Haah, baru lar boleh tarik nafas dengan lega sekarang ni selepas 3 minggu bertungkus lumus dengan persiapan PPT (peperiksaan pertengahan tahun) untuk tadika, sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Omak ko dah boleh lompat bintang sebab cuti sekolah 2 minggu, boleh relaks dan tenangkan fikiran sambil buat kerja-kerja yang tergendala. Nak menjahit, nak siapkan bunga pahar, nak buat goodies, nak siapkan hantaran. Fuhhh kiri...fuhhh kanan!
Humairah dah start cuti. Hari Rabu 25hb ialah last day dia sekolah. Patutnya hari Khamis last day tapi hari tu cikgu tadika dia akan mengadakan lawatan ke Hello Kitty Town. Kena bayar RM110. Malangnya, Humairah tak dapat nak join sekali dengan kawan-kawannya sebab kurang sihat dan tidak mendapat keizinan dari bapa dia. Hahaha...bapak dia takut Humairah lost kat sana nanti walaupun sebenarnya ada cikgu yang follow kan. Tapi, takpe lar...bukan rezeki Humairah kali ini. Lain kali boleh pergi dengan satu family sekaligus, ok! Hari Selasa tu hari adalah Hari Terbuka untuk tadika Humairah. Seperti biasa, sebelum keluar rumah, dalam kepala dah siap mindset supaya terima apa saja kekurangan anak. Kalo ada kelemahan, kita akan baiki sama-sama masa cuti sekolah nanti yerk, Humairah. Bila dapat report kad, rasa macam terkejut sangat. Yelar, kita tak mengharapkan yang tertinggi untuk dia tapi tu lar hasil yang dia dapat dalam report kad. Banyak huruf 'A' dari 'B'. Alhamdulillah...tahniah Humairah sayang. Teruskan berusaha. Perjuangan kamu masih jauh lagi. Aku suka sangat dengan sistem tadika Humairah sebab depa tak kelaskan kepandaian budak dengan bilangan nombor. So, takde lar mak bapak meroyan sangat dan taksub suruh budak-budak yang masih kecik lagi untuk kejarkan no. 1 dalam kelas. They are human not material untuk dibandingkan dengan anak orang lain. Aku pun malas nak amik gambar result Humairah sebab tak mahu riak. Setakat result tadika, alahai...apa lar sangat. Memang lar niat di hati nak kongsikan kegembiraan dengan orang lain, but it just result tadika or sekolah rendah jer pun! Bukannya anak ko terus berjaya pegang jawatan tinggi! Aku suka dengan kata-kata cikgu tadika Humairah. Kita tak boleh nak sumbatkan ilmu semua sekali dalam satu masa kat budak-budak. Kita mesti tengok kemampuan dan keupayaan mereka. Ada sesetengah budak, dia pandai dalam kategori yang ini, dan ada yang pandai dalam kategori yang itu. Yang mana lemah tu, kita push up lagi, kita usaha lagi. As a parents, jangan putus asa. Dan terima dengan hati terbuka apa jua kelemahan dan keupayaan anak-anak kita. Rezeki Allah dah tetapkan.
9hb tu hari Hanie dah start exam sekolah agama dulu. Minggu depan baru exam sekolah kebangsaan. So, takde lar terkejar sangat. Alhamdulillah, Hanie dah pandai baca jawi tanpa tunjuk ajar aku. Kalo ada certain words jawi yang panjang dan susah tu baru lar dia tunjukkan kat aku. Hanie suka buat latihan matematik. Banyak paper soalan dari sekolah lain yang aku dah print bagi kat Adam dan Hanie untuk latih tubi. Kadang-kadang nak biasakan budak-budak ni dengan menjawab soalan kertas peperiksaan. So, takde lar rasa nervous sangat nanti masa exam. Aku pun dah siapkan worksheet untuk Adam dan Hanie buat masa cuti sekolah nanti.
Jadual exam Adam Izz pulak bertindih dengan kedua-dua sekolah. Tapi Adam Izz masih sempat baca kitab lagi sebab exam sekolah agama dia start pukul 4 petang. Dia balik sekolah kebangsaan tu, siap mandi, siap lunch sumo, terus suruh dia baca kitab. Dah baca kitab, suruh dia rehat dan tido kejap. Untuk sekolah agama, aku suruh Adam Izz dan Hanie skor untuk subjek yang penting jer. Yelar, sekolah agama pun ada subjek teras gak, kalo tak lulus subjek teras ni, maka tak naik kelas lar nanti. Tu lar sistem sekolah agama johor. Subjek teras tu ialah ibadat, tauhid, amali, hafazan. Kalo diaorang tak lulus sirah ke akhlak pun takpe. Tak nak push diaorang lebih-lebih sangat. Buat mana yang mampu. Untuk sekolah kebangsaan pun sama juga, aku suruh diaorang skor subjek yang penting such as Bahasa Melayu, English, Sains dan Matematik. Untuk subjek Pendidikan Kesihatan, Sejarah, TMK, RBT kalo tak lulus pun takpe. Tapi still aku suruh Adam Izz baca juga sikit-sikit. Bukannya tak baca langsung pun. Ikutkan exam sekolah agama Adam Izz dah lama abis dari minggu lepas tapi disebabkan JDT menang main bola dan diumumkan cuti khas hari Ahad tu maka terpaksa lar ditunda. Baru hari Selasa lepas, Adam Izz dah merdeka dari exam. Budak-budak bila dah abis exam, apa lagi tab besar dan tab kecik terus jadi rebutan ler. Sorang kena mengalah. Hahaha....!!
Sempena Hari Guru yang jatuh pada 16hb tu hari, sehari sebelum exam, walaupun budak-budak tak excited sangat nak bagi hadiah kat cikgu, tapi ibu gigih juga nak sediakan untuk cikgu-cikgu sebagai tanda penghargaan. Paling besar jasa yang paling aku hargai ialah cikgu tadika Adam Izz, Hanie dan Humairah iaitu Teacher Lia yang bersusah payah ajar anak-anak aku sampai boleh membaca dan mengira. Aku tak pernah miss nak bagi hadiah kat Teacher Lia bila Hari Guru. Plak tu, hari jadi dia pun jatuh pada Hari Guru juga. So, sempena hari guru, aku cuma sediakan hadiah 6 ketul jer untuk budak-budak. Sorang bawak 2 ketul hadiah. Kasi lar hadiah kat cikgu favourite korang nanti. Tak kan korang nak kasi hadiah kat cikgu satu sekolah pulak! Melampau ler tu! Aku ada join group teacher kat Facebook. Ramai mak bapak kongsi gambar dan idea yang bernas untuk hadiah sempena Hari Guru ni. Sebenarnya cikgu ni yang paling dia suka ialah bila dia dapat set alat tulis pen merah pen biru, marker whiteboard, sebab itu lar peralatan yang hari-hari cikgu gunakan. Tapi tahun ni, aku bagi hadiah yang lain. Tahun depan boleh difikirkan nak bagi cikgu dengan hadiah yang macam tu.
Macam comel jer kan? Very the colourful...
Dah siap tampal teacher quotes.
Siap disampul. Macam hadiah Krismas pulak!
Cupcakes lemon oreo untuk majlis sambutan Hari Guru di tadika Humairah. Freshly baked pagi-pagi buta sebelum Humairah pergi tadika tau! Sebenarnya aku tak minta balasan pun. Cikgu Humairah pulangkan balik berkas aku dengan ada isi kat dalamnya. Alhamdullilah...rezeki.
Kertas soalan yang dah siap print online. Akan diberikan untuk Adam dan Hanie mase cuti sekolah nanti. Humairah awal-awal cikgu dah bagi worksheet cuti sekolah masa last day sekolah hari ni.
Untuk anak-anak Ibu,
Ibu tak meletakkan harapan yang tertinggi untuk anak-anak ibu dalam result exam. Ibu cuma harap anak-anak ibu faham apa yang cikgu ajarkan dan hormati guru. Biar kita 'jatuh' dulu kerana sebelum kita bangkit untuk berjaya, kita akan 'jatuh' dan jadikan kejatuhan tu sebagai pembakar semangat kita untuk terus berjaya. Gagal atau tak lulus dalam subjek tadika or sekolah rendah bukan lar penamat kehidupan anak-anak kita. Perjuangan mereka masih jauh sangat.
"It's okay not to be okay..." - Jessie J
Have a fun of school holidays and selamat berpuasa!
Have a fun of school holidays and selamat berpuasa!
Thanks for reading this entry.
No comments:
Post a Comment