Sila klik di sini bagi sesiapa yang terlepas pandang entry DIY sebelumnya....
Pergi kat google dan search Tutorial+imerynz+DIY
Pasti akan keluar semua entry aku pasal tutorial DIY
Jom kita terjah segmen crafts kali ini. Bagi yang berminat lar. Yang tak berminat lepas tu nak kondem macam-macam, sila blah jauh-jauh. Ni jiwa orang yang sukakan art. Bila nak sebut perkataan 'art' tu, sengetkan sket mulut korang ke kanan. Oh, tidakkk!! Tu bukan cacat namanya. Tu lar yang dinamakan seni. Nak sebut perkataan 'art' pun kena ada seni gak....
Kebanyakkan entry aku telah mencatat viewer beribu-ribu lemon melebihi daripada follower aku sebenarnya. Takpe, aku tak kisah. Maybe aku ada banyak silent readers yang suka baca blog ni. Lagipun, blog ni masih muda lagi, baru berumur 4 tahun. Entry aku tentang muslimah in color block telah mencatat viewer sebanyak 9 ribu lebih. Yang paling kagum ialah bila ada blog dari luar negara telah menjadikan entry aku sebagai rujukan mereka dengan memberikan aku kredit sumber. Whoaa...daebak!! Entry tentang list of menu bekal juga telah mencatat viewer sebanyak 5 ribu lebih. Apa yang penting aku dapat menghasilkan beberapa karya yang bermutu tinggi untuk rujukan aku dan korang semua kan. Tak lama lagi rasanya macam nak menghasilkan sebuah entry novel bersiri dalam blog ini. Tapi tengah tunggu mood jiwang dulu. Mungkin tajuk novel aku tersebut akan berbunyi...
' Penjual Roti Canai itu Laki Aku Tau! '
ataupun
' Mr. Arumugam ' (kesinambungan dari citer mr. arrogant)
ataupun
' Opss...Dia Laki Orang Rupanya!'
Cheewahh...!! Hok nak kena lempang, macam tu ler!
Tunggu lar lagi 10 tahun akan datang, maybe aku dah jadi penulis untuk Elle Magazines plak! Tak pun jadi penasihat fashion untuk Karl Lagerfeld pun dah cukup baguih, yerk dok? Hahaha...hoktuih! Harapan tinggi bebenor. Sedarlah diri tu sket!
Ok, dah..dah..jom kita terjah segmen DIY kali ini.
Isn't it cute and lovely? Uwaaa...nanti nak buat untuk Maira dengan Hanie lar!
Dah siap!
DIY how to make curly ribbons bows
we need more fancy ribbons
Balutkan ribbons pada chopstick, cucukkan peniti pada kedua-dua penghujung ribbons tersebut dan masukkan ke dalam mikrowave selama 15 minit.
Sejukkan ribbons. Keluarkan kayu chopstick tadi.
Potong dua bahagian.
Jahitkan seperti begini.
Jahitkan reben besar pula seperti begini.
Tampalkan klip di belakang reben besar tadi.
Tampalkan dengan glue gun ribbons di atas reben besar. Dah siap! So fancy and colorful, right?
DIY lets make a bow ribbons!
So easy, isn't it? Boleh tampal kat baju, serkap, topi kelendar, peti sejuk, dinding rumah, mesin basuh...ok, itu dah melampau!
Simple flower felt. Lukis bentuk air mata, then jahitkan bahagian hujung yang tajam tu. Buat dalam 5-6 kelopak, cantumkan kesemua sekali. Senang, bukan?
DIY hair bows
Klipkan kat bahagian tengah reben. Jahitkan.
Bahagian belakang reben. Lepas dah jahit, bukakan klip tadi. Tarik benang dan matikan seeloknya.
DIY lotus flower
Auww...comelnyer!!
I'm the biggest fan of ribbons. Pantang nampak ribbons comel dan vintage jer, cepat-cepat sauk semacam padahal sebenarnya tak tau nak buat apa dengan ribbons tu. Takpe, simpan dulu. Tapi bila dah dapat idea DIY buat ribbons macam kat atas tu, apa lagi berkobar-kobar lar nak buat sendiri kan. Lelebih lagi boleh ditampal kat baju, serkap, sepit rambut dan anything yang melibatkan deco art.
Ok, dah cukup...cukup! Enough already! Kang aku sharekan entry DIY ni, 7 hari 7 malam belum tentu korang abis baca tau! Banyak lagi nak share kat korang ni. Cukup lar setakat ini saja yerk. Macam biasa, kita bersambung ler ke Part 4 nanti ekk...Jangan marah!
Thanks for reading this entry!
Ok, dah cukup...cukup! Enough already! Kang aku sharekan entry DIY ni, 7 hari 7 malam belum tentu korang abis baca tau! Banyak lagi nak share kat korang ni. Cukup lar setakat ini saja yerk. Macam biasa, kita bersambung ler ke Part 4 nanti ekk...Jangan marah!
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment