Video Of The Month

Wednesday, 2 April 2014

Love is... - Episode 1

Assalammualaikum....


" Dah makan? "

" Dah.."

" Makan apa? "

" Makan lar apa-apa yang ada."

" Makan apa? "

" Mmm...cukup lar makan yang boleh mengenyangkan. "

" Makan maggi? "

" Erkk..."

" Ada duit lagi tak? "

" Ada.  Tadi kuliah sampai petang.  Dah penat, malas nak masak.  Sebab tu lar makan lar apa yang ada.  Yang cepat dimasak, sedap dimakan. "

"  Belajar, belajar jugak, tapi jangan terlampau selalu sangat makan maggi.  Kalo takde duit ke tak cukup duit makan ke, bagitau kat saya tau. Nanti saya 'bank in' kan. "

" Takde apa-apa lar.  Hari ni jer kuliah penuh, dari pagi sampai ke petang.  Sampai rumah terus lepak giler.  Nanti esok saya makan nasi lar, ok? "

" Janji? "

" Yer, sayang. Janji..."


Kalau lar dia tau, yang sebenarnya hari-hari aku makan maggi campur dengan air panas, mampos aku dibebelnya dalam telefon sampai berjam-jam.  Bukannya aku tak nak masak.  Kadang-kadang bila tengok dapur rumah sewa ku, nauzubillah, kotor nak mampos, terus membuatkan aku malas nak masak.  Walaupun niat aku cuma nak masak nasi putih dengan telur dadar kicap jer.  Terseksa jiwa bila duduk serumah dengan anak dara pengotor ni.  Nak buat macam mane?  Tahan jer lar sampai abis graduate.  Alasan yang selalu aku bagi kat dia setiap kali makan maggi ialah malas nak masak.  Penat.  Kuliah sampai petang.  Tak sempat nak masak.  Banyak assignment.  Jiran sebelah rumah kasi maggi sebungkus.  Ok, yang last tu aku tipu.

Kemalasan adalah satu sifat yang tidak dapat dipisahkan dalam diri seorang student.  Bukan setakat kemalasan belajar jer, malah ada juga kemalasan seperti...

- malas nak mandi
- malas nak masak
- malas nak gosok baju kurung / tudung
- malas nak makan
- malas nak buat assignment
- malas nak baca buku
- malas nak korek telinga
- malas nak basuh baju
- malas nak layan budak serumah yang tak ngam dengan kita

Itu belum cerita lagi part kawan serumah aku yang kaki smoker.  Alasan depa senang jer. Stress belajar.  Release tension.  Mangkuk ko!  Aku pun stress gak belajar.  Lagi tambah stress bila masuk dalam rumah jer, bau asap rokok datang menerjah ke lubang hidungku.  Aku paling tak suka bau asap rokok.  Lemas.  Nasib si dia bukan seorang smoker.  Dalam diam, aku bersyukur.  Moga Tuhan panjangkan jodoh kami.

" Abang tengah buat apa tadi? "

" Hmm...baru lepas abis ngajar budak.  Kejap lagi nak tutup kedai. "

Si dia juga adalah seorang tutor persendirian, sebahagian dari bisnes komputer yang dikendalikan olehnya.  Ajar budak lepasan SPM tentang Microsoft Office.  Kemudian hari, boleh mintak kerja sebagai kerani.  Asal tahu the basics tentang Microsoft Office, itu sudah cukup memadahi.  Walaupun jurusan aku pun ada amik subjek Computer Processing, tapi aku akui, si dia yang cuma berpendidikan dari Kolej Cosmo, pengetahuannya dalam bidang komputer lagi hebat dari aku.  Tu pasal lar dia boleh repair sekali komputer dan laptop sambil cungkil gigi dengan lidi.  Dia tahu bahasa komputer.  Aku cuma tahu bahasa pujangga.

" Lelaki ke perempuan? "  Aku cuba menguji.  Reaksi si dia jika aku cemburu.

" Perempuan.  Jangan risau.  Awak lagi cantik dari dia.  Saya ngajar pun langsung tak tengok muka dia. "

Aku ketawa.  Kalo si dia tipu sekali pun, aku tak marah.  Kami belum ada apa-apa ikatan.  Serahkan segalanya kepada Allah.  Biar Dia yang tentukan.

" Jaga diri bebaik tau.  Jangan lupa makan.  Saya selalu rindukan awak.  I love you so much. "

" Love you too.  Abang pun sama gak.  Jangan asyik bekerja jer sampai lupa nak makan, nak rehat. "

" Okay, sayang.  Mmuahhh....!!  Assalammualaikum. "

" Waalaikummusalam..."

Perbualan telefon kami terhenti.  Sepi lagi.  Terus takde mood nak menghadap assignment yang bertimbun-timbun.  Dengan month test lagi.  Rasanya macam nak terus humbankan diri ke tilam nipis, mengait mimpi-mimpi indah bersama si dia.  Oh, tidak!!  Eryn memang kuat berangan.  Sila kembali ke alam realiti, masih banyak lagi kerja menanti.

Alunan lagu Stronger dari Britney Spears di walkman menjadi penguat semangatku.  Masa tu walkman lar yang menjadi peneman setia setiap kali aku study hingga larut malam.  Aku tak mampu nak beli laptop.  Student yang ada laptop sendiri tu dah dikira orang kaya.  Untung lar mereka.  Sekarang, laptop dah jadi harga mampu milik.  Bayar ansur-ansur pun dah boleh dapat.  Untung lar budak-budak sekarang.  Zaman aku belum famous lagi facebook, twitter, instagram, blogging.  Nak luahkan perasaan pun terpaksa tulis dalam diari.  So epic!



Keesokkan harinya.  Lepas abis kuliah.

Tuutt....!  Tuutt...!  Tutt...!

Dulu pakai handphone guna nada dering yang tak boleh set lagu.  Jenama Trium.  Tentu sekarang company handphone tu dah tak keluarkan lagi produk dia.  Tapi aku puji handphone ni tahan lama.  Jatuh tergolek kat tangga pun still boleh pakai lagi.  Aku pakai handphone ni sampai tamat riwayat dia.  Itu pun sebab termasuk dalam kuah sup.  Chipet tul!

Aku segera angkat bila tertera nama " My Honey" kat skrin telefon.  Gedik sungguh!

" Hello."

" Hello, Assalammualaikum, yang.  Menganggu ker?  Tengah dalam kelas ker? "

" Oh, tak lar.  Baru jer abis kelas ni.  Jap lagi pukul 2 petang ada kelas lagi. "

" Oh, ye ker?  Nanti jangan lupa cucuk duit tau! "

" Kenapa plak? "

" Sebab abang baru jer masukkan duit tadi. "

" Ya Allah, kan saya cakap tak payah.  Saya ada duit lagi lar.  Abang ni...buat susah jer! "

Yang sebenarnya memang dah 'kering' pun dalam beg duit.  Macam tau-tau jer si dia ni.

"  Takpe lar.  Lebihnya boleh simpan.  Jangan lupa makan tau, sayang.  Ok, bye.  Assalammualaikum. "

Aku termangu sendirian.  Adakah si dia ni Raja Bomoh?  Macam mana si dia boleh tahu yang aku tengah kering takde duit nak makan?

Laju langkahku menuju ke mesin ATM.  Terus pergi cucuk duit gamaknya.

Tengahari tu.  Dapat lar aku menjamah sepinggan nasi campur di cafe UiTM, Shah Alam.  Setelah beberapa hari dok tala makan maggi, makan nestum 3 in 1, dan juga biskut kering.  Selebihnya duit yang si dia bagi aku simpan.  Buat menyambung riwayat hidup aku di sini.  Untuk beberapa hari lagi.

Terima kasih kepada si dia.

Walaupun aku tak pernah meminta, tapi si dia selalu memberi.  

Terima kasih kepada si dia.

Bagi ku, dia lar Raja Bomoh.  Seperti tahu apa yang ku perlukan.  Di saat genting.

Terima kasih kepada si dia.

Yang juga adalah suamiku.

Sekarang.






Thanks for reading this entry!




No comments: