Video Of The Month

Thursday, 27 February 2014

Aku Dan Misteri : Tidur di Rumah Berhantu

Assalammualaikum...


Berjumpa kita kali ini di dalam slot misteri.  Hahaha...dah macam citer misteri nusantara pulak!

Ok, kali ini aku nak cerita pengalaman aku tido di rumah berhantu.  Pergh...berani tak aku?!  Antara takut dengan tak takut dan tawakal jer lar minta perlindungan dari Allah swt.

Based on true events.  (fuyoo..suspen woo!)

Berlaku 10 tahun yang lepas.  Lama giler kan.  Sampai sekarang aku still ingat lagi.  (mau nyer tak ingat! nak karang ni pun rasa seram sejuk!)

Kakakku yang tua setahun dari aku, tinggal di rumah sewa bujang di Kuala Lumpur.  Rumah sewa dia tu design pattern macam rumah lama lar tapi masih berkeadaan baik.  Pada mulanya kakakku tinggal serumah dengan kawannya.  Maka rumah setingkat yang agak luas tu hanya dihuni oleh mereka berdua saja.  Then, mereka bergaduh dan kawannya terus angkut barang, keluar dari rumah tu.  Maka tinggallah kakakku seorang jer yang menghuni rumah tu.  Tapi kakakku bukan lar seorang penakut.  Dia jenis 'kebal' dan hati kering punye orang.  Disebabkan Kuala Lumpur tu sket nyer susah nak cari rumah sewa, maka kakakku terus menyewa rumah tersebut walaupun terpaksa tinggal seorang diri.

Dalam bilik kakakku, ada sebuah katil lama.  Katil tu tinggi, siap bertiang empat, ada langsir lagi.  Mengikut kata kakakku, masa dia pindah ke rumah tu, katil tu memang dah ada.  Owner rumah tak kasi buang katanya.  Katil tu masih dalam berkeadaan baik dan boleh dipakai lagi, maka kakakku telah menjadikan katil tu sebagai tempat tidurnya.




Masa tu aku ada majlis konvo kat UiTM Shah Alam.  So, aku dan suami mengambil keputusan untuk tumpang bermalam di rumah kakakku.  Jimat, tak perlu redah nak cari hotel.  Masa aku jejak masuk ke dalam rumah kakakku, aku sudah mula merasai sesuatu.  Terasa seperti meremang jer bulu kat tengkuk.  Suasana di dalam rumah itu seperti sunyi dan gelap.  Bilik air dia nun jauh ke belakang tapi bukan lar kat luar rumah.  Ruang tengah kat rumah tu sangat luas dan dijadikan sebagai tempat untuk menyidai baju.  Ada tiga buah bilik.  2 buah bilik depan dan satu lagi bilik kat belakang.  Bilik yang belakang tu kakak ku jadikan ia sebagai bilik untuk iron baju.  Apsal ironik sangat ko nak iron baju buat kat bilik belakang tu?  Buat kat depan tv tak boleh ker?  Memang hati kering betul kakak ku ni!  Bilik yang depan tu since kawan dia dah berambus, maka tinggal lar kosong macam tu jer.  Tapi tak berani aku nak tido kat bilik depan tu.  Aku sanggup tido depan tv kat hall dengan laki aku.  Hahaha...penakut giler kan!

Apa?  Tak takut?  Ek..eleh jangan nak aksyen tau!  Lepas korang baca sejarah rumah sewa kakak aku tu, mesti korang tak nak masuk ke dalam rumah tu punyer!  Tido semalaman pun belum tentu korang berani lagi kan.  Percaya lar cakap aku ni!  Percaya lar...!!!

Hah, nak tau tak pasal sejarah rumah berhantu tu?  Ni bukan nak cerita pasal Villa Nabila tu yerk!  Kalo nak tau, jom baca entry ni sampai abis...

Sebelum aku datang menumpang tido semalaman di rumah sewa kakak ku itu, sebenarnya aku dah tau yang rumah kakak ku itu ada 'penghuni'.  Bila kakak ku balik ke rumah mak, dia selalu menceritakan pada mak tentang pelbagai gangguan yang dialaminya.  Tapi disebabkan alah bisa tegal biasa, kakak ku buat derk jer, macam dah lali dengan gangguan yang dialaminya itu.

Hah, nak tau tak gangguan yang dialami oleh kakak aku semasa dia menyewa rumah tu?

Ini termasuklah...
 - katil tiba-tiba bergoyang sendiri
 - kakak aku selalu tido lewat sebab nak siapkan projek assignment dia.  tepat pukul 3 pagi jer, lampu di dalam bilik dia mesti berkelip-kelip.  then, tiba-tiba jer komputer dia tertutup sendiri.
 - selalu nampak kelibat wanita berambut panjang tido di sebelah dia
 - kekadang terdengar bunyi suara orang menangis, sayup-sayup kedengaran
 - terasa ada sesuatu benda kat bawah katil
 - kekadang terdengar bunyi bayi menangis

dan macam-macam lagi lar.

Mak aku jawab senang jer.

" Dia nak kawan dengan ko.  Takde apa-apa lar. "

Selepas dipujuk rayu oleh kakak aku, apakah 'benda' yang menghuni di rumah sewanya itu, baru lar mak aku pun menceritakan hal yang sebenarnya.

Sebelum mak aku menceritakan 'benda' itu, awal-awal mak bagitau yang 'benda' tu pun ikut kakak aku balik ke kampung gak.  Tapi 'benda' tu tak berani nak masuk ke dalam rumah mak sebab telah dipagari.  Maka 'benda' tu terpaksa lar duduk kat luar jer.

Sebenarnya katil lama yang berada di dalam bilik kakak aku tu, adalah katil orang mati beranak.

Terkejut tak?

Ada seorang perempuan ni, dia lahir anak luar nikah.  Tapi dia mati semasa melahirkan anak dia.  Anak dia pun mati gak.  Dia mati di atas katil tersebut.  Mak bapak perempuan tu berasa sangat sedih dengan kematian anak mereka, maka diaorang pun puja roh perempuan ni.  Maybe diaorang puja roh di atas katil tu gak kot.  Maka bersemayam lar roh perempuan tu di dalam rumah tersebut sampai kakak aku pindah masuk.

Sebelum ni, banyak gak orang pindah keluar dari rumah tu sebab tak tahan dengan gangguan yang dialaminya.  So, kakak aku antara penyewa paling lama yang bertahan dok kat rumah tu.  Sebelum ni, ada sesetengah jiran kat situ menceritakan pernah terserempak kelibat seorang perempuan di jendela, sedang melambai-lambai.




Nak kata ponti bukan ponti.  Nak kata cik lang, maybe ya kot.  Sebab kakak aku merasakan yang dia pernah nampak kelibat seorang perempuan berkebaya merah di dalam bilik dia dalam keadaan samar-samar, duduk di hujung katil.

Kakak aku berasa puas hati dengan penerangan mak.  Betul lar tekaan dia, apa yang dia nampak selama ni sepanjang dia menyewa rumah tersebut.  Mak cakap...

" Tak perlu nak takut apa-apa.  Dia cuma nak kawan dengan ko jer..."

Memang betul kata mak.  Lepas mak menceritakan hal yang sebenarnya, kakak aku balik semula ke rumah sewanya, dan dia tidak mengalami sebarang gangguan lagi.  Mungkin mak aku dah bagi 'warning' kot kat 'benda' tu supaya jangan ganggu kakak aku lagi kalo nak berkawan dengannya.

Finally, kakak aku pun hidup happily ever after sehingga lar dia berpindah ke rumah lain sebab dah dapat pekerjaan di tempat lain.  (eh, dah macam citer cinderella ler plak!)

Sebelum ni, adik aku lelaki pernah tumpang tido bermalam di rumah sewa kakak ku.  Dia pun pernah mengalami gangguan gak.  Masa tu, adik aku tengah syok main komputer kat dalam bilik.  Kakak aku plak masa tu tengah tido atas katil dalam bilik yang sama.  Tiba-tiba adik lelaki ku melompat naik ke atas katil, lalu tido di sebelah kakaknya.  Kakak aku perasan dan berasa pelik dengan gelagatnya ketika itu.

" Wei, JR!  Ko dah kenapa?  Apsal ko tutup lampu?  Kang aku dah pesan, jangan tutup lampu.  Banyak nyamuk lar! "

" JR tak tutup lampu pun.  JR nampak ada tangan orang yang tutupkan lampu. "

Pulak dah.

Apa-apa pun memang pengalaman lar bila tido semalaman kat rumah berhantu ni walaupun masa tu aku dan suami tak kena apa-apa gangguan.  Alhamdullilah.  Tapi bila aku nak pegi bilik air, memang aku mintak laki aku temankan lar.  Takut seyh nak pergi sorang-sorang.  Hahaha...jiwa aku tak kuat walaupun aku tau aku ada 'bodyguard'.  Sanggup kejutkan laki pukul 2-3 pagi semata-mata sebab nak kencing.  Hahaha...padahal aku tak pernah buat macam tu pun sebelum ni!



Thanks for reading this entry!





4 comments:

Rizziela said...

dasyatnyer kakak awak..kira berani sungguh

Unknown said...

Wahh...blh thn kakak awak sy pun x brni.!! Tp iyalah klu da d kurnikn hti yg kuat atas izn sang maha pcipta,smua mcm xde apa.

noorul.faedzah said...

Assalamualaikum,maaf bertanya..rumah yg dimaksudkan ni kat mana ye?risau rumah yg sama yg sy nak beli..rumah teres setingkat area giant bt caves..nak beli pun sbb lebih murah berbanding rumah lain..lgpun sy ada anak kecik..agak bahaya..

Erynz said...

Walaikummusalam...

saya rasa rumah berhantu ni memang area selangor tapi bukan kat batu caves. umah ni jenis pattern umah lama. zaman 90-an lagi. dlm umah ni dah siap ada katil tinggi yang ada palang langsir tu. kalo awak beli umah, kalo takde katil tu maknanya bukan umah yang saya maksudkan. tapi saya bagi tips sebelum nak masuk umah baru atau umah yang dah lama takde penghuni, azankan di setiap penjuru rumah, baca Al-Quran tiap-tiap malam, baca surah yassin 7 hari 7 mlm berturut-turut. Insyallah, lari lah segala penunggu kat rumah tu.