung bdk2.  Kalo baju kurung tu kosong, aku suka tambahkan lining lace ataupun beads yg mcm jewels tu.  Aksesori ni banyak dijual kat kedai perkakas alat jahitan.


Nak bergaya di pagi raya tak semestinya kita perlu mengeluarkan belanja yang banyak.  Asalkan korang kreatif, tentu akan dapat menghasilkan produk korang yang eksklusif.  Yang mesti takde jual kat mana2 kedai.  Yang penting puas hati dapat memakai produk yang korang buat sendiri kan?


Bagi yang suka DIY, sudi lar baca entry yg tak seberapa ni.

Bagi yg tak suka DIY, yg lebih suka membeli, anggap lar ni bacaan sampingan jer ekk!

Ok, let's DIY...!!!




27 Useful Fashionable DIY Ideas
Kalo ada seluar jeans laki korang yang tak pakai lagi, korang bleh recycle kan balik dengan buat pattern design mcm ni.  Jahit jelujur sudah!  Tak kan jahit jelujur pn tak tau buat.  Aiyaaa...!!! 


27 Useful Fashionable DIY Ideas
Do it yourself vintage necklace.  Bahan2 penting yang perlu ada glue gun, vintage buttons.  Buttons ni sumo bleh di dapati di kedai yang menjual perkakas alat jahitan.  Korang tak kan jumpa buttons ni kat kedai basikal.  Mau jer depa sauk korang dengan rantai basikal kang!



 27 Useful Fashionable DIY Ideas
DIY Scarf big ribbons untuk anak anda!  Sesuai lar kalo pakai untuk musim tengkujuh nanti.  Cantumkan dua scarf yang sama jenis supaya lebih panjang.  Lepas tu, jahitkan segiempat sama seperti di dalam gambar.  Kepilkan dengan seutas kain dari jenis yang sama di tengah segiempat sama tersebut supaya berbentuk reben.


27 Useful Fashionable DIY Ideas
Agak2 kalo anak korang rimas dengan baju berlengan panjang.  Korang bleh modifiedkan jadikan berlengan pendek.  Lebihan kain dari lengan panjang yang dipotong tadi bleh dijadikan ribbons kecik2 pastu jahitkan kat leher baju.  Aku selalu modified baju anak2 jadikan macam ni.


26 DIY Summer Inspiration Ideas
Selalu korang akan nampak bunga reben ni kat brooch ataupun kat cekak rambut budak2 kan?  Kini korang takyah nak beli cekak rambut lagi.  Kalo ikut steps by steps kat atas ni, korang bleh buat sendiri cekak rambut ataupun sepit rambut untuk ank korang.  Kain jenis ni bleh didapati di kedai perkakas alat jahitan.  








Bunga reben yang korang bleh tampal kat baju anak2 ataupun cekak rambut.  Ikut jer steps by steps kat atas ni untuk dapatkan bunga2 yang super comel mcm ni.


27 Most Popular DIY Fashion Ideas Ever
DIY vintage necklace.  Kalo ada brooch yang lelama tak dipakai lagi ataupun brooch yang telah tertanggal pin kat belakangnya, jangan dibuang begitu saja.  Korang kumpulkan brooch yang tak pakai lagi, jahit or tampalkan kat kain hitam sebagai alas seperti gambar di atas.  Tak perlu pakai rantai, korang hanya perlu ikatkan di leher dan coverkan dengan tudung korang.  Baru nampak stylo!!


16 Beautiful DIY Ideas About Fabric Necklace
Bunga dari reben satin.  Simple dan menarik.  Rantai hitam yang kosong ni banyak jual kat kedai aksessori jewelry.  Tampalkan bunga reben dengan kemas.



Ok, that's all.  Ini bukanlah untuk rujukan korang saja tapi juga untuk rujukan aku di masa akan datang.  Yelah, kekadang kita tak bleh absord(serap) semua ilmu sekaligus kan.  Kalo ada lagi DIY fashion, akan ku tempelkan lagi kat dlm blog ni yeak!  Kita sharing sesama...

Happy DIY, girls...!!



Thanks for reading yeah...!!

Wednesday 24 July 2013

Kempen RM1 Juta Ramadan Alkhir

Asssalammualaikum...


Wahai saudara saudari muslimku sekalian...

Di saat org dok pulun share resepi menu berbuka puasa dan bersahur mereka, mari lah kita share something yang amat diperlukan oleh saudara2 muslim kita di Syria.  Jika kita share, saya share, awak share, kita sama-sama akan memperolehi ganjaran pahala dari Allah swt, inshaAllah...

Anda hanya perlu SHARE flyers Syria Care ini dan ajaklah saudara-saudara dan rakan-rakan anda seramai mungkin untuk SHARE sama..

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa menunjukkan orang lain pada kebaikan maka pahalanya sama dengan orang yang melakukannya". (HR. Muslim).









Thanks for reading, yeah...!!


************************************************************************************

p/s :  pernah terbaca satu entry dlm blog terkenal.  seorang professor di tempat pengajiannya mengeluh dengan keadaan manusia zaman sekarang.  berapa banyak masa diperlukan untuk melayari facebook, twitter, instagram, blog, dan lelain? kebanyakkan mereka ini kurang peka dengan keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.  mereka mengambil jalan yang mudah dengan membisu dan mengatakan yang itu bukan hal yang perlu mereka masuk campur.  sesetengah mereka sangat berminat mengetahui cara hidup orang lain dan meniru gaya hidup mereka.  namun untuk mengetahui keadaan yang berlaku di sekeliling kita puratanya hanyalah sedikit saja.  

*pause

*tunduk sambil geleng kepala


apa nak buat prof...manusia lebih suka beronok-ronok pada keduniaan.



Sunday 14 July 2013

Jom Bersedekah...

Assalammualaikum...

Dah tau keadaan saudara kita di Syria, Somalia, Kemboja dan Rohingya?

Nak citer banyak pun tak guna sebab tiada perkataan yang boleh menggambarkan kekejaman dan penindasan yang diterima oleh saudara Islam kita di sana.  

Kita di sini dijamu dengan pelbagai makanan yang sedap di bulan Ramadan tetapi saudara kita di sana pula di jamu dengan kematian tragis yang berlaku hampir setiap hari.

Oleh itu, sempena bulan Ramadan yang mulia, dan bukan saja bulan Ramadan jer, malah harus lar diteruskan sehingga kita selagi termampu, derma lar seikhlas yang mungkin kepada saudara2 Islam kita di sana.


No akaun bank tertera di bawah.


Semoga bantuan kalian, hanya Allah sahaja yang membalasnya.


Thanks for reading yeah...!!



Saturday 13 July 2013

My Favourite Design Baju Kurung 2013

Assalammualaikum...


Ada 3 selamat yang ingin saya ucapkan.  Selamat berpuasa, selamat bersahur dan selamat berbuka.

Tapi saya tak kan tanya soalan lazim yg selalu org soal seperti...

" Buka apa hari ni? "

" Sahur tadi makan apa? "
" Masak apa bila buka nanti? "

Walaupun hati saya meronta2 untuk menanya.  Muahahaha....


Ok lar, dah decide fashion baju kurung raya anda tahun ni?  Sekarang ni, lambakkan fashion baju kurung raya tahun ni banyak yang ada renda lace, berlabuci, beads, color two tone and color block.


Me?


Tak minat.  Sebab bila dah sorang pakai, nampak cantik, tentu yg lelain akan pakai jenis design baju yg sama gak!  


Baju kurung yang bercorak dan pelbagai color?  


Pun tak minat sangat.  Selalunya baju kurung yang bercorak ni mmg tak reti ler nak padankan tudung yg sama color dengan corak kain tersebut.  That's why I prefer baju kurung plain with different design.


Contoh?




Leuniey Natasha.  Gabungan peplum moden dari color block.  Nice..!!



Color merah dan hitam akan memberikan gaya kemewahan.



Tak ramai orang yg suka baju kurung polkadot.  Sesekali nak gaya retro apa salahnya kan.  Yg hujung skali tu baju kurung moden yg coraknya berjalur macam baju banduan.  Tapi kalo percikkan dgn kreativiti sikit maka dah tak nampak macam baju banduan kan.   


Luxe- Evelyn, By Nurita Harith Lebaran 2013. Modern kurung with lace on the blouse and sleeves.
Penggunaan lace pada baju ni memang sangat bijak.  Lain dari yang lain.  Yang selalu orang buat tu kan.  Letak lace kat bahagian pinggang, kat hujung tangan, kat hujung baju, kat hujung kain.  Tengok pattern macam gitu memang aku tak beli lar.


Jason Wu Resort '13Sesekali kita mencari kelainan sikit.  



Aire Barcelona.2015.
Simple.  Plain color.  Big ribbon.


Aurah Boutique Eid collection 2013 ladies Islam / muslim fashion hijabi
Cantik.  Guna fabrik sari India.


black with center detailing. interesting concept and very well made anarkali
Dress yang boleh diubah suaikan jadi jubah.


Abaya by Almotahajiba.Winter Collection 2013-2013.
Abaya.  


Beautiful modest A La Russe fashion winter 2013 collection | Mode-sty
Merahnya mak ngah!!  Lawa design lengan dia, tak ketat pun.  Takde lar nampak sangat bentuk muscle kat lengan.  Hahaha....


cultures and societies as the prestigious outlook on high fashion and elegance.  http://goo.gl/EvHT3u
Elegance.  I prefer this.  Tak ketat dan tak nampak bentuk badan.  Apa kejadah ko pakai tudung tapi pakai baju kurung ketat-ketat macam lepat pisang?  Come on lar!


Hijab Style by Muslima Wear  Summertime Collection 2013 www.muslimawear.com
I like kembang-kembang macam ni!


Andrew Gn Pre-Fall 2013 Collection
Korang tak payah lar buat pattern leher sampai ke lurah pulak yerk!  Pepandai ler korang tiru pattern ni untuk design jubah dress korang nanti.


Lakme fashion week 2013
Bosan dengan pattern baju kurung dan jubah?  Boleh aje gayakan dengan gabungan blazer dan dress.


Bareeze-Embroidered-Swiss-Lawn-Collection-2012 (5) - Google keresés
Kalo minat sangat dengan fabrik bercorak, buat jer lar pattern macam gini hah...


Eid2013 collection by Lulu Hadad design
Aku tak berapa berkenan dengan bahagian yang jarang di lengannya.  Apa-apa pun boleh design jubah dress ni masih boleh dirujuk lagi.


Boho Chic Clothing for fall 2013 | Issa Fall/Winter 2013 At London Fashion Week - A Bohemian Collection ...
Walaney....aku memang suka pattern lain dari yang lain ni.



Setakat sini sahaja yang dapat aku kongsikan bersama.  Ini semua adalah design yang aku rasa sangat menarik perhatian aku.  Harap maaf, aku tak berminat dengan design baju kurung dan jubah yang terdapat di pasaran sekarang.  Kalo dah sorang beli, semua akan beli pattern yang sama kan?  Cuma color jer lelain.  Adoiyai...!  Sehingga berjumpa lagi entry yang akan datang.  


Thanks for reading this entry!  




Sunday 7 July 2013

Selamat Menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak

Assalammualaikum...


To all my readers, 

I wish you have a blessed Ramadan Al Mubarak.  

Syukran, kita sekali lagi diberi peluang dan umur yang panjang untuk menyambut bulan Ramadan yang mulia ini.  Syukran, kita dapat mengerjakan ibadat puasa dalam keadaan yang aman walaupun kita masih terkejut dengan kenaikkan harga ayam secara mendadak ( tertiba! ).  Walaupun begitu, jangan lar kita menyisihkan keadaan saudara Islam kita yang sedang bergolak di luar sana.  Jangan putus doa kepada saudara Islam kita yang masih berjihad demi agama kita.  Tentu sukar bagi mereka untuk mengerjakan ibadat puasa dalam peperangan tapi Allah sentiasa berada orang2 yang sabar dan janji syahid itu telah ditetapkan untuk mereka.



Thanks for reading, yeah!