Video Of The Month

Thursday, 25 July 2013

23 Julai

Assalammualaikum...


Masing-masing sudah duduk berteleku depan makanan.


" Sabar, penat sangat ke puasa?  Baru berapa hari..."  suara abah memecah suasana keheningan kitaorang yang sudah siap sedia untuk menerkam makanan dalam beberapa minit lagi.


" Haus.  Cuaca panas sangat. "  aku membalas dengan perlahan.


Awal-awal aku dah letak cawan besar kat sebelah.  'That's mine!'  

Tak lalu nak bersuara dek letih sangat berpuasa maka aku tunjuk dengan simbol kat adik-adik aku yang cawan besar itu aku yang punya.

Mereka mencebik.


Peduli apa aku!


Tak lama kemudian, azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu berbuka puasa.  Memasing cepat-cepat tadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca oleh abah.  Lepas abis doa, tanpa toleh kiri kanan, memasing terus khusyuk menghadap makanan yang terhidang.

" Burp...alhamdullilah! Dah abah nak ke masjid dulu. "  Abah bingkas bangun.  Masuk ke bilik, mengenakan pakaian yang seeloknya, terbau harum minyak atar abah satu rumah, lalu terus menghidupkan motornya.  


Selalunya abah yang bangun dulu dari ketaksuban menghadap makanan sedangkan kitaorang adik beradik masih lagi tersandar kekenyangan disebabkan nafsu makan yang terlebih.  Takpe, abah...kitaorang perlukan makanan yang banyak untuk tumbesaran.  


Bila dah buka puasa, baru lar ada tenaga nak bakar mercun dan bunga api.  Selalunya lepas isyak, kitaorang buka pintu rumah seluas-luasnya.  Kasi sejuk sikit rumah.  Dah macam anak kambing terlepas kandang, bila mak dah buka pintu jer, terus kitaorang bertempiaran lari keluar rumah.  Selalunya...


Aca dan Adik - interview anak-anak jiran balik raya kat mana, baju raya ada berapa, kasut raya color apa, biskut raya dah ada berapa.


Jr - merayap dengan kawan-kawannya naik basikal, tengok orang bakar meriam.


Aku - kalo mak aku buat biskut raya, aku tolong.  Kalo tak, dok rumah tengok tv jer lar.  almaklum anak dara intan terpilih. <----- hoktuih!


*********************************************************************************************


" Jaga rumah, abah dengan mak nak pergi pasar kejap.  Jangan asik nak tido jer.  Esok nak raya.  Kemas sikit rumah nanti. " pesan abah pada aku yang masih terkulat-kulat baru bangun tido.  


Apa tak nyer, punya lar excited dengar pengumuman raya semalam sampai kitaorang sumo tido lewat sebab memasing syok bercerita macam-macam.  Dari cerita pasal anak jiran yang handsome giler bapak sampai ke cerita hantu kat asrama akak aku.  Tengok-tengok jam dah jejak ke pukul 4 pagi.  Esok paginya sorang-sorang liat nak bangun, padahal mak dah membebel, siapa nak tolong dia masak lauk pauk raya, siapa nak masukkan beras dalam ketupat, siapa nak panjat tangga pasang lampu kelip-kelip, siapa nak susun kasut dan selipar kat luar, kalo semua orang tak reti-reti nak bangun lagi.   


Aku terus bingkas bangun bila teringatkan pesan abah.  'Sat lagi tunggu lar aku jerit satu rumah kejut korang semua ni.'


*********************************************************************************************


" Yeah, yeah...abah nak beli kasut raya! " jeritan kitaorang adik beradik memang tak jauh beza dengan jeritan kambing dalam kandang bila kena injection.  


" Cepat siap.  Lambat kang, tinggal. "


Kitaorang terus berdesup pergi menyiapkan diri.  Ala..masa tu zaman budak-budak lagi.  Siap pun ala kadar jer.  Takde bersolek bagai nak rak.  Lain ler budak zaman sekarang.  Budak sekolah rendah pun dah tau apa tu eyeliner, foundation dan semua jenis basics makeup.


" Ko ni asik pilih sandal color hitam jer!  Pilih lar color lain plak!  Ni hah, yang putih tak berkenan ker? "  


" Tak suka color putih, nanti cepat kotor.  Yang ni baldu hitam ni tak lawa ker, mak? "


" Suka hati ko lar.  Berapa harga dia? "


" Murah jer, mak. RM15.90. "


" Betul nak yang ni? "


" Mmm..." Laju aku mengangguk.


Dulu.  Aku memang suka sandal bertali color hitam.  Aku tak suka kasut bertutup.  Paling tidak pun, aku suka dark color.  Kalo tak hitam, dark brown, dark maroon.  Lelain macam pink color, memang haram aku tak pegang.  Lagipun, naik skin color kaki aku bila pakai sandal dari dark color. 


Dulu.  Aku suka pilih sandal yang paling murah tapi cantik.  Amik sandal, tengok harga dulu.  Atas RM15 jer aku letak balik semula. Bukannya apa.  Aku cuma tak mahu membebankan lagi abah.  Abah bukan beli kasut raya untuk aku seorang jer.  Ada lagi 4 orang adik beradik yang abah kena tanggung.  Kak Ecu, aku, JR, Aca dan Adik.  Akak, Abang, dan Abang Mi, memasing dah bekerja.  Selalunya antara kami berlima yang abah kena tanggung, aku lar sandal raya yang paling murah sekali, aku lar yang dapat beg sekolah macam beg askar, aku lar pakai baju sekolah turun temurun dari Kak Ecu, aku lar orang yang pertama cakap tak nak beli kasut sekolah bila naik sekolah.


Sebab?  

Tak nak membebankan abah.  Mana nak bayar yuran sekolah kami berlima.  Mana nak beli keperluan sekolah.  Selalunya aku yang akan beralah dulu.  Pakai jer apa yang ada.  

* pause


* cuba menahan airmata





Selamat Hari Jadi...

dan

Selamat Hari Raya, Abah

Semoga damai lah dikau di sana dan ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang soleh.  Doa kami sentiasa tidak putus untukmu, Abah...




Thanks for reading!




No comments: