Video Of The Month

Friday, 27 May 2016

Menu Sahur Ramadan dan Weight Loss Tips

Assalammualaikum...


Rata-rata orang, bila dah masuk bulan Ramadan, ramai orang akan ingat yang inilah satu-satunya cara yang sihat untuk menguruskan berat badan.  Tapi bila menjelang masuk Syawal, ramai orang pulak yang berdendam untuk makan bermacam ketupat, rendang dan segala lauk pauk raya tanpa mempedulikan berapa banyak kalori yang dah diambil, dengan niat lepas ni boleh lar puasa enam untuk kuruskan badan balik.  Well, motivation jenis apakah itu?

Membuat list menu sahur adalah perkara wajip bagi aku sebelum menjelangnya bulan Ramadan.  Sahur itu penting dan mempunyai banyak keberkatan di dalamnya, jadi jangan lar diabaikan yer.  Cuti sekolah nanti dapatlah aku menyediakan menu sahur dengan suasana yang tenang.  Tapi bila naik sekolah nanti, terpaksa lar aku adjustkan sikit masa untuk budak-budak bangun sahur dan pergi sekolah seperti biasa.

Selalunya aku tanya dulu kat diaorang, nak makan apa sahur nanti.  Mostly diaorang tak lar cerewet sangat cuma susah sikit nak bangun sahur awal pagi jer.  Selalunya diaorang nak makan cereals or koko crunch dengan susu jer.  Memang lar senang omak ko nak sediakan.  Tapi bila aku terbaca kat article omputih yang koko crunch or cereals ni actually is not a good breakfast but is a junk foods.  Well, aku setuju gak sebab koko crunch tu memang terlampau manis sangat and it is not good for kids actually.  Terus aku stop beli cereals.  Tahun lepas, memang aku talakan diaorang dengan cereals dan susu jer masa sahur.  Kadang-kadang ada jugak menu lain aku sediakan tapi diaorang ni maklum ler baru bangun tido kan, tengah blur lagi lepas tu disuruh makan menu yang berat.  Makan cereals pun mata boleh terkatup, inikan nak suh makan nasi or nasi goreng.  Sudahnya diaorang makan sikit jer.  So, tahun ni aku nak adjust sikit menu sahur Ramadan khas untuk budak-budak ni yang payah nak bangun sahur, dan payah nak makan menu yang berat-berat ni.  Yang penting, of course lar menu yang sihat, ringkas dan menjimatkan masa.

Jom kita ikut tips menu sahur yang mudah dan sekaligus boleh ikut weight loss tips pulak!


Sadisnya...hanya aku sorang jer dalam rumah ni yang makan kurma.  Yang lelain sumo memang tak makan.  Memang lar manis tapi kurma manis tu yang bagus kan.  Anti oksida dan boleh tambah tenaga sepanjang bulan Ramadan ni.  So, tahun ni aku beli kurma khas untuk aku sorang jer yang makan.


Aku pernah bagi hidangan oat kat budak-budak masa sahur konon-konon tak cepat letih lar bila berpuasa nanti tapi kan depa lebih suka nestum dari oat ni.  So, tahun ni aku sediakan air nestum oat untuk hidangan sahur depa nanti.  Bapak budak kalo nak minum air nestum oat ni mesti disejukkan dulu, baru feel katanya.  Aku dan my laki dah kurang minum air berkarbonat ni.  Kalo dulu kan, asik tala jer selalu dengan ais.  Anak-anak pun kalo tak nak galakkan minum air gas ni.  Tapi nanti bila raya kat rumah orang, sure orang akan hidangkan air gas.  Hahaha..nak tak nak kena lar prepare air masak sebotol nanti dalam kereta.


Ok...lepas ni omak ko akan beli telur berpapan lar nanti!  Macam-macam menu telur korang boleh buat sama ada nak buat telur mata, telur rebus, scramble eggs dan banyak lagi lar.  Korang google jer lar nanti.  Menu telur pun senang gak nak buat, tak lar leceh sangat pun.

Fried, scrambled, boiled (hard and soft) and of course, POACHED.:

#10. Cheesy Baked Egg Toast-- What??! These look amazing. -- 30 Super Fun Breakfast Ideas Worth Waking Up For:

Italian Baked Eggs ...... Ingredients :  1 cup marinara sauce 4 large eggs 1/4 cup fat free or lowfat milk 1/4 cup shredded gruyere cheese 2 tablespoons grated Parmesan Kosher salt and freshly ground black pepper, to taste 1/4 cup basil leaves, chiffonade ........ These marinara cheesy baked eggs can be made in just 10 minutes for a complete breakfast!:
makan dengan roti pun sodap ni!


Crescent rolls, sausage links, and scrambled eggs rolled into a breakfast treat! An easy recipe for moms on-the-go.:
Tu hari aku borong pastry kat giant sampai 3 pek.  Tengah offer RM4/pek.  Harga sebenarnya RM6.20 tau!  Tujuan aku beli banyak sebab nak buat ni lar untuk menu sahur nanti.  


Ok...lepas ni pun omak ko akan beli kentang berguni-guni juga!  Kentang pun boleh mengenyangkan.  Bagi yang tak nak makan nasi dan acah-acah nak diet, boleh ikut tips ni.  Kalo omputih buat kan, depa akan potong panjang-panjang kentang tu macam french fries, lepas tu depa bakar dengan taruk garam, pepper dan oil sikit.  

Party Appetizer Ideas | Baked Garlic Parmesan Potato Wedges:
Fuhh...sedapnya kalo menu sahur dapat makan macam ni.  Simple dan tak membazir.  Budak-budak pun suka makan.

Crispy Garlic Butter Parmesan Smashed Potatoes are fluffy on the inside and crispy on the outside, smothered in garlic butter and parmesan cheese! | http://cafedelites.com:
Malas nak potong?  Boleh aja korang just campakkan berketul-ketul dalam periuk dan rebuskan sehingga empuk.  Lepas tu smash kan dan letakkan telur goyang kat sebelahnya pulak.  Perghh...terangkat beb!


Budak-budak bukannya suka makan tempe ni. Mak budak dan bapak budak yang suka makan tempe.  Aku suka makan tempe garing-garing ni.  Part yang paling aku makan ialah part yang hujung tu, yang tengah-tengah dan yang tebal, aku pas kat my laki jer.  Hahaha....!!  Tapi rase macam nak buat lar menu sahur makan tempe ni.  Sodap makan panas-panas dengan cicah sambal kicap ni.  Lagi satu pulak, my laki memang ketagih makan sambal bilis dengan kacang.  Dia boleh makan ratah macam tu jer!  Insha Allah...bulan puasa nanti nak kena stand by kan satu tupperware sambal bilis dan kacang untuk dia.  



Pagi-pagi buta dengan mata separuh buka, taik mata bersepah sana sini, kalo nak makan lauk ikan waktu sahur, aku rasa kang tertiba ada yang tercekik tulang ikan pulak!  Naya jer kan?  Satu cara nak bagi makan ikan dengan selamat kat anak-anak aku ialah dengan masak ikan sardin dalam tin ke, goreng tepung ikan dory ke atau grill ikan salmon.  Senang citer...makan ikan yang senang nak kopek, tak payah nak susah-susah nak carik ikan cari tulang ikan.  Leceh!  Makan sardin dengan nasi panas-panas pun terangkat beb!  I loikee!!  Tapi kalo masak untuk anak-anak aku memang tak boleh buat pedas sangat.  Siapa yang tak makan sardin dalam tin tu memang mencaisi lar!  Apa dulu masa korang kecik-kecik, mak korang tak pernah masak sardin dalam tin ke bagi korang makan?  Hidup juga korang sampai sekarang ni kan!  Sardin tin yang paling murah cap tesco, tin yang besar baru RM2 lebih jer.  Tapi kalo korang demand nak makan sardin yang mahal jer, yer dipersilakan, tak jadi masalah...


Pan-Fried John Dory:
Pan fried ikan dory.  Lawankan dengan kentang dan telur.  Terus jadi kenyang ni.  Alhamdullilah...


Lightly buttered with a touch of lemon, any white flesh fish fillets are suitable for this dish but John Dory is perfect. Take care not to burn the butter when you're making the sauce - cook it just enough so it's golden and tastes nutty.:
Kalo aku, menu macam ni memang ngap jer!  Tapi kalo anak aku dengan bapak budak, memang tak makan.  Apalah depa ni, tak universal langsung!


Sebenarnya menu sahur ramadan yang aku lampirkan di sini ada kena mengena dengan weight loss tips yang akan aku turut sertakan sekali.  Lorr...kata nak kuruskan badan!  Nak pakai baju raya cantik-cantik, kena lar berkorban kan?  Actually tips ni pun korang boleh follow sampai after puasa pun boleh jugak.  Diet..diet gak, tapi jangan lupa excercise tau!  Ni tak, makan nak kurang, tapi lemak kat badan tak nak dibakar, pun naya gak!  Kalo boleh, biarlah mengamalkan gaya hidup yang sihat.  Jangan terlalu obses sangat nak diet, nak kurang makan itu ini.  Boleh makan tapi dalam kuantiti yang sedikit.



Sebelum makan sahur tu, telan lar air putih sebanyak-banyak.  Bukan selepas makan sahur tau!



See?  That's why lepas ni aku nak beli telur berpapan-papan, ikan dan kekacang untuk menu sahur nanti.



Aku tak ketagih minum kopi malah aku jarang sekali minum kopi.  Tapi bagi korang yang suka minum kopi waktu pagi masa sahur, boleh ikut tips ni.  Maybe aku akan minum kopi if I need to stand up in the morning untuk buat kerja-kerja wedding tu.  Kalo tak, memang ngantuk wehh...



Jangan gatal-gatal nak goreng dengan minyak bunga matahari lar, minyak canola yang merah tu lar, minyak jagung lar, walaupun sedap tapi kolesterolnya tinggi.



Semenjak dua menjak ni kan, aku memang kurangkan gula dalam pengambilan menu harian makanan dan minuman family aku.  Malah aku tak galakkan lagi anak-anak aku minum air berkarbonat dan aku pun dah tak minum lagi air 'cuci mangkuk tandas' tu atau yang sewaktu dengannya.  Aku suruh budak-budak banyakkan minum air masak/air putih.  Humairah pun dah pandai minum dan bawak air masak ke tadika.  Kalo dulukan, kasi minum air masak jer terus tersedak.  Kekwat tul...



Bukan tak boleh makan langsung tapi kena makan dalam kuantiti yang sedikit.  Nasi, roti, mee, pastry tu semua kena kurangkan sikit lar masa sahur nanti.  Nanti buka puasa ko melantak lar makan nasi nanti.



Kalo boleh, guna pinggan budak kecik punyer tu.  Makan jangan mengikut nafsu.  Makan hanya untuk mengalas perut jer.  Rasullah saw pun buka puasa dengan 3 biji kurma dan segelas susu.  Alhamdullilah....



Aku tak kuat makan pedas.  Budak-budak pun sama.  My laki jer suka makan pedas.  Kalo korang suka makan pedas-pedas waktu sahur nanti, boleh lar ikut tips ni yer!



Part yang ini, aku rasa biarlah aku buat bila lepas berbuka puasa nanti.  Hahaha...!!  Kalo aku buat masa tengah-tengah puasa, mau nyer mengelepek aku nanti kang.  Tak larat pulak nak masak untuk buka puasa nanti kan!  Korang boleh juga ikut tips ni untuk bulan-bulan yang seterusnya.  Tak semestinya bulan puasa jer korang kena follow tips ni.



Ok...setakat itu saja tips dan menu sahur yang aku nak kongsikan bersama dengan korang.  Menu berbuka puasa?  Korang berbuka puasa lar mengikut kemampuan korang dan yang paling penting, jangan membazir.  Makan tu jangan terlampau mengikut nafsu sangat.  Makan dengan seadanya.  Ingin aku ingatkan pada peniaga-peniaga bazaar ramadan agar sentiasa amanah, jujur dan menjaga kebersihan dalam berjual beli makanan dengan pelanggan anda.  Jangan menjual makanan setakat nak mengaut keuntungan jer.  Jangan menjual makanan yang dah basi kepada pelanggan.  Jangan menjual makanan yang telah dicemari dengan bangkai lalat ke, cicak ke lipas, telur lalat ke ulat dan sebagainya.  Kalo pembeli haramkan duit yang diberikan kepada peniaga, bagaimana?  Puaskah anda makan duit haram tu nanti?  Tepuk dada tanya selera.  Jangan sampai orang boikot terus tak nak datang ke bazaar ramadan lagi kerana kualiti makanan yang tidak terjaga.  Balik rumah buka puasa masak nasi putih, goreng telur kicap pun lagi sedap, bersih, jimat dan dijamin halal!  Alhamdulillah...


Selamat Menyambut Bulan Ramadan!


Thanks for reading this entry!


No comments: