Video Of The Month

Monday, 22 December 2014

How to Homeschool Preschool ( Islamiah Skills ) - Final Part

Assalammualaikum....


Tadika zaman sekarang ini sudah ada subjek Iqra atau subjek Pendidikan Islam untuk pendidikan awal kanak-kanak 4 hingga 6 tahun.  Ikutkan tadika zaman dulu, mana ada kan?  Eh, betul ker?  Pasal aku dulu pun tak sekolah tadika.  Tup..tup...tup terus masuk kelas darjah 1.

Untuk peringkat awal, dedahkan anak-anak kita dengan huruf-huruf hijaiyah.  Lakukan seperti anda buat untuk kemahiran mengenal ABC, begitu juga dengan huruf-huruf hijaiyah, banyakkan buat latihan menulis, membaca dengan betul, melukis dan merekacipta bentuk huruf-huruf hijaiyah.

Selain daripada itu, dedahkan anak anda dengan aktiviti pergerakan solat.  Meskipun anak anda masih terlalu awal untuk menghafal bacaan dalam solat tapi tidak salah rasanya jika anda mengajar anak anda tentang tertib pergerakan solat, cara mengambil wudhu dan sebagainya.

Dalam Islam banyak menekankan tentang akidah dan akhlak yang baik.  Bacakan bersama anak-anak anda tentang cerita-cerita Nabi dan sahabat Nabi supaya dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran dari cerita tersebut.

Ajari anak-anak anda dengan nyanyikan bersama lagu-lagu nasyid seperti Asmaul Husna, lagu 25 Rasul, lagu zikir dan sebagainya.  Pasti kelamaan anak anda akan terhafal dengan sendirinya.


Aku memang rajin download apps education kat tablet untuk budak-budak ni hah.  Ini adalah diantaranya.


Ini adalah apps untuk cara-cara mengambil wudhu.  Humairah memang suka tengok kartun-kartun macam ni.


Yang ni plak apps tentang solat.  Semuanya memang aku download dari playstore.  So, tablet ni memang ada kebaikkan dan keburukkannya.  Ikut korang lar nak gunakan tablet tu dengan cara yang macam mane kan...


Padankan huruf-huruf hijaiyah.  Sekaligus dapat mengenal bentuk.


Ini adalah apps tentang cerita sahabat-sahabat Nabi.  Korang boleh baca cerita ini bersama dengan anak-anak anda as a bedtime story.  Hahaha...senangkan?  Tak payah membazir duit beli buku cerita lagi.  Tapi option ni terpulang pada korang, kalo nak follow, silakan, kalo tak nak, takpe.  Tapi kalo korang nak download apps seperti ini kat playstore kena lar berhati-hati sikit.  Kadang-kadang ada yang bercanggah tau.  Sebelum aku download apps ni, aku kena baca dulu komen orang yang terdahulu yang pernah download apps tersebut.  Kalo depa komen ada kesilapan teknikal dalam apps tu, memang tak ler aku nak download.  Kalo depa komen thorbaik apps tu, rating pun ok, memang laju jer aku mendownloadnya.


Berakhirlah sudah entry tentang homeschool ni.  Alhamdullilah....Semoga kita bersama-sama dapat berkongsi ilmu demi kebaikkan sejagat.

Majulah imerynz.blogspot.com untuk negara!

Oh, yeah babey!


Thanks for reading this entry!

No comments: