Video Of The Month

Sunday, 13 April 2014

Because I'm a mother...

Assalammualaikum.... 


(entry dah lama siap.  alang-alang trus up kan jer lar!)


Entry kali ini kan, saya ingin berkongsi pengalaman saya.  Tengok pada tajuk kat atas, mungkin korang akan tertanya, adakah penulis blog ni mahu berkongsi pengalaman tentang bagaimanakah mahu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita?  Oh...tidak!!!  Sungguh tidak tepat sekali sangkaan mu itu.  Nak tahu pasal topik ini dengan lebih lanjut, baca lar entry ni sampai abis yerk!

Memang aku sekarang seorang surirumah sepenuh masa.  Bukan kata, aku tak pernah bekerja.  Aku pernah bekerja.  Aku pernah hadiri temuduga untuk penjawat awam.  Aku pernah hadiri temuduga untuk secretary kepada bos Al-Ikhsan.  Aku pernah hadiri pelbagai temuduga untuk jawatan secretary dan admin.  Aku pernah apply secretary untuk Donald Trump.

Ok, yang last sekali tu, tipu.

Bukannya tak berjaya tetapi kebanyakkannya aku menolak.  Atas sebab ketidaksesuaian dengan status aku.  Aku percaya kepada rezeki Allah.  Allah telah memilihku di antara insan yang bertuah, untuk membesarkan dan menjaga anak-anak, suami dan rumahtangga.

Sepenuh masa.

Kalau orang tanya, buat apa dulu belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya terperuk kat ceruk dapur gak?  Cukup ker makan dan pakai kalau bergantung pada income suami jer?

So, ini lar jawapan aku kepada mereka.

Aku percaya kepada rezeki Allah.

Aku pernah hadiri temuduga penjawat awam suatu ketika dulu.  Aku rasa aku yang paling 'tua' kat situ sebab aku dah berkahwin dan mempunyai anak.  Yang lelain mungkin masih fresh graduate lagi.

Aku membuka dompetku untuk mengambil kad pengenalan, tiba-tiba aku disapa oleh salah seorang calon temuduga.

" Eh, IC merah ni IC apa, wak? "

Tengok pada gaya perbualannya dah tau.  Mesti 'budak-budak' lagi.  Berumur dalam linkungan 20-an.

" IC Mykid.  IC anak saya. "
" Ooo...akak dah ada anak ek!  Ooo..macam gini rupanya IC Mykid.  Patut lar saya tengok macam pelik sangat bila akak keluarkan IC merah ni.  Selalu IC kan warna biru.  Nah, kak...terima kasih! "

Kuwajja betul tengok-tengok beg duit orang!

Masa aku hadiri temuduga penjawat awam itu, pertemuan yang tidak disangka bila aku bertemu semula dengan rakan sefakulti aku, Anor.  Walaupun kitaorang lelain kelas tapi aku amat mengenali Anor semasa kitaorang duduk dalam dorm yang sama semester pertama, balik kampung sama-sama sebab dia pun orang Johor gak, dan pernah gak balik ke KL sama-sama lepas abis cuti semester.  Walaupun tak berapa rapat sangat, tapi kalo setakat bertepuk tampar, boleh lagi...

Anor masih lagi bekerja dengan company lain semasa dia menghadiri temuduga penjawat awam tersebut.

" Kenapa ko mintak jawatan ini, ko kan dah kerja? "
" Kerja kerajaan ada macam-macam kemudahan. Eh, ramai tau kawan-kawan kita yang dah kerja kerajaan sekarang nih!  So, aku pun nak try lar.  Cuba mintak kalo dapat kan.  Kalo dapat, alhamdullilah... "
" Owhh...ok. "

Aku tak mengharapkan sangat untuk merebut peluang kerja dengan kerajaan.  Yang pasti, aku hanya berserah kepadaNya.

Seorang demi seorang calon temuduga dipanggil masuk.  Ada salah seorang calon yang sudah lepas ditemuduga telah memberitahu bahawa muka orang yang menemuduga itu sangat serius dan tegas.  Ada tiga orang penemuduga dan ketiga-tiganya adalah perempuan.  Makcik-makcik yang berpangkat dalam sektor kerajaan.  Ok, lagi bertambah gabrah aku dibuatnya.  Tapi aku cuba bertenang.

'Ada rezeki, dapat.  Takde rezeki, takpelah.'

Tiba giliran aku masuk ke bilik temuduga.

'Perghh, makcik muka ganas seyh!' getus hatiku.  Gila ko nak cakap kuat-kuat depan diaorang.

" Beg awak letak ke tepi.  Sila duduk dengan selesa. "  kata salah seorang penemuduga yang duduk kat tengah-tengah.  Barangkali ketua penemuduga agaknya.

" Sila kenalkan diri anda dalam bahasa baku. "

Aku pun kenalkan diri pada mereka.  Pot pet pot pet pot pet....

" Oh, awak dah berkahwin rupanya.  Dah ada anak dan pemastautin tetap di sini.  Misal kata permohonan awak berjaya, awak akan menjalani latihan percubaan di Putrajaya selama tiga bulan.  Selepas tiga bulan, anda akan dipindahkan kemana-mana saja mengikut kekosongan jawatan yang ada.  Bagaimana awak hendak mengatasi masalah ini sedangkan awak dah berkeluarga tetap di sini? " soal 'makcik' yang duduk kat tengah-tengah a.k.a ketua penemuduga.

Aku memandang wajah mereka.  Aku tidak mengeluh.  Cuma aku mengambil masa untuk berfikir.

Mereka memandang ke arahku.  Meminta jawapan yang pasti dariku.  Takde lar ganas sangat muka diaorang seperti yang diuar-uarkan oleh salah seorang calon temuduga tadi.  Mereka memandang wajahku dengan riak muka yang lembut.  Mungkin mereka faham akan status aku sebab mereka juga seorang isteri dan juga seorang ibu.

" Saya minta maaf.  Saya terpaksa menolaknya. "  jawabku dengan lembut tapi tegas.

" Awak tidak menyesal?  Sebab ramai orang yang cuba apply untuk kerja sektor awam ni dan hanya beberapa orang sahaja yang berjaya ditapis untuk layak ke temuduga ini. " ujar ketua penemuduga tersebut.

" Tak mengapa.  Mungkin kali ini bukan rezeki saya. "

Ketiga-tiga penemuduga itu menganggukkan kepala.  Mungkin mereka faham akan situasi aku sebenarnya.

Family comes first.

Tiga bulan training kat Putrajaya.  Aku tak sanggup.

Bahkan ketiga-tiga penemuduga tersebut sempat melemparkan senyuman ke arahku sebelum aku keluar dari bilik temuduga itu.  Mungkin mereka kagum sebab aku telah menolak peluang keemasan itu tanpa was-was.

Kawanku, Anor.  Yang sama-sama menghadiri temuduga penjawat awam pada hari itu, telah berjaya diserap untuk bekerja dalam sektor awam.  Tahniah, Anor!  Mudah-mudahan ada rezeki yang lain untukku pula.


***********************************************************************************

Satu hari, aku dapat panggilan untuk temuduga sebagai secretary kat Al-Ikhsan di Taman Universiti.  Al-Ikhsan amat dikenali sebagai gedung yang menjual pelbagai barangan sukan dan pakaian sukan yang berjenama seperti Adidas, Puma dan banyak lagi.

Lagi sekali, aku pergi mencuba nasib.

Hanya tiga orang saja calon temuduga yang layak pada hari itu.  Sesampai jer aku kat office Al-Ikhsan, tertiba aku diberikan task untuk translate kan surat rasmi bahasa melayu ke bahasa inggeris.  Fuhh...mengigil tangan aku menulisnya, nok!  Kalo korang kasi aku task speed typing takpe lar gak!  Ni tertiba kasi task suruh translate kan pulak!  Kalo dah ayat-ayat bm dalam surat tu sikit nyer complicated, apatah lagi nak translate ke ayat-ayat english kan.  Haiyaa...nak tak nak kena lar buat.

Tak sampai separuh surat aku translate, tertiba aku dipanggil masuk ke bilik temuduga.

Ada tiga orang penemuduga.  Aahh...semuanya belia muda-mudi lagi.  Aku ingatkan big bos Al-Ikhsan yang akan menemuduga aku, rupanya bukan.  Aku suspect yang sorang tu mesti secretary dia, yang dua orang lagi adalah kerani yang mungkin dah lama kerja kat situ atau dah faham dengan perangai bos mereka.

" Oh, akak dah 20 lebih rupanya!  Tapi kenapa nampak macam muda lagi? "  kata salah seorang kerani lelaki yang turut sama terlibat dalam sesi temuduga itu.

Aku tersenyum.  Tahan, Erynz...tahan!  Please lar..jangan sampai terkoyak dek kena puji orang!

" Boleh kenalkan diri anda dulu. " kata seorang pekerja wanita di situ atau mungkin secretary bos Al-Ikhsan agaknya.

Suasana temuduga ketika itu berlangsung dalam keadaan yang sempoi dan aku tak lar terasa nervous sangat.  Mungkin sebab terlalu banyak sangat pergi interview agaknya kot.  Atau mungkin aku pasrah dengan rezeki yang Allah nak bagi kat aku.  So, tak lar terlalu meletakkan harapan tinggi yang sangat untuk dapatkan jawatan itu.

" Ok, misal kata tertiba bos suruh datang ke office pukul 2-3 pagi sebab ada urgent matter.  Ada apa-apa masalah tak untuk akak datang ke office pagi-pagi buta? "

Muka aku berkerut.  Pelik.

" Tak kan lar sampai 2-3 pagi kena datang office? " aku bertanya balik.  Macam tak logik ler pulak!

" Eh, memang iya.  Sebab saya secretary dia.  Kadang-kadang bos suruh datang pukul 2-3 pagi sebab ada urgent matter yang nak kena buat time tu gak. Tak leh nak postponed esok pagi. "

" Mmm...kalo macam tu, saya mintak maaf.  Saya tak boleh penuhi segala kemahuan dan kualiti apa yang bos awak nak kan. "

Lagi sekali, family comes first.

Kalo tertiba pukul 2-3 pagi, time anak aku yang kecik tu terbangun, cari ibu dia, nak menyusu badan, macam mane?  Fuhh...banyak benda nak kena fikir.  Tak kan lar pukul 2-3 pagi aku dok berdua dengan bos dalam office time tu?  Abis, apa guna laki aku?  Dayus lar dia kalo benarkan bini dia pergi bekerja pukl 2-3 pagi, berduaan dengan bos kat office?  Dah terang-terang laki aku mesti tak bagi aku pergi nyer time tu kan.  So, sebelum apa-apa yang berlaku, awal-awal aku tolak jawatan tersebut.  Korang bagi lar jawatan tu kat calon yang belum berkahwin lagi.  Takpe, aku tak terkilan pun kalo tak dapat jawatan itu.

Keluar dari office Al-Ikhsan, terus cari kat mana kereta laki aku parking.  Masuk dalam kereta, belum sempat bernafas, laki aku dah serbu bermacam soalan.

" Macam mana?  Agak-agak boleh dapat tak? "

Inilah laki aku.  My dearest husband.  My friend.  Paling rapat.  Whatever it is, dia tetap support aku.  Walaupun sebenarnya dia lebih suka aku tak perlu kerja.  Jaga makan minum dia, jaga anak, jaga rumahtangga.

" Awal-awal saya dah reject. "

" Hah? Kenapa? "

" Sebab dia perlukan secretary kalo ada urgent matters, kena datang office pukul 2-3 pagi.  Giler ke apa? "

Laki aku terdiam.

" Takpe lar, yang.  Bukan rezeki awak.  Mungkin rezeki awak, Allah dah tetapkan untuk jaga saya, jaga anak-anak. "

" Alah...saya tak ralat pun kalo tak dapat kerja.  Saya tak kisah jadi surirumah sepenuh masa lepas ni.  Asal cukup makan, pakai dan tempat tinggal, alhamdullilah.  Insyallah, rezeki itu ada di mana-mana, bang. "

Yer, memang betul.

Aku tak frust menonggeng sampai terkentut-kentut bila aku tak dapat kerja.  Aku tak salahkan takdir aku berkahwin awal adalah penyebab untuk aku sukar mendapat pekerjaan yang sesuai dengan status aku.  Aku percaya rezeki Allah itu akan sentiasa ada untuk aku.

Yang sebenar.  Setiap kali aku pergi temuduga kerja, perkara pertama yang melintas di kepala aku ialah siapa nak menjaga anak-anak aku nanti.  Tak kan nak susahkan suami untuk menjaga mereka, sedangkan suami aku pun ada kerja dia gak!  Aku tak mahu susahkan mak mertua aku untuk menjaga cucu-cucu dia.  Nampak macam tak manis ler plak!  Dah tau beranak, then nak suruh orang lain pulak yang menjaganya.  Suami aku tak berapa suka dengan idea untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.  Sebenarnya dia lagi risau dari aku.

Maka, aku kena berkorban.

Bukan terpaksa tapi dengan rela hati.

Aku pun tak suka dan tak percaya dengan tangan-tangan asing untuk menjaga anak-anak aku seperti mana aku menjaga mereka sejak lahir lagi.

Puas meneran.  Menatang mereka dengan kasih sayang.  Dan akhirnya, 'mencampak' mereka ke rumah pengasuh.

Aku tidak sanggup.

Diploma dan kerjaya adalah jaminan hidup.

Tapi, anak...

Ya, Allah...aku tidak sanggup hantar mereka ke rumah pengasuh.  Aku lebih rela tak bekerjaya.  Aku mahu menjaga dan membesarkan anak-anak yang Kau berikan padaku, selagi hayatku dikandung badan.  Aku percaya dengan rezekiMu.

Meskipun aku tidak dapat membantu suamiku untuk menambah pendapatan isi rumah.  Tapi, asalkan kami cukup makan dan pakai, ada tempat untuk berteduh, itu sudah cukup bagiku.  Asalkan anak-anak terjaga, cukup kasih sayang, cukup didikan, terpapar kegembiraan di wajah anak bila aku sentiasa berada di sisi mereka, maka apa yang aku mahukan lagi dalam hidup ini?

Aku teruskan rutin harian aku sebagai seorang isteri dan seorang ibu.  Pagi-pagi siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak, siapkan Adam dan Hanie nak pergi sekolah, layan Maira makan, minum dan main, lunch sesama dengan suami dan anak-anak, tidurkan Maira, doing something that I love - sewing, crafting, diy ing, designing, handle business cybercafe, tengok Adam dan Hanie buat homework, spend my time with my lovely husband - bercerita tentang macam-macam hal dan tak lupa juga tengok drama korea sesama.

Everyday.

Seriously.  I don't have stress at all.

Kalo ada pun mereka yang berkata begini...

" Tak bosan ke?  Tak rimas ker dok kat rumah jer? Tak tension ker?  You have no gossip with your bff at all?  My god!  Your life's suck! "

My answer is...

Nope.  Nope.  Nope.

I'm enjoy with what I am doing right now.  I have no stress at all!  I have a precious time with my family!

I'm happy.  My kids are happy.  My family are happy.

That's enough for me.

Enough.





P/S  :  Alhamdullilah, sejak membuat keputusan untuk menjadi housewife 8 tahun yang lalu, Allah sentiasa memudahkan perjalanan hidup kami, tiada henti rezeki yang Allah turunkan kepada kami.  Syukran...syukran...syukran.


Thanks for reading this entry!






No comments: