Video Of The Month

Sunday, 7 December 2014

Aku dan Misteri : Diganggu Lembaga Hitam

Assalammualaikum...


Cerita ini dah lama.  Sejak aku masih di sekolah menengah lagi.  Bayangkan lar aku masih ingat lagi sampai sekarang.  Betapa kuatnya ingatan aku. 

Dulu aku memang budak nerd.  Asyik dok terperap dalam bilik jer.  Keluar bilik hanya untuk makan dan mandi.  Sampai kena bebel dengan arwah mak aku.  Anak dara apa kalo asik dok dalam bilik jer.  Langsung tak boleh nak bantu mak buat kerja-kerja rumah.  Sejak kena bebel dengan arwah mak, aku terus insaf.

Di satu malam yang tenang.

Aku baru abis study subjek Matematik Tambahan.  Bagai nak pecah kepala nak hafal rumus, jalan pengiraan semuanya.  Aku patut berterima kasih pada cikgu Add Maths aku.  Kerana dia, aku berjaya menyukat belacan aku dengan menggunakan persamaan kuadratik.

Just kidding!

Aku buka pintu bilik.  Senyap sunyi.  Semua orang dah tido.  Aku rasa masa tu lebih kurang pukul 1 pagi sebab aku selalu belajar sampai larut malam.  Cari ketenangan kononnya.

Kebiasaannya sebelum aku tido, aku akan buka sedikit pintu bilik.  Yelar, kalo ada apa-apa berlaku, at least aku boleh jerit kat adik-adik aku yang sedang tido kat luar tu.  Al-maklum ler aku tido sorang kan dalam bilik.  

Tapi malam tu, entah macam mana aku seperti ada keberanian sedikit.  Malam tu, buat pertama kali aku tido dengan menutup pintu bilik aku.  Siap berkunci lagi!  

Bilik aku terus jadi gelap gelita.  Hanya diterangi lampu jalan yang suram. 

Aku cuba untuk melelapkan mata.  Ketika aku cuba hendak tidur, tiba- tiba aku telah didatangi oleh suatu lembaga hitam.  Lembaga itu duduk di atas badan aku.  Rasanya seperti aku berada di alam mimpi tapi sebenarnya ianya benar benar berlaku!





Aku tak nampak bentuk muka atau bentuk matanya.  Aku hanya nampak hitam sahaja.  Tapi bentuk badannya seperti lembaga manusia.  Aku juga pasti yang lembaga itu tidak bertanduk.  

Lembaga hitam tu cuba mendepakan tangan aku.  Mataku terbeliak.  Tapi mulutku terkunci dari dalam.  Aku cuba menjerit sekuat hati tapi suaraku tidak terkeluar.  Aku masih ingat lagi ketika itu aku cuba menjerit dengan memanggil arwah mak sekuat hatiku.  

" Makk....!! "  

Tapi suaraku tak terkeluar.  

Aku cuba membaca ayat-ayat kursi sekuat hatiku.  

Bukan suaraku sahaja yang turut terkunci malah pergerakan aku juga disekat oleh lembaga hitam itu.  Aku tak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya melihat lembaga hitam di depanku, cuba untuk berbuat sesuatu kepadaku.

Aku rasa seperti dipukau.

Aku cuba meronta-ronta.  Aku tetap juga menjerit walaupun mereka tak mendengar suaraku.  Tidak lama kemudian, tiba-tiba lembaga hitam itu menghilang.

Aku terkejut.  Mataku terbuka luas.

Aku rasa seperti di dalam mimpi tapi dengan keadaan posisi aku dengan tangan mendepa menunjukkan benda itu benar-benar berlaku.  Aku cuba mengeluarkan suaraku, " aaahhh...."

Eh, ada suara pulak!  Tadi menjerit rasa macam tak keluar suara.  

Aku amat pasti yang ianya bukan mimpi.  Didatangi lembaga hitam memang benar-benar berlaku pada diriku.

Keesokkan paginya aku tidak menceritakan pada sesiapa pun.  Tapi arwah mak aku awal-awal dah dapat menangkap sesuatu yang tidak kena berlaku pada diriku.

" Semalam kau kena ganggu kan? "  soal mak

" Takde apa-apa ar mak. " Yang sebenarnya aku malas nak cerita pasal hal itu.  Aku tak nak mak risau.  

" Cuba cerita kat mak apa yang ko kena semalam? "

" Macam mana mak tau Erin kena kacau semalam? "

" Mak tau ler.  Benda tu sebenarnya nak hantar pada mak.  Tapi sebab mak ada pendinding, benda tu kacau kau pulak! "

" Kenapa benda tu kacau Erin padahal Erin tak kacau pun dia? "  aku tanya soalan bodoh.

" Dah kau selalu tido lewat, yang kau tido pi tutup pintu bilik tu kenapa? "

Aiyaaa...!!!  Padan muka aku!  Inilah akibatnya kalo terlampau berani sangat.

Sejak dari kejadian itu, aku tidak pernah berjaga sampai larut malam.  Pintu bilik akan sentiasa aku pastikan terkuak sedikit.  Dan selepas dari kejadian itu, aku tidak pernah didatangi lagi oleh lembaga hitam.  Itu lar kali pertama dan kali terakhir pengalaman mistik yang pernah berlaku pada diriku.  Cukup mencemaskan dan mendebarkan.

Ada pernah suatu ketika, aku pernah merasakan mukaku seperti diusap oleh tangan yang berbulu.  Aku tidak nampak tapi aku dapat merasakan seperti ada tangan yang berbulu sedang mengusap mukaku dengan lembut.  Entiti apakah itu?  Adakah ianya mawas?  Bigfoot?  

Itupun aku tidak menceritakan pada sesiapapun.  Biarlah ianya menjadi lipatan sejarah pengalaman mistik aku.  

Kadang-kadang aku tidak boleh terlampau berani sangat dalam hal-hal mistik begini.  Kerana aku juga manusia biasa.  Aku masih punya perasaan takut.  



Thanks for reading this entry!








No comments: