Video Of The Month

Thursday 25 July 2013

Tutorial 1 - DIY Fashion, Girls...!!!

Assalammualaikum...


Bagaimana dengan puasa anda semua?  Ada yang lopong tak?  Ok, aku dah lopong pun...

Takpe lar, janji pagi raya nanti, kalo nak gi beraya kat kampung2, aku tak jalan macam Robocop.

Sesetengah segerombolan manusia suka share resepi2 berbuka puasa dan bersahur mereka.


Me?


Takpe lar...marilah kita merendah diri.  Kang aku sharekan kang, ada plak orang meroyan dlm blog aku ni. 'Macam lar ko sorang jer yang reti masak!'


Di bulan puasa yang mulia ni, selain dari aktiviti memasak, aku juga suka menjahit di waktu2 yang senggang.  Aku suka modified dan merekacipta ( ayat skema abis! ).  Tu mmg tebiat aku sejak di bangku sekolah lagi.


Tau tak citer Martha Stewart Show?  Aku suka sangat tgk citer tu.  Lebih2 lagi bila ada segmen crafts.  Segmen memasak tak baper minat sangat.  Sebab bahan2 masakan yg diaorg gunakan sukar didapati kat negara kita ni. Kadang2 ada gak guna bahan yang tak halal.  Tapi bila start segmen crafts jer, aku dah mula tercongok kt depan tv.  Semangat berkobar2 nak buat kraftangan yang Martha Stewart tunjukkan.  Very creative and imaginative!


Aku pun mula berjinak2 buat DIY ni bila ada masa lapang.  Tak pun bila mood tengah baik, buat lar apa2 modification kat baju ke kat kasut ke kat pinggan mangkuk ke kan.  Janji kreatif!


Contoh DIY crafts aku.


Beli kasut utk Maira.  Tetiba mcm tak berkenan plak dengan corak kasut dia.  Tapi dah terbeli.


Solution?


Beli beads or beli bunga reben yg dah siap kat kedai perkakas perkahwinan.  Tampal dengan glue gun. Settle!  Exclusive...takde jual kat kedai nyer!


Kengkadang aku suka modified baju kurung bdk2.  Kalo baju kurung tu kosong, aku suka tambahkan lining lace ataupun beads yg mcm jewels tu.  Aksesori ni banyak dijual kat kedai perkakas alat jahitan.


Nak bergaya di pagi raya tak semestinya kita perlu mengeluarkan belanja yang banyak.  Asalkan korang kreatif, tentu akan dapat menghasilkan produk korang yang eksklusif.  Yang mesti takde jual kat mana2 kedai.  Yang penting puas hati dapat memakai produk yang korang buat sendiri kan?


Bagi yang suka DIY, sudi lar baca entry yg tak seberapa ni.

Bagi yg tak suka DIY, yg lebih suka membeli, anggap lar ni bacaan sampingan jer ekk!

Ok, let's DIY...!!!




27 Useful Fashionable DIY Ideas
Kalo ada seluar jeans laki korang yang tak pakai lagi, korang bleh recycle kan balik dengan buat pattern design mcm ni.  Jahit jelujur sudah!  Tak kan jahit jelujur pn tak tau buat.  Aiyaaa...!!! 


27 Useful Fashionable DIY Ideas
Do it yourself vintage necklace.  Bahan2 penting yang perlu ada glue gun, vintage buttons.  Buttons ni sumo bleh di dapati di kedai yang menjual perkakas alat jahitan.  Korang tak kan jumpa buttons ni kat kedai basikal.  Mau jer depa sauk korang dengan rantai basikal kang!



 27 Useful Fashionable DIY Ideas
DIY Scarf big ribbons untuk anak anda!  Sesuai lar kalo pakai untuk musim tengkujuh nanti.  Cantumkan dua scarf yang sama jenis supaya lebih panjang.  Lepas tu, jahitkan segiempat sama seperti di dalam gambar.  Kepilkan dengan seutas kain dari jenis yang sama di tengah segiempat sama tersebut supaya berbentuk reben.


27 Useful Fashionable DIY Ideas
Agak2 kalo anak korang rimas dengan baju berlengan panjang.  Korang bleh modifiedkan jadikan berlengan pendek.  Lebihan kain dari lengan panjang yang dipotong tadi bleh dijadikan ribbons kecik2 pastu jahitkan kat leher baju.  Aku selalu modified baju anak2 jadikan macam ni.


26 DIY Summer Inspiration Ideas
Selalu korang akan nampak bunga reben ni kat brooch ataupun kat cekak rambut budak2 kan?  Kini korang takyah nak beli cekak rambut lagi.  Kalo ikut steps by steps kat atas ni, korang bleh buat sendiri cekak rambut ataupun sepit rambut untuk ank korang.  Kain jenis ni bleh didapati di kedai perkakas alat jahitan.  








Bunga reben yang korang bleh tampal kat baju anak2 ataupun cekak rambut.  Ikut jer steps by steps kat atas ni untuk dapatkan bunga2 yang super comel mcm ni.


27 Most Popular DIY Fashion Ideas Ever
DIY vintage necklace.  Kalo ada brooch yang lelama tak dipakai lagi ataupun brooch yang telah tertanggal pin kat belakangnya, jangan dibuang begitu saja.  Korang kumpulkan brooch yang tak pakai lagi, jahit or tampalkan kat kain hitam sebagai alas seperti gambar di atas.  Tak perlu pakai rantai, korang hanya perlu ikatkan di leher dan coverkan dengan tudung korang.  Baru nampak stylo!!


16 Beautiful DIY Ideas About Fabric Necklace
Bunga dari reben satin.  Simple dan menarik.  Rantai hitam yang kosong ni banyak jual kat kedai aksessori jewelry.  Tampalkan bunga reben dengan kemas.



Ok, that's all.  Ini bukanlah untuk rujukan korang saja tapi juga untuk rujukan aku di masa akan datang.  Yelah, kekadang kita tak bleh absord(serap) semua ilmu sekaligus kan.  Kalo ada lagi DIY fashion, akan ku tempelkan lagi kat dlm blog ni yeak!  Kita sharing sesama...

Happy DIY, girls...!!



Thanks for reading yeah...!!

2 comments:

Unknown said...

kreatif nyaaaaaa......

kalu rajin suma boleh jadi kan?

Erynz said...

kengkadang kalo terlebih rajin, sanggup bersengkang mata ni hah buat DIY crafts ni...

kalo dah malas, pandang sblh mata pun taknak...