Video Of The Month

Saturday, 5 April 2014

Fashion Chapter 20 : Raya 2014 Style Ideas ( Part 2 )

Assalammualaikum...


Entry Part 1.

Tak boleh nak bubuh semuanya dalam satu entry.  Terlalu banyak gambar sangat untuk dijadikan inspirasi.  Eden terpaksa buat part by part.  Baru nampak kemas sket nor...!!

Kali ni kita terjah baju rekaan dari Rizalman, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini yang boleh dijadikan inspirasi gaya untuk rekaan baju raya anda.  Sebelum tu, meh dengar celoteh saya dulu ekk...

Tension guwe!  Tu hari baru lepas hantar kain kat tailor suruh buatkan kain duyung, nak dipadankan dengan baju tops kebaya yang aku dah beli dari tahun lepas.  Sambil nyonya tu amik ukuran kat badan aku, sambil tu aku usha dia, tanya berapa upah kalo nak tempah baju design hemline.  Nyonya tu cakap upah RM150.  Giler pankek kentang!  Mahal rabak!  Lepas tu kan nyonya tu cakap, sekarang tak boleh nak hantar sebab dah full order untuk musim raya.  Haiya, lagi 3 bulan lebih pun sulah ramai orang hantar ka?  Uwaaa...walaupun mahal, tapi aku stress sebab tak dapat lar nak hantar dan pakai baju yang aku sendiri design untuk raya tahun ni.  Terpaksa ler simpan design ni untuk tahun depan lar gamaknya.  Grrr....!!


Tangan pengkor.  Asal boleh jer lukis.

Dengan hati yang lara, maka ku membawa diri dengan merenung tajam gambar-gambar baju rekaan dari mereka semua ni.  Lainkali hantar hujung tahun ni atau awal tahun depan kalo nak suruh tailor jahit baju ko nanti.  Padan muka hang!

Jom kita jamu mata dengan baju rekaan dari Rizalman yang aku rasa sangat unik dan cantik pada pandangan mata aku.  Mata korang, aku tak tau.  Hahaha....!!!



Elegan.  Classic.  That's all I want to say.



Color block dari tone color yang sama.



Baju kurung tapi ada kelim dan details di bahagian pinggang.  Different style.



Rizalman memang suka menekankan elemen klasik dan feminin.  



Potongan jubah yang diberi kelainan di bahagian atas.  I like that!!


Tadi color hitam, sekarang color peach plak.  Baru nampak sikit perincian kat bahagian pinggang tu.



Fabulous.  Tak perlu melarat dengan pelbagai tona color dalam fabrik.  Pening kepala nak tentukan pakai tudung color apa.  Melainkan kalau korang nak pakai tudung fareeda yang bermacam color tu.  



Baju kurung yang simple yang diberikan perincian di bahagian bahu.



Jubah by Rizalman.  Asal sopan dan tidak jarang, itu sudah memadahi.


Baju kurung siap dengan shawl sekali?  Boleh lar...boleh lar, janji lawa!  Janji Rizalman yang design.




Baju kurung corak banduan sudah menjadi intrend sekarang ni.  Be a different, babey!  Sekarang bukan lagi corak bunga-bunga, awan melarat lar, whatever lar!



Aku kan suka style yang fabulous dan different dari yang lain.  Details kat bahagian bahu membuatkan jubah ni tampak berbeza.  I love this, Rizalman!  (jerit kuat-kuat kat telinga dia)



Ni pun jubah gak tapi kalo tertiba ada zip kat bahagian dada ko, tak ke nampak lain dari yang lain?  Ke nampak macam alien?



Aku suka details kat bahagian pergelangan tangan dia jer.  Moga-moga tanamkan hasrat dalam hati, nak buat baju kurung dengan design pergelangan tangan macam tu.  Caitt...!!



Actually aku suka style baju kurung dengan leher cekak musang.  Lagi sopan dan nampak lebih kewanitaan.  Bukan kepondanan.



Lagi satu jubah by Rizalman yang bagi aku amat menarik sekali.



Ni pun jubah gak!  Tapi diberikan details di bahagian pinggang.  Awesome isn't it?

Jom kita menyelongkar di sebalik misteri siapakah jejaka yang bernama Hatta Dolmat ni.  Dulu tengok dia kat Project Runaway Malaysia, nampak macam selekeh jer tapi dia memang ada talent dan suka tengok fashion project dia yang lain dari yang lain.  Eh, dia menang kan Project Runaway Malaysia tu?

Tak banyak design Hatta yang aku minat.  Aku lagi minat Jovian dan Rizalman.  So, mana yang ada ni semuanya menarik bagi pandangan mata aku jer.  Dan lagi.  Mata korang, aku tak tau.  Design yang lelain maybe terlalu ekstravaganza kot untuk celebrity.  Bagi kita yang bukan celebrity, cukup lar memadahi memakai yang sederhana jer.



Peplum dengan details bunga di bahagian tengah.  Kalo Jovian suka letak kat tepi pinggang kan.


I think too much over.  Kalu line hitam kat bahagian kain tu rasanya tak perlu kot.  


Who is the best? 


Pattern aku suka sebab dia mengetengahkan ciri yang lain dalam baju kurung tersebut.


Yellow terlalu terang bagi aku.  I hate yellow but I love this design.


Simple!  That's it!


Do you want to be Saloma?  This outfit will be perfect for you.  Back to the 60's - 70's.


Rekaan dari Hatta Dolmat.


Perfect! 


Tertiba design Jovian datang menyelit.  Just nak bagitau yang aku suka design kain dia.  Boleh lar buat baju kebaya design style kain macam ni.


It's too over for me. 


Okay, that's all for now.  So, dah dapat idea nak baju kurung anda tahun ni?  Kalo tak sempat nak hantar tailor tahun ni, hantar lar tahun depan.  Lar ni, tailor dah dok sibuk buat tempahan baju raya yang orang dah tempah awal-awal tahun ni.  Giler ah!  Ala...beli yang dah siap pun boleh, lepas tu nanti pepandai lar tambah details kat baju tu.  Tambah lining ke beads ke kerawang ke kan. Be creative lar sikit. 

Apa-apa pun, for me, Jovian and Rizalman is the best ever designer.  Whoaa...kagum sikit sebab raya tahun ni nak pakai baju dari Jovian kan.  Tahun ni tak tau ler Tesco berkerjasama dengan designer mana untuk raya collection dia.  Yang pastinya, tentu lar yang tak sabarnya ialah aku.  Terpaksa lar tunggu tahun depan lagi untuk dapatkan diskaun 75%.  Muahahaha....!!!

Berbaloi menunggu barang yang tak laku jual ni.  Betul tak?


Thanks for reading this entry!








No comments: