Video Of The Month

Friday 23 December 2016

Hari Anugerah Kecemerlangan 2016

Assalammualaikum...


Arghh...peduli apa aku kalo cerita ni dah basi?  Janji aku update entry dari tak update langsung kan!  Ini menunjukkan ingatan aku masih kuat lagi untuk mengingati memori penting yang telah berlaku sepanjang bulan November ini.  Nanti bulan Disember, up cerita bulan Disember plak!

Kejadian berlaku pada hari Ahad, 27 November 2016, bertempat di dewan sekolah anak aku.  Ketibaan para ibu bapa pada pukul 8.00 pagi.  Maka, berduyun lar kami lima beranak pepagi buta pergi ke sekolah yang jaraknya hanya di depan mata sahaja.  Walaupun restoran mamak 24 hours bersebelahan dengan kedai kami, tapi menu roti canai tidak memenuhi selera kami di pagi itu.  Maka, bersandwich telur lar kami pagi itu, hasil air tangan aku adalah lebih berkat, dengan sebotol besar air teh untuk dibawa ke sekolah, kot-kot tercekik makan sandwich telur aku kan...

Sesampai jer di dewan sekolah, kami tak lar poyo sangat nak dok depan-depan sangat semata-mata nak amik gambar or rakam video bila anak naik atas pentas untuk terima anugerah.  Agak-agak lar kan.  Disebabkan kami fikirkan, sambil dengar ceramah wakil PIBG, sambil tu nak ngap sandwich telur, so dok lar kat bahagian tengah-tengah dan tepi sekali supaya senang nak seludup keluar lepas anak dah terima anugerah nanti.

Alhamdulillah...Nur Farahanie berjaya mendapat tempat pertama di dalam kelasnya.  Exam setengah tahun dia dapat tempat kedua.  Result final exam baru-baru ni menunjukkan dia telah berjaya merampas takhta tempat pertama di dalam kelasnya.  Yang aku paling tak sangka ialah Bahasa Arab dia boleh dapat A.  OMG...ibu ko sendiri pun fail nak cakap Arab, inikan pula nak ajar anak  Bahasa Melayu penulisan dia pun dapat A dan banyak result subjek yang lain menunjukkan prestasi dia meningkat berbanding dengan result exam setengah tahun.  Ini membolehkan Hanie untuk melompat 3 kelas sebelumnya dan akan berpindah ke kelas terbaik atau kelas budak pandai katanya untuk tahun depan.  Sebelum ni Hanie kelas 3D, disebabkan result final exam dia baik, maka dia melompat 3 kelas sekaligus, so tahun depan dia akan masuk kelas 4A pulak.  Macam tu lar sistem merit sekolah anak-anak aku.  Ada yang naik kelas, ada yang kena turun kelas, ada juga yang stay di kelas yang sama.

Sebenarnya aku tak berapa suka sangat bila dapat tau Hanie masuk kelas paling pandai.  Sebab aku dah pernah merasakannya dulu.  Masa sekolah dulu, aku pernah masuk ke kelas paling pandai dan cabarannya memang tough dan persaingannya sangat sengit.  Bertabah lar Hanie, kena usaha lebih sikit untuk bersaing dengan budak-budak pandai ni.  Kalo for the next two years, Hanie terpaksa turun kelas pun takpe sebab ibu faham Hanie memang bersaing dengan budak-budak pandai.  Kalo boleh, ibu nak Hanie maintain jer, masuk kelas B pun takpe.  Ni dah termasuk kelas A, nak buat macam mane kan, cikgu yang buat keputusan.  Terima aje lar.  Tapi kalo dia maintain dok dalam kelas A sampai tahun 6, alhamdulillah...itu rezeki dia lar.

Muhammad Adam Izz, anak bujang sulung aku sorang ni.  Takde lar aku nak pinggirkan dia macam tu jer meskipun dia tak berjaya untuk terima anugerah cemerlang macam adik dia.  Pada aku, kesimpulan yang dapat aku ringkaskan ialah, keseluruhan prestasi dia dalam final exam meningkat sikit berbanding exam setengah tahun.  Kalo tak, mana mungkin Adam Izz akan naik kelas untuk tahun depan kan.  Adam Izz berjaya mendapat tempat ke-6 di dalam kelasnya.  Biasanya, Adam Izz ni bila dapat nombor dalam kelasnya, selalunya cuma berlegar-legar dalam top 10 jer.  Sebelum ni Adam Izz dalam kelas 5C, so tahun depan dia naik kelas lagi ke 6B pulak.  Ok lar tu, dia maintain sepanjang tahun naik kelas satu persatu.  Tak macam adik dia, Hanie, lompat 3 kelas sekaligus.

Secara ringkasnya, percapaian anak-anak aku untuk final exam kali ini memang sangat memberangsangkan.  Sama ada sekolah rendah mahu pun sekolah agama.  Hati ibu mana yang tak gembira kan?  Bersyukur sesangat.  Disebabkan percapaian cemerlang mereka dalam final exam, dapatlah memasing hadiah yang setimpal meskipun diaorang tak meminta pun apa yang mereka nak.  Ibu tak pernah tekankan untuk dapat keputusan yang terbaik, tapi ibu selalu tekankan suruh buat yang terbaik, usaha dan tawakal pada Allah.  Bukan untuk sesiapapun, untuk diri sendiri.  Apa yang cikgu ajar kat sekolah, asalkan korang faham dan ilmu tu sampai ke kepala otak korang, itu pun dah cukup memadahi.



Image may contain: one or more people and indoor
Tema color majlis anugerah cemerlang ni ialah merah putih.  Apsal macam umno sangat ni?  Hahaha...


Image may contain: 2 people, selfie and closeup
Tu diaa....muka fresh kitaorang pepagi buta dah terpacak kat sekolah ni.  Mesyuarat PIBG pun aku malas nak pergi.  


Laki aku suh amik gambar Hanie bila naik atas pentas nanti, takpe kita tangkap video jer terus.  Boleh simpan untuk dijadikan kenangan.  Tahniah Nur Farahanie binti Mohd Helmy kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas tahun 3.  Apalah sebut nama laki aku pun salah, ke cikgu tu sebut nama laki aku dalam bahasa baku?  Erkk...takpe lar yang penting omak apak ko berasa bangga dengan percapaian anak-anak.  


Masih jauh lagi perjalanan anak-anakku untuk menjadi seorang yang berilmu.  Mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan adalah satu bonus.  Apa yang penting ialah bagaimanakah sahsiah dan kecenderongan kamu di masa hadapan nanti.  Terlalu banyak cabaran dan liku-liku hidup yang akan kamu tempuhi sebelum menjadi seorang yang berjaya.  Ibu doakan agar anak-anak ibu menjadi seorang yang berguna, berilmu dan beramal.  Jangan lupa agama dan akar umbi kita walau di mana sahaja kita berada dan berpijak.



Thanks for reading this entry!



Friday 9 December 2016

Happy Birthday To Me, My Husband and Hanie!

Assalammualaikum...


Sementara tengah ada mood nak update blog ni, kita kasi up semua sekali yer!

Haah...amik ko!  Bulan November ni memang 3 orang sekaligus sambut birthday.  My laki sambut dulu pada 11hb November.  Takde buat celebration pun, hanya pergi makan-makan jer.  My treats.  Pergi lar terjah ke tempat makanan favourite dia.  Hadiah?  My laki cakap nanti dia claim sebab sekarang ni pun dia tak tahu apa dia nak. Selang 5 hari, birthday aku pula yang jatuh pada 16hb November.  Cantik giler date birthday aku kali ni.  161116.  Birthday aku jatuh pada hari Rabu, iaitu pada hari budak-budak sekolah.  So, tak sempat nak celebrate or makan-makan kat luar pun.  Aku pun tak kisah sangat, takde nak kecik hati pun.  Penat lagi ada ar sebab uruskan budak-budak sekolah kan.  Tapi my laki sempat lar order kek untuk isteri tersayang.  Auuww...that's so sweet!


First time order dengan homemade bakers.  Selalu beli kek kat kedai bakery jer.  Kita kasi try order 1 kg dulu.  Comel lotek jer kek ni tapi rasanya memang sedap bangat!  Red velvet cream cheese.  


Anak-anak pun suka makan.  Berebut-berebut hah depa makan nak kasi abis nyer pasal.  Eh..eh...ni kek ibu tau!  Adik ipar aku pun cakap kek ni sedap giler, tak puas makan, kasi kecik sangat.  Abis...dah order 1 kg kek kan, what do you expect?  Takut order besar-besar kang tak sedap plak!


Pergh, memang tak larat ar kalo nak buat sampai 3 kali birthday celebration!  Kalau ada duit berkepuk-kepuk simpan dalam locker ke dalam gerobok tv tu takpe lar gak!  So, kita buat 1 birthday celebration dan included kan semua sekaligus!  Aku dan my laki dah tua-tua ni dah tak kisah sangat dengan birthday celebration ni, kita kasi anak-anak pula yang merasa seronok bila hari jadi mereka disambut meriah.

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi kerana Allah masih panjangkan umurku dan melimpahkan rezeki dan nikmat kurniaaNya.  Rezeki tu bukan setakat datang dari business jer, malah rezeki hidup dalam keluarga yang bahagia, rezeki kesihatan, rezeki di kelilingi dengan orang-orang yang baik, dan bermacam-macam lagi rezeki yang Allah berikan kepadaku selama 34 tahun ini.  Age is just a number.  Aku sangat-sangat bersyukur dengan apa yang ada dan aku rasa tak perlu menunjuk-nunjukkan dengan apa yang aku ada.

Pada 24hb November yang lalu, jatuh pada hari Khamis, hari terakhir persekolahan untuk tahun ni, adalah hari jadi anak perempuan ku yang kedua iaitu Nur Farahanie yang ke 9 tahun.  Eh, anak-anak aku still sekolah sampai hari terakhir persekolahan tau, takde nak ponteng-ponteng nyer, walaupun aku tau kat sekolah bila nak hujung-hujung cuti ni memang tak belajar langsung kan but just enjoy with your friends for the last day school of this year.  Tahun depan dah bertukar kelas, dah tak dapat bertemu lagi dengan kawan-kawan lama kan.

So, last day of school tu kan, orang yang paling gembira sekali ialah tak lain tak bukan, of course lar aku!  Ni lar bestnya jadi housewife cum businesswoman ni.  Boleh lepak-lepak dengan anak-anak dan my laki, boleh keluar makan sesuka hati setiap masa, setiap hari.  Kitaorang memang takde estimated time macam family lain which is hanya hujung minggu jer dapat keluar dan lepak bersama.  Cuti sekolah hujung tahun ni memang masa untuk aku berehat, layan korean drama or korean awards, layan midnight movies with the family, kemas rumah dan buat kerja-kerja yang tertangguh.

Aktiviti pertama selepas abis persekolahan pada hari Khamis itu ialah menyambut hari jadi Hanie bersama family mertua aku dan adik ipar.  Family mertua aku tak ramai pun, plus dengan family aku cuma 10 orang jer.  So, my laki dan aku memang dah lama merancang untuk meraikan hari jadi Hanie di restoran shell out.  Niat di hati untuk berkongsi rezeki yang ada.  Jangan kedekut.  Allah akan meluaskan lagi pintu rezeki untuk kita.  Insha Allah.


Hadiah Hanie yang sudah siap dibungkus.  Bukan Hanie jer yang dapat hadiah ni, malah Adam Izz dan Humairah juga dapat hadiah sempena kejayaan mereka dalam final exam yang lepas.  Tapi Hanie lar yang dapat hadiah paling mahal sekali, mencecah ratusan ringgit, ikhlas pemberian dari ayah dia.  Tu pun sempena Hanie berjaya mendapat tempat pertama dalam final exam baru-baru ni.  Next entry nanti akan aku ceritakan yer.



Masa ni kitaorang tengah tunggu atuk dan nenek (family mertua aku) sampai.  Dah booking awal-awal meja, kalo tak booking, memang penuh table orang datang makan.  Maklum lar malam hujung minggu kan.  Makanan pun dah order siap-siap.  Tinggal tunggu nak hidang jer bila diaorang sampai nanti.



Kitaorang order siakap goreng tepung 3 ekor.  Shellout 3 perasa iaitu sambal, blackpepper dan kari cheese.  Portionnya besar gak.  Tapi harap maaflah just shellout seafood jer, takde sayur brokoli or jagung.  Kalo ada tu memang aku kongkang jagung jer.  Restoran shellout ni bayarannya tak ikut kepala ko.  Selalunya shellout ni kan ikut 1 kepala dalam RM20 ke atas ni.  Tak..tak..nope, nehi kabenehi.  Restoran ni harganya mengikut menu.  Free nasi putih.  Berapa koyan ko nak makan nasi putih pun makan lar sepuas hati ko!



Ni set menu nyer. Kami amik set 50 kombo. Dapat lar shellout 3 perasa iaitu blackpepper, sambal dan kari cheese.  Lepas tu add menu yang lain pulak, order siakap goreng tepung 3 ekor, besar-besar ikan siakapnyer.  Ikan siakap ni harganya ikut menu dan tak mengikut harga berapa kilogram ikan ko. Kalo nasib ko baik, dapat lar ikan siakap besar. Lepas tu kitaorang order satay lagi 50 cucuk.  Alhamdullilah...cukup lar untuk 10 orang makan. 



Portion nyer lebih kurang besar macam ni. Shellout ni perasa sambal.  Sedap sambalnyer, manis manis pedas gitu.



Yang ni pulak shellout perasa kari cheese.  Pun sedap gak.  Sesuai untuk budak-budak yang tak sukakan pedas.  At last sekali shellout perasa blackpepper.  So, cuba korang bayangkan lar, dengan portion besar macam ni, dengan ada 3 perasa, lepas tu dilambakkan kat atas meja korang macam gitu jer.  Tapi beralaskan plastik lar kan.  Memang banyak giler bila 3 combo ni dilambakkan kat atas meja.  Korang boleh makan seberapa banyak nasi putih yang ada dan korang boleh makan dan pilih perasa shellout mana yang korang suka.  Memang terbaik hanya di Bacang Corner.  Only on RM50.  Only in Pasir Gudang.



Selain daripada itu, korang boleh order delivery or take out shellout ni dengan hanya RM18.00 sahaja.  So, kalo malas nak masak, boleh order saja kat sini.  


Masa kitaorang booking table kat restoran ini, kitaorang dah bagitau awal kat owner ni, nak buat birthday celebration untuk anak.  So, dengan baik hatinya, owner restoran ni telah menghadiahkan seketul kek percuma untuk dipotong nanti.  Masa kitaorang pergi, pakej free cake masih ada lagi, after that, owner tu dah tak buat lagi pakej free cake ni.  Tapi korang still boleh buat birthday celebration kat sini dan akan dapat seketul kek dan beberapa biji belon dengan bayaran RM20 sahaja.  Pada aku still murah lagi tu.


Walaupun kek tak vogue tapi rasanya still sedap gak!  Rasanya macam fresh baru buat.  Pun comel lotek gak kek nyer!  Sukanyer Hanie bila satu family, atuk nenek, makcik pakcik datang untuk celebrate birthday dia.  Nampak tak belon kat belakang Hanie tu?


Gini lar rupa bentuk keknya sebelum dipotong.  Dapat free cake so what do you expect to wish want to more vogue cake?  Kek ni lebih kurang perisa lemon butter dan menggunakan fresh cream.  Just nice to me!


Alhamdullilah...memasing balik happy dengan perut buncit.  Hanie pun suka sebab dapat banyak hadiah kali ini. 

Ok, that's all celebration birthday for November!  Yang pasti, Hanie suka dengan hadiah yang ayahnya bagi, setanding dengan keputusan cemerlang Hanie dalam final exam baru-baru ini.  Lepas ni nak sambut birthday Adam Izz pulak on January nanti.  Budak tu hantu roti subway, dia kata nak sambut birthday kat subway.  Whoaa...banyak cantik muka ko!



Thanks for reading this entry!