Video Of The Month

Thursday 25 December 2014

Preparation for School and DIY Recycle Ideas

Assalammualaikum...


Masa berlalu begitu pantas sekali.  Tanpa menunggu kita sekalipun.  Meskipun kita masih termangu, masih tercengang dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.  Kita tidak tahu sampai bilakah masa akan menunggu kita.  Takkan kita nak kena abiskan pisang goreng cheese baru kita tersedar yang semua ini hanyalah mimpi belaka.

Apa yang ko merepek ni, Eryn oii...!!

Sebenarnya aku nak meluahkan perasaan kat korang semua.

Kenapa cuti sekolah akhir tahun kali ini rasanya macam tak cuti sekolah sebulan jer?  Patutkah aku buat surat permohonan kat Kementerian Pendidikan suruh buat cuti sekolah akhir tahun 3 bulan jer terus?  Patutkah aku kena penampor buaya disebabkan surat permohonan aku itu?

Patutkah...?

Pejam celik pejam celik, masa berlalu...tup tup tup tup tengok kat kalendar cuti sekolah tinggal beberapa hari jer lagi.  Memang ler preparation untuk ke sekolah tu dah siap tapi aku jer, mak budak jer yang tak berapa nak prepare lagi ni dari segi mental dan fizikal.  Hahaha...apa-apa pun kita redah jer lar.  Keep calm and keep going with your life, babey!

Isnin, 22hb Disember - hari pendaftaran serta pembayaran kitab dan yuran periksa untuk sekolah agama Adam Izz dan Hanie.  Alhamdullilah, Adam Izz dan Hanie dapat naik kelas.  Mengikut sistem sekolah agama Johor, kalo budak tak lulus exam akhir tahun, maka tak dapat lar naik kelas untuk tahun depan.  Nampak macam strict sikit kan tapi sebenarnya sistem ini memang dah berkurun lama diamalkan dari dulu lagi.  Since aku sekolah agama dulu pun memang dah ada sistem ini.

23hb Disember - hari untuk beli buku tulis untuk sekolah rendah pula.  Pastinya aku kena redah pepagi buta untuk menjadi orang yang paling awal sekali untuk beratur.  Aku tak suka beli buku tulis lewat-lewat sebab nanti dah abis stok, kena tunggu pulak stok baru yang entah bila nak sampai.  Sangat melecehkan!

Dah selesai bayar yuran sekolah semua ni aku dah rasa lega sikit.  Awal-awal aku dah ketepikan duit untuk bayar yuran sekolah since bulan 10 tau.  Untuk preparation sekolah budak-budak pun aku dah beli masa awal cuti sekolah hujung tahun.  Malas nak beli lambat-lambat, takut takde saiz pulak kang!


Kasut sekolah macam gini memang aku beli borong.  Sorang 4 pasang.  1 pasang cuma RM6.90 jer.  Incase kalo omak ko malas nak basuh kasut, atau kasut tak kering sebab hari hujan, maka inilah optionnya.  Guna kasut baru jer dah abis citer!  Semua kasut sekolah ini aku kena tulis nama kat belakang kasut pakai permanent marker jer.  Bagus gak ada kasut sekolah RM6.90 ni, at least orang yang tak berkemampuan boleh beli kasut sekolah macam gini.  Pattern ke design kasut ker tu semua belakang citer! 


Beli juga lar kasut sekolah yang mahal sikit tapi tengok pada keadaan cuaca jugak lar.  Kalo cuaca panas, korang boleh pakai kasut mahal ni.  Kalo cuaca hujan, pakai jer lar kasut sekolah yang murah tu.  At least kalo terkena lecak, takde ler menggila omak ko nak membersihkan.  Hahaha....


Stokin pun aku tulis nama gak.  Kedai RM2.00 pun ada jual gak stokin sekolah.  Dapat 2 pasang pulak tu.  


Baju sekolah pun awal-awal aku dah beli masa baru nak start cuti sekolah akhir tahun.  Baju sekolah agama Adam aku cuma beli sepasang jer.  Harga sepasang baju sekolah agama lelaki RM28.40 jer.  Tahun lepas ada sepasang lagi yang blum dipakai.  Baju sekolah agama Adam tahun lepas semua ok lagi cuma seluar jer dah bercapuk kotor sikit.  Aku pun tak tau dia jalan guna kaki ker atau dia jalan lap lantai dengan seluar dia.  Punya lar kotornya.  So, memandangkan baju sekolah agama dia ok lagi, aku cuma jahitkan seluar putih sekolah agama dia jer lar nanti.  

Baju kurung sekolah Hanie semua rasanya dah tak muat, dah singkat sikit, dan ketat.  Budak tengah membesar lar katakan.  Ada 2 helai jer baju kurung dia tahun lepas yang boleh dipakai.  So, aku belikan 3 helai lagi baju kurung dia untuk tahun ni.  Kain licin seyh...harga RM11.90 sehelai.  Kain sekolah biru semua aku jahit sendiri tahun ini.  Jimat...tak payah beli dan beli lagi.  RM24.00 dapat 4 meter, dapat lar 4 helai kain biru.  Aku malas nak jahit baju kurung sekolah Hanie.  Leceh ar, nak kena ada pesak lagi, kocek lagi.  So, beli jer lar abis citer.  Tudung sekolah pun tak payah beli sebab tahun lepas ada yang elok lagi dan ada yang tak buka lagi dari dalam plastik.

Baju kemeja sekolah rendah Adam ada lagi sehelai yang belum dipakai lagi tahun lepas.  So, aku beli lagi 3 helai kemeja sekolah rendah dengan harga RM11.90 sehelai juga.  Cuma seluar biru sekolah rendah jer mahal sikit, RM20.90 sehelai.  Tahun lepas ada 3 helai seluar biru Adam yang masih boleh dipakai lagi, so aku tambah 2 helai jer untuk tahun ni.  



Sambil itu jahit lencana sekali.


Aku tak kisah beli baju sekolah yang non branded atau branded ker tak, semua color sama jer!  Yang penting, orang tengok anak ko still pakai baju sekolah putih dan kain or seluar color biru dan bukannya color lain, dan bukan yang lip lap ker atau bling bling kan.  Orang ataupun cikgu takkan tanya anak ko pakai baju brand apa pada hari pertama sekolah.  

Seluar sukan dan baju sukan putih pun awal-awal aku dah beli sebelum cuti sekolah.  Sebab masa tu budak-budak ada latihan untuk Hari Sukan.  So, lebih kurang 2 minggu juga kena pakai baju sukan.  Baju sukan sekolah cuma ada sepasang jer.  Yang lelain hari, kena lar pakai baju putih plain dan seluar sukan.  Then, tu hari aku terjumpa tshirt color plain saiz budak dengan harga RM4.90 sehelai, terus aku sauk 4 helai.  Hanie pasukan merah dan Adam pula pasukan hijau.  



Selalunya kalo anak aku beli kotak mainan macam ni, jarang sekali aku buang begitu sahaja.  Lelebih lagi kalo kotak yang tebal dan keras macam ni.  Ada jer idea nak buat something kat kotak ni tau.  Kira ok lar kan, kita selamatkan bumi, kita recycle balik benda yang boleh digunakan.



Aku tebuk permukaan kotak jadi macam ni.



Nasib baik ada wallpaper border sticker yang rajin aku beli tapi tak tampal-tampal gak kat dinding.  
Murah wallpaper border ni, aku beli kat kedai Mr. DIY, lebih kurang 10 meter RM6.90 kalo tak silap lar.  Ada gak wallpaper yang lain jual 5 meter RM3.90 jer.  Kekadang aku kemaruk dengan wallpaper sticker yang comel-comel tapi tak tampal-tampal gak.  Bukan senang yerk nak tampal.  Ianya memerlukan ketelitian dan kejituan yang tinggi.  Hahaha....



Disebabkan wallpaper border ni dah ada sticker, so lekat jer lar macam korang sampul hadiah kotak.  



Begini lar rupanya bila dah siap.  Nak tau aku buat apa dengan kotak ni?  Jeng...jeng...jeng!



Tempat letak stationery budak-budak!  Nampaknya pemadam macam tak cukup stok jer ni.  Takpe, lain kali boleh beli lagi.  Sharpener pun sama gak!  Ni semua aku beli kat kedai RM2.00 jer.  Sekotak pensil ada macam-macam brand Faster lar Unicorn lar semuanya dijual RM2.00 sekotak.  Pemadam 10 ketul pun RM2.00 gak.  Aku suka pemadam stabillo ni sebab lagi bersih dan kurang habuk hampas.  



Ni stok gunting, pembaris dan gam.  Kalo pergi kedai RM2.00 memang aku borong alat tulis jer lar.



Acara menulis nama kat buku tulis.  Patah tangan dibuatnya tapi aku suka menulis.  That's why tulisan aku lagi cantik dari tulisan laki aku, hahaha....!



Drawing blok pun dah siap-siap beli untuk subjek lukisan diaorang.  Satu drawing blok ni aku beli RM1.00 jer.



Buku latihan ulangkaji yang sekolah suruh beli.  Patah pinggang nak sampul buku sebanyak-banyaknya.  Aku selalu pesan kat budak-budak suruh jaga buku bebaik, jangan kelepet-kelepet.  Aku paling pantang tengok buku kelepet-kelepet ni.  Siap lar suara aku macam tarzan sampai ke kedai mamak pun boleh dengar, hangpa tau!



Buku latihan ulangkaji yang kat rumahnyer pun aku dah beli.  Lagi banyak buat latihan, lagi pandai.  Eh, ye ker?  Ni penceramah masa aku SPM yang bagi tau tips ni.



Semua buku hendaklah disusun dengan baik yerk!  4 rak buku aku beli untuk susun buku budak-budak ni.  Lintang pukang buku-buku kat rak ni, siap lar korang yerk!  



Buku tulis spare untuk kat rumah nyer.  Kadang-kadang ada lebihan buku yang tak guna dari tahun-tahun lepas nyer. 



Notice board budak-budak untuk tampal hasil karya.  Kembang lubang hidung diaorang bila aku tampal kat notice board ni.  Which means that hasil karya diaorang dihargai.  Poster belajar tu selagi Humairah belum masuk darjah 1 lagi, selagi tu lar aku takkan buang.  Dah lama aku tampal poster tu, since Hanie sekolah tadika lagi.  Oh, ya...aku snap gambar ni dari bilik belajar budak-budak cum bilik mainan diaorang.  



Ni adalah kotak kek SDS.  Selalunya kotak kek ni takkan ku buang sembarangan.  Lagi aku suka dengan kotak kek yang tebal macam ni.  Nak tau aku buat apa dengan kotak kek ni?  Aku buat rak buku.  Mula-mula potong mengikut garisan hitam yang tebal tu.  Then rapikan kotak ni dengan slotep pada bahagian yang mana nak terbuka.  Lepas tu, korang sampul lar kotak ni dengan pembalut hadiah yang comel.  Hasilnya jadi lar macam lukisan yang aku lukis kat bawah tu.  Senang jer bukan?



Ni lar hasilnya rak buku dari kotak kek!  Yeah...!!  Lebih kurang ada 4 kotak kek yang aku dah buat rak buku.  Nak buek macam mano, dah omak ko kreatif kan.



Hahaha...ni part yang kelakor sekali.  Baju kemeja sekolah adam yang tak muat lagi, tak kan ku buang begitu sahaja.  Nak kasi kat orang rasanya macam tak baik pulak sebab dah lusuh kan.  Color pun dah tak putih lagi.  So, aku gunting-guntingkan jadi macam pattern macam ni.



Dah siap seluar katok Humairah!  See?  Tak payah membazir lagi beli seluar katok.  Harap Humairah tak terkangkang semasa memakai seluar ini.  Dia memang selalu mencuba untuk mengoyakkan seluarnya.  Grrr.....



Tu ajer persiapan saya sempena nak dekat naik sekolah ini.  Ada benda boleh beli, ada benda kalo ikut kepala otak yang kreatif, recycle jer.  Selain daripada itu, aku pun kena siap sedia dengan list menu breakfast budak-budak.  So, takde lar bangun pepagi buta blurr jer tak tau nak buat sarapan apa.  Hahaha...kitaorang jarang sekali breakfast makan roti dengan jem tau, walaupun itu adalah cara yang paling ringkas.  Tapi itu semua terpulang lar pada kerajinan sang ibu untuk pelbagaikan menu breakfast untuk family memasing.  

Selamat kembali ke sekolah anak-anak!

Doakan yang bebaik untuk semua mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Perlis.  Ini bukan masanya untuk kita bertelagah mengenai politik dan perkauman.  Sesama kita hulurkan bantuan seberapa yang mampu untuk membantu mangsa banjir.  Semoga mereka tabah menghadapi dugaan besar dari Allah swt.  



Thanks for reading this entry!



No comments: