" Assalammulaikumm....!! Erin ko maner? Eh, Erin kat maner? "
Menggelupur sungguh budak sorang ni! Masuk dorm aku jer dah terjerit-jerit panggil nama aku. Padahal katil aku sebelah pintu dorm jer.
" Woi, Erin! Ko boleh tido lagi time-time macam ni? "
Aku terpisat-pisat. Mengeliat seketika. Terkeruk-keruk jap. Kesat taik mata. Baju kurung pergi kuliah pagi tadi pun masih belum tertanggal lagi.
" Ko dah kenapa? "
" Kenapa ko tanya ekk. Ko tau tak, Lecturer 'X' dah tampal markah keseluruhan 80% untuk subjek 'XX'. Lagi 20% markah untuk final exam. Ko dan aku dapat markah kosong untuk group projek yang kita buat baru-baru ni! "
Mata aku terbeliak.
" What? Kosong? "
" Ye, kosong..." Liza dah mula nak nangis. Seboleh-boleh dia tak nak gagal dalam subjek tersebut. Dia tak nak 'repeat' lagi subjek tu next semester nanti.
" Bukan ke kita buat projek tu sama-sama dengan diaorang? Macam mana plak boleh dapat markah kosong? " aku menggaru kepala. Cuba mengimbas kembali saat-saat buat group projek dengan kawan-kawan sekelas denganku. Ada lima orang kesemua sekali. Termasuk aku dan Liza.
" Tu lar pasal. Aku nak ajak ko sesama pegi jumpa Lecturer X tu. Nak tanya lar, apa pasal ko dan aku boleh dapat markah kosong, sedangkan ahli kumpulan yang lain boleh dapat markah tinggi-tinggi dalam projek berkumpulan tu..." ujar Liza panjang lebar.
" Tunggu ar jap. Aku pakai tudung dulu. "
Aku bingkas bangun. Tengok muka kat cermin. Ok, set! Masih comel lagi. Takde taik mata. Tacap sikit dengan bedak compact. Pakai tudung bawal seeloknya. Masa tu belum wujud lagi tudung instant. Tentu dah lama aku main sarung jer!
Pukul 3 petang. Cuaca panas. Fakulti aku terletak di atas bukit. Untuk pergi ke sana, kitaorang memang kena tertonggek-tonggek berjalan kaki memanjat bukit. Memang azab! Muka comel tapi ketiak lencun. Bikin malu saja! Itu pun lecturers sudah banyak kali bilang suruh pakai high heel. Dah nama pun course secretary kan. High heel celah mana kalo dah hari-hari terpaksa tertonggek-tonggek jalan kaki panjat bukit bertuah tu! Lecturers cakap setakat ikut nafsu saja. Cuba hangpa try buat sendiri!
Termengah-mengah aku bila dah sampai kat bangunan fakulti. Walaupun dulu badan aku tak semontok mana pun. Just a normal size. Tapi tinggi tetap macam model. Hok tuihh...!!
Aku dan Liza bergegas menuju ke bilik Lecturer X. Untuk pengetahuan korang, Lecturer X adalah seorang perempuan bujang yang belum berkahwin lagi. Bukan lelaki ekk. Nasib menyebelahi kitaorang. Lecturer X belum balik lagi. Masih lagi berada di dalam bilik office dia. Sedang menanda assignment kelas lain agaknya.
Kitaorang ketuk pintu. Tunjuk tanda hormat.
" Assalammualaikum, Lecturer X. " Walaupun kitaorang gugup, tapi kitaorang nekad mahu tahu.
" Yer, saya. Ada apa? " jawab Lecturer X dengan lembut.
" Lecturer, kitaorang mahu tau kenapa saya dan dia boleh dapat markah kosong dalam group projek tu? " Liza memulakan perbualan.
Aku hanya berdiam diri. Tapi aku sudah siap sedia dengan bukti kukuh yang aku ada. Siaplah korang yang telah menganiaya aku. Mentang- mentang aku pendiam, maka korang boleh pijak kepala aku. You picked a wrong person!
" Oh, ahli kumpulan awak cakap yang awak berdua tak buat kerja. " Lecturer X cakap direct. Takde belok-belok.
Pergh, menyirap darah aku bila mendengarkannya. Aku tak buat kerja? Aku yang banyak sumbangkan idea, tulis isi-isi penting, buat pendahuluan dan macam-macam lagi, sewenang-wenangnya korang cakap aku tak buat kerja pulak!
Lecturer X amik assignment group projek kelas kitaorang yang telah dihantar minggu yang lepas di atas mejanya. Kat assignment group projek tu hanya tertera nama 3 orang saja. Kenapa diaorang tak tulis nama aku dan Liza? Adakah sebab kitaorang tak terlibat dalam penghasilan assignment group projek tersebut? Itu bukan salah aku dan LIza.
" Ok, boleh awak terangkan apa yang berlaku? " tanya Lecturer X.
Aku menyemak isi assignment group projek 'bangsat' bertiga tu. Dari situ aku dah nampak kesilapan diaorang kat mana. So stupid! Kalo yer pun nak 'makan sorang', buat lar idea sendiri! Dengan tenang, aku menjawab.
" Diaorang tiru bulat-bulat isi-isi penting dan pendahuluan yang saya karang. Ini buktinya."
Aku menunjukkan salinan lampiran yang aku karang. Walaupun cincai boncai, tapi Lecturer X seperti sudah dapat mengagak apa yang berlaku. Aku dan Liza telah dianiaya oleh tiga orang bangsat tu. Aku tak boleh nak gelarkan diaorang sebagai ahli kumpulan or kawan sekelas. Hanya 'bangsat' jer gelaran yang sesuai untuk mereka bertiga. Seorang perempuan dan dua orang lelaki. Seorang perempuan dan seorang lelaki dari kalangan bangsat tu kononnya pernah digelar "couple of faculty". Satu fakulti tahu yang depa ni couple naik motor besar, hanyak ke sana ke sini. At last, abis belajar, kawin orang lain gak! Bikin malu saja!
" Memang saya dan Liza tak terlibat dalam penghasilan assignment group projek ni tapi kitaorang tiap-tiap hari tanya pasal assignment ni. Bila nak buat? Kalo nak buat, bagitau lar kat kitaorang. Tapi bila ditanya, diaorang macam nak tak nak jer jawab. Tau-tau jer dah siap! "
Lecturer X mengangguk.
" Diaorang duduk kat luar hostel, kitaorang ni still duduk kat hostel lagi. Memang lar susah budak hostel nak ada masa untuk siapkan assignment sebab kitaorang pun ada terlibat aktiviti kolej lagi. Tapi tak salah rasanya kalo diaorang bagi tau bila nak buat assignment tu sebab kitaorang boleh stay up buat kerja lepas abis kuliah kan. Kena pandai lar nak curi-curi masa. Tapi setiap kali saya dan Liza tanya pasal group projek tu, diaorang macam acuh tak acuh. Yang paling saya geram, diaorang tiru bulat-bulat isi-isi penting yang saya buat dan saya bagi masa di awal perbincangan group projek ni. "
" Saya faham. Nanti saya akan berjumpa dengan mereka bertiga ni untuk dapatkan keterangan mereka. "
Aku tarik nafas lega. Padan muka korang! Curi idea aku lagi! Tau nyer nak makan sorang jer kan. Orang spesis macam ni pun masih hidup lagi di muka bumi.
" Terima kasih, Cik X. "
" Ye, sama-sama. "
Dua tiga hari kemudian, Lecturer X telah menampal purata markah keseluruhan yang baru untuk kelas aku. Alhamdullilah, aku berjaya menduduki tempat ke - 10 teratas antara yang tertinggi. Apa tak nyer, markah exam aku semua high score tapi bila tiba jer markah untuk group projek yang sebelum ni aku mendapat markah kosong, menyebabkan kedudukan aku dalam kelas tercorot sedikit. Tapi selepas perjumpaan dengan Lecturer X, maka dengan baik hatinya, lecturer tersebut telah memberikan aku high score dalam markah group projek. Lecturer X faham yang aku telah menjadi mangsa keadaan. Budak yang selalu mendapat high score dalam exam, tertiba diberitahu yang aku tak sumbang apa-apa dalam group projek tersebut. So, nampak macam tak logik kan?
So, aku pun tak tau bagaimanakah perjumpaan Lecturer X dengan si bangsat bertiga tu. Aku malas nak amik tau. Yang aku tau, kedudukan markah diaorang pun turut berubah. Baik-baik dok tempat ke atas, dah tercorot ke bawah. Aku nak marah pun tak guna, yang pasti aku akan ingat peristiwa ni sampai bila-bila.
Sebab?
Diaorang still tak minta maaf dari aku sampai sekarang. Malah si bangsat bertiga tu, tiap kali berjumpa kat fakulti, buat muka derk jer. Sikit pun tak rasa bersalah atas apa yang diaorang dah buat kat aku. Itu dulu, tapi sekarang, meeting dalam facebook pun still buat derk gak! Perghh...ni memang nak makan sumpah aku ler tu! Nasib lar kitaorang tak rapat sangat kat dalam facebook tu kan. Just baca status si bangsat tu yang ntah hapa hapa ntah. Aku pun tak join group fakulti aku kat facebook tu. Arghh...nak buat apa? Sudah dibilang, akuk tidak suka amik tau hal diaorang. Most of them are hypocrite. Mula-mula like gambar aku kat facebook, then bagi komen lar, tak cukup dengan itu siap depa private message kat aku lagi pasal nak promote produk yang depa jual, tapi aku tak layan sebab tak minat kan. Then another day, aku sengaja post gambar lagi kat facebook, takde plak nampak nick name dia yang selalu like dan komen gambar aku. What a such hypocrite! Berbaik-baik dengan aku pasal nak suh beli produk dia? Aku tau ler aku kaya ( aamin...) dan aku tak makan gaji macam korang. Aku dah lama bergelumang dengan dunia business ni. Tapi aku tak suka orang ngedeng aku semata-mata nak promote produk hang kat aku. Kalo aku nak beli, aku tau lar nak beli kat mana. Tak payah nak bodek-bodek, hokey!
Untuk adik-adik sekalian yang masih belajar,
Carilah kawan yang betul-betul layak untuk berkongsi ilmu sama-sama. Susah nak cari kawan macam tu. Sebab sekarang ni pun sudah ada banyak yang seperti 'kawan makan kawan', 'kawan nak makan sorang.'
Ok tak tajuk kat atas dengan entry ni? Apa ko hingat aku nak up entry 18SX ker? Hahaha....meh sini masuk dalam washing machine! Eeiii...you are so naughty tau! Tak suka...tak suka...!!
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment