Video Of The Month

Thursday, 2 March 2017

Happy 12th Birthday Muhammad Adam Izz!





Assalammualaikum...


Pada 2hb Januari yang lalu merupakan hari jadi anak sulung lelaki ku yang ke 12 tahun.  Kejap jer hang dah besar nak.  Tinggi menunjang jer ibu tengok ko dari jauh.  Memang ikut genetik bapak ko lar.  Korang bayangkan lar, baru darjah 6 tapi ketinggian dia dah melepasi aku dan makcik dia, dah nak sama tinggi dengan kawan Cik Mal yang dah bekerja.

Selalunya 2hb Januari tahun lepas, Johor still cuti lagi tapi tidak tahun ini.  Johor dah tak amik lagi cuti tahun baru kali ini.  Maybe tak mahu terikut ke arah kebaratan sangat kot.  Alhamdullilah...bagus lar kalo macam tu kan.  So, 2hb ni adalah hari kedua persekolahan bagi tahun baru ini.  Tak sempat nak pergi makan-makan kat luar untuk menyambut hari jadi Adam Izz sebab minggu persekolahan kan, maka sementara anak-anak pergi ke sekolah, aku dan my laki dah planning untuk beli makanan kegemaran Adam Izz dan makan kat rumah jer.  Adam Izz ni paling suka makan roti subway tu.  Kalo kita mintak semua kejadah sayur-sayur ke salad ke pickles sumbat ke dalam roti subway tu, ehh...dia telan tau!  Hanie jer tak berapa nak boleh telan kalo ada sayur-sayur tu.  Don't you ever say subway in front of him!  Nanti mata dia akan terbeliak dan mula ar buat muka kesian nak makan roti subway tu.

Disebabkan birthday Adam Izz kali ini tak dapat nak celebrate makan-makan kat luar seperti mana kitaorang celebrate birthday Hanie bulan November lepas, maka kitaorang celebrate kat rumah dan hanya kami anak beranak jer.  Adam Izz pernah cakap, kalo tak sempat nak makan-makan kat luar untuk celebrate birthday dia, makan kat tempat (kedai makan) atuk pun boleh.  Alahai...anak bujang aku sorang ni.  Ibu dan ayah pasti celebrate birthday ko nak.  Adam Izz bagi ibu adalah anak yang baik, seorang abang yang selalu beralah dengan adik-adiknya.  Adam Izz tak pernah meminta sesuatu benda yang bukan-bukan.  Adam Izz jenis tak suka menyusahkan ibu dan ayah, kalo dia nakkan sesuatu.  Dia akan kumpul baki duit sekolahnya dan beli barang atau makanan yang dia suka.

Bila dah genap 12 tahun ni kena lar daftar buat IC biru untuk Adam Izz.  So, cuti sekolah raya cina seminggu tu, sempat lar aku pergi ke JPN untuk daftar buat IC untuk Adam Izz dan juga aku sekali. Hahaha...cip IC aku dah rosak, terpaksa buat yang baru pulak.  Cap jari tak dapat baca dan tak padan dengan cap jari kat IC.  Pulak dah!  Am I invicible?  Terpaksa tunggu sebulan untuk renew IC yang baru.  Tapi untuk Adam Izz, permohonan baru kena tunggu 2 minggu jer. Awal-awal ko dah buat IC, nak oii...

Walaupun Adam Izz dah 12 tahun tapi aku still belum kasi dia pegang hp lagi. Setakat ada seketul hp letak kat rumah untuk calling tu ada lar.  Tapi dia tak pernah pegang hp tu untuk calling kawan dia ke, message kawan dia kat whatapps or telegram ke, memang takde langsung.  Selalunya dia akan gunakan hp tu untuk message kat ayah dia at telegram untuk tanya yg cc ada pc kosong tak, kalo tak dia berdua dengan Hanie nak turun main game.  Boleh gitu? Aku rasa kan Adam Izz ni memang tak berapa kalut sangat nak pakai hp walaupun dia tahu ada kawan-kawan dia memang ada yang dah pakai hp.  Tapi dia memang tak boleh berenggang dengan tab dia.  Memang sorang satu ada tab sendiri.  Youtube semua awal-awal dah set parental control.  Tak pun kitaorang download yang youtube kids jer.  Selalunya dia download game yang dia suka main.  Game perang-perang kejadahnya. Kadang-kadang Adam Izz bengang jer tengok adik dia si Maira sesuka hati download game Hello Kitty lar, Little Pony lar kat tab dia.  Padahal sorang satu kitaorang dah belikan tab memasing.  Lepas ni kalo bergaduh lagi, memang sorang-sorang aku hempaskan tab kat kepala memasing.  Sebenarnya nak stopkan diaorang main tab senang jer, tukarkan password wifi jer!  Mentang-mentang bapak ko nyer internet subscribe yang 100mbps, laju jer korang download game lar ekk!

Selamat hari jadi yang ke-12 tahun, Adam Izz sayang.  Semoga Adam Izz menjadi anak yang baik dan soleh, selalu mendengar perintah ibu bapa, jaga tutur kata, jadilah seorang abang yang baik dan bertanggungjawab, prihatin kat adik-adik.  Dah selamat pun dapat IC dan bersunat.  Selamat menempuh alam keremajaan selepas ini.





Thanks for reading this entry!




Tuesday, 3 January 2017

Selamat Berkhatan Muhammad Adam Izz!

Assalammualaikum...


Cuti sekolah sebulan ni memang dah planning awal-awal untuk membuat upacara bersunat kat anak bujang sulung aku, Muhammad Adam Izz.  Maka terpaksa lar aku temankan Adam Izz di rumah selama dua minggu tanpa keluar ke mana-mana.  Doesn't matter to me.

Sesi penyunatan dengan bius ini telah dibiayai oleh nenek Adam Izz a.k.a mak mertua aku kerana tidak sanggup melihat cucu lelaki tunggalnya menahan sakit apabila disunatkan tanpa bius.  Hahaha!  Apa yang membuatkan anak lelaki aku lebih trauma lagi ialah apabila bapaknya (eeii..geramnya, memang gatal kan!) telah membuli Adam Izz dengan menunjukkan video budak lelaki yang sedang menjerit kesakitan bila noneknya dipotong tanpa bius.  Sambil itu, bapaknya juga ( grrr...) telah menceritakan detik-detik pahit semasa dia bersunat dengan tok mudim tanpa bius dengan menggunakan gunting tumpul yang telah membuatkan dia menjerit sekuat hati sehinggakan semua budak-budak yang nak bersunat pada hari tu, lari ketakutan.

Adam Izz disunatkan di hospital swasta iaitu Hospital Penawar Pasir Gudang.  Awal-awal kami dah buat appointment dulu dengan PA doktor yang bakal menyunatkan Adam Izz ni.  Rupa-rupanya doktor ni cuma buat sehari 3 patient jer untuk bersunat dan ada hari tertentu sahaja doktor ni buat untuk sesi bersunat, bukannya tiap-tiap hari.  Kami bernasib baik sebab kami dapat 1 slot kosong pada hari Rabu, 5hb Disember.  Adam Izz merupakan patient yang terakhir sekali pada hari itu.  Saya paham doktor...hari-hari tengok nonek budak, boleh hilang selera makan, betul tak?  Sebab tu doktor ni buat cuma 3 hari jer dalam seminggu dan 1 hari cuma 3 slot jer sesi bersunat dibuat.

Bila terbaca kes budak yang terpotong kepala kemaluan tu disebabkan kecuaian doktor di klinik swasta, memang terasa ngeri pulak.  Kesiannya...apalah nasib budak tu esok bila dia dah besar nanti.  Nasib baik lar masa tu Adam Izz dah baik dari luka sunatnya.  Kalo masa tu Adam Izz belum bersunat lagi, maka terpaksa lar aku tunda ke tahun depan disebabkan trauma dengan kepakaran doktor swasta ni.



Image may contain: 1 person, selfie and closeup
Tengah menunggu giliran untuk bersunat.  Ibu tau Adam Izz tengah berdebar-debar kan?  Don't worry...Adam sunat bius lar, sampai dewan bedah nanti, doktor masuk gas, Adam terus tertido nanti.  Tau-tau jer nonek Adam dah siap jahit nanti.  Baca ayat Qursi, ayat 3 Qul banyak-banyak, insha Allah dipermudahkan nanti.  Oh ya..disebabkan Adam Izz sunat bius maka semalaman start pukul 10 mlm Adam Izz perlu berpuasa sehingga keesokkan harinya.  So, tau kan prosedurnya kenapa kena berpuasa semalaman.  Tak perlu lar aku terangkan di sini.


Image may contain: one or more people, shoes and indoor
Dah selamat masuk ke dewan bedah.  Lama juga prosedur berkhatan dengan bius ni.  Lebih kurang 30 minit kitaorang tunggu kat luar dewan bedah ni.  Mula-mula aku masuk dulu dewan bedah untuk sign surat penjaga, lepas tu kena keluar balik.  Aku plak yang berdebar-debar.  Mulut ni memang tak abis-abis terkumat kamit baca ayat-ayat Al-Quran, mintak semuanya dipermudahkan dan prosedur berjalan lancar.  Walaupun orang kata prosedur ini nampak remeh jer tapi kalau Allah kata 'kun fa ya kun', maka itu lar yang terjadinya kemaluan anak boleh terputus disebabkan kecuaian doktor.  Sebab itu kita kena selalu meminta pertolongan dari Allah swt supaya dipermudahkan urusan. 


Adam Izz keluar dari dewan bedah dalam keadaan sedang tido.  Aku kejutkan Adam Izz dan bagitau dia, semuanya dah selamat bersunat.  Adam Izz still lalok lagi tapi dia masih sedar dan dengar apa yang aku cakapkan.  Nenek dan atuk pun ada datang untuk jengok Adam Izz, cucu tunggal lelaki kesayangan.  Nenek siap masakkan bubur putih bubur merah lagi.  Masa nenek dan atuk tegur Adam Izz, tanya dia ok ke tak, Adam Izz dah meleleh air mata.  Aduhai...why are you crying?  You are a big boy now!  Maybe dia terharu sebab nenek dan atuk sempat datang untuk jenguk dia.  Lepas tu, aku ingatkan Adam Izz nak sambung tido balik sebab takut ubat bius tu tak hilang lagi, tapi dia tak nak tido plak.  Pukul 2 ptg baru Adam Izz boleh dibenarkan makan selepas tiada apa-apa alahan dari ubat bius tadi.  

Lama giler aku bertapa kat Hospital Penawar tu, pergi pukul 8 pagi, sampai rumah nak dekat pukul 3 petang.  Berkematu bontot aku menunggu kat hospital tu.  Tapi Alhamdullillah..semuanya telah selesai.  Adam Izz balik rumah dilayan seperti raja.  Banyak makanan kena pantang supaya luka khatannya cepat kering.  Aku sendiri pun tak berani nak tengok macam mane doktor tu jahit kulit nonek Adam Izz.  Yelar...ni untuk pengetahuan perubatan khasnya.  Selalunya aku suruh bapak dia yang tarukkan krim luka kat tempat jahitan tu.  Paling ngeri sekali bila Adam Izz cakap nampak benang jahitannya terkeluar.  Terus aku suruh laki aku tolong tengokkan jahitannya, yelar mana ler tau kan kot-kot terbukak ke luka tu kang.  Laki aku cakap aku ni overreacting.  Mau nyer tak overreacting...kalo aku ada nonek, aku tau ler nak jaga camner, ni aku takde nonek, camner aku nak tau luka dan jahitan kat nonek tu ok ke tak.  Oh...gosh!


Bil berkhatan kat Hospital Penawar.  Ada 3 pakej.  Pakej pertama prosedur biasa, pakej kedua pakai klip, pakej ketiga bius.  Kami amik pakej ketiga.  Overall semua sekali kena bayar RM 850.  Dibiayai oleh nenek dan atuk Adam Izz.  


Image may contain: food
Bubur putih bubur merah version aku plak.  Aku masak sikit jer, sempena anak berkhatan, just untuk bagi jiran-jiran sederet kedai kitaorang jer.  Aku pun ngidam juga nak makan bubur putih bubur merah ni.  Dapat lar merasa, buat lepas ngidam.  Adam Izz pun dapat merasa gak.  Hanie dan Humairah tak berapa suka sangat.  Apa lar korang, ni lar bubur paling legend tau!


Sepanjang Adam berkhatan, dua minggu juga lar aku kena stay kat rumah untuk jaga dia.  Tak susah mana pun.  Dia pun kadang-kadang jer ada mengadoi sakit sikit bila nonek dia tergesel kat kain pelikat dia.  Alhamdullilah..luka khatannya pun dah bertambah sembuh.  Dah boleh pakai seluar, dah boleh lompat lagi untuk pastikan noneknya kukuh dan tidak tertanggal.  Hahaha....

Welcome to adult world, Adam Izz!


Thanks for reading this entry! (what the hell of this entry dok citer pasal nonek ni!)