Video Of The Month

Wednesday, 30 November 2016

Kemeriahan Majlis Perkahwinan Adik Ipar

Assalammualaikum...


Yesza....

Aku memang sengaja tak update blog pun.  Nak tengok korang rindu kat aku ke tak?  (Pfftt....)

Sebenarnya aku memang tunggu anak-anak aku abis final exam, baru lar aku berpeluang untuk update blog ni.  Yelar, orang kata masa untuk tumpukan pada anak-anak itu penting.  Yang paling last sekali baru abis exam ialah Adam Izz.  Dia final exam sekolah agama pada 7hb Nov tu hari.  Macam lambat sket kan tapi takpe lar lagipun end year cuti sekolah pun start pun nak dekat hujung bulan Nov, naik sekolah end month of December.  Macam sekejap jer cuti sekolah hujung tahun kali ni.  Takpe lar, dengar kata tahun depan banyak cuti, hahaha...kita wait and see jer lar.

So, bagi aku masa untuk update entry satu persatu, yang mana entry yang tak dapat nak keep up, aku keep up kan secepat mungkin dan seringkas mungkin.  Bukan malas nak update blog tapi banyak kerja lain nak kena buat selain nak update blog ni. Sebagai permulaan, aku updatekan entry pasal kemeriahan majlis perkahwinan adik ipar aku yang berlangsung pada 1hb Oktober yang lalu.  Lepas abis majlis perkahwinan ni, terus bersusun jadual exam budak2 sampai bulan November, so mak budak pun terpaksa included sekali untuk memastikan anak-anak faham apa yang cikgu ajarkan.

Majlis perkahwinan adik ipar aku ni, overall boleh dikatakan aku adalah orang yang amat penting menjalankan pelbagai peranan di sepanjang majlis ini.  Aku lar tukang buat handmade bunga pahar, tukang hias hantaran pihak laki dan pompuan, tukang hias doorgift untuk majlis pernikahan, tukang hias goodies untuk budak-budak, tukang jahit alas hantaran, tukang hias sirih junjung, tukang handle doorgift dan goodies, tukang jaga duit.  Maklum lar man power yang boleh dipercayai tak mencukupi, aku satu-satunya menantu sulung dalam keluarga mertua aku kan.  Doorgift masa majlis perkahwinan adik ipar termasuklah tapau nasi minyak, telur pindang, glassware, bunga pahar utk sanak sedara, goodies untuk budak-budak.


Tapak hantaran yang masih dalam pembikinan. Memang semuanya aku buat sendiri.  Jimat kos tapi ada lar upah untuk aku buat semua ini.  Sangat berbaloi.  So dari upah suruh orang buat sampai makan beribu-ribu, better biar aku yang tolong buatkan.

Final touch!  So bling-bling!  Ni hantaran pihak perempuan nak bagi kat pihak lelaki. Tema hantaran = dark masculin.  Hahaha...!!


Ni adalah sebahagian hantaran dari pihak pompuan.  Alas hantaran tu pun aku juga yang tolong jahitkan.  Bunga-bunga atas hantaran tu pun aku gak yang deko kan.



Sirih junjung tu mak sedara yang tolong buatkan.  Ringan sket beban aku nak suruh buat macam-macam kerja sebelum majlis pernikahan berlangsung.



Pihak laki bagi rantai emas kat pengantin perempuan maka dibalas pula dengan ketulan emas.  Aku dulu nyer hantaran siap bagi jongkong emas letak kat dulang hantaran tau.  Ok, aku tipu jer.  Aku nyer dulu dapat 1 set barang kemas - rantai, gelang dan cincin.  Rantai kaki jer takde.  Eh, ko dah kenapa?


Ni plak hantaran pihak laki nak bagi kat pompuan.  Pun aku juga yang dekokan.  Tema hantaran = butterfly in the garden.



Bowl untuk letak coklat. 


Full closeup hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan.  Overall handmade by me!  Termasuk sirih junjung tu sekali.  



Dah selamat pun diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz jer.  Bagai pinang dibelah dua.  Dua-dua berkulit hitam manis.  Selamat melayari bahtera perkahwinan, semoga kekal sepanjang hayat.  Apa lagi..sesi bergambar plak! 



Adengan pemberian duit mas kawin kepada pengantin perempuan.  Duit mas kawin pun digubah oleh aku juga.  Nampak tak betapa pentingnya peranan aku di sini?  Hahaha...



Oh, nampak indah berseri hantaran handmade ku bila letak di situ.  Hahaha...



Beginilah rupa pelamin kecik untuk bergambar selepas selesai diijabkabulkan nanti.  Majlis pernikahan diadakan di rumah dan pada keesokkan harinya pula baru diadakan majlis merai perkahwinan adik ipar aku.  So, korang nampak tak kepenatan berganda nyer kat situ?  Maunyer tak penat oiii.  Nasib majlis perkahwinan buat kat dewan, pakai katering, tak perlu sinsing lengan untuk basuh pinggan, cawan dan periuk.  Siap katering bagi lebihan nasi minyak dan lauk pauk lagi.  Bagus..bagus...tadi rasanya macam tak puas makan nasi minyak.



Doorgift untuk tetamu yang datang masa majlis pernikahan.  Yassin dan tasbih comel.  Tetamu yang datang pun cuma kaum kerabat pengantin lelaki, saudara mara, jiran-jiran terdekat dan kenalan rapat.  Dapat lar aku cilok untuk bahagian aku sekali. 



Sebelum tetamu belum nak ramai lagi, kita bergambar dulu kat atas pelamin.  Hanie sebenarnya pakai tudung tapi disebabkan masa tu cuaca terlampau panas sangat maka dia pun terpaksa buka tudung.  Air cond kat rumah mak aku tak payah nak cakap ar, 24 hours open jer.



Humairah dengan pokemon nyer.  Ntah saper punyer mainan pokemon dia jumpa.


Ni glassware yang akan diberikan kepada tetamu.  Ada tiga color rasanya iaitu purple, hijau dan peach.  Senang sikit sebab dah siap dalam kotak dengan reben sekali.


Sementara tunggu kedatangan rombongan pihak lelaki, kita amik gambar dulu!  Tema pakaian masa majlis dilangsungkan ialah western suit yer bukan western food.  Dapat lar ko merasakan gown kembang semangkuk.  Tapi adik ipar aku cakap, material kainnya punya lar panas tahap gaban.  Menitik-nitik peluh ke dalam.  Takpe lar sekali sekala kan nak cantik untuk seumur hidup, kena lar tahan sket.


Amik gambar dulu mak sebelum tetamu nak datang.  Ramai orang cakap muka mak mertua aku seiras dengan aku.  


Antara tetamu jemputan yang terawal sekali datang.  Bekas pekerja restoran mak mertua aku cum sekali bekas bibik aku sebab tolong jagakan Adam Izz dan Hanie masa aku bersalinkan Humairah.  Mula-mula depa malu nak amik gambar, tapi aku paksa gak.  Boleh dikatakan aku agak ramah sikit dengan pekerja-pekerja mak aku sebab aku bukan lar big bos pun, cuma menantu jer.  So, tak perlu lar nak berlagak diva sekalipun.


Bersama pekerja terkini mak mertua aku juga tulang belakang majlis perkahwinan ni.  Diaorang tolong siap sediakan laksa johor dan mee bandung, minuman air panas untuk tetamu jemputan.  Sebelum tetamu belum nak ramai lagi, kita pose dulu sebijik yer!  


Ya Humairah...ko memang ada challenge untuk masuk next top model.  Macam-macam pose pelik ko buat ekk.  Baju ni telah ditempah khas mengikut design yang aku reka sendiri.  Baju ni memang kembang semangkuk kat bahagian bawah tu, kalo ko berjalan maka beralun lar dengan cantik kain kembang semangkuk tu. No need too much details sebab printed fabrik tu sendiri yang menjadikannya lebih cantik.


Actually design ni inspired by Zuhair Murad.  Susah nak cari printed fabrik yang betul-betul berkenan.  Dan aku pun memang tak suka sangat printed fabrik kalo nak buat tempahan baju.  Lebih suka kepada plain fabrik.  So, terpaksa mencabarkan diri sendiri untuk mencari printed fabrik untuk majlis perkahwinan ni.  Memang kena lar color printed fabrik ni dengan kulit anak aku.  Hasilnya hangpa tengok lar sendiri.  


Keadaan dewan masa malam sebelum majlis perkahwinan esok pagi.  Bertungkus lumus mak andam nak siapkan stage pelamin.


Majlis perkahwinan adik ipar aku telah berlangsung di dewan serbaguna untuk keselesaan tetamu yang datang.  Nak buat kat hotel memang takde bajet lar.  Lagipun takde hotel besar yang berdekatan di Pasir Gudang ni.  So, mostly orang akan pilih dewan serbaguna atau balai raya untuk mengadakan kenduri majlis perkahwinan besar-besaran.  Suasana di dalam majlis perkahwinan adik ipar aku.  Masa ni pengantin belum datang lagi maa...


Sebahagian dari goodies pack untuk tetamu yang datang.  Dalam plastik colereng coklat tu sebenarnya tapau nasi minyak.  Seriously, nasi minyak yang tukang masak ni buat memang sedap giler.  Semuanya berasa masakannya.  So, bagi sesiapa yang rasa macam tak cukup lagi makan, kami sudah siap sediakan bungkusan tapau untuk anda makan lagi kat rumah!  Hahaha...!  Selain dari nasi minyak, ada juga laksa johor dan mee bandung, kuih muih, baulu gulung, kerepek untuk tetamu menjamu makanan yang ada.



Beg purple tu untuk vvip.  Ada tapau nasi minyak, goodies jajan, glassware dan telur pindang.



Yang terasing ni glassware untuk kawan-kawan biasa dan goodies jajan untuk budak-budak.  Rekaan goodies comel tu dicipta oleh aku.  Budak-budak kan suka colorful and beautiful.  Dalam goodies tu ada marshmallow panjang, jelly, biskut choc strawberry 4 keping dan colorful lollipop.


Aktiviti merebut kek kahwin after pengantin selamat merasmikannya.


Bunga pahar biru ni sebenarnya untuk diletakkan kat dalam dewan masa majlis merai perkahwinan nanti.  Homemade by me!  Ramai orang puji lawa dan bunganya kembang sepokok.  Aku start buat bunga pahar ni since bulan March lagi.  Anyone to order?


Close up lagi. On the way nak hantar pi rumah mak.  Handle with care kata ko!


Bunga pahar peach ni untuk diletakkan masa majlis pernikahan di rumah.



Pemilihan color bunga pahar dan reben decided by adik ipar aku. So, aku cuma follow jer instruction dia, kalo dia tak berkenan, itu masalah dia, bukan masalah aku.  Hahaha....


Finally...!!  Begini lar rupa stage pelamin di dewan.  Korang nampak tak bunga pahar biru aku molek jer dok kat tepi pelamin tu. 


Alhamdullilah, semuanya selamat dan berjalan lancar.  Aku kawin dengan abang dia since dia masih lagi bersekolah menengah lagi tau.  Sekarang umur dia dah cecah 26 or 27 tahun baru dapat bertemu jodoh yang sesuai.  Semoga kekal hingga ke akhir hayat.  Cepat-cepat sket buat baby tu, Cik Eryn tak sabar nak timang baby lagi.  Harapkan sendiri mengandung, rasanya macam dah tak larat lagi dah.  Tapi kalo dah rezeki Allah nak kasi, jangan tolak.



Thanks for reading this entry!