Video Of The Month

Friday, 23 December 2016

Hari Anugerah Kecemerlangan 2016

Assalammualaikum...


Arghh...peduli apa aku kalo cerita ni dah basi?  Janji aku update entry dari tak update langsung kan!  Ini menunjukkan ingatan aku masih kuat lagi untuk mengingati memori penting yang telah berlaku sepanjang bulan November ini.  Nanti bulan Disember, up cerita bulan Disember plak!

Kejadian berlaku pada hari Ahad, 27 November 2016, bertempat di dewan sekolah anak aku.  Ketibaan para ibu bapa pada pukul 8.00 pagi.  Maka, berduyun lar kami lima beranak pepagi buta pergi ke sekolah yang jaraknya hanya di depan mata sahaja.  Walaupun restoran mamak 24 hours bersebelahan dengan kedai kami, tapi menu roti canai tidak memenuhi selera kami di pagi itu.  Maka, bersandwich telur lar kami pagi itu, hasil air tangan aku adalah lebih berkat, dengan sebotol besar air teh untuk dibawa ke sekolah, kot-kot tercekik makan sandwich telur aku kan...

Sesampai jer di dewan sekolah, kami tak lar poyo sangat nak dok depan-depan sangat semata-mata nak amik gambar or rakam video bila anak naik atas pentas untuk terima anugerah.  Agak-agak lar kan.  Disebabkan kami fikirkan, sambil dengar ceramah wakil PIBG, sambil tu nak ngap sandwich telur, so dok lar kat bahagian tengah-tengah dan tepi sekali supaya senang nak seludup keluar lepas anak dah terima anugerah nanti.

Alhamdulillah...Nur Farahanie berjaya mendapat tempat pertama di dalam kelasnya.  Exam setengah tahun dia dapat tempat kedua.  Result final exam baru-baru ni menunjukkan dia telah berjaya merampas takhta tempat pertama di dalam kelasnya.  Yang aku paling tak sangka ialah Bahasa Arab dia boleh dapat A.  OMG...ibu ko sendiri pun fail nak cakap Arab, inikan pula nak ajar anak  Bahasa Melayu penulisan dia pun dapat A dan banyak result subjek yang lain menunjukkan prestasi dia meningkat berbanding dengan result exam setengah tahun.  Ini membolehkan Hanie untuk melompat 3 kelas sebelumnya dan akan berpindah ke kelas terbaik atau kelas budak pandai katanya untuk tahun depan.  Sebelum ni Hanie kelas 3D, disebabkan result final exam dia baik, maka dia melompat 3 kelas sekaligus, so tahun depan dia akan masuk kelas 4A pulak.  Macam tu lar sistem merit sekolah anak-anak aku.  Ada yang naik kelas, ada yang kena turun kelas, ada juga yang stay di kelas yang sama.

Sebenarnya aku tak berapa suka sangat bila dapat tau Hanie masuk kelas paling pandai.  Sebab aku dah pernah merasakannya dulu.  Masa sekolah dulu, aku pernah masuk ke kelas paling pandai dan cabarannya memang tough dan persaingannya sangat sengit.  Bertabah lar Hanie, kena usaha lebih sikit untuk bersaing dengan budak-budak pandai ni.  Kalo for the next two years, Hanie terpaksa turun kelas pun takpe sebab ibu faham Hanie memang bersaing dengan budak-budak pandai.  Kalo boleh, ibu nak Hanie maintain jer, masuk kelas B pun takpe.  Ni dah termasuk kelas A, nak buat macam mane kan, cikgu yang buat keputusan.  Terima aje lar.  Tapi kalo dia maintain dok dalam kelas A sampai tahun 6, alhamdulillah...itu rezeki dia lar.

Muhammad Adam Izz, anak bujang sulung aku sorang ni.  Takde lar aku nak pinggirkan dia macam tu jer meskipun dia tak berjaya untuk terima anugerah cemerlang macam adik dia.  Pada aku, kesimpulan yang dapat aku ringkaskan ialah, keseluruhan prestasi dia dalam final exam meningkat sikit berbanding exam setengah tahun.  Kalo tak, mana mungkin Adam Izz akan naik kelas untuk tahun depan kan.  Adam Izz berjaya mendapat tempat ke-6 di dalam kelasnya.  Biasanya, Adam Izz ni bila dapat nombor dalam kelasnya, selalunya cuma berlegar-legar dalam top 10 jer.  Sebelum ni Adam Izz dalam kelas 5C, so tahun depan dia naik kelas lagi ke 6B pulak.  Ok lar tu, dia maintain sepanjang tahun naik kelas satu persatu.  Tak macam adik dia, Hanie, lompat 3 kelas sekaligus.

Secara ringkasnya, percapaian anak-anak aku untuk final exam kali ini memang sangat memberangsangkan.  Sama ada sekolah rendah mahu pun sekolah agama.  Hati ibu mana yang tak gembira kan?  Bersyukur sesangat.  Disebabkan percapaian cemerlang mereka dalam final exam, dapatlah memasing hadiah yang setimpal meskipun diaorang tak meminta pun apa yang mereka nak.  Ibu tak pernah tekankan untuk dapat keputusan yang terbaik, tapi ibu selalu tekankan suruh buat yang terbaik, usaha dan tawakal pada Allah.  Bukan untuk sesiapapun, untuk diri sendiri.  Apa yang cikgu ajar kat sekolah, asalkan korang faham dan ilmu tu sampai ke kepala otak korang, itu pun dah cukup memadahi.



Image may contain: one or more people and indoor
Tema color majlis anugerah cemerlang ni ialah merah putih.  Apsal macam umno sangat ni?  Hahaha...


Image may contain: 2 people, selfie and closeup
Tu diaa....muka fresh kitaorang pepagi buta dah terpacak kat sekolah ni.  Mesyuarat PIBG pun aku malas nak pergi.  


Laki aku suh amik gambar Hanie bila naik atas pentas nanti, takpe kita tangkap video jer terus.  Boleh simpan untuk dijadikan kenangan.  Tahniah Nur Farahanie binti Mohd Helmy kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas tahun 3.  Apalah sebut nama laki aku pun salah, ke cikgu tu sebut nama laki aku dalam bahasa baku?  Erkk...takpe lar yang penting omak apak ko berasa bangga dengan percapaian anak-anak.  


Masih jauh lagi perjalanan anak-anakku untuk menjadi seorang yang berilmu.  Mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan adalah satu bonus.  Apa yang penting ialah bagaimanakah sahsiah dan kecenderongan kamu di masa hadapan nanti.  Terlalu banyak cabaran dan liku-liku hidup yang akan kamu tempuhi sebelum menjadi seorang yang berjaya.  Ibu doakan agar anak-anak ibu menjadi seorang yang berguna, berilmu dan beramal.  Jangan lupa agama dan akar umbi kita walau di mana sahaja kita berada dan berpijak.



Thanks for reading this entry!



No comments: