Assalammualaikum...
Pada 2hb Januari yang lalu merupakan hari jadi anak sulung lelaki ku yang ke 12 tahun. Kejap jer hang dah besar nak. Tinggi menunjang jer ibu tengok ko dari jauh. Memang ikut genetik bapak ko lar. Korang bayangkan lar, baru darjah 6 tapi ketinggian dia dah melepasi aku dan makcik dia, dah nak sama tinggi dengan kawan Cik Mal yang dah bekerja.
Selalunya 2hb Januari tahun lepas, Johor still cuti lagi tapi tidak tahun ini. Johor dah tak amik lagi cuti tahun baru kali ini. Maybe tak mahu terikut ke arah kebaratan sangat kot. Alhamdullilah...bagus lar kalo macam tu kan. So, 2hb ni adalah hari kedua persekolahan bagi tahun baru ini. Tak sempat nak pergi makan-makan kat luar untuk menyambut hari jadi Adam Izz sebab minggu persekolahan kan, maka sementara anak-anak pergi ke sekolah, aku dan my laki dah planning untuk beli makanan kegemaran Adam Izz dan makan kat rumah jer. Adam Izz ni paling suka makan roti subway tu. Kalo kita mintak semua kejadah sayur-sayur ke salad ke pickles sumbat ke dalam roti subway tu, ehh...dia telan tau! Hanie jer tak berapa nak boleh telan kalo ada sayur-sayur tu. Don't you ever say subway in front of him! Nanti mata dia akan terbeliak dan mula ar buat muka kesian nak makan roti subway tu.
Bila dah genap 12 tahun ni kena lar daftar buat IC biru untuk Adam Izz. So, cuti sekolah raya cina seminggu tu, sempat lar aku pergi ke JPN untuk daftar buat IC untuk Adam Izz dan juga aku sekali. Hahaha...cip IC aku dah rosak, terpaksa buat yang baru pulak. Cap jari tak dapat baca dan tak padan dengan cap jari kat IC. Pulak dah! Am I invicible? Terpaksa tunggu sebulan untuk renew IC yang baru. Tapi untuk Adam Izz, permohonan baru kena tunggu 2 minggu jer. Awal-awal ko dah buat IC, nak oii...
Walaupun Adam Izz dah 12 tahun tapi aku still belum kasi dia pegang hp lagi. Setakat ada seketul hp letak kat rumah untuk calling tu ada lar. Tapi dia tak pernah pegang hp tu untuk calling kawan dia ke, message kawan dia kat whatapps or telegram ke, memang takde langsung. Selalunya dia akan gunakan hp tu untuk message kat ayah dia at telegram untuk tanya yg cc ada pc kosong tak, kalo tak dia berdua dengan Hanie nak turun main game. Boleh gitu? Aku rasa kan Adam Izz ni memang tak berapa kalut sangat nak pakai hp walaupun dia tahu ada kawan-kawan dia memang ada yang dah pakai hp. Tapi dia memang tak boleh berenggang dengan tab dia. Memang sorang satu ada tab sendiri. Youtube semua awal-awal dah set parental control. Tak pun kitaorang download yang youtube kids jer. Selalunya dia download game yang dia suka main. Game perang-perang kejadahnya. Kadang-kadang Adam Izz bengang jer tengok adik dia si Maira sesuka hati download game Hello Kitty lar, Little Pony lar kat tab dia. Padahal sorang satu kitaorang dah belikan tab memasing. Lepas ni kalo bergaduh lagi, memang sorang-sorang aku hempaskan tab kat kepala memasing. Sebenarnya nak stopkan diaorang main tab senang jer, tukarkan password wifi jer! Mentang-mentang bapak ko nyer internet subscribe yang 100mbps, laju jer korang download game lar ekk!
Selamat hari jadi yang ke-12 tahun, Adam Izz sayang. Semoga Adam Izz menjadi anak yang baik dan soleh, selalu mendengar perintah ibu bapa, jaga tutur kata, jadilah seorang abang yang baik dan bertanggungjawab, prihatin kat adik-adik. Dah selamat pun dapat IC dan bersunat. Selamat menempuh alam keremajaan selepas ini.
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment