Kemarau!
Kat tempat aku ni, hari-hari dok dengar bunyi bomba jer. Ada jer kawasan hutan atau pokok-pokok kering yang terbakar dek kerana musim kemarau. Cuaca panas ni kadang-kadang kita pening kepala nak pakai outfit mana yang sesuai dan selesa agar tidak lar terlalu lencun berpeluh.
So.....
Ada orang cakap. Kimono outfit is one of the best outfit to wear in summer!
Betul ker?
Ok, selalu kalo kita lihatkan, orang mat saleh ni suka pakai kimono cardigan with short jeans, and tank. Nama pun cuaca panaskan. Kimono cardigan ni dikira as penambah gaya lar. Sama macam ajinomoto gak, penambah perisa kalo dah tambah garam.
So.....
I came up with idea. Why not kita transform gaya kimono cardigan ni into muslimah style? Padankan dengan inner berlengan panjang dan juga jeans. Bukan short jeans yerk! Pakai dengan seluar slack pun boleh gak! Boleh transform kepada gaya office wear kan. Selain daripada inner berlengan panjang, boleh padankan juga dengan t-shirt berlengan panjang. Yang penting, boleh menutup aurat kan...
But....
Rata-rata kat butik mahupun online shop jual kimono cardigan ni sket nyer mahal kan? Ada yang mencecah sehingga RM50-70 sehelai! Gila ke per? Padahal modal fabrik baru berapa ringgit jer! Tak masuk dek akal!
Tahukah anda?
Korang pun boleh buat kimono cardigan sendiri berdasarkan panduan link video yang aku sertakan kat bawah ni. See...jimat, bukan?
So excited nak buat kimono cardigan ni sendiri, tambahan pula tak perlu lar nak beli mahal-mahal kat luar sana tu. Kita beli fabrik sendiri, then jahit lar elok-elok. Bukannya susah pun. Nak lagi cantik, tambah jer lar lining kat kimono tu kan.
If you want to be fashionista, you create your own fashion!
That's my motto. Kalo dah minat fashion, tak perlu lar kita nak promote butik orang lain or online shop semata-mata nak suh kita semua beli kat tempat orang tu tanpa mengambil tahu harganya mahal kedabak ke tak. Why not kita create our own design, then kita bagi tau kat orang...
" Hey, I made this! "
Whoaa...mesti bangga kan sebab dapat menghasilkan design dengan hasil jahitan tangan sendiri! Dan bukannya hasil jahitan tangan orang lain. Oh, rata-rata...semua fashion designer buat macam tu kan? So, orang yang minat fashion ni terbahagi kepada dua iaitu fashion designer dan orang yang just menunjukkan how to fashion, how to style with it...
Then...
Why not you come up with the idea and create your own fashion? Not need to buy mahal-mahal semata-mata untuk menjadi blogger fashionista. Tak gitu?
DIY Kimono Cardigan menggunakan fabrik chiffon.
DIY Kimono Cardigan menggunakan fabrik printed.
DIY Kimono Cardigan menggunakan dua helai selendang shawl yang sama jenis dan sama panjang.
So, teruja tak nak buat sendiri kimono cardigan ni? Lelebih lagi part video yang last sekali adalah yang paling senang. Hanya menggunakan dua helai selendang shawl yang sama jenis jer! Oh emm gee....!!! Rasanya macam tak sabar jer nak buat kan? Kita boleh pilih sendiri fabrik printed yang mana kita suka untuk dijadikan as kimono cardigan. Let's do it right now!
Please pray for passengers of MH370. Semoga semuanya dipermudahkan urusan menemui pesawat mereka. Aamin...
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment